SHAFEE ABDULLAH DESAK TONY PUA LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN DAN AHLI PAC



Orang ini amat ditakuti oleh Anwar Ibrahim. Berkali-kali Anwar Ibrahim cuba menyingkirkan orang ini dan berusaha dengan segala macam untuk mengelakkan orang ini daripada menjadi pendakwaraya. 

Bahkan DAP juga menerusi para pemimpinnya mempersoalkan kewajarannya sebagai pendakwa raya dalam kes liwat Anwar Ibrahim selain memperkecil-kecilkan Peguam Negara yang kata mereka tidak mampu menghalang keinginan orang ini untuk menunjuk kuasa walaupun hakikatnya, memang terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang membolehkan Peguam Negara melantik mana-mana peguam mewakilinya sebagai pendakwaraya.

Setelah sekian lama tidak mendengar ceritanya, hari ini ada juga cerita darinya. Dan kali ini, Shafiee Abdullah mensasarkan Tony Pua, orang yang paling banyak mulut tentang 1MDB. 

Tony Pua juga adalah orang yang paling banyak mempersoalkan peruntukan negara untuk sistem pertahanan dan keselamatan tetapi senyap sunyi apabila sempadan negara bolos disebabkan kelapukan aset-aset pertahanan, bahkan mengambil kesempatan untuk mencaci dan menghina pasukan serta agensi keselamatan yang gagal menghalang penceroboh.

Menurut Shafee, Tony Pua yang juga merupakan salah seorang anggota PAC, perlu meletakkan jawatannya selaku Ahli Parlimen kerana sikapnya yang bias dan bi-partisan.

Perletakan jawatannya itu bagi membolehkan siasatan ke atas syarikat pelaburan negara itu dijalankan secara lebih adil dan telus tanpa dipengaruhi oleh tekanan-tekanan jahatnya. Malah selain daripada Tony Pua, Shafee juga menggesa agar ahli-ahli panel PAC yang kuat mengkritik dan melemparkan tuduhan buruk ke atas 1MDB, lebih sesuai untuk menjadi saksi berbanding sebagai panel.

Tindakan tersebut adalah perlu bagi menjamin keadilan buat 1MDB tanpa sebarang prejudis daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan penyiasatan PAC.

"Saya perhatikan Tony Pua sebagai ahli PAC telah mengelarkan banyak kenyataan yang akan menjejaskan siasatan ke atas syarikat tersebut. Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar dia meletakkan jawatan dari PCA sebagai cara mengembalikan keyakinan awam bahawa siasatan tersebut dijalankan secara telus dan adil," kata Shafee.

Menurutnya lagi, gesaan itu dibuat kerana sebagai peguam dan pendukung keadilan, di atidak mahu PAC dilihat sebagai tidak adil ke atas 1MDB memandangkan kes tersebut mendapat perhatian awam.

"Ahli-ahli PAC termasuklah Tony Pua perlu bersikap sebagai hakim dalam kes ini, dan bukannya dengan membuat tuduhan serta kenyataan-kenyataan awam. Lebih baik mereka menjadi saksi sahaja sekiranya mereka masih mahu mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu," kata Shafee lagi.

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.com 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger