DAKWAAN WILLLIE MONGIN EMPANGAN BENGOH BERMASALAH BERSIFAT POLITIK MURAHAN


KUCHING – Dakwaan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mambong Willie Mongin berhubung struktur binaan Empangan Bengoh yang dikatakan terjejas sangat tidak berasas.
Kenyataan beliau yang telah disiarkan akhbar tempatan Sarawak sebelum ini hanya bersandarkan kepada sumber yang diperolehinya daripada penduduk kampung tanpa merujuk kepada kontraktor terlibat.
Menurut Ketua Jurutera Konsultan Augustine Ting, masalah struktur binaan yang dikatakan terjejas itu hanyalah sambungan yang sememangnya dibuat bagi menyokong kepada struktur binaan yang lain.
“Sememangnya sambungan itu dibuat bagi menyokong kepada struktur binaan yang sedia ada (not cracking but opening of joint) berdasarkan teori Fizik.
“Sambuangan itu tidak sesekali berbahaya dan memberi kesan kepada struktur bangunan yang sedang dibina itu mahupun ketika proses penakungan air kelak.
“Setiap kerja-kerja pembinaan ini dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan agar struktur empangan ini dapat menampung jumlah air sekiranya siap kelak,” katanya yang ditemui di sini semalam.
Sementara itu, gesaan Willie yang mahukan tenaga pakar bagi membuat kajian bagi mengenal pasti keselamatan struktur empangan itu turut mendapat perhatian pihaknya.
“Sememangnya pihak kami telah melakukan beberapa kajian berhubung struktur empangan ini dalam memastikan ia benar-benar selamat.
“Saya memberi jaminan 100% bahawa struktur empangan ini selamat kerana banyak analisa dan ujian telah dibuat bagi memastikan keselamatan dan ketahanan struktur kekal utuh,” katanya lagi.
Pihak syarikat memberi jaminan bahawa penduduk kampung yang tinggal berdekatan empangan seperti Kampung Bengoh, Kampung Danu, Kampung Semadang, Kampung Giam, Kampung Git dan Kampung Grait tidak perlu risau akan keselamatan mereka.
Kerajaan sangat menitikberatkan hal-hal keselamatan terutama penduduk yang tinggal berdekatan agar pembinaan empangan ini tidak menjejaskan keselamatan mereka.
Empangan Bengoh terletak kira-kira 40 kilometer dari Selatan Bandaraya Kuching dan siapnya nanti mampu menyimpan sejumlah 144 juta meter ;padu air dengan kawasan tadahan seluas 8.77 kilometer persegi.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 25, 2015 at 5:07 PM

berhibur sambil mencari keinsafan

dituju khas pada kumpulan parasit dan barua dalam PAS

https://www.youtube.com/watch?v=3zbbblfDs34

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger