USIA SEBEGINI LEBIH BAIK JAGA CUCU, KAJANG PUN TAK TERJAGA


Biarpun PRK Permatang Pauh menyaksikan 4 penjuru, namun tumpuan pasti ke arah pertembungan BN dan PKR yang sememangnya sengit. 

Rekod pertemuan memihak kepada PKR tetapi kali ini BN dilihat lebih berpeluang memenanginya sebaik Pakatan Pembangkang mengumumkan Wan Azizah sebagai calon. 

Biarpun Wan Azizah pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, tetapi semua itu telah berlalu pergi apabila beliau mendustakan rakyat Permatang Pauh. 

Semua ini gara-gara peletakan jawatan Wan Azizah kononnya mahu menjaga cucu dan memberi peluang suaminya Anwar Ibrahim untuk bertanding di PRK Permatang Pauh. Akibatnya berlaku pembaziran wang rakyat. 

Dan, selepas itu Anwar Ibrahim pula yang memenangi PRK Permatang Pauh sehinggalah beliau dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan meliwat. 

Melihat kepada sejarah Permatang Pauh dengan mengaitkan keluarga Anwar Ibrahim dan Wan Azizah ternyata penduduk Permatang Pauh telah berasa bosan kerana tiada pembangunan dan pembelaan. 

Sebaliknya mereka itu hanya pentingkan kepentingan politik parti dan keluarga sehingga menyebabkan penduduk Permatang Pauh menjadi mangsa keadaan. 

Justeru, inilah masa yang sesuai untuk rakyat Permatang Pauh melakukan perubahan demi memastikan kebajikan rakyat terus terbela berbanding sebelum ini. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger