SPEAKER DUN SARAWAK DIMINTA TOLAK USUL BODOH PEMBANGKANG

Fong Pau Teck Sarawak for Sarawakians

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem meminta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) menolak beberapa usul bodoh daripada pembangkang pada Persidangan DUN Sarawak bermula Selasa ini.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pra-Persidangan DUN semalam, Adenan berkata antara usul yang disifatkannya sebagai bodoh ialah menukar DUN kepada Parlimen dan memanggil Ketua Menteri Sarawak sebagai Perdana Menteri Sarawak.

“Selain dua usul di atas, kami juga meminta speaker menolak beberapa usul lain yang tidak relevan dengan bidang kuasa kerajaan negeri sebaliknya adalah dalam bidang kuasa kerajaan pusat.

“Bagi kami usul-usul bodoh yang dikemukakan ini hanyalah mainan politik mereka untuk tujuan publisiti mereka,” katanya sambil menambah, BN lebih daripada bersedia untuk menangkis serangan pembangkang pada Persidangan DUN kurang sehari lagi.

Mengulas mengenai permohonan Ketua Menteri Sarawak itu untuk menolak beberapa usul bodoh daripada pembangkang, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata ia hanya boleh dilakukan ketika Persidangan DUN berlangsung nanti.

“Saya tidak mempunyai kuasa untuk menolak usul-usul ini di luar dewan melainkan satu usul daripada Fong Pau Teck (DAP-Pujut) yang mahu referendum bagi Sarawak,” ujar Asfia.

Dalam pada itu Asfia menjelaskan sebanyak tujuh usul diterima dengan satu daripadanya ditolak pada Persidangan DUN yang dijadual berlangsung bermula 21 hingga 29 April 2015.

Dua usul diterima daripada Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) mengenai istilah Dayak dan Unified Examination Certificate (UEC), dua lagi daripada Fong Pau Teck (DAP-Pujut) yang mahu menukar DUN Sarawak sebagai Parlimen Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak sebagai Perdana Menteri Sarawak dan satu usul daripada Baru Bian (PKR-Ba’Kelalan) berhubung undang-undang hudud.

Meyuarat kali ini katanya, juga akan menyaksikan tiga undang-undang akan dibentang iaitu Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014), 2015, Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2015), 2015 dan Undang-Undang Perhutanan 2015.

Kedua-dua Undang-Undang Perbekalan Tambahan akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh manakala Undang-Undang Perhutanan akan dibentang oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Sebanyak 335 soalan lisan dan bertulis diterima dengan 237 (jawapan lisan), 92 jawapan bertulis dan satu soalan ditolak daripada DAP-Kota Sentosa.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 21, 2015 at 9:33 PM


SAYA ATAS NAMA: IBU DITA


DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU MBAH GUNTUR
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG MBAH GUNTUR DI NO_0853_2827_2384_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
INI KISAH NYAT SAYA========================================
ATAU KLIK http://ramalantoto6d.blogspot.com

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger