SETIAUSAHA SULIT SEORANG MENTERI PERSEKUTUAN DARI SARAWAK DIDAKWA SPRM


Setiausaha sulit seorang menteri persekutuan yang didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000 ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Suspek berusia 41 tahun itu, setiausaha sulit kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dibawa ke Mahkamah Majistret di sini semalam untuk ditahan reman sehingga 20 April.


Timbalan Pendakwa Raya SPRM Low Chin How membuat permohonan untuk melengkapkan siasatan mereka dan pendengaran dibuat secara tertutup di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman.


Walaupun ada bilik mahkamah khas untuk mendengar sebarang kes tahanan reman, peguam bela Wit Malang yang mewakili suspek, memohon agar pendengaran permohonan dibuat secara tertutup atas alasan bahawa anak guamnya adalah ‘very important person’ (individu yang sangat penting).


Suspek disiasat kerana didakwa membuat tuntutan palsu bagi dana kerajaan dari beberapa program dan jumlah terbabit dikatakan sebanyak RM500,000.


Siasatan akan dijalankan di ibu pejabat SPRM di Kuala Lumpur.


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 16, 2015 at 9:27 AM

Kat sana memang banyak pemimpin penyamun.

Sebab tu masih ramai rakyat kena naik bot.

Pemimpin mereka pergi negeri orang enjoy/berlagak.... tak sedor diri dibawahnya rakyat miskin.

Bercakap kunun negeri bertambah maju. Tapi slow berbanmding negeri lain.

Kunun highway... last jalan berombak/berlubang tak de kualiti.

Rakyat asal dapat ape?

SEDARLAH RAKYAT/PEMUDA SARAWAK SABAH. TUKAR KE PAKATAN.

Anonymous
April 16, 2015 at 6:28 PM

Puiiii.. Korang bgus sangat ke..?

April 23, 2015 at 6:11 PM

Kita tidak membendung atau menggalak rasuah atau salahguna kuasa.Salah tetap salah.Biar mahkamah menentukannya.

Namun,PKR dan kerajaan DAP pun tak sehebat manapun.Banyak juga salahguna kuasa.MB sendiripun diguling!! Jgnlah nak minta kita nak pilih PR yg dah parah.#3 parti saja pun tak pandai urus,Jgn lagi nak memerintah negara.Punah kita di bawah PR.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger