PKR TIADA MASALAH JIKA PAS BOIKOT SOKONGAN KEPADA CALON MEREKA


Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di atas jelas menunjukkan PKR kini tidak lagi memerlukan sokongan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh. 

Penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh akan diadakan pada Sabtu ini dan dijangka BN akan berhadapan dengan calon PKR. 

Difahamkan pembangkang akan memperkenalkan calon PKR bagi berhadapan BN yang sememangnya kerusi itu diperuntukkan kepada mereka. 

Begitupun, PKR kini dilihat keseorangan apabila PAS tidak mahu memberikan sokongan mereka kepada calon PKR disebabkan mereka telah memperlekehkan hukum hudud yang dicadangkan PAS. 

Ini dinyatakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang sekaligus hanya menyaksikan DAP sebagai parti tunggal untuk menemani calon PKR. 

Pun begitu, jika PAS Pulau Pinang memboikot calon PKR dijangka beberapa pemimpin PAS berhaluan Anwarinas, PASMA dan Komunisme akan memberikan sokongan kepada PKR. 

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger