PKR PUSING 360 DARJAH UNTUK DAPATKAN SOKONGAN AHLI PAS


Nampaknya PKR sekarang ini terpaksa melembutkan 'suara' mereka terhadap PAS agar tidak memboikot calon mereka dalam PRK Permatang Pauh. 

Ini ditegaskan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang terpaksa memusingkan fakta 360 darjah daripada apa yang pernah diperkatakannya sebelum ini berhubung PAS akan memboikot calon PKR. 

Secara asasnya PAS dilihat lebih berkuasa dan berpengaruh di Parlimen Permatang Pauh yang majoriti pengundi Melayu menyokong PAS berbanding PKR. 

Dalam hal ini, PKR dilihat seperti mana kata pepatah Melayu 'ditelan mati emak, diluak mati bapak' yang mahu mengambil hati PAS dan masa yang sama mahu menjaga hati DAP. 

PAS percaya menerusi PRK Permatang Pauh ini PKR akan dapat membuka mata bahawa mereka lebih berpengaruh berbanding PKR dalam menarik sokongan pengundi Melayu. 

Mana tidaknya, boikot yang dianjurkan PAS Permatang Pauh telah mendapat sokongan yang amat memberansangkan sehingga membuatkan PKR gerun.  

"In the end, Pakatan's main goal is winning so that we can bring change. We want to convince voters they are voting for change. 

"I hope all parties can hold on to the principle of muafakat (cooperation) in Pakatan to ensure victories for us in the future," Azmin, who is Selangor Menteri Besar. 

Apa pun dalam hal ini PAS wajar mengekalkan pendiriannya dengan tidak memberikan sokongan kepada PKR kerana selama ini mereka bukan sahaja tidak menghormati PAS bahkan dalam isu hudud mereka langsung menikam dari belakang hanya kerana mahu mempertahankan DAP. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger