PEMIMPIN DAP SARAWAK ‘KURANG SENANG’ DENGAN KETEGASAN ADENAN SATEM


Persidangan DUN Sarawak hari ini ‘panas’ apabila beberapa pemimpin pembangkang khususnya daripada DAP Sarawak ternyata kurang senang dengan ketegasan yang ditunjukkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam isu pembalakan haram dan beberapa isu lain.

“Apa yang dapat dirumuskan dalam perbahasan hari ini (semalam) selepas mendengar hujah-hujah daripada ADUN DAP ialah kedengaran suara-suara ‘kurang senang’ mereka terhadap ketegasan Adenan Satem dalam membendung kes kecurian balak selama ini.

“Lebih membangkitkan kemarahan ADUN Barisan Nasional (BN) ialah sikap pemimpin DAP Sarawak itu yang disengajakan bagi menimbulkan provokasi dan mengelirukan rakyat.

Ini ada kaitannya dengan kerisauan pembangkang terutama DAP Sarawak yang melihat tindakan Adenan Satem itu mula diterima dan disenangi rakyat termasuklah kaum Cina.


Lihat sahaja dan pergilah ke mana-mana majlis yang dihadiri Ketua Menteri Sarawak, ribuan penduduk Sarawak hadir memberikan sokongan sebagai menghargai tindakan yang dilakukan Adenan Satem dalam menjadikan Sarawak sebuah negara maju dan bebas kontroversi.

Selama ini, tidak ramai yang melihat Adenan Satem naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'.

Sepanjang setahun pemerintahannya beliau telah melaksanakan beberapa perubahan polisi termasuk dalam menangani isu rasuah dengan menandatangani ikrar integriti, membasmikan pembalakan haram dengan meningkatkan penguatkuasaan dan membekukan lesen pembalakan, dan mengetatkan isu keselamatan terutama yang membabitkan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).


Lihat juga bagaimana satu video yang diambil sendiri oleh salah seorang pegawai Imigresen di Miri yang menyaksikan Adenan Satem cukup marah dengan kehadiran PATI di Miri.

Adenan dilihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri.

"Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," Adenan kedengaran bersuara di dalam klip video berkenaan.

"Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, 'tidak cukup tenaga kerja, tidak cukup itu, tidak cukup ini. Stupid, bodoh," katanya Adenan yang jelas marah.


Sebelum itu, Adenan pernah memarahi pegawai perhutanan sehingga satu tindakan tegas telah diambil bagi memperkasakan penguatkuasaan Jabatan Hutan Sarawak dengan menyediakan kenderaan 4W dan melengkapkan mereka dengan senjata termasuklah menambahkan jumlah kakitangan dan staf.

Apakah ini masih dianggap tidak tegas? Berbeza dengan pembangkang yang sebelum ini ‘beraja’ dalam membawa isu rasuah dengan mengaitkan kepimpinan BN Sarawak.


Tapi, selepas pemimpin BN Sarawak termasuk baru-baru ini yang dilakukan oleh BNBBC Sarawak menandatangani dan ikrar intergriti, tiada pula bunyi-bunyi daripada pembangkang. Malah, pembangkang seolah-olah senyap dengan tidak membuat tindakan yang sama dalam usaha membasmi rasuah di kalangan mereka.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 23, 2015 at 10:34 AM

mana tak panas. tokei2 balak kan dah berpaling sokong geng2 dap. fulus dah kurang la tu. memang pengaruh tokei balak, kongsi gelap, dana luar negara kena dilupuskan supaya dap akan menggelupur kepanasan.

jentayu

April 23, 2015 at 11:00 AM

Kalau tak menipu mencurilah kerja mereka...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger