PAS RESPECT ADENAN SATEM SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK


Jika sebelum ini PKR dan DAP telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, rakan yang disisihkan mereka PAS tidak ketinggalan untuk mengadakan perjumpaan dengan Adenan Satem di pejabatnya petang tadi.

Perjumpaan petang tadi penuh beremosi kerana kesudian Adenan Satem untuk berjumpa dengan mereka biarpun sebelum ini telah banyak kesalahan yang mereka lakukan khususnya dalam mengkritik kerajaan BN Sarawak.

PAS Sarawak yang kini sedang ‘bersendirian’ ekoran DAP Sarawak dan PKR Sarawak telah menyisihkan mereka daripada sebarang aktiviti angkara hukum hudud yang diperjuangkan PAS Pusat.

Apa pun, dalam perjumpaan itu, PAS telah memberikan beberapa maklumat berhubung Pakatan Pembangkang yang mana ketika ini mereka sudah ‘bercerai’.

Pertemuan yang bersejarah itu juga diselangi dengan ucapan tahniah daripada PAS Sarawak yang secara terbuka menyokong kepimpinan Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam memimpin Sarawak menuju negeri maju.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger