PAS PILIH HUDUD TOLAK PKR DAN DAP


PRK Permatang Pauh kali ini sebenarnya bukan menyaksikan pertembungan BN dan PR sebaliknya pertembungan PKR dan PAS. 

PAS yang sebelum ini menjadi bahan buli oleh PKR dan DAP kini terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada PAS untuk memenangkan calon mereka dalam PRK Permatang Pauh kali ini. 

Apakah PAS sekali lagi akan menjadi Pak Turut PKR dan DAP? Dengan pengumuman Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bahawa PAS sanggup kalah asalkan dapat membawa hukum hudud untuk dilaksanakan.

"PAS yakin pelaksanaan hudud tetap dapat dijalankan biarpun bakal hadapi risiko kalah dalam pilihan raya. 

Beliau berkata, kenyataannya itu adalah selari dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung PAS sanggup kalah pilihan raya berbanding tolak laksana hudud selari dasar perjuangan parti berkenaan sejak dulu lagi.

“Dasar kita perjuangan Islam dan ia termaktub dalam Perlembagaan PAS. 

Hasrat kita mahu lihat terlaksana pemerintahan berpandukan nilai Islam di Malaysia,” katanya ketika mengulas pendapat Abdul Hadi. 

Pilihan raya ini termasuklah PRK Permatang Pauh yang mana PKR mahu mempertahankan kerusi itu yang telah dimenangi Ketua Umum PKR Anwar Inrahim yang kini sedang menginap di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat. 


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger