PAS PERMATANG PAUH MINTA WAN AZIZAH TARIK BALIK KENYATAAN TENTANG HUDUD


Ini adalah keputusan muktamad kami bagi PAS Permatang Pauh yang hanya mematuhi arahan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tegas Yang Dipertua Omar Hassan.

Kenyataan tegas ini susulan daripada desakan Pengarah Pilihan PAS bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh Datuk Dr. Mujahid Yusof.

Semalam, Mujahid telah meminta PAS Permatang Pauh akur dengan keputusan parti supaya membantu kempen calon PKR dalam PRK Permatang Pauh ini.

Ini susulan daripada surat yang dihantar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada PAS Pulau Pinang dan kawasan itu supaya tidak melanggar ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 13 April lalu untuk menyokong sesiapa sahaja calon pembangkang tanpa syarat.

Apa pun keputusan PAS Pulau Pinang, PAS Permatang Pauh tetap dengan pendiriannya untuk tidak melayan sebarang desakan mahupun permintaan PAS Pulau Pinang.

Sementara itu, PAS Permatang Pauh juga berpegang kepada keputusan mesyuarat agungnya yang diadakan pada 19 April lalu supaya Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menarik balik kenyataannya yang tidak menyokong pelaksanaan hukum hudud.

Menurut beliau, Wan Azizah juga perlu memohon maaf memandangkan kenyataannya itu menggores hati umat Islam termasuk ahli-ahli PAS kawasan tersebut.


PAS Permatang Pauh terpaksa membuat keputusan ini memandangkan PAS sebelum ini hanya berdiam diri dalam apa jua cercaan daripada PKR dan DAP dalam isu hudud ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger