PAS PERMATANG PAUH HANYA PATUHI ARAHAN PRESIDEN


Kami hanya mematuhi arahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bukannya Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK Permatang Pauh Datuk Dr. Mujahid Yusof.

Tiada kompromi kerana setiap ahlinya perlu mematuhi arahan Presiden PAS sebagai mana yang diamalkan dalam mana-mana organisasi dan parti.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, mereka juga tidak akan menerima arahan daripada mana-mana pihak termasuk Pesuruhjaya PAS negeri itu sendiri, Mohamad Sabu berhubung gerak kerja sepanjang PRK kerusi berkenaan.

Katanya dengan tegas, Mujahid tidak berhak mengarahkan mereka membantu jentera pakatan pembangkang dalam PRK berkenaan memandangkan dia tidak memahami sentimen ahli-ahli PAS di kawasan itu.

“Kami tidak mahu mengambil kira pandangan mereka sebab mereka pun tidak turun bertemu dengan kami.


“Sepatutnya sebelum mereka memberi sebarang pendapat, mereka berjumpa dengan kami terlebih dahulu, barulah mendapat maklumat jelas mengenai apa yang dimahukan ahli-ahli PAS kawasan ini,” katanya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger