ORANG MUDA DI PERMATANG PAUH MULA BOSAN DENGAN PKR


PRK Permatang Pauh kali ini sedang menyaksikan pertembungan orang muda dengan orang tua yang mana penentunya ialah pengundi-pengundi muda.

Dalam satu tinjauan umum, rata-rata golongan muda di Permatang Pauh menyatakan kebosanan mereka dengan pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat yang mana hanya tahu berjanji tetapi tidak pernah menunaikannya.

Malah, sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menampakkan batang hidungnya di sini sebaliknya lebih gemar bermain politik dengan mengkritik kerajaan sedangkan kawasan sendiri tidak terjaga.

Apatah lagi mahu menghampiri golongan muda sehingga menyebabkan orang muda menganggap mereka ini tidak mempunyai Ahli Parlimen.

Sementara itu, ada golongan muda yang mengaku mereka pernah menjadi penyokong kuat PKR suatu ketika dahulu, tetapi kini akan beralih arah kepada BN kerana bosan dengan retorik politik keluarga Anwar yang hanya berbohong.

Menurut Jamawi, BN mempunyai potensi besar untuk menang di PRK Permatang Pauh kali ini dengan mengemukakan calon yang lebih berwibawa tetapi perlu menggunakan strategi yang baik.

“Mereka berkata, Anwar dan Wan Azizah tidak pernah menghargai sokongan diberikan pengundi sebaliknya mengutamakan kepentingan keluarga daripada memperjuangkan nasib pengundi,” katanya.


Justeru, anak-anak muda di Permatang Pauh jangan sekali lagi menggadaikan masa depan anda dengan mengundi PKR. Sebaliknya, inilah masa yang sesuai untuk mengubah dan merubah kesilapan yang pernah dilakukan dengan mengundi calon muda BN Suhaimi Sabudin.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger