MAT SABU DITOLAK MAJORITI AHLI-AHLINYA DI PULAU PINANG


PRK Permatang Pauh kali ini nampaknya bukan kerja senang bagi Pakatan Rakyat apabila sokongan ahli-ahli PAS di Permatang Pauh terhadap PKR mahupun DAP telah bertukar arah. 

Mereka mungkin bukan ahli UMNO atau BN dan tetap PAS, tetapi dengan situasi semasa ini mereka dijangka menyokong UMNO dalam diam. 

Melihat kepada sokongan yang diterima BN semasa mengumumkan calon mereka petang tadi, rupa-rupanya ada di kalangan yang hadir itu ahli PAS. Siapa sangka kali ini Parlimen Permatang Pauh akan berubah wajah?

Isu PAS Pulau Pinang yang tidak menyokong Yang Di Pertua PAS Pulau Pinang, Mat Sabu itu bukanlah yang pertama tetapi banyak lagi isu lain seperti sokongan membabi buta Mat Sabu terhadap Anwar Ibrahim selain hukum hudud. 

Dengan laungan BN Melakar Sejarah Baru, BN kali ini dijangka mampu menyaingi Pakatan Rakyat yang diterajui PKR dan DAP sekaligus menakluk Parlimen Permatang Pauh. 

Apa pun hari penamaan calon nanti akan menyaksikan peristiwa yang sangat penting dalam melihat kejatuhan Pakatan Rakyat. Namun, ini terpulang lagi dengan jentera BN semasa berkempen nanti. 


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger