KERANA TAKUT KALAH PKR TERPAKSA AWALKAN CERAMAH KEMPEN DI PRK PERMATANG PAUH


Belum lagi penamaan calon dan SPR belum lagi penerimaan calon untuk PRK Permatang Pauh, PKR terpaksa mengadakan ceramah kempen lebih awal bagi meraih sokongan awal pengundi. 

Malam tadi PKR telah mengadakan ceramah di salah satu DUN di bawah Permatang Pauh dengan cubaan memperlekehkan calon BN yang baru diumumkan Timbalan Presiden BN petang tadi. 

PKR kali ini menerima tempias yang amat besar selepas sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS mengambil keputusan memboikot calon PKR. Inilah yang merunsingkan PKR sehingga terpaksa melembutkan lidah mereka terhadap PAS. 

PKR kali ini banyak menggunakan isu nasional untuk berkempen berbanding isu tempatan yang selama ini menghantui rakyat tempatan yang hauskan pembangunan. 

Sepanjang pemerintahan Anwar Ibrahim selaku bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, kurangnya pembangunan di situ disebabkan Anwar lebih banyak berpolitik bagi menyelamatkannya daripada kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan. 

Akibatnya Permatang Pauh mula tersisih daripada pembangunan berbanding Parlimen dan DUN yang ada disekelilingnya. 


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger