CHONG CHIENG JEN DIMALUKAN SPEAKER DUN SARAWAK


Satu kejutan berlaku pada sidang DUN Sarawak apabila Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen telah dimalukan oleh Speaker DUN Sarawak tanpa disedarinya. 

Sama ada beliau kurang mahir berbahasa Melayu dan Inggeris atau sengaja buat-buat tidak tahu, Chong Chieng Jen yang kononnya mahu memperjuangkan kaum Dayak itu sebenarnya telah memakan diri. 

Beliau seolah-olah telah dipilih dan telah mendapat persetujuan semua etnik di Sarawak untuk menggabungkan semua etnik di bawahnya dengan menjadikan satu bangsa sahaja iaitu Dayak.

Mungkin beliau berasakan dirinya akan diangkat menjadi hero kerana memperjuangkan nama Dayak, tetapi hakikatnya beliau sebenarnya memperlekehkan Dayak. 

Apabila ditanya oleh Speaker DUN Sarawak berkenaan perbezaan kaum Penan dan Punan, Chong yang terdiam sebentar tidak dapat menjawabnya. 

Sudahlah tidak dapat menjawab pertanyaan Speaker DUN Sarawak, beliau seolah-olah mewakili kaum Dayak mengatakan 3 NGO sudah cukup mewakili suara seluruh rakyat Sarawak untuk mencapai kata persetujuan gabungan semua etnik di bawah bangsa Dayak.

Antara etnik yang dimaksudkannya ialah Bidayuh, Bukitans, Berawan, Bisayah, Dusun, Iban, Kadayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lakiput, Lugat, Lisum, Melanau, Murut or Lun-Bawang, Penan, Sian, Tagal, Tabun, Tering dan Ukit.

Timbul persoalan, bagaimana seorang ADUN serta Ahli Parlimen tidak tahu prosedur sebenar untuk menggubal atau mengubah sesuatu yang ada kaitannya dengan dasar persekutuan?

Apakah hanya dengan membawa nama Dayak maka Chong Chieng Jen akan diangkat menjadi hero? Walhal prosedur yang dibawanya itu sepatutnya dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan keputusan. 

Inilah yang dikatakan hero jatuh tersungkur dengan perbuatan bodohnya hanya semata-mata mahu meraih sokongan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger