ADENAN KATA BN AKAN BUAT KEJUTAN TAPI DAP YANG LEBIH MENYERLAH DAN MENYINAR..?!


Sebelum DUN bersidang, YAB Ketua Menteri Sarawak mengatakan BN akan buat kejutan dalam Persidangan DUN Sarawak kali ini tetapi selepas 4 hari bersidang ternyata wakil-wakil rakyat dari DAP yang mencuri banyak perhatian dan gempak habis.

Kelmarin, DAP secara beramai-ramai berkata mereka sokong usaha Adenan Satem dalam membenteras pembalakan haram tetapi tidak pula menyokong usul undang-undang yang memberi hukuman berat terhadap lanun-lanun pembalakan haram.

Hari ini, mereka buat gempar lagi apabila mereka mempersoalkan kenapa kerajaan memohon peruntukan tambahan untuk Projek Transformasi Desa?

Mereka sebaliknya mempertikaikan permohonan kerajaan sebanyak lebih kurang RM250 juta khas untuk projek-projek kawasan luar bandar.

ADUN Kota Sentosa, Chong Chieng Jen bertanya kenapa minta peruntukan lagi sedangkan sudah ada untuk pembangunan luar bandar dalam Belanjawan 2015 seperti mana yang diumumkan Adenan Satem dalam bulan November yang lepas?

Lebih mengejutkan ialah kenyataan bernada penghinaan terhadap masyarakat pendalaman yang dikeluarkan oleh Chong Chieng Jen yang menganggap projek-projek pendalaman itu ialah untuk "membeli undi" masyarakat pendalaman.

Tuduhan Chong Chieng Jen seperti mengatakan bahawa maruah masyarakat pendalaman boleh dibeli.


Ingin bertanya kepada Chong Chieng Jen, kenapa Projek ‘Impian Sarawak’ DAP hanya untuk kawasan tertentu sahaja?

Apa yang boleh dinilai, Projek ‘Impian Sarawak’ DAP itu boleh diibaratkan sebagai "satu sudu" tapi kecoh satu Sarawak semacam "satu kuali".

Semua orang tahu Projek ‘Impian Sarawak’ DAP itulah sebenarnya Projek Pancing Undi.

Keputusan Juri Muktamad.

Jadi di sini, DAP bolehlah diistiharkan sebagai jaguh dalam Persidangan DUN Sarawak kali ini... Tahniah Chong dan DAP Sarawak
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger