ABDUL HADI AWANG TIDAK KISAH PKR KALAH DALAM PRK P.44 PERMATANG PAUH


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjadi buruan media langsung tidak menyesal sekiranya calon PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail kalah dalam PRK P.44 Permatang Pauh pada 7 Mei nanti.

Sudah tiba masanya PKR menerima kekalahan ekoran keegoan mereka dalam hukum hudud.

Ini disebabkan kegagalan Wan Azizah sendiri enggan menarik balik kenyataannya yang menentang pelaksanaan hukum hudud seperti mana yang diarahkan Presiden PAS.

Tetapi apa yang anehnya di Permatang Pauh, PAS kawasan itu dikatakan melupakan sengketa dengan PKR selepas kedua-dua belah pihak bertemu.

Namun apa yang berlaku bukanlah satu kejutan kerana itulah PAS – sebuah parti yang begitu mudah melupakan segala tindakan PKR dan DAP terhadap mereka.

Lebih menimbulkan persoalan, sehari sebelum itu Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menyatakan kekecewaan dengan sikap dua pemimpin kanan parti itu dalam menangani pergolakan dengan PKR.

Apa yang berlaku sudah tentulah memeningkan kepala ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi khususnya di Permatang Pauh. Mungkin mereka berasa aneh kerana begitu cepat sekali ketegasan pemimpin-pemimpin parti itu 'menjadi cair’ selepas berunding dengan PKR dan DAP.

Kasihan Abdul Hadi, beliau cuba menunjukkan ketegasan dalam berhadapan dengan PKR dan DAP tetapi malangnya ia tidak ke mana. Kesediaan PAS untuk menggerakkan jentera bagi membantu Wan Azizah dalam pilihan raya kecil itu telah menimbulkan persoalan apakah segala yang berlaku berhubung kemelut hukum hudud dalam pakatan pembangkang hanya sekadar satu sandiwara.


Sukar untuk dipastikan tetapi apa yang nyata, tindak-tanduk pemimpin-pemimpin PKR dan DAP sebelum ini benar-benar melukakan hati ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi, namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana pemimpin-pemimpin mereka terlalu baik dan sanggup bertolak ansur biarpun PAS dilayan bagaikan parti yang tidak bermaruah.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger