ZURAIDA KAMARUDDIN PERTIKAIKAN AKTA IMIGRESEN NEGERI SARAWAK


Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempertikaikan kerajaan Negeri Sarawak berikutan sehingga kini masih belum memberikan sebarang alasan mengapa beliau tidak dibenarkan memasuki Sarawak semasa menjawab pertanyaan media di lobi Dewan Rakyat.

“Sambil menuding jari kepada kerajaan Negeri Sarawak, apakah yang menyebabkan dirinya tidak dibenarkan memasuki Sarawak sedangkan beliau tidak menyertai sebarang perhimpunan seperti BERSIH.

“Saya tidak seperti beberapa pemimpin pembangkang lain seperti S. Ambiga dan beberapa lagi yang menyertai perhimpunan sedang saya hanya memperjuangkan kerja-kerja politik sebagai ahli politik,” jelas Zuraida yang ternyata marah kepada tindakan kerajaan Negeri Sarawak.

Sebagai seorang Ahli Parlimen, mana-mana pemimpin pembangkang berhak untuk menjelajah seluruh negara bagi memperjuangkan politik.

Terdahulu Teresa Kok membuat sidang media dalam mempertikaikan penahanannya semasa hendak melawat Sabah pada awal Mac ini dan kini dalam proses mempertikaikan langkah kerajaan Sabah ke atasnya menerusi undang-undang.

Zuraida Kamaruddin merupakan salah seorang daripada pemimpin pembangkang yang sekarang ini masih lagi tidak dibenarkan memasuki Sarawak.


Bagaimanapun, dalam lawatan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah pun menyampaikan surat dan permohonan kepada Ketua Menteri Sarawak supaya pengharaman memasuki Sarawak dapat ditarik balik.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 31, 2015 at 1:01 AM

Banned Them , habis cerita... kasi orang susah.. perosak bangsa dan negara..

Anonymous
March 31, 2015 at 1:37 AM

Band je, sabah dan sarawak ada autoriti utk halang individu yg difikirkan bahaya dpd memasuki negeri2 tersebut. Bahaya mungkin dari aspek keselamatan, perpaduan kaum atau sebagainya. Nk bising, biar lantak. Beliau bukan anak negeri sarawakpun....

Anonymous
March 31, 2015 at 7:34 AM

DAH LAMA TAK DENGAR KHABAR BERITA DPD MAK LAMPIR NI. AKHIR2 NI TAK MELALAK PULAK N TAK PERNAH NAMPAK PERGI BERDEMO

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger