SESI MEMPERKENALKAN CALON PAS DI DUN BETNG MARO TIADA SAMBUTAN


Kehadiran Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat ke Kampung Kalot pagi tadi dalam rangka lawatan memperkenalkan calon PAS di DUN Beting Maro telah tidak mendapat sambutan dan sambutan dingin.

Hanya sekitar 15 orang sahaja yang diketuai Yang DiPertua PAS Batang Lupar, Abang Ahmad Kerdi hadir bagi menyambut dan bersama Suhaizan Kaiat.

Mengikut perancangan awal, kehadiran Ketua Pemuda PAS itu akan mengadakan pemberian sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada beberapa buah keluarga di DUN Beting Maro.

Selain menyampaikan sumbangan keperluan, PAS juga membawa calon PAS di DUN Beting Maro, Abang Ahmad Kerdi yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Begitupun, program PAS itu tidak mendapat sambutan dengan hanya 2 buah rumah sahaja di Kampung Kalok ini yang terlibat dalam pemberian sumbangan ini manakala rumah yang lain telah menarik diri.

Kesempatan itu juga PAS turut menyampaikan jadual waktu solat bagi kawasan DUN Beting Maro dengan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah.

PAS yakin bahawa mereka mampu menawan DUN Beting Maro sebagaimana keputusan dalam PRN Sarawak 2011 lepas yang menyaksikan calon mereka hanya kalah dengan majoriti tipis.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu telah datang ke DUN Beting Maro bagi mengadakan ceramah kempen pilihan raya biarpun tempoh masa berkempen masih jauh lagi.


PAS kini hanya bersama PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) Sarawak apabila sekutu mereka DAP Sarawak telah mengambil keputusan untuk keluar PR Sarawak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger