MCA DAN DAP BERSEKONGKOL MAHU MENENTANG ISMAIL SABRI


Hubungan politik komponen BN sedikit terjejas berikutan kesediaan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon bersekongkol dengan DAP bagi menyuarakan penentangan terhadap Menteri Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzil berkata, tindakan Sin Woon yang bekerjasama dengan DAP menentang kenyataan Ismail yang dikeluarkan baru-baru ini amat keterlaluan.

"Tindakan dia yang bersekongkol dengan DAP  menyelar kenyataan Datuk Ismail adalah satu tindakan yang dilihat amat keterlaluan.

"Kami mahu Presiden MCA mengambil tindakan tegas ke atas dia berhubung tindakannya itu. Kerjasama itu tidak dapat diterima kerana DAP terbukti sebuah parti yang cauvanis dan selalu menimbulkan isu perkauman," katanya dalam sebuah sidang media yang dihadiri lebih 60 ketua UMNO bahagian di sini, hari ini.

Sebelum ini Ismail di dalam laman facebooknya telah meminta rakyat Malaysia melakukan boikot ke atas peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak di Malaysia.

Akibatnya, isu ini telah banyak dimainkan di media sosial dengan ramai yang menyokong kenyataan Ismail itu yang disifatkan sebagai reality dan tiada unsur rasis.

Kelmarin, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon secara terang menyatakan mahu berganding dengan DAP menyerang Ismail.

Dalam kenyataannya, Sin Woon dilaporkan membidas Ismail dengan berkata: “Untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenyataan kurang bijak dan menegaskan bahawa Ismail hanya membuat kenyataan peribadi, bukan pendirian Kabinet mahupun BN.”

Selepas kenyataan Ismail itu, tiada seorangpun di kalangan menteri yang menyokong kenyataannya sehingga menyebabkan penyokong kerajaan di media sosial berang.

Begitupun, selepas beberapa baharulah beberapa orang menteri bersuara dengan menyokong Ismail bahawa kenyataan yang dibuatnya itu bukan rasis sebaliknya bersandarkan realiti semasa.

Persoalan sekarang, tindakan Ketua Pemuda MCA itu yang mendesak Ismail meletak jawatan juga sangat keterlaluan dan membelakangkan Perdana Menteri.

Sebaliknya, Sin Woon perlu menjawab kenapa dia sanggup duduk semeja bersama DAP dan sanggup minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat Datuk Ismail Sabri dari jawatan menteri?


"Kami sentiasa beri sokongan penuh terhadap kedudukan Ismail Sabri sebagai menteri. Apa yang dilakukannya adalah untuk memperjuangkan nasib semua kaum dan seluruh rakyat, bukan hanya untuk kaum Melayu sahaja!" tegasnya.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
February 4, 2015 at 4:40 PM

Kalau x silap pemimpin Sarawak tak suka politik bergaduh nih.

Amacam skarang...??? Sudah terlepas cakap. Oooops .....Sdah terkeluar rasisnya.

Jangan bagi masuk Sarawak? Boleh ke? Haru biru nih.

Sokong pemimpin Melayu Pakatan lebih baik.

Anonymous
February 4, 2015 at 4:51 PM

Awak boelh sokong Aljuburi. No problem

Anonymous
February 4, 2015 at 5:03 PM

Lebih 50% sokong Anwar wooooo. Manyiak woooo. Lepas ni tambah lagi looooooo....

Kecut be end dengan fitnah dan pergaduhan merebut harta dalam partinya.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger