BEKAS CALON PKR PETRA JAYA TERLIBAT DALAM PENIPUAN RIBUAN WANG RINGGIT


Sebuah blog tempatan Sarawak Sematan Ke Lawas telah membongkarkan suatu penipuan yang dilakukan oleh bekas calon PKR Petra Jaya, Ahmad Nazib Johari.

Ini bukan fitnah bahkan mempunyai bukti kukuh bahawa kejadian penipuan ini telah berlaku dan wajar diketahui orang ramai apabila si pengadu telah memuatnaik statusnya di facebook.

Dikatakan penipuan itu berlaku bernilai ribuan ringgit.


Skandal ini bermula apabila ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak telah membuat laporan polis (salinan polis dilampirkan) dengan menyatakan penama Sharifah Hajijah sebagai salah seorang yang terlibat dalam penipuan duit pelaburannya.


Yusof Baharudin atau lebih dikenali sebagai YB Sutan Sinaro yang terkenal dengan sikap sayangnya dengan PKR dan AMK ini kerana sebelum ini pernah ditahan dan dipenjarakan akibat kesalahan yang sewajarnya telah memuatnaik salinan laporan polis dan interaksinya dengan Ahmad Nazib dan Sharifah Hajijah bintu Tunku Ahmad.



Pembongkaran penipuan ini sangat mengejutkan ramai pihak termasuk ahli-ahli PKR dan AMK sendiri yang kini mula menampakkan diri menjelang pilihan raya Sarawak akan datang.

Lebih mengejutkan skandal penipuan ini berlaku hanya berlaku di kalangan ahli-ahli AMK sendiri, suatu yang sangat tidak boileh diterima akal. Tetapi, apabila nafsu mula menguasai minda maka hilanglah intergriti.


Apakah Yusof Baharudin akan membawa kes ini di mahkamah? Siapakah pula peguamnya nanti? Hanya Yusof Baharudin sahaja yang mengetahuinya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger