APAKAH DATUK USTAZ KAZIM ELIAS JUGA AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA TIDAK DIBENARKAN MASUK KE SARAWAK?


Ketika ini Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) sedang menghadapi ugutan daripada DAP Kelantan yang mengatakan ceramah yang disampaikan DUKE bersifat rasis.

Bagaimanapun, DUKE menafikannya dan tampil membuat laporan polis balas di atas laporan polis yang dilaporkan ahli DAP Kelantan.

Sebagai berpijak di bumi yang nyata, DUKE tampil mempertahankan dirinya berikutan laporan polis yang dibuat ahli DAP yang sememangnya anti Islam.

Dan, hari ini Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching akan menganjur program Ceramah Perdana yang menampilkan DUKE sebagai penceramah utama.

Ceramah Perdana itu akan dianjurkan pada 22 Februari ini di Stadium Perpaduan Negeri, Petra Jaya, Kuching.

Menurut Pengerusi Penganjur Ceramah Perdana, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, program itu salah satu usaha penyebaran ilmu agama dalam saluran lebih kontemporari khusus kepada masyarakat setempat terutama golongan belia.

“Ceramah agama perdana anjuran bersama Armada PBB Zon Kuching ini diyakini mampu memberi impak tinggi serta berkesan dalam kalangan masyarakat setempat terutama golongan belia.

“Oleh yang demikian, ikon agama negara Ustaz Kazim Elias dijemput khas bagi menjayakan program keagamaan ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur program.

Program ceramah agama perdana itu akan bermula pada jam 7.30 malam dan dijangka dihadiri ribuan orang.

“Program Armada Pemuda PBB Zon Kuching pada kali ini berbeza kerana kami mengambil pendekatan kepada program bersifat keagamaan demi menghayati bencana menimpa negara baru-baru ini berbanding program bersifat kesukanan serta rekreasi  seperti sebelum ini,” katanya.

Persoalan sekarang, apakah DUKE juga akan mengalami nasib yang sama seperti mana yang dialami oleh Prof Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang telah tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada penghujung tahun lepas?


Harus diingat bahawa selain pemimpin PKR, See Chee How yang membuat kenyataan supaya tidak membenarkan Dr Ridhuan Tee Abdullah memasuki Sarawak ada tangan ‘ghaib’ di belakang drama tersebut.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
February 6, 2015 at 9:04 AM

Ayuh rakyat Sarawak. Ubah nasib mu. Jika tidak Sarawak akan terus bergerak perlahan sama macam 50 tahun dulu.

Mari bersama2 negeri Semenanjung menaikkan Malaysia BERSAMA2 PAKATAN.

Anonymous
February 6, 2015 at 3:01 PM

ubah jadi lebih teruk?!!

Anonymous
February 6, 2015 at 3:03 PM

tetap support DUKE

Anonymous
February 7, 2015 at 12:42 AM

Patutnya Dr. Ridhuan Tee tak patut dilayan sebegitu rupa - dan jgn. pula Datuk Ustaz Kazim TERCINTA kita juga dilayan serupa!

Kalau terjadi begitu, dah tiba masa BUMIPUTERA ISLAM/MELAYU Sarawak dibenarkan membawa masuk UMNO atau menubuhkan parti BUMIPUTERA ISLAM/MELAYU! Kenapa hak ini dinafikan terhadap mereka - sedgkan puak parti PENGGANAS DAPBANGKAI boleh bebas beroperasi?!

Dan juga sedg. berlaku agenda licik oleh si KAPIRDAJAL RASIS ANTI-ISLAM, akibat PENGKHIANATAN pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL, untuk memecahbelahkan BUMIPUTERA ISLAM/Melayu Sarawak dgn. MENGHAPUSkan identiti BUMIPUTERA MELAYU Melanau dan Kedayan contohnya; utk. di gabungkan sbg. kaum Iban; yg. disyaki majoriti adalah Bukan Islam; termasuk penghapusan identiti 'BUMIPUTERA'.

Nek Tempoyak.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger