YANG DI PERTUAN AGONG DAN NAJIB RAZAK BERSAMA ORANG RAMAI SOLAT JUMAAT DAN TAHLIL BAGI MEMPERINGATI MH370


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berangkat menunaikan solat Jumaat serta bertahlil untuk penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370, di Masjid Negara.

Turut serta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Lebih 5,000 jemaah turut serta bersolat Jumaat,dan bertahlil yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad yang bertujuan bagi mendoakan kesejahteraan semua penumpang MH370 dan keluarga mereka.

"Buat semua keluarga penumpang MH370, saya harap mereka bersabar dengan dugaan ini kerana Allah swt akan memberi ganjaran yang lebih besar kepada orang yang bersabar," kata Syaikh Ismail kepada pemberita selepas majlis itu.


Semalam kerajaan mengisytiharkan kehilangan pesawat MH370 sebagai nahas, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger