TIADA MAKNANYA TUBUH MAJLIS TINDAKAN BERSAMA BANJIR ANTARA BN DAN PAKATAN PEMBANGKANG


Disebabkan ramai rakyat melihat kegagalan pemimpin Pakatan Pembangkang dalam menangani mangsa-mangsa banjir, akhirnya mereka menukar strategi dengan mempelawa pemimpin BN membentuk dan menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Banjir antara BN dan Pakatan Pembangkang.

Kebanyakan mangsa-mangsa banjir melihat respon dan tindakan yang dibuat pemimpin BN dalam menangani situasi banjir sangat baik dan mereka sangat berterima kasih.

Berbeza dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang hanya menampakkan segelintir pemimpin mereka termasuklah ketiadaan Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Manakala, pemimpin seperti Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan Husam Musa lebih banyak ‘berlakon’ kononnya mereka juga menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Begitu juga dengan pemimpin PAS yang sibuk dengan mewujudkan tabung bagi mengutip derma untuk kegunaan mangsa banjir yang tiada ketahuan di manakah perginya sumbangan derma orang itu kelak seperti mana yang berlaku dalam tabung-tabung lain.

Akibatnya, timbul idea Lim Kit Siang untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak BN dan Pakatan Pembangkang bagi menangani masalah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung.

Beliau juga mahu satu pertemuan diadakan bersama Perdana Menteri bagi menyampaikan cadangannya itu sebelum mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Sebuah jawatankuasa bertindak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat perlu ditubuhkan, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang berkata jawatankuasa yang diberi nama Majlis Tindakan Bersama Banjir antara BN dan Pakatan Rakyat dicadangkan dalam satu emel yang dihantar kepada Najib semalam bersama beberapa cadangan lain.

Antara cadangan lain yang disampaikan termasuk pengisytiharan darurat bencana, mengadakan sidang khas parlimen dan membentuk suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat punca banjir.

DAP juga mencadangkan supaya bantuan RM500 juta untuk pemulihan kawasan banjir digandakan.

Katanya, sidang parlimen itu juga boleh membincangkan keperluan agar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) boleh ditangguhkan supaya tidak membebankan mangsa banjir.

Secara jelas Pakatan Pembangkang cuba mengambil kesempatan ke atas apa yang telah dilakukan pemimpin BN sebelum ini dalam membantu mangsa banjir.


Sehingga kini DAP tiada sebarang peruntukan yang disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir kecuali Kerajaan Negeri Selangor yang telah menyalurkan peruntukan menerusi wang ringgit.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

January 6, 2015 at 3:36 PM

cakap berdekah-dekah, macam bagus sangat....pakatan urus sendiri la.....yang peliwat, yang mata sepet, yang serban sebakul.....modal air liur je

Anonymous
January 6, 2015 at 3:37 PM

Tak usah la letakkan beban tanggungjawab kpd. Pakatan. Rasa susah.......tukar kerajaan.

Bukankah kerja Kerajaan Pusat melalui jabatan kerajaan kena fikir nak urus mangsa banjir dan harta benda yang musnah? Seterusnya cara nak elakkan dan kurangkan kejadian banjir dari terus berlaku.

Banjir akan terus menjadi malapetaka kalau kerajaan asyik dengan pembangunan tetapi tidak menyelesaikan masalah sebenar. Masalah penebangan balak dan sungai/parit yang sempit. Di semua negeri.

Next bila ubah musim, Kedah, Perlis dan lain2 negeri di pantai barat plak...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger