TERTARIK DENGAN POLISI KETUA MENTERI SARAWAK RAMAI AHLI PKR KELUAR PARTI


Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (RKR) Cawangan Kapit Edward Sumbang Asun telah meng-umumkan dirinya keluar parti.

Beliau membuat pengumuman itu ketika Program Kerajaan Bersama Rakyat di Rumah Chenggai, Nanga Tenggangai, Sungai Tekalit, Song pada Sabtu lepas.

Menurut Edward, keputusan keluar parti adalah disebabkan parti itu gagal berperanan membawa pembangunan kepada rakyat di kawasan luar bandar.

“Lebih baik saya berjuang bersama Barisan Nasional (BN) untuk memajukan rakyat. PKR tidak mampu membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat di kawasan luar bandar.

“Ini kerana perjuangan PKR agak sukar di kawasan luar bandar. Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik saya meneruskan usaha dan niat saya untuk membantu rakyat bersama-sama BN,” ujarnya.

Dengan kepimpinan baharu yang diterajui Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, kata Edward banyak polisi politik kerajaan BN telah menjadikan kawasan luar bandar adalah fokus utama.

“Saya tertarik dengan corak pemerintahan dan pentadbiran Adenan yang komited menangani isu-isu rakyat dan berlaku adil kepada semua kaum.

“Beliau (Adenan) juga berperanan penting menjaga perpaduan di negeri ini. Beliau menghalang orang luar yang berperilaku ektremis masuk ke negeri ini khususnya individu-individu dari Semenanjung Malaysia.

“Inilah yang amat mengagumkan saya dengan corak Adenan. Beliau begitu tegas dan tidak mahu berkompromi dengan sesiapa yang mahu merosakan perpaduan serta mereka yang melakukan pembalakan haram, rasuah dan sebagainya,” tegasnya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi PKR Cawangan Kapit Kennedy Paing turut keluar parti pada tahun lepas atas alasan yang sama.

Bercakap mengenai masa depan politiknya, Edward berkata beliau akan menyokong BN dan akan membantu BN melaksanakan dasar-dasar pembangunan kepada penduduk luar bandar.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri Tengku Gruna yang telah membim-bingnya untuk menyertai BN.

Sementara itu, Tengku berharap langkah Edward dan Kennedy dapat dicontohi ahli-ahli PKR yang lain.

“Kami sangat memuji tindakan yang diambil oleh mereka berdua (Edward dan Kennedy) kerana sedar bahawa PKR gagal berperanan di kawasan luar bandar.

“Pintu kami tetap terbuka untuk mereka berdua dan kami sangat mengalu-alukan kedatangan mereka yang bijak dan telah membuat pilihan tepat,” jelasnya.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
January 27, 2015 at 9:40 AM

Biasalah politik Sarawak berubah2. Tapi negeri masih tak berubah dengan rakyatnya jauh ketinggalan dari Semenanjung.

Ooopps. Ada satu perkara yang tidak ketinggalan...... BANJIR.


Kasihan pada rakyat pendalaman yang tak dapat cukup informasi.

Anonymous
January 27, 2015 at 12:23 PM

Cerita biasa ... dulu kata BN tak baik sekarang kata PKR pula tak boleh bangunkan luar bandar ... kita tunggu selepas ini pula.

Anonymous
January 29, 2015 at 9:25 AM

Madu di kiri tanganmu,racun di kanan.Mana pilihan? Mantan Pengerusi PKR Cawangan Kapit dan mantan Timbalannya memilih "madu" maka BNlah premis perjuangan mereka kelak.Pilihan Edward Sumbang adalah amalan demokrasi.Beliau berhak memilih.Kita semua ada hak memilih.

Kita mengucapkan maju jaya dlm politik kpd bekas ahli PKR.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger