RAKYAT DESAK TUBUH SIASATAN DI RAJA (RCI) PEMBALAKAN DI KELANTAN


Bencana banjir khususnya yang berlaku di Kelantan seolah-olah cuba memberikan petunjuk bahawa sesuatu telah berlaku ke atas hutan Kelantan sehingga menyebabkan ribuan kayu balak terdampar di hadapan rumah penduduk.

Petunjuk ini menggambar suatu pembalakan haram atau tidak terancang telah berlaku sehingga menyebabkan bukit-bukit tadahan air telah digondolkan sehingga menyebabkan berlakunya banjir lumpur yang amat dahsyat di Kelantan.

Isu ini jika diamati bukanlah perkara baharu bahkan sudah lama berlaku semasa pemerintahan Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Malah, dikatakan projek pembalakan di Kelantan telah diberikan kepada pemimpin DAP Perak, Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming. Biarpun menafikan, tetapi sehingga kini penafian yang dibuat hanya bersandarkan air liur basi sahaja.

Sehubungan itu, rakyat Kelantan mendesak agar ditubuhkan Siasatan Di Raja (RCI) berhubung Pembalakan Haram di Kelantan. Malah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan tidak akan berkrompomi atau melindungi mana-mana pemimpin PAS yang terlibat dalam skandal balak di Kelantan.

Pastinya ketika ini, Husam Musa adalah orang yang paling menggeletar sekiranya RCI ini ditubuhkan memandangkan beliau terlibat secara langsung dalam pemerintahan Kelantan semasa hayat Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan.

Dalam pada itu, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) telah membuat siding akhbar dengan mendesak RCI berkaitan Pembalakan Haram ini diadakan.

Menurut Presiden PMSP, Ramesh Rao, semua dokumen berkenaan akan diserahkan apabila kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah RCI bagi menyiasat skandal balak di Kelantan yang dikatakan sebagai punca bencana banjir di negeri tersebut.


Kalau setakad menyalak bukit, banyak anjing boleh buat. Sehubungan itu, sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan RCI bagi memberikan maklumat kepada rakyat khususnya rakyat Kelantan yang sehingga kini masih kebingungan mengenai kehadiran balak yang banyak di hadapan rumah mereka selepas banjir surut ini.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 11, 2015 at 11:23 AM

We need RCI to reveal the truth. Damages done.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger