PORTAL DAP PERJELAS DASAR PARTI MENGHAPUSKAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA


DAP didesak memperjelas maksud dan hasrat sebenar mereka berhubung salah satu dasar parti itu yang menyentuh tentang ‘penghapusan pembahagian antara bumiputera dengan bukan bumiputera dan pelaksanaan kesaksamaan etnik’.

Yang Dipertua Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (GPMPP), Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, dasar itu sesuatu yang cukup sensitif dan secara terang-terangan menunjukkan parti berkenaan tidak menghormati Perlembagaan negara serta kontrak sosial yang menjadi panduan dalam pentadbiran negara selama ini.

Sambil menyifatkan dasar itu sebagai melampau, beliau turut mengingatkan DAP dasar itu boleh mengundang kepada rasa tidak puas hati orang Melayu, sekali gus merosakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang sedia terjalin ketika ini.

“Dasar itu tidak matang kerana DAP seolah-olah tidak sedar pengorbanan dan keikhlasan orang Melayu di negara ini dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

“Saya mahu mengingatkan Dinasti Lim yang bumi Malaysia ini amat unik dan DAP jangan sesekali memperlekehkan kaum peribumi untuk kepentingan mereka dan kroni-kroni,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya DAP menjelaskan dasar parti itu seperti tertera di laman web rasmi mereka.

Dasar DAP itu termaktub di bawah perkara ‘Berkenaan Perlembagaan Persekutuan’ yang turut menyebut mengenai ‘penggantian sistem kuota etnik dengan dasar merit dan keperluan’.

Dalam pada itu, Mohd. Rizuad turut melahirkan rasa kesal dengan sikap pemimpin DAP yang semakin ghairah menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kaum dan agama yang bertujuan meraih sokongan politik.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memantau lebih rapi dan mengambil tindakan tegas terhadap parti tersebut kerana tindakan mereka jelas bertentangan dengan undang-undang dan boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari ketika dihubungi mengesahkan kewujudan dasar tersebut, namun menjelaskan ayat yang digunakan bagi menyatakan dasar berkenaan sebagai ‘mengelirukan’.
“Maksudnya bukan menghapuskan kedudukan Melayu tetapi mewujudkan kesaksamaan dan keadilan untuk semua rakyat,” katanya.


Sumber: Utusan Online
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 8, 2015 at 6:57 PM

Itulah - Kesultanan Islam/Melayu, pemerintah ASAL negara Islam, pusaka nenek moyang kita ni, serta hak umat Islam termasuk hak-identiti BUMIPUTERA Islam/Melayu, akan terus diPIJAK, kerana PENGKHIANATAN si pemimpin-pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENAKUT!

Kan Dunia Islam dan ramai pemimpin Islam dok asyik TERUJA mcm. si PEMBODEK-BANGANG memanjang - dok SEMBAH-mcm-si-KULI, "hak asasi kesamaan-kebebasan tanpa-batasan/demokrasi"-SAMPAH si MUSUH ISLAM Barat-ZIONIS dan ejen-ejennya dari si DAPBANGKAI/PKRSODOM: sedgkan si Barat-ISrael boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umatnya dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Afrika Tengah, Guinea, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ-INTERPOL dsbnya yg. disyaki diKUASAI si Barat- ZIONIS!!

Tengok sajalah VICSecret yg. dok MELACUR wanita jual seluaq-baju dalam puak ELIT-BANGANG, dibiaqkan dgn. begitu angkuh, MENGHINA NEGARA ISLAM kita ni serta umatnya yg. MAJORITI, di mana kedai tu dok bubuh poster-poster gergasi wanita KAPIRDAJAL Barat/Zionis-hampir-TELANJANG sekeliling kedainya di 'mall' baru di Sentral tu! Dasar si PENGKHIANAT si pemimipin Islam/Melayu-LIBERAL!

Nek Tempoyak.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger