PM NAJIB TERKENA JANGKITAN E.COLI DAN PERLU BEREHAT


Disebabkan terlalu sibuk dengan masalah rakyat yang menghadapi banjir, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah dijangkiti penyakit E.Coli.

Selepas pulang daripada lawatan rasmi di Amerika Syarikat, Najib terus berjumpa dan menyelami masalah rakyat yang menjadi mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur.

Ekoran daripada lawatan yang tiada rehat dan disebabkan kerisauan yang teramat sangat terhadap nasib rakyat, Najib telah disahkan terkena penyakit E.Coli yang berpunca daripada bawaan air banjir.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter rasmi Pejabat Perdana Menteri.

"Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," tulis kemas kini di laman mikro tersebut.

Begitu pun, ada pula segelintir rakyat Malaysia yang tiada perikemanusiaan dengan memberikan komen yang tidak berasas.

Ini semua pengaruh politik yang sangat keterlaluan biarpun mengetahui situasi banjir yang berlaku banyak ditangani oleh pemimpin kerajaan.


Ada pun pemimpin pembangkang hanyalah sekadar meninjau dan mengambil gambar kononnya mereka pergi menyampaikan bantuan dan tidak kurang pula yang bercuti sakan di luar negara dengan hanya memberi alasan tiada penerbangan balik ketika mana rakyat dilanda musibah. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

melayu prihatin
January 6, 2015 at 10:10 AM

amat sedih dan terharu bil tahu PM kita dijangkiti E coli bawaan air...jelas komitmen ketua ngara kita ni yg terpaksa korbankan percutian kerana nak jumpa dan menyelami nasib rakyat yg dilanda musibah paling teruk...moga PM cepat sembuh...t.kasih PM!

cikgu hj dalik
January 6, 2015 at 10:40 AM

PM DS Najib bagaikan hero ber watak superman...dgn pantas kembali ke negaranya...bertungkus lumus malah berulang kali melawat Kelantan, Terengganu dan Pahang...termasuk menunaikan solat pada malam diambang tahun baru 2015 di Tumpat Kelantan...tapi yg menghairankan Anuwar pula di mana ye ketika itu?...sesungguhnya ia bagaikan sebuah lagu nyanyian Taufiq Batisha yg berjudul "Awak kat mana..awak-awak kat mana?...lagu yg amat popular dikalangan remaja dewasa ini...rakyat amat bangga memiliki PM dan TPM yg amat komitmen dgn musibah yg menimpa rakyat.. kamu berdua adalah juara rakyat yang sebenar2nya...SubhanaAllah!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger