PKR CEMBURU MELIHAT KERJASAMA PAS DAN UMNO DALAM MISI BANJIR


Tiada apa yang dapat diungkapkan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Kerajaan Pusat pimpinan BN melainkan ucapan ‘terima kasih’.

Ini disuarakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub ketika melihat keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang lawatannya ke Kelantan sejurus selepas pulang bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Di sebalik kemesraan itu, wujud sifat cemburu di kalangan sekutu dalam Pakatan Pembangkang iaitu PKR. Akibatnya, mereka mula menyerang pemimpin PAS yang cuba berbaik kepada BN dalam apa cara sekalipun.

Begitupun, mereka sedikit lupa bahawa sepanjang bencana banjir itu, ‘kehilangan’ Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim banyak membuatkan mereka malu.

Ditambah pula dengan alasan tidak dapat menukar penerbangan balik ke Kuala Lumpur dari Londan, suatu yang tidak dapat diterima dengan akal logik.

Malah, kenyataan terus terang kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bahawa mereka tidak berupaya dan bersedia menghadapi banjir menunjukkan kelemahan pemimpin PAS biarpun berada dalam Pakatan Pembangkang.

Kesediaan pemimpin PAS Kelantan menerima dengan hati terbuka pertolongan dan bantuan daripada BN membuatkan ramalan kedua-dua parti yang memperjuangkan orang Melayu dan Islam itu bergabung.

Namun, PKR tidak akan memberikan keselesaan buat PAS memandangkan dalam PAS itu sendiri mempunyai golongan taksub kepada Anwar Ibrahim yang dipanggil Anwarinas.

Seperti sebelumnya, biarpun ketika rakyat menghadapi bencana pemimpin PAS Kelantan masih juga bermain sentimen politik.

Malah, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir turut mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terjerat dengan mainan politik UMNO.

“Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Pusat untuk bantu kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu bencana alam…jadi, tak perlu dikaitkan dengan UMNO ataupun PAS,” katanya kepada media.


Beliau mengulas kesediaan PAS dan UMNO mengetepikan agenda politik demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir yang disifatkan umpama tsunami baru-baru ini.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 10, 2015 at 7:22 AM

Alhamdulillah... semoga umat islam terus bersatu.

Anonymous
January 10, 2015 at 1:37 PM

Apa nak cemburu, itu tugas kerajaan Perseketuan untuk kerjasama dengan semua Negeri. Yang pelik kenapa sebelum ini tidak, because they got no choice if they do not help the Malays now the political landscape will be so bad that so difficult to recover.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger