PENIPUAN TERBARU MALAYSIAKINI PAKET BERAS BERCETAK WAJAH PM


Ketika mana kerajaan dan beberapa NGO’s bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir, masih ada segelintir manusia yang mementingkan politik cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat di saat musibah bencana alam yang dihadapi rakyat.

Fitnah demi fitnah tetap berlegar silih berganti seolah-olah mereka ini bermaharajalela tanpa ada pihak yang mampu menandingi ‘kuasa’ mereka biarpun berhadapan dengan polis mahupun pihak keselamatan yang lain.

NGO’s dan pihak yang melihat kesengsaraan mangsa banjir ini giat mencari jalan mencari sumbangan dan derma daripada orang ramai bagi meringankan beban mereka yang kebanyakan mangsa hilang sehelai sepinggan.

Kini sumbangan beras pula dijadikan isu dengan fitnah kononnya setiap paket beras telah dicetak dengan wajah Perdana Menteri dan inilah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya kelewatan pengagihan.

Fakta sebenarnya adalah, hanya di bahagian atas paket sahaja ditampalkan dengan gambar Perdana Menteri bertujuan untuk mengasingkan sumbangan dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani MOA dengan agensi-agensi lain dan pengagihan telah pun dilakukan sejak 18 Disember yang lalu melalui jalan udara dan darat.

Seperti sedia maklum, sumbangan diterima dari pelbagai pihak. Dengan tindakan sedemikian, sumbangan dari pihak MOA tidak bercampur aduk dengan pihak lain dan dapat diagihkan kepada golongan sasar di kawasan-kawasan terjejas banjir

Ini disahkan sendiri oleh para sukarelawan yang melihat sendiri bahawa TIADA gambar Perdana Menteri pada setiap paket beras.

Sumbangan MOA meliputi makanan basah, makanan kering dan bahan bukan makanan seperti pakaian, lampin pakai buang bayi dan ubat nyamuk.

Tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang terlalu gemar menyebarkan maklumat palsu hanya semata-mata untuk meraih populariti kerana jelas tindakan ini hanya mengangguk di air yang keruh.

Lebih memburukkan keadaan apabila fitnah sebegini menjadi mainan bagi penyokong pembangkang di dalam media sosial seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak telus dalam memberi dan menyediakan sumbangan.


Seharusnya perkara ini tidak berlaku kerana ketika rakyat ditimpa bencana masih ada di kalangan rakyat yang rakus dengan kuasa politik hingga menyebabkan informasi palsu tersebar dan mencemar imej kerajaan. 

Sumber: http://klxpress.com.my/?p=21016 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger