PEMIMPIN PAS KELANTAN TERLIBAT DALAM SKANDAL PEMBALAKAN HARAM?


Berikutan desakan rakyat terhadap penubuhan Siasatan Di Raja (RCI) Pembalakan Haram di Kelantan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akhirnya bersuara.

Mohamad Sabu menjelaskan PAS tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan.

Bagaimanapun, dakwaan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PAS yang terlibat.

"Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," kataya pada sidang media.

Terdahulu, sebuah NGO, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pada sidang media di Petaling Jaya telah menggesa agar RCI diwujudkan untuk menyiasat pemberian konsesi balak di Kelantan yang didakwanya menjadi punca bencana banjir.

Di sebalik kesediaannya untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak termasuk pemimpin PAS sendiri, Mohamad Sabu enggan mengulas lanjut kerana mendakwa tidak pernah mendengar aduan berkaitan pemimpin PAS sebelum ini.

"Ini (dakwaan) kali pertama saya dengar," katanya sambil ketawa.

Ramesh mendakwa ada pemimpin PAS di Kelantan yang mempunyai kekayaan luar biasa disembunyikan di selatan Thailand, dipercayainya hasil pembalakan.

"Kami ada bukti pemimpin PAS Kelantan terdiri daripada bekas exco dan exco sekarang memiliki harta dianggarkan lebih RM600 juta di luar negara," katanya.


Kerajaan Kelantan perlu telus dan menyokong penubuhan suruhanjaya itu, bagi mencari punca sebenar banjir yang menenggelamkan hampir semua daerah, kecuali Bachok dan Pasir Puteh.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
January 12, 2015 at 9:16 AM

Lawak sungguh. Dah berapa kes kat Kelantan tak pernah masuk mahkamah pun. Tak lekat kes.

Eh... lupa lak kes duit negara hilang berbillion dulu dah selesai ke???

Anonymous
January 13, 2015 at 9:03 AM

Ada menteri cakap ada pembalakan haram. Itu mengesahkan tanggungjawab JABATAN KERAJAAN BERKAITAN yang perlu pantau.

JABATAN KERAJAAN DIBAWAH BEE ND. Buat kerja apa sebelum ni?

Anonymous
January 13, 2015 at 4:32 PM

Untuk pencerahan siapa yang bertanggungjawab, tubuhkan RCI. Biasanya pembalakan adalah dalam bidang kuasa negeri.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger