PEMIMPIN ISLAM BELA ERIC PAULSEN YANG HINA ISLAM DAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)


Hujung minggu lepas negara dikejutkan dengan keceloparan mulut peguam Eric Paulsen yang mengkritik JAKIM yang didakwanya sebagai penyebar dan mempromosikan ekstremisme menerusi penyampaian khutbah setiap kali ketika umat Islam di negara ini menunaikan solat Jumaat.

Akibatnya, ramai umat Islam termasuk orang bukan Islam juga mengutuk Eric Paulsen yang didakwa cuba memecahbelahkan umat Islam dan menimbulkan ketegangan agama di Malaysia.

Susulan itu ratusan laporan polis dibuat bagi menahan dan menangkap Eric Paulsen dalam usaha mengambil tindakan tegas terhadap peguam yang juga penyokong PKR itu.

Tidak lama selepas itu, Eric Paulsen bersama dengan Latheefa Koya telah mebuat laporan polis berikutan ancaman bunuh yang diterimanya susulan daripada kritikannya terhadap JAKIM.

Tidak sewenang-wenangnya, Eric Paulsen menyalah dan menuduh "cybertrooper" UMNO dan BN yang berniat jahat kerana turut menuduhnya menghina Islam.

"Kita menganggap ugutan-ugutan agak serius," kata Latheefa Koya, peguam mewakili Paulsen.

Selain ancaman yang diterimanya melalui laman media sosial, Paulsen turut mengakui terdapat ancaman yang diterimanya melalui khidmat pesanan WhatsApp secara terus.

"Mesej-mesej ini amat serius. Kami mohon tindakan kesalahan ini di bawah kesalahan Seksyen 503, dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

"Polis perlu ambil tindakan segera, dan jangan hanya ambil tindakan jika orang proUMNO dan proBN sahaja yang buat laporan terhadap Eric," kata Latheefa.

Antara ancaman yang diterima Paulsen termasuklah "Jika Jakim ajar umat Islam ekstrem, dah lama @EricPaulsen101 disembelih."

Manakala ancaman melalui WhatsApp yang diterimanya berbunyi, "Jangan jolok sarang tebuan, kalau tebuan marah dan serang jangan pula nak salahkan tebuan."

Namun, apakah Latheefa Koya sebagai orang Islam menyedari datu telah dikaburi bahawa perbuatan Eric Paulsen itu lebih teruk daripada ugutan bunuh itu? Jika tidak kerana kelantangan dan kebodohan Eric Paulsen yang bermulut celupar itu, manakan ada tuduhan atau dakwaan bunuh terhadap Erci Paulsen.


Eric Paulsen dipercayai membuat catatan di akaun Twitternya mengatakan, “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.” 
Share this article :
 

+ comments + 10 comments

Anonymous
January 13, 2015 at 1:46 PM

terkoyak tu Islam ke? asyik seolah-olah menentang Islam aje,begitu juga berapa orang dari PKR dan PAS, kalau bangsa tu boleh tutup sebelah mata, ni agama jangan main-main.Jangan jadi hamba DAP.

Anonymous
January 13, 2015 at 2:31 PM

Yang sebetulnye menentang Islam ialah bee end. Islam suruh adil. Dorang buat geng dorang je yang kaya raya. Mereka boros, rumah besar. Judi ada yang boleh. Arak pun ada ahli lembaga pengarah Islam. Hasil negeri banyak, tapi rakyat kena naik bot. Malu weh.

Semua orang dah tau la.

Kalau orang Islam x ikut Islam sebenar, tak hairan bukan Islam berani cakap apa pun.

Anonymous
January 13, 2015 at 2:45 PM

Sebenarnya orang macam anon 2.31 inilah menyebabkan orang bukan islam semakin berani. Jati diri langsung tak ada. Ingat saya bukan orang umno.....tapi rakyat malaysia, islam dsn melayu. Saya mengundi bukan kerana lambang, saya mengundi mereka yang layak untuk menjaga negara, agama dan bangsa.

Anonymous
January 13, 2015 at 3:06 PM

Jati diri amendenye kalau Melayu tercorot? Dihina sesama bangsa kalau tak sokong kerajaan.

Kalau dah 50 tahun perintah, Melayu asyik kena bergaduh dan merayu, sempadan negara bolos, pati bertaburan, orang pantai timur dan sabah sarawak terus ketinggalan, ..... layakkah mereka untuk menjaga negara, agama dan bangsa? Untuk tahun2 yg mendatang.

Sepatutnya semua hidup aman damai. Harta negara beredar pada semua dan pada tempat yang sepatutnya. Ini tidak. Duit hilang berbillion, x der pesalah.

Bukan Islam berani kerana mereka rasa di tindas dan MEREKA KESIAN TENGOK ORANG MELAYU/ISLAM KENA TINDAS DENGAN ORANG KAYA MELAYU.



Anonymous
January 13, 2015 at 3:11 PM

Amik kaw anon 2.31 butaperot , kaldai akaq.ni pasai agama bukan parti. Bodoh kuangggg.

Anonymous
January 13, 2015 at 3:14 PM

Hg juga yg butaperot lagi...
Ini hal agama bukan parti atau masalah rumahtangga tidak tersusun... Banggang gelong hg ni.

Anonymous
January 13, 2015 at 3:27 PM

Negara yang PARTI pemerintah menegakkan AGAMA Islam sebenar akan terhindar dari masalah ini.

anon 3.14 nampak sikit kot hubungannya.

Anonymous
January 13, 2015 at 4:06 PM

Eric inilah yang patut dihukum berat kerana memfitnah Jakim dan pembacaan khutbah hari Jumaat. Kenapa dia tidak baca baca text khutbah tu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fitnah dan hasutan? Kalau orang hina ritual agama dia dia marah ke x? teruk betullah dia ni.

Anonymous
January 13, 2015 at 4:44 PM

Anon 4.06. Siasat dulu dengan adil. Lepas tu jatuh hukuman.

Banyak kes fitnah tak lekat pun termasuk kes fitnah pemimpin negara sebab ia bukannya fitnah.

Kalu betul fitnah kenalah hukumannya. Baru orang bukan Islam respect. Jangan jadi macai bee nd suka jatuhkan hukuman ikut suka hati..

Anonymous
January 13, 2015 at 10:14 PM

Korang ni terlalu taksub dgn politik, semua isu nak kait dgn parti itu ini. Cuba rasional. Ini masalah global, perkara berkaitan Islam di cemuh sana sini kerana... selidik sendiri. Takkan isu karikatur Junjungan kita di luar sana ada kaitan dgn BN & PR juga?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger