PEMBANGKANG MATI KUTU BILA PEMIMPIN BN SARAWAK TANDATANGAN DAN LAFAZ IKRAR INTEGRITI


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan bin Haji Satem membuka lembaran baharu dalam pemerintahan di Sarawak apabila melaksanakan tandatangan dan lafaz ikrar integriti.

Tandatangan dan lafaz ikrar itu yang dilakukan pagi semalam, Khamis, 15 Januari sangat memberi impak kepada Pakatan Pembangkang Sarawak yang sebelum ini banyak mengaitkan pemimpin BN dengan rasuah.

Majlis yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia semalam disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low.

Apakah pemimpin DAP, PKR dan PAS telah membuat ikrar dan tandatangan integriti?



Dengan lafaz ikrar dan tandatangan intergriti, setiap di kalangan menteri kabinet Sarawak diwajibkan mengisytiharkan harta dan dikemukakan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Selepas ini, mereka (menteri kabinet negeri) perlu mengemukakan data peribadi dan sebagainya, atau lebih tepat pengisytiharan harta kepada saya.

“Saya juga akan melakukan perkara sama tetapi (dikemukakan) kepada Perdana Menteri. Malah, saya sudah pun melakukannya ketika menjadi menteri persekutuan sebelum ini,” ujarnya.

Menurut Adenan, langkah itu merupakan antara usaha menjadikan integriti satu amalan serta budaya dalam kalangan menteri kabinet Sarawak.

Selain itu, ujarnya, ia menunjukkan keikhlasan dan kejujuran menteri-menteri kabinet negeri mentadbir dan mengendalikan kerajaan serta rakyat.

“Sudah tentu bagi golongan yang kurang percaya dan bersikap sinis akan mengatakan langkah ini hanya satu ‘pertunjukan’ tetapi kita tidak akan membuat kesimpulannya sekarang.


“Jangan mengadili apa yang kami lakukan terlalu awal tanpa mengetahui kebenarannya. Kami amat serius dalam hal ini, ia bukan untuk main-main,” tegas beliau.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

January 16, 2015 at 10:13 PM

Tok bok CM! TERBAEKK...smua menteri-menteri diharap tandatangan supaya integriti dapat jadi satu amalan serta budaya dalam kalangan menteri kabinet Sarawak.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger