MENGAPA RIDHUAN TEE ABDULLAH MENJADI IGAUAN BURUK KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK?

Sebelum ini tiada sebarang permasalahan dengan keluar masuk Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah ke Sarawak dalam menyampaikan majlis ilmu kepada rakyat Sarawak.

Semua ini atas permintaan rakyat Sarawak yang mahukan Ridhuan Tee ini diundang bagi menyampaikan ceramah-ceramah motivasi berhubung isu-isu semasa.

Mungkin agaknya beliau terkenal kerana pengacara Program Pencetus Ummah yang diterbitkan di Astro dalam melahirkan pelapis-pelapis pendakwah di Malaysia. Atau, sebagai pengacara Program Hal Ehwal Islam terbitan JAKIM dan RTM yang disiarkan pada malam Jumaat.

Namun, siapakah Ridhuan Tee Abdullah ini? Beliau mungkin tidak sehebat Ustaz Kazim Elias atau Ustaz Don, tetapi beliau mempunyai daya tarikan tersendiri dalam menyampaikan ceramah motivasinya.

Mengulas mengenai tidak dibenarkan memasuki Sarawak, beliau menerimanya dengan hati terbuka dan percaya ada hikmah di sebaliknya.

Beliau bukan ahli politik dan hanya sebagai penceramah bebas sahaja selain mengajar pelajar di Universiti Pertahanan Malaysia.

Umum mengetahui Ridhuan Tee ini seorang Cina dan Islam tetapi setiap tindak tanduknya memungkinkan orang Cina terasa.

Tetapi, beliau mempunyai asas untuk bercerita dengan fakta dan kebenaran sehingga menyebabkan pemimpin pembangkang DAP dan PKR yang berketurunan Cina berasa panas.

Kerana apa? Kerana Ridhuan Tee bercakap atas sebuah realiti dan bukan fantasi bagi sesetengah ‘pakar motivasi’ di Malaysia.

Atas sebab inilah Ridhuan Tee ini menjadi duri dalam daging bagi masyarakat Cina yang menyokong Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 
+ comments + 2 comments

Anonymous
October 31, 2015 at 4:01 PM

"Tetapi, beliau mempunyai asas untuk bercerita dengan fakta dan kebenaran."
Soalnya ya ke, dia bercakap atas fakta? Nampak terang sangat tak ada satu fakta pun yang betul. Dia hanya guna fakta kindergarten yang di pelajari olehnya dulu-dulu yang dah ketinggalan zaman dan meloyakan. Siapa nak dengar cakap dia? Orang Islam yang Jati pun tak akan ikut cakap dia. Eloklah Sarawak haramkan dia masuk hingga bila-bila supaya tak kena racun yang bukan nak memajukan agama tetapi memundurkan lagi adalah, jadi orang kunu purbakala al-Taliban.

Anonymous
October 31, 2015 at 4:11 PM

Post a Comment

Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger