KELANTAN AKUI KURANG BERSEDIA HADAPI BANJIR

PAS mengakui kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti itu masih tidak cukup persiapan dalam menghadapi bencana banjir walaupun negeri berkenaan dilanda musibah tersebut saban tahun.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, masih terdapat kelemahan dari segi persediaan menghadapi banjir terutama banjir luar biasa seperti yang melanda baru-baru ini.

“Kami akui, kami memang tidak cukup persediaan, seperti sebelum ini keadaan banjir adalah normal dan kami boleh menanganinya, tetapi banjir kali ini amat luar biasa dan dengan sumber terhad, kami memang tak cukup bersedia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Pemulihan Pasca Banjir Peringkat PAS Pusat di sini, Selasa.

Mustafa berkata, beliau difahamkan banjir yang melanda baru-baru ini disebabkan hujan berlebihan selama empat hari yang jumlahnya sama dengan hujan selama 64 hari tanpa henti.

Bagaimanapun, katanya wujud kesedaran akhir-akhir ini dan kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan kerajaan pusat bagi memperkemaskan SOP (prosedur operasi standard) bagi menghadapi keadaan banjir luar biasa pada masa depan.

Sementara itu, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengurus Tabung Khas Pemulihan Pasca Banjir bertujuan untuk mengumpul dana sumbangan daripada dalam dan luar negara.

Tujuan utama penubuhan tabung tersebut ialah untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara khususnya Kelantan.

“Kita akan kutip sebanyak yang kita mampu untuk membantu mangsa terutama di tiga daerah teruk terjejas iaitu di Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang yang mengalami ‘total lost’, hilang pendapatan dan harta benda,” kata Mustafa.

Katanya satu majlis makan malam perdana juga akan diadakan bagi mengumpul dana dan akan disalur kepada mangsa banjir.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 7, 2015 at 10:36 AM

Kerajaan PAS lupa dah nak istigfar. Sebab kerakusan kekayaan melalui balak haram

Anonymous
January 10, 2015 at 1:30 PM

Semua Negeri Malaysia tidak sedia jika timpa musibah sebegini, saya tahu kerana terlibat. Namun jangan merepek. Baca Arahan Keselamatan, jika tak dapat...diam lah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger