GUAN ENG MULUT CELUPAR DAN PENIPU


Akhirnya pemimpin PAS juga terperangkap dengan mainan sekutunya dalam Pakatan Pembangkang, DAP apabila mengulas dakwaan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali melepaskan geram hari ini dengan mencabar Lim Guan Eng bersemuka berikutan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mustafa menyifatkan Guan Eng sebagai seorang bermulut celupar menegaskan, Setiausaha Agung DAP itu ada menghubunginya berkenaan hasrat parti tersebut untuk melaksanakan pilihan raya PBT namun dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Perkataan yang digunakan oleh Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.

“Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS di sini semalam.

Jelas Mustafa, beliau tidak pernah membincangkan soal pelaksanaan pilihan raya PBT bersama Guan Eng kerana perkara itu tidak termaktub dalam rangka kerja dasar bersama pakatan pembangkang.

Ini bukanlah yang pertama melibatkan PAS dan DAP kerana sebelum ini pertikaian berhubung kedua-dua parti pembangkang itu telah lama.


Bahkan kewujudan PASMA yang merupakan sebahagian daripada PAS juga adalah strategi DAP untuk menghancurkan pengaruh ulama dalam PAS dengan memberikan sokongan penuh atas kewujudan PASMA.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger