BERKAT DOA RAKYAT MALAYSIA NIK AZIZ NIK MAT DALAM KEADAAN SIHAT SEKARANG


Kecoh di laman media sosial kononnya bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat telah meninggal dunia.

Bagaimanapun berita itu segera disangkal dan disahkan sebagai palsu. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mewujudkan persepsi yang tidak baik kepada politik PAS.

Dalam pada itu, kesihatan Nik Aziz ketika ini berada dalam keadaan baik dan Cuma sakit di bahagian pinggang sahaja.

Ini disahkan Nik Omar yang juga Pengetua Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka.


“Alhamdulillah ayah sihat, cuma mungkin kesan balik daripada haji. Dia ada mengadu sakit sikit di bahagian pinggang, tetapi alhamdulillah boleh turun masjid untuk bersembahyang berjemaah.

“Cuma dalam keadaan duduk (bersolat), tetapi dia sihat alhamdulillah. Kalau tidak sihat, sebenarnya biasalah sebab peringkat umur (meningkat usia),” katanya ketika mengulas lanjut kesihatan Nik Abdul Aziz di kediamannya di Pulau Melaka, di sini, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mendoakan kesejahteraan Nik Aziz agar dikurniakan kesihatan yang baik.


Sebagai sesama Islam, kita mestilah mendoakan saudara kita itu berada dalam keadaan baik.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 22, 2015 at 11:58 AM

Orang agama dan ulama memanglah patut didoakan kesihatannya. Ulama semakin kurang. Akhirat makin hampir.

Tapi kalau kaki joli harta rakyat, berat juga nak didoakan kesihatannya. Doa bg insaf lebih baik kot.

Anonymous
January 26, 2015 at 1:30 PM

Insyallah, Pok Nik akan sembuh, dan kembali menentang puak-puak pluralisma agama dan LGBT.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger