BERITA PALSU BANJIR DI SARAWAK KINI MENULAR DI MEDIA SOSIAL


Selepas banjir di beberapa negeri di Semenanjung, kejadian banjir ini mula melanda Sabah dan Sarawak.

Di Sarawak, kejadian banjir mula dikesan di utara Sarawak dengan beberapa tempat di pedalaman telah dinaiki air.

Disebabkan itu, penyokong pembangkang yang bukan berada di kawasan terbabit mula mengeluarkan propaganda palsu kononnya kerajaan tidak prihatin terhadap nasib rakyat Sarawak yang sedang menghadapi banjir.

Lebih bohong lagi apabila mempertikaikan tindakan kerajaan menyalurkan bantuan peruntukan kepada mangsa banjir di Semenanjung Malaysia berjumlah RM2 juta, tetapi gagal dalam membantu mangsa banjir di Sarawak.


Ternyata dakwaan mereka itu palsu dan mempunyai niat jahat terhadap kepimpinan BN Sarawak.


Sarawak sebelum kejadian banjir itu telahpun mengaktifkan Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak di seluruh bahagian yang diwakli Pejabat Daerah atau Pejabat Residen.


Setiap bahagian, Pejabat Redisen atau Pejabat Daerah telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras kepada kejadian banjir di bahagian masing-masing.


Malah, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri  Adenan Satem sendiri telah melawat dan meninjau serta mendengar taklimat berhubung persiapan banjir oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak.

Malah, kejadian banjir yang melanda di utara Sarawak minggu ini telah pun diambil tindakan segera dengan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau telah meninjau situasi banjir dan mengambil tindakan proaktif untuk menyelesaikannya.

Terbaru, banjir telah melanda Bahagian Limbang yang mengakibatkan penduduk diminta berpindah dan ditempatkan di penempatan banjir.

Secara jelas, berita palsu yang disebarkan sesetengah pihak di media sosial bertujuan untuk menakutkan orang ramai selain memberikan imej tidak baik kepada kerajaan.


Justeru, SKMM Sarawak diminta untuk turut mengambil tindakan ke atas pemilik media sosial yang menyalurkan berita palsu hingga menyebabkan kejadian huru-hara.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger