APAKAH RAKYAT MALAYSIA BIJAK MENILAI BERITA: BERITA TAK BETUL PERCAYA! BERITA BETUL DIPERSOAL?


Kejadian bencana banjir yang berlaku baru-baru ini benar-benar membuka dan menelanjangkan pembangkang apabila beberapa kejadian benar telah di manipulasi pembangkang biarpun berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Akibatnya, berita palsu itu benar-benar membuatkan rakyat panik dan menyebabkan imej kerajaan sedikit tercalar disebabkan hebahan berita palsu.

Persoalan di sini, mengapakah rakyat Malaysia masih juga mempercayai berita palsu atau karat kerana terang-terang tidak masuk akal, tetapi masih mempercayainya? Bukankah rakyat Malaysia bijak-bijak orangnya?

       i.          Mayat bergelimpangan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

      ii.          Bangunan sekolah runtuh - terus percaya tanpa minta kesahihan..

    iii.          Beratus mayat di Hospital USM - terus percaya tanpa minta kesahihan..

    iv.          Ada orang halang bantuan untuk mangsa banjir - terus percaya tanpa minta kesahihan..

     v.          Bantuan mangsa banjir dilekat dengan label BN - terus percaya tanpa minta kesahihan..

    vi.          10 orang sekeluarga mati dalam rumah - terus percaya tanpa minta kesahihan..

  vii.          Sukarelawan tarik diri - terus percaya tanpa minta kesahihan..

 viii.          Surat dari anggota tentera yang menyatakan kebuluran kerana bantuan tidak sampai - terus percaya tanpa minta kesahihan..

    ix.          Gambar budak mati akibat bumbung runtuh - terus percaya tanpa minta kesahihan..

     x.          Empangan Thailand yang melepaskan air ke Malaysia - terus percaya tanpa minta kesahihan..

    xi.          Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja - terus percaya tanpa minta kesahihan..

  xii.          Sukarelawan ditahan dari memasuki kawasan banjir untuk menghantar bantuan makanan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

 xiii.          Kerajaan tiada duit untuk urus bencana & isytihar Darurat - terus percaya tanpa minta kesahihan..

xiv.          Puisi 'Tidurlah Sayang' dari Ibu Darwish - terus percaya tanpa minta kesahihan..

  xv.          Sewa helikopter tentera RM4500 untuk hantar bantuan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

xvi.          Syarikat Oil & Gas panggil pulang kerana Ribut Taufan Jangmi - terus percaya tanpa minta kesahihan..

xvii.          Satu sahaja yang Rakyat Malaysia tanya kesahihan..iaitu Buka Sekolah ditangguh seminggu.. Pakat tanya

xviii.          "Betoi ka cuti sekolah tambah seminggu lagi?"

Oh Rakyat Malaysia!

Jika kita nak salahkan media sosial ia sama sekali tidak berasas kerana ia hanyalah medium atau alat untuk berkomunikasi. Tetapi, yang menentukan sama ada penggunaan media sosial itu baik atau tidak adalah bergantung kepada manusia.

Namun begitu, setiap yang benar ada hikmahnya apabila rahsia bagaimana pembangkang menyebarkan berita palsu itu berjaya dibongkar.

Disebabkan itu, SKMM telah mengenal pasti beberapa individu yang bertindak membuat dan menyebarkan berita palsu telah dikenal pasti dan kini dalam proses memohon tampil atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Mungkin mereka anggap mereka kebal disebabkan ada sokongan daripada pemimpin pembangkang yang kebanyakannya peguam yang membela orang bersalah.


Persoalan di sini, apakah mereka yang menyebarkan berita palsu ini tidak mengerti atau memahami situasi genting yang dihadapi mangsa-mangsa banjir? 

Jika hendak berpolitik pun, tunggulah waktu PRU-14 nanti dan bukan masa sekarang di kala rkyat mengalami kesusahan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger