ANGKARA BERITA FITNAH DAN BOHONG AKHBAR RASMI PAS HARAKAH KINI MULA BERGOLAK


Siapa tidak kenal dan baca akhbar suara rasmi PAS yang penuh dengan fitnah dan bahasa kesat terhadap pemimpin BN? Akibatnya, suara lidah PAS itu kini dalam kemelut tersendiri.

Terbaru, cubaan memaksa 3 kakitangan akhbar Harakah, termasuk Ketua Editornya supaya meletak jawatan diklasifikasikan sebagai kejam, tidak beretika dan biadab.

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin mempersoalkan kemungkinan penyingkiran tiga kakitangan editorial itu mempunyai apa-apa kaitan dengan perbalahan dalaman parti tersebut.

“Ini tindakan paling mengejutkan. Semua ini berlaku ketika wujud pergaduhan dalaman PAS, sehingga pengedaran akhbar itu jatuh dengan ketara,” katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan editor rencana, Roslan Hamid diminta meletak jawatan pada Disember lalu, manakala seorang lagi editor, Datuk Tarmizi Md Jam disaran berundur pada Oktober.

Dipercayai keputusan mengarahkan mereka meletak jawatan berpunca daripada artikel yang mengkritik kepimpinan parti, khusunya golongan ulama.

Menurut Ishak, keputusan mengarahkan Ahmad Lutfi meletak jawatan ketika sedang bercuti sakit adalah kejam.

“Mereka bekerja keras dengan penuh dedikasi dan kesetiaan,” katanya sambil menambah bahawa PAS tidak mematuhi prinsip-prinsip Islam dalam tindakannya.

Inilah yang dikatakan sebagai ‘bala’ kepada PAS dan Harakah yang selama ini bersikap zalim terhadap pemimpin BN biarpun menyedari apa yang disiarkan mereka dalam Harakah itu sebenarnya bohong dan tidak benar.


Malah, akhbar Harakah itu sendiri sedikitpun tidak mempamerkan nilai Islam yang diperjuangkan PAS yang lebih mengagungkan pemimpin DAP dan PKR yang bukan beragama Islam.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 10, 2015 at 1:20 PM

What kind of people you are spreading lies and half truths, may God make you repent...InsyaAllah. Sedar sebelum tak sedar

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger