ANWAR IBRAHIM BERTEGAS DIRINYA TIDAK BERSALAH DALAM KES LIWAT II


Sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan kes liwat II, Anwar Ibrahim berkesempatan melawat Sarawak sebagai destinasi terakhirnya.

Semasa menyampaikan ceramahnya di Miri malam semalam dan di Kampung Santubong petang tadi, Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan dua hari bersempena Ceramah Rakyat Hakim Negara bertegas tidak akan mengaku salah walaupun keputusan tidak memihak kepada dirinya.

Pada malam ini, Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan Ceramah Perdana Rakyat Hakim Rakyat di Desa Ilmu, Kota Samarahan sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramahnya di Kampung Santubong mengingatkan kepada penyokongnya bahawa beliau sesekali tidak akan mengaku salah.

Malah, semasa lawatannya di luar negara baru-baru ini, kebanyakan pemimpin luar negara meminta Anwar Ibrahim supaya tidak pulang ke Malaysia kerana bimbang akan dipenjarakan.

Bagaimanapun, Anwar bertegas akan kembali ke Malaysia kerana percaya undang-undang akan menyebelahinya biarpun menghadapi tekanan daripada kerajaan BN.

Seperti biasa Anwar Ibrahim akan cuba meraih simpati rakyat dalam kes liwatnya bahawa dirinya dianiaya dengan gaya ceramahnya yang cukup memukau dengan diperkuatkan dengan hadis nabi dan ayat-ayat suci al-Quran.


 

ZURAIDA KAMARUDDIN MARAH KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK APABILA SEKALI LAGI TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI SARAWAK


Salah seorang ahli rombongan Anwar Ibrahim, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pagi tadi dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Penahanan Zuraida telah menimbulkan keresahan PKR yang menganggap tindakan Kerajaan Negeri Sarawak menghalang kemasukan pemimpin politik PKR sebagai mencabuli kebebasan hak asasi manusia.

Ini bukan yang pertama bagi Zuraida Kamaruddin kerana sebelum ini beliau pernah juga dihalang memasuki Sarawak bersempena kempen Pilihan Raya Kecil Balingian.


Akibat penahanannya, Zuraida mencetuskan perasaan tidak puas hati terhadap imigresen kerana tidak memberikan penjelasan mengapa beliau sekali lagi tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Kenapa pula membenarkan Anwar Ibrahim, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PKR yang lain memasuki Sarawak?

Telah menjadi polisi Sarawak yang berhak dengan tidak membenarkan mana-mana individu yang memasuki Sarawak atas sebab menganggu gugat perpaduan rakyat Sarawak.

Berita penahanan Zuraida telah kecoh di dalam media sosial sebagai satu tujuan untuk memberikan imej yang tidak baik kepada pemerintahan negeri Sarawak.


 

AKHIRNYA NAJIB RAZAK MENGALAH DAN MINTA PEGUAM NEGARA BERTEGAS AKTA HASUTAN


Penggulungan Ucapan Perhimpunan Agong UMNO oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang tadi lebih tertumpu kepada pendirian supaya Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan tetapi juga ditambahbaik agar ia terus relevan.

Pendirian Najib Razak itu disambut negatif oleh pemimpin pembangkang yang mahukan Akta Hasutan itu dimansuhkan. Ini gara-gara kebanyakan pemimpin mereka kini dihadapkan di mahkamah menerusi Akta Hasutan.

Pembangkang sudah mula menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai munafik kerana berikrar untuk meneruskan Akta Hasutan 1948 disebalik janji untuk menghapuskan Akta tersebut pada 2012.

Najib Razak terpaksa mengambil keputusan demikian kerana mendahulukan kepentingan negara serta rakyat lebih dari apa yang orang nak kata pada beliau dengan mengekalkan Akta Hasutan, itu adalah tindakan terpuji.

Kalau hapus pun bukan pembangkang berhenti kutuk dan kondem Perdana Menteri pun. Ini dah terbukti dengan penghapusan ISA, ada ke pembangkang senyap dan puji Perdana Menteri? Tak juga, pembangkang masih macam itu. Yang ini selesai dia kalih yang lain, maklumlah tujuannya nak letak Anwar jadi Perdana Menteri bukan nak lihat Najib jadi Perdana Menteri yang baik.

Ini faktanya yang semua orang patut tahu bila berkira-kira nak tuduh Perdana Menteri macam-macam.

Malah, Najib sendiri telah meminta peguam negara untuk melihat lebih lanjut berkaitan Akta Hasutan supaya ia terus relevan dengan keadaan semasa.

 

ANWAR IBRAHIM DIALU-ALUKAN DATANG MELAWAT SARAWAK HUJUNG MINGGU INI

Esok hari, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama anaknya Nurul Izzah serta rombongannya datang ke Sarawak bersempena dengan Tahun Melawat Sarawak.

Rombongan Anwar Ibrahim akan Miri dahulu dengan melakukan lawatan ke Long Lama dan diikuti Ceramah Perdana Anwar Ibrahim pada malamnya.

Menurut Ketua Cabang PKR Miri, Dr Michael Teo menjangkakan seramai 1,000 kehadiran penyokong Pakatan Rakyat akan memenuhi ruang ceramah.

Kepada penduduk Miri, terimalah rombongan Anwar Ibrahim ini dengan seadanya memandangkan beliau hadir sebagai pelawat.

Selepas Miri, rombongan Anwar Ibrahim akan terbang ke Kuching bagi berjumpa dengan penyokong PKR yang semestinya berbincang mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 nanti.

Di Kuching, Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan ceramah di beberapa lokasi termasuklah di Kampung Santubong dan mengakhiri ceramahnya di Samarahan.

Walau apa pun terjadi, usah diganggu Anwar Ibrahim untuk berucap atau berceramah kerana negeri kita mengamalkan demokrasi.

Terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya kerana kuasa di tangan rakyat dan mereka bijak melakukannya.

Kepada Anwar Ibrahim dan rombongan, Selamat Datang Ke Sarawak bersempena Tahun Melawat Sarawak 2014.

 

MAHASISWA PRO-PEMBANGKANG BUAT KECOH BERDEMONTRASI DI PWTC

Mahasiswa Pro-Pakatan Rakyat hari ini telah melakukan demonstrasi di belakang Dewan Tun Razak yang kononnya untuk menghantar memorandum kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mereka memilih untuk berdemonstrasi di belakang Dewan Tun Razak kerana tidak menjadi tumpuan ahli UMNO.

Mereka berdemonstrasi hanyalah untuk mendapatkan tumpuan media pro-pembangkang sahaja seperti MalaysiaKini dan Malaysian Insider.

Mahasiswa Pro-PR, sekitar 30 orang ini, menggunakan nama pertubuhan GAMIS tidak berani untuk membawa memorandum tersebut di pintu masuk PWTC.

Namun begitu, Exco Pemuda UMNO, Saudara Armand Azha dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Saudara Razlan Rafii telah keluar dari dewan untuk berjumpa dengan mereka.

Ini mengejutkan para demonstran yang tidak menyangka mereka akan mendapat reaksi daripada UMNO.

Saudara Armand mewakili Presiden UMNO menerima memorandum GAMIS tersebut dan meminta mereka untuk bersurai.

GAMIS berkeras tidak mahu beredar walaupun mereka telah menyerahkan memorandum tersebut kepada UMNO.

Ini telah menggamitkan suasana dan berlaku beberapa tempikan oleh para demonstran.

Suasana dapat dikawal dengan kehadiran pihak berkuasa dan mereka bersurai tidak lama selepas itu.

Sumber: KLXPress

 

ANIFAH AMAN TELANJANGKAN ANWAR IBRAHIM TRAGEDI SEPTEMBER 2008

Biarpun kejadian ini berlaku sekitar penghujung tahun 2008, tetapi apabila ia melibatkan bakal Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Anwar Ibrahim pastinya cerita ini menarik.

Hari ini sedikit demi sedikit temberang Anwar Ibrahim pecah dan pastinya penyokong PKR dan Anwar Ibrahim tidak percaya.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh pasukan Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 Ahli Parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008 yang mana Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri.

Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu tersebut sebagai Datuk Ishak Ismail, bekas Pengerusi KFC Malaysia.

Pemdedahan itu juga telah mengheret nama Datuk Ishak yang merupakan orang kepercayaan Anwar Ibrahim dalam membawa masuk Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak ke dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, Ishak membuat tawaran berkenaan semasa menteri berkenaan berada di Hotel Hilton di KL Sentral.

“Saya kecewa dengan tawaran tersebut dan berasa ia sangat murah kerana saya MP selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, ‘jangan sekali-kali diulang kata-kata itu’.

“Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun, saya nyatakan di Parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah,” katanya.

Keenganan Anifah Aman menerima wang RM100 juta dan membawa masuk Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak ke dalam Pakatan Rakyat telah mengecewakan Anwar Ibrahim dan seluruh pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah bermimpi untuk membentuk kerajaan.

Kepada Anifah Aman, tahniah kepada anda kerana tidak termakan pujuk rayu Anwar Ibrahim dan tetap setia kepada BN.

Kepada UMNO dan komponen BN di Semenanjung, ingatlah perjuangan BN juga melibatkan pemimpin Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, jangan sesekali menyisihkan pemimin kepulauan Borneo yang selama ini banyak memberikan kemenangan kepada BN.

Mendengar akan kisah di atas adalah tidak mustahil pemimpin BN daripada Sabah dan Sarawak boleh membuatkan BN kalah sekiranya mereka ini tidak dilihat dalam konteks pemimpin BN.

 

MAHAGURU ANWAR IBRAHIM DATANG KE SARAWAK SAMBUNG ROAD SHOW LIWAT II


PKR Sarawak menjangkakan kehadiran Ketua Pembangkang yang kini hanya menunggu keputusan mahkamah dalam kes liwat II, Anwar Ibrahim mampu menarik 1,000 penyokong dalam kehadirannya di Miri.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang medianya, Ketua PKR Cabang Miri yang juga Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo kehadiran Anwar Ibrahim mampu mencetuskan fenomena sokongan kepada Ketua Pembangkang itu dalam ketika ini memghadapi keputusan kes liwat II.

Ceramah Perdana Anwar Ibrahim itu akan berlangsung pada 29 November 2014 bertempat di hadapan pejabat PKR Miri, Komersil Waterfront Miri.

Menurut Michael, antara intipati ceramah yang akan disampaikan Anwar Ibrahim ialah isu-isu semasa seperti ekonomi yang melibatkan GST dan hal-hal agama.

Ceramah dijangka bermula seawal jam 7.30 malam dan dijangka berakhir jam 11.00 malam. Manakala, Anwar Ibrahim hanya dijangka menyampaikan ucapannya pada jam 9.00 malam.

Bagi acara selingian, beberapa pemimpin PKR Sarawak akan menyampaikan ceramah mereka antaranya Dr Michael Teo sendiri, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, ADUN Krian dan See Chee How, ADUN Batu Lintang.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim sejurus sampai di Miri jam 3.00 petang Sabtu, beliau akan terus dibawa melawat sendiri kawasan tapak halangan di Long Lama dan Loagan Bunut yang mengambil masa selama 2 jam.

Dalam perjalanan itu nanti, PKR Cabang Miri akan membincangkan dengan Anwar Ibrahim mengenai isu berkaitan warisan dan kebudayaan, peluang pendidikan dan perniagaan untuk penduduk Baram, kualiti infrastruktur dan pelan pembangunan untuk penduduk ztelang Usan serta Marudi.

Selepas ke Miri, Anwar Ibrahim akan berlepas ke Kuching bagi menyampaikan ceramah politiknya di Kampung Santubong dan Samarahan dan road shownya sebelum menginap di penjara.
 

PAS AKHIRNYA BERJAYA KALAHKAN ADUN DAP REBUT JAWATAN TIMBALAN SPEAKER DUN SELANGOR


Tanpa bantuan ADUN BN yang mengambil sikap berkecuali dan tidak mengundi bermakna ada di kalangan ADUN PKR yang mengundi calon PAS, Mohd Shafie Ngah sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor bagi mengalahkan calon DAP, Ng Suee Lim.

Pemilihan itu dibuat menerusi undian sulit dan keputusannya diumumkan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pada mesyuarat ketiga penggal kedua sidang dewan yang bermula semalam.

Mohd Shafie menerima 28 undi berbanding 14 undi yang diperoleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP yang turut dicalonkan untuk jawatan itu.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata semua 12 ADUN Barisan Nasional mengambil sikap berkecuali dan tidak mengundi.

Kerusi timbalan speaker kosong berikutan penyandangnya ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Dengan kemenangan bermaruah ini secara langsung telah berjaya menidakkan ego DAP yang sebelum ini telah menghentam PAS dalam Pakatan Rakyat.

 

GST, AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI OTAK UDANG


Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, tugas dan amanah yang dipikul bukan sahaja mewakili kumpulan yang mengundi mereka sahaja. 

Seorang Ahli Parlimen harus menunjukkan keupayaan membawa suara rakyat yang mereka wakili.

Setiap kali sidang Parlimen berlangsung, sewajarnya ketika itulah rakyat menilai dengan serius, apakah Wakil Rakyat yang mereka pilih samada Wakil Rakyat Parlimen ataupun Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri benar-benar memahami tugas yang mereka galas. 

Apakah orang yang dijadikan wakil kepada rakyat benar-benar matang atau sekadar pemanas kerusi empuk di dalam dewan tersebut.

Ketika inilah terserlah kewibawaan sebenar seorang Wakil Rakyat. 

Amat malang kiranya Wakil Rakyat yang dipilih tidak tahu langsung apa yang sedang dibincangkan ataupun sekadar masih terkial-kial mencari populariti peribadi dengan lontaran suara bergaung di dalam dewan tetapi hakikatnya ia adalah bunyi tong kosong yang tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat yang diwakilkannya.

Contoh yang paling ketara dan amat memalukan bila Ahli Parlimen Pembangkang yang mewakili parti PKR untuk Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang juga anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim cuba mengeluarkan fakta yang mengelirukan dalam hujahnya berhubung isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Seperti lazimnya Ahli Parlimen Pembangkang bila berhujah, pertamanya mereka tidak memahami dengan jelas apakah isu yang mereka bawa sendiri. Kedua, mereka masih terbawa-bawa dengan gaya persembahan ceramah pilihanraya di dalam dewan, semua hujahan berakhir dengan pertuduhan liar kononnya apa yang dirancangkan adalah untuk kroni UMNO dan Barisan Nasional.

Nurul Izzah memalukan diri sendiri apabila menyerang Bajet 2015 berkenaan isu GST yang melibatkan kononnya makanan laut yang mewah dan mahal harganya iaitu udang ‘lobster’. Beliau mempersoalkan kenapa udang lobster ini dikecualikan dari GST.

Nampaknya Ahli Parlimen Lembah Pantai gagal memahami Warta PU (A) 272 sepenuhnya. Senarai di dalam warta tersebut dibuat dengan teliti agar tidak timbul sebarang keraguan atau kesalahfahaman apabila GST dilaksanakan kelak. 

Di dalam Lampiran warta tersebut, barangan berkod 03 (hasil laut) menyenaraikan secara teliti kesemua jenis ikan dan hidupan laut yang boleh dimakan termasuk udang, tiram, kepah, sotong, siput dan ubur-ubur.

Oleh kerana udang lobster adalah hasil laut yang boleh dimakan, tentulah udang lobster ada dalam senarai tersebut. Oleh itu tidak timbul soal pembabitan kroni dalam merangka pelan GST.

Nurul Izzah menganggap lobster itu hidangan mewah hanya kerana ia dijual di hotel dan restoran yang mahal.

Oleh kerana udang lobster bukanlah senang untuk ditangkap atau dibiakkan, tentulah kos pembekalannya juga mahal. 

Maka nelayan yang menangkap lobster boleh memilih untuk makan udang lobster tersebut atau untuk menjualnya pada harga yang lumayan. 

Hasil jualan lobster tersebut pada harga yang lumayan menjana pendapatan yang lebih tinggi dan meningkatkan penglibatan ekonomi keluarga nelayan itu.

Oleh itu kenyataan Nurul Izzah seolah-olah tidak faham konsep asas “supply and demand” dan kesan rantaian penjualan lobster oleh nelayan.

Nurul Izzah juga cuba mengaitkan pengecualian ini disebabkan penglibatan Yayasan Sabah dalam perniagaan makanan laut. 

Beliau gagal memahami apa fungsi dan asas sesebuah Yayasan ditubuhkan serta tidak tahu membezakan antara Yayasan dan Syarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Swasta milik persendirian yang lain.

Yayasan Sabah adalah sebuah badan yang memberi bantuan pendidikan, mewujudkan peluang kesamarataan ekonomi untuk rakyat Sabah dan memberi bantuan kepada badan kebajikan dan mangsa bencana alam.

Jika lobster boleh dijual sebagai hidangan mewah pada harga yang mahal seperti yang dikatakan oleh Nurul Izzah dan ada pembeli yang sanggup membayar untuk menikmati juadah tersebut, bukankah itu suatu peluang bagi Yayasan Sabah untuk menjana pendapatan, dan seterusnya menyalurkan hasil pendapatan tersebut untuk mencapai matlamatnya membantu rakyat, terutamanya rakyat negeri Sabah.

Barangkali Nurul Izzah lupa atau sememangnya beliau tidak mengetahui bahawa perairan Sabah merupakan antara habitat yang sesuai untuk menternak lobster dan kos untuk menternak udang ini agak tinggi, maka penglibatan Yayasan Sabah dalam usaha ini juga boleh membantu nelayan-nelayan menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Pengundi Nurul Izzah boleh melihat sendiri keupayaan Nurul Izzah sebagai wakil mereka. Dalam banyak-banyak perkara yang dibahaskan dalam Bajet 2015, Nurul Izzah hanya mampu melihat “masalah udang” yang tidak ada kena mengena langsung dengan Parlimen Lembah Pantai yang diwakilinya.

Apakah otak Ahli Parlimen Pembangkang otak udang, degil tidak mahu belajar, pandai tidak boleh ditumpang? Ketika Bajet 2015 dibentangkan apa yang Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang buat sebenarnya? Tidur seperti Ketua Pembangkang?
 
Melisa Rahim
Perak
 

ADENAN SIFATKAN PENDAFTARAN PENGUNDI BARU PBB DI SARAWAK MENGECEWAKAN


Jika pada Konvensyen PBB Sarawak tahun lepas Presiden PBB ketika itu, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pernah menegaskan betapa pentingnya PBB mendaftarkan pengundi baru dan pengundi muda di Sarawak dalam memastikan sokongan ke atas BN berterusan.

Pada ketika itu juga Ketua Pemuda PBB dalam ucapannya menerima 'peranan' itu untuk mendaftar seberapa ramai pengundi baru.

Bagaimanapun, pada ketika ini Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem melahirkan rasa kekecewaan dengan prestasi pendaftaran pengundi baru PBB.

“Kita mestilah mempunyai ahli yang ramai dan dapat mengundi kerana jika hanya mempunyai keahlian ramai tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi adalah sia-sia,” ujarnya pada majlis sarapan pagi bersama jawatankuasa PBB di Bukit Sari, Bukit Kota, Batu Danau dan Ba’Kelalan kelmarin.

Sekiranya hendak memastikan orang muda atau pengundi baru ini terus memberikan sokongan kepada BN, maka PBB perlu memastikan mereka ini didaftarkan sebagI pengundi.

Jangan hanya disebabkan sudah berasa selesa untuk menang pilihan raya dan belum menunggu arahan parti maka tiada sebarang perkembangan berhubung gerak kerja pendaftaran pengundi baru.

Dengan kekecewaan yang ditunjukkan Presiden PBB, jelas menggambarkan usaha Pemuda PBB untuk mendaftar seberapa ramai pengundi baru masih belum cukup dan perlu diteruskan lagi.

Mungkin formula atau kaedah pembangkang boleh diaplikasikan PBB yang tanpa segan silu membuka kaunter pendaftaran pengundi baru di pasaraya atau di tempat-tempat tumpuan awam.

Apakah dengan perlakuan lama masih menunggu peruntukan baharulah digerakkan pasukan pendaftaran pengundi baru?

 

RAKYAT SARAWAK KINI MULA TUNJUKKAN SOKONGAN PADU KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK


Belum lagi genap setahun Datuk Patinggi Tan Sri Adenan bin Haji Satem memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak Ke-5, kini rakyat Sarawak mula bercakap mengenai ketegasan beliau dalam memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

Adenan dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 1 Mac 2014 menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib bin Mahmud yang kini dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Pada mulanya ramai pemerhati politik kurang berkeyakinan akan keupayaan Adenan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak atas sebab faktor kesihatan.

Tidak cukup dengan itu, pemerintahan awal Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak masih dibayangi kepimpinan Tun Pehin Sri Abdul Taib yang memerintah Sarawak selama 33 tahun.

Bagaimanapun, Adenan dengan tenang menghadapi situasi ini biarpun menghadapi pelbagai macam tuduhan yang boleh menganggu tugas beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Sebagai Ketua Menteri Sarawak beliau pastinya mempunyai mempunyai visi dan misi dalam membangunkan Sarawak sebagai usaha meneruskan dasar dan polisi bekas Ketua Menteri Sarawak yang terdahulu khususnya politik pembangunan.

Bercakap mengenai karisma yang ada pada Adenan, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melahirkan rasa kagum beliau terhadap Adenan apabila "bercakap lurus".

Pemimpin pembangkang juga menyokong langkah yang diambil Adenan yang bukan sahaja cakap kosong bahkan mengambil tindakan sewajarnya.

Ketua STAR Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan memuji ketegasannya berdepan Putrajaya dalam melindungi hak dan kepentingan Sarawak.

"Setakat ini dia mengatakan perkara yang betul dan melakukan perkara yang betul," kata ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Bagaimanapun, katanya: "Kami masih memerhatikan beliau secara objektif dan dengan fikiran yang terbuka."

Chong yang juga ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa berkata satu perkara yang disokong sepenuhnya ialah pendirian Adenan mengenai rasuah.

Pada Jun, Adenan bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membenarkan ahli keluarganya yang terdekat memohon tanah atau konsesi pembalakan negeri dengan menandatangani ikrar integriti.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Adenan menunjukkan yang beliau bukan hanya cakap kosong apabila memberi amaran kepada 6 syarikat pembalakan terbesar di Sarawak.

Selepas memberi amaran kepada kumpulan Big 6 itu, beliau memaksa mereka menandatangani ikrar integriti mengakui tidak melibatkan diri dalam amalan rasuah seperti dengan membayar pegawai hutan atau pegawai penguatkuasa.

Perkara lain yang dilakukan dengan 'betul' oleh Adenan dan diterima baik rakyat Sarawak ialah autonomi Sarawak dan kedudukannya setelah penubuhan Malaysia; Sarawak tidak mendapat hak sama sebagai rakan kongsi dalam persekutuan; janjinya menghalang fanatik agama, pelampau dan pengacau masuk ke negeri itu; hak rakyat Sarawak yang berbahasa Malaysia menggunakan Bible yang mengandungi kalimah Allah; janjinya tidak melaksanakan undang-undang hudud "semasa saya masih Ketua Menteri" dan permintaan popular menaikkan royalti minyak dan gas di Sarawak dari 5% kepada 20%.

Bercakap soal agama, Adenan dalam Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di Betong, memilih pendekatan liberal dalam hal agama "bagi memelihara keharmonian agama dan kaum di negeri ini".

"Walaupun saya dilahirkan seorang Islam, saya menghormati mereka yang beragama Kristian, Buddha dan penganut agama lain.

"Sikap melampau dan ketaksuban tidak akan berkembang maju di Sarawak kerana saya tidak akan membiarkan elemen tersebut datang dan menyusup masuk ke dalam masyarakat kita," katanya.

Baru Bian, pemimpin PKR negeri itu, tidak menjangka Adenan akan bermula dengan satu kejutan.

Baru berkata, Adenan bermula pada nada yang berbeza dan kenyataan berani yang dibuatnya jelas berbeza daripada pemerintahan Tun Pehin Sri Abdul Taib.

Beliau juga mengalu-alukan keterbukaan Adenan yang mahu bertemu ahli politik pembangkang dan dengar suara mereka.

Adenan bertemu pemimpin pembangkang dua kali sejak memegang jawatan.

"Jadi, jelas yang ketua menteri ini melakukan perkara yang luar biasa. Beliau buat kerja tanpa ikut protokol.

"Beliau tidak buat kerja ikut buku. Kalau beliau rasa betul, beliau buat, seperti yang beliau selalu katakan akan buat,” katanya.

Imej bersih yang ditunjukkan Adenan dan caranya yang 'no-nonsense' (tidak main-main) juga membuatkan pembangkang bimbang menjelang pilihan raya negeri.

"Beliau memang bukan Taib," kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada sekumpulan wartawan Sarawak dalam lawatan ke Pulau Pinang baru-baru ini.

"Beliau tiada apa yang buruk hendak disembunyikan,” katanya.

Menambahkan lagi kepedihan yang dialami pembangkang, Adenan berkata beliau mempunyai beberapa "kejutan" untuk pembangkang dalam pilihan raya.

Jika Adenan benar-benar berjaya sebagai seorang yang melakukan perubahan, seperti yang ditakuti pembangkang, rakyat Sarawak boleh mengharapkan beliau terus memimpin mereka lima tahun lagi.

Lonjakan populariti Adenan, menjelang pilihan raya negeri yang dijangka pada 2016, meningkatkan harapan Barisan Nasional (BN) mendapatkan semula kerusi yang tewas kepada pembangkang pada pilihan raya lalu.

 

KHAIRY BALAS KOMEN PAKAR EKONOMI MEE SEGERA DI MEDIA SOSIAL FACEBOOK


Semenjak kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi bermula 1 Disember 2014, ramai pakar ekonomi 'Mee Segera' muncul di platform facebook dengan pelbagai pengiraan yang tiada tentu betulnya.

Lantaran kemunculan ramai pakar ekonomi mi segera yang tidak memahami cara mengira harga petrol, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini melalui laman Facebooknya menjelaskan perkara itu.

Khairy berkata, ramai pengguna laman Facebook yang hanya tahu berkongsi sesuatu perkara terutamanya mengenai teori kenaikan harga minyak ini tanpa mengambil kira fakta dan kesahihan maklumat tersebut.

“Contoh pakar mi segera seperti gambar di bawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..." Saya juga yakin ramai yang membaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. "Mesti mamat ni betul." "Logik juga dia tulis."

“Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dan lain-lain.,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, fakta yang dibawa oleh ‘pakar ekonomi’  itu adalah tidak  betul.

“Kalau beliau konfiden dengan 'fakta' beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.

"Mungkin di sini ada yang nak tulis, "OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni." katanya lagi .

Untuk itu Khairy berkata, harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM dan beliau menunjukkan cara pengiraannya.

Untuk menguatkan lagi hujahnya Khairy berkata ‘pakar ekonomi’ atau mana-mana pihak boleh merujuk penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Kita guna formula di atas, purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemungkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.

“Kesimpulannya, semak semua 'fakta' dulu. Jangan cepat share. Think first,” tulisnya.

Apakah selepas ini ramai lagi pakar ekonomi yang akan muncul dalam mencaturkan ekonomi Malaysia yang kini stabil di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

 

KAKITANGAN KERAJAAN BERISIKO JADI GELANDANGAN BERIKUTAN KENAIKAN HARGA RUMAH

Kenaikan harga rumah kini bukan sahaja di bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.

Ini membuatkan rakyat kini terdesak untuk memiliki rumah biarpun mahal.

Bagaimanapun, pembeli berdepan risiko untuk tidak diluluskan pinjaman kerana kekangan pendapatan yang membenarka  pinjaman perumahan mereka diluluskan.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya kakitangan kerajaan pun berisiko terlibat sama sebagai gelandangan apabila tidak memiliki rumah.

Kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan sekiranya kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah yang melambung tinggi kini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu boleh berlaku kerana penjawat awam dengan pendapatan kini tidak mampu membeli rumah dengan harga yang sangat tinggi.

Katanya, Cuepacs menyokong saranan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sebelum ini agar kerajaan campur tangan dalam menentukan harga rumah.

“Sekarang harga rumah tidak mampu lagi dikawal, walaupun kerajaan baru-baru ini bersetuju mana-mana orang luar yang mahu memiliki hartanah di Malaysia mestilah berharga RM1 juta ke atas.

“Rentetan itu, dikhuatiri pemaju akan mengambil kesempatan menaikkan lagi harga rumah dan mengakibatkan rakyat negara terus tidak mampu memiliki rumah sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyarankan kerajaan mewujudkan dasar seorang rakyat sebuah rumah.

“Kita mahu dasar di mana rakyat mampu beli rumah. Bagaimana caranya, ia tanggungjawab kerajaan melakukannya terutama mengawal harga rumah,” katanya.

Apa yang diperkatakan Presiden Ceupacs itu ada benarnya biarpun kerajaan mewujudkan PRIMA.

Lihat saja harga rumah PRIMA yang disyorkan kerajaan tidak kurang mahalnya dengan harga rumah lain.

 

PEMUDA BN MALAYSIA MAHU SELESAIKAN ISU SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA?


Tahniah kepada Pemuda BN yang terus komited dalam menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan tiada pihak yang cuba memanipulasinya khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang.

Apakah Pemuda BN mahu menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 ini hanya semata-mata dalam menghadapi pilihan raya?

Apakah mereka ini 'buta' bahawa isu atau sentimen Sarawak for Sarawakian atau Sabah Sarawak Keluar Malaysia tidak hanya bermain pada musim pilihan raya walhal perkara ini sedang bermain di hadapan mata mereka dan juga di media sosial.

Memang jelas Pemuda BN masih lagi ketinggalan dalam isu ini (Perjanjian Malaysia 1963) apabila kenyataan Pengerusi Pemuda BN Malaysia menyatakan semua anggotanya akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian itu.  

Pada asasnya isu Sarawak for Sarawakian ini bergema apabila timbul rasa tidak puas hati ke atas layanan pemimpin Malaya ke atas kaum di Sarawak termasuk juga Sabah.

Lihat saja sudah 51 tahun Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia, tetapi masih lagi banyak kawasan luar bandar yang mundur dengan tidak dilengkapi kemudahan asas seperti air dan elektrik termasuk juga jalan raya.

Berbeza dengan halnya di negeri-negeri di Semenanjung yang jalan rayanya licin dan dilengkapi kemudahan asas dan awam.

Lebuh raya di Semenanjung sering dibandingkan dengan jalan raya dari Kuching hingga ke Miri. Itu tidak dinafikan jauh beza macam langit dan bumi. Tetapi, baharu sekarang kerajaan membuka mata bagi membina dan membaikpulih Jalan Pan Borneo dari Kuching hingga ke Sabah.

Atas sebab itu timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sarawak yang mana setiap kali pilihan raya dikatakan sebagai deposit tetap BN.

Malah, sehingga kini tiada sebarang usaha daripada pihak berkuasa dalam menangkap atau mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang cuba mengucarkacirkan negara dengan membawa Sarawak keluar Malaysia.

Yang ada hanyalah membatalkan pendaftaran SAPA sepeti mana dilakukan Kementerian Dalam Negeri, tetapi setakat itu sahaja yang termampu.

Jika diamati persoalan yang akan disoal pejuang Sarawak for Sarawakian ini pasti sukar untuk Pemuda BN menjawabnya biarpun ada di kalangan mereka daripada kalangan peguam. 

Tidak bermakna memperlekehkan pengetahuan dan kemahiran peguam Pemuda BN, tetapi persoalan ini cukup rumit untuk dijawab.

Ini bukan sahaja memerlukan kajian menyeluruh bahkan pengkajinya perlu memahami sejarah Perjanjian Malaysia 1963 dan bukan hanya sekadar membaca.

Begitupun tahniah kepada Pemuda BN yang telah sedar daripada mimpi indah selepas kemenangan tipis dalam PRU-13 lepas.

"Kita (mahu membuktikan golongan muda BN) tahu (dan memahami perkara yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia) dan kita akan menegakkan segala perjanjian dan segala persetujuan di bawah tema gagasan Malaysia ini," katanya Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, semua anggota Pemuda BN yang menghadiri program itu turut menyatakan komitmen untuk menentang habis-habisan usaha "kumpulan pemisah" di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ini.


 

KEWUJUDAN DAP HANYA SEBAGAI PENGHALANG PEMBANGUNAN DI SARAWAK


Sepanjang kewujudan DAP di Sarawak ini apakah pembangunan yang dibawa mereka?

Apakah dengan memperkenalkan projek Impian Sarawak yang baru diperkenalkan dalam dua tiga tahun ini maka mereka diperkatakan membawa pembangunan?

Juga, apakah sumbangan pembangunan yang dibawa di kawasan pentadbiran mereka (DUN yang dimenangi DAP) melainkan apa yang pernah dilaksanakan kerajaan BN sewaktu memegang DUN berkenaan?

Atas sebab itu tidak hairanlah mengapa Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang mendakwa DAP merupakan penghalang nombor satu kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membangunkan hidup rakyat di negeri ini.

Menurutnya, DAP banyak melancarkan propaganda dalam kalangan rakyat kerana mahu menggagalkan usaha murni kerajaan memajukan rakyat.

Buktinya, kata Jabu, DAP cuba menggagalkan usaha kerajaan membangun tanah milik rakyat luar bandar yang dikaji berpotensi dikomersilkan bagi membantu menjana ekonomi rakyat itu sendiri.
“Namun DAP menentang usaha itu dengan fakta yang tidak betul. Sebab itu, setakat ini masih ada beberapa kawasan yang belum dapat dibangunkan kerajaan BN.

Begitupun, masih ada di kalangan masyarakat yang telah terpengaruh dengan dakyah DAP ini kononnya merekalah memperjuangkan pembangunan rakyat.

 

JOKOWI MULA TUNJUK BELANG KEPADA MALAYSIA DAN NEGARA JIRAN


Terdesak sangatkah rakyat Malaysia hendak menangkap ikan di perairan Indonesia berbanding kedatangan secara haram Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia ke Malaysia setiap tahun.

Ini susulan daripada penahanan sebanyak 200 nelayan Malaysia yang didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara tersebut semalam.

Penahanan tersebut dibuat susulan amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang meminta pihak berkuasa negara itu bertindak tegas ke atas mana-mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.

“Tidak perlu menahan mereka, karamkan bot mereka. Karamkan 10 hingga 20 (bot). Itu akan membuatkan mereka berfikir. Bagaimanapun, harus beringat untuk selamatkan anak-anak kapal terlebih dahulu.

Setiausaha Kabinet Republik Indonesia, Andi Widjajanto dalam wawancara dengan Reuters berkata, pihak berkuasa Indonesia perlu membanteras aktiviti tangkapan ikan secara haram demi untuk menyelamatkan negara itu yang mengalami kerugian sekitar AS$25 bilion setiap tahun.

“Presiden telah berkata bahawa sektor maritim Indonesia kini berada dalam keadaan darurat dan kita perlu mengambil satu pendekatan baru yang berani. Oleh sebab itu, Indonesia mengecam tindakan penangkapan ikan secara haram tersebut dan tindakan yang keras harus diambil.

“Kami berharap tindakan itu dapat memberikan mesej yang jelas kepada negara-negara jiran kami seperti Malaysia dan China bahawa tindakan tersebut bukan satu tindakan yang biasa bagi kami.

Dalam wawancara itu juga, Andi memberitahu, sekurang-kurangnya 300 nelayan haram lagi akan ditahan dalam beberapa hari yang akan datang.

Sebagai usaha berterusan untuk membanteras tangkapan ikan secara haram itu juga, kerajaan Indonesia tegas Andi, merancang mengadakan protes secara diplomatik ke atas negara-negara yang terlibat yang dijangka membuat aduan ekoran penahanan rakyat mereka.


Justeru, sekiranya Indonesia boleh berbuat sebegitu terhadap Malaysia dalam menegakkan undang-undang negaranya dan melindungi ekonomi, kenapa Malaysia tidak boleh berbuat sebegitu ke atas PATI yang kebanyakan rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia secara haram?
 

HANYA AMARAN KERAS DALAM ISU KENAIKAN HARGA MAKANAN DI KANTIN HOSPITAL UMUM SARAWAK


Isu ini bukan baru bahkan sudah berlarutan sejak beberapa bulan selepas wartawan Utusan Borneo menyiarkan rungutan rakyat di akhbar tersebut pada tahun lepas.

Difahamkan pihak pengendali telah diberi amaran keras oleh Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum ini agar menurunkan harga makanan sedia ada, tetapi amaran hanya tinggal amaran.

Malah, isu kenaikan harga makanan itu masih tidak selesai meskipun puluhan aduan dibuat oleh pelbagai pihak, namun pengendali kantin HUS didakwa masih berdegil, malah bertindak semakin melampau dengan mengenakan harga makanan berlipat kali ganda kepada pelanggannya.

Kakitangan HUS sudah kerap kali membuat laporan berhubung perkara itu kepada pengarah hospital, tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan melainkan hanya amaran keras.

Bagaimanapun, sehingga kini, amaran serta peringatan yang dikeluarkan pengarah kepada mereka ibarat ‘mencurah garam ke dalam laut.

“Kami sudah tidak tahan, sebab itulah kami ingin perkara ini diberi perhatian sekali lagi dan diambil tindakan lebih tegas seperti memberhentikan kontrak pengendali sedia ada dan memberikannya kepada orang lain yang lebih prihatin dan layak.

Jelasnya lagi, pengendali kantin juga seperti tidak mengendahkan amaran yang pernah dikeluarkan kepada mereka dan menetapkan kadar harga makanan yang tidak fleksibel di kantin itu.

Sepatutnya, harga makanan yang dijual di kantin hospital tidak mahal berbanding di luar kerana ia menggunakan tender dan sebut harga.

Selain kakitangan HUS, orang ramai turut merungut mengenai tindakan pengusaha kantin mengenakan harga makanan yang tinggi.

“Saya ke sini (HUS) kerana melawat anak saya yang baharu melahirkan bayi semalam (kelmarin) dan ini bukan pertama kali saya makan di kantin ini.

“Harga yang dikenakan untuk lauk yang saya ambil seperti nasi, sejenis sayur dan sepotong ayam, ia mencecah RM6, belum termasuk bayaran minuman.

“Pada mulanya, saya agak terkejut, tapi apa boleh buat, saya terpaksa membayar harga makanan itu,” jelasnya.
Pelanggan itu turut melahirkan harapan agar pihak atasan bertindak segera bagi membendung masalah itu dari terus menular dalam kalangan pelanggan dan kakitangan HUS yang sememangnya menjadikan kantin sebagai lokasi makan wajib mereka di HUS.


Difahamkan, kantin yang terletak di kawasan pekarangan tempat letak kereta HUS itu dikendalikan oleh Kelab Perubatan Sarawak.
 

KEJUTAN KEPADA PEMBANGKANG BILA KETUA MENTERI SARAWAK UMUM PENURUNAN KADAR TARIF ELEKTRIK DOMESTIK


Pemimpin pembangkang tiada dapat berkata apa-apa apabila Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam ucapan penggulungan Persidangan DUN Sarawak memberitahu kerajaan negeri Sarawak bersetuju mengurangkan kadar tarif elektrik domestik Sarawak bermula 1 Januari 2015.

Sebelum ini DAP Sarawak telah mendapatkan tandatangan rakyat Sarawak sepanjang tempoh 3 bulan bagi mendesak kerajaan menurunkan kadar tarif elektrik tetapi hanya sebanyak 30 peratus dalam usaha menarik perhatian rakyat.

“Ini menunjukkan dasar sosial yang baik dengan menawarkan harga terendah kepada pengguna berpendapatan rendah dan turut mempromosi falsafah hijau dengan menggalakkan penggunaan elektrik cekap,” ujarnya.

Beliau menafikan langkah penurunan itu diambil kerajaan akibat desakan ahli politik pembangkang.

“Keputusan ini bukan hasil daripada kempen tandatangan penurunan tarif elektrik oleh DAP sebelum ini. Jangan mengambil kesempatan atas usaha BN.

“Anda (pembangkang) cuma boleh minta apa-apa tetapi BN yang melakukannya,” tegasnya.

Beliau berkata lagi pengguna di Sarawak sebelum semakan semula ini juga menerima kadar caj elektrik yang rendah di Malaysia.

Kerajaan negeri menurutnya dapat mengurangkan tarif elektrik apabila Empangan Hidroelektrik Murum berupaya merendahkan kos purata pembekalan ditanggung SEB.

Ini adalah sejajar dengan rancangan jangka panjang kerajaan negeri untuk beralih daripada menggunakan bahan bakar fosil untuk bekalan tenaga kepada tenaga diperbaharui yang lebih rendah kos.

Penurunan kadar tarif elektrik itu akan dinikmati lebih kurang 240,000 pengguna atau hampir 50 peratus pelanggan SEB (Sarawak Energy Bhd) akan menikmati pengurangan tarif antara 20 dan lebih 40 peratus.

“Hampir 60,000 pengguna akan menyertai 70,000 pengguna yang sedia layak menikmati subsidi RM20 kerajaan persekutuan.

“Ini bermakna kira-kira 130,000 pengguna berpendapatan rendah akan menerima bil (elektrik) bulanan sifar (tidak perlu membayar),” katanya mengumumkan keputusan tersebut pada ucapan penggulungannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Menurutnya, bagi 50,000 pengguna yang tidak layak menerima subsidi kerajaan persekutuan dan menggunakan 150 unit sebulan, tarif akan dikurangkan kepada lebih 40 peratus.

Semakan semula itu juga melibatkan 50,000 pengguna yang menggunakan antara 150 dan 200 unit dengan kadar baharu 30 peratus.

Manakala 80,000 pengguna yang menggunakan antara 200 dan 300 unit sebulan akan menikmati pengurangan tarif 20 peratus.

Bagi 50,000 pengguna yang menggunakan antara 300 dan 400 unit sebulan akan menerima pengurangan 10 peratus.

Sebanyak 125,000 pengguna dengan penggunaan terbanyak iaitu lebih 400 unit layak menikmati pengurangan antara dua dan empat peratus.

Langkah kerajaan ini bertujuan mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan kos sara hidup dan struktur semakan semula tarif elektrik adalah sejajar dengan prinsipal tarif moden iaitu tarif meningkat dengan penggunaan elektrik.

“Dalam konteks ini, komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan sumber tenaga hidro menerusi Pelan Pembangunan SCORE telah membawa pulangan awal kepada rakyat,” katanya.


Penurunan tarif itu menurutnya adalah susulan kejayaan SEB mengurangkan kes kecurian elektrik sejak 2010.
 

RAFIZI RAMLI KECUT DI PARLIMEN HANYA BERANI DI LUAR


Ramai yang mengutuk tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang gagal hadir ke Parlimen dengan membawa bukti kononnya telah berlaku penyalahgunaan dana 1MDB.

Pendek kata, Rafizi Ramli ini seorang pengecut yang hanya berani di luar Dewan Rakyat.

Rafizi Ramli mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan untuk hadir ke program “Forum 1MDB Malaysia In Debt? Negara berhutang? pada malam esok.

Katanya, sekiranya Ahmad Maslan benar berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau seharusnya berani untuk datang ke forum anjuran NOW (The National Oversight & Whistleblowers Centre).

“Datang dan hadapi khalayak malam esok di The Club@One Utama. Saya tiada perkara yang hendak disorokkan. Saya sendiri mahu tahu seperti semua orang apa yang terjadi pada syarikat perlombongan dari Mongolia dan seorang yang bernama Lobo Lee,..semua perkara yang tidak boleh dijawab dalam dewan jika berani kerana benar, beliau sepatutnya tiada masalah.”

Lebih memalukan Rafizi Ramli apabila forum yang dijadualkan diadakan pada malam esok (Rabu) itu yang dihoskan NGO propembangkang terpaksa meletakkan gambar Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan sebagai daya tarikan.

Persoalan sekarang, kenapa Rafizi Ramli hanya berani di luar Dewan Rakyat dengan mengajak Datuk Ahmad Maslan berdebat, tetapi tidak berani berdebat di dalam Dewan Rakyat?

Jika benar anak jantan yang bertaraf Ahli Parlimen, Dewan Rakyat adalah medan terbaik untuk berbdebat dan berbahas yang mana setiap kebenarannya akan terbukti.

Berbeza dengan berdebat di luar dewan dan bercakap dihadapan penyokong pembangkang pasti mencetuskan suasana yang sangat berbeza dan tidak adil.

 

RAFIZI RAMLI TERDESAK HINGGA SANGGUP BERSIKAP PEMBOHONG DAN MENIPU


Sudahlah ponteng Dewan Rakyat atas alasan sakit tapi tidak ada surat doktor (budak sekolah pergi jumpa doktor untuk dapatkan rawatan dan minta MC).

Lebih parah lagi apabila gagal menunjukkan bukti kononnya kerajaan menyalahgunakan peruntukan 1MDB biarpun sebelum ini beriya-iya mengatakan beliau mempunyai bukti.

Akibat kemaluan yang tidak ditanggungnya, Rafizi Ramli buat lagi onar dengan membiralkan poster kononnya beberapa pemimpin BN dan tokoh ekonomi sanggup bersama menyertainya dalam satu forum bertajuk 'Forum 1MDB Malaysia In Debt? Negara Berhutang? yang dianjurkan badan bukan kerajaan, NOW.

Poster itu telah tersebar dengan pantas di media sosial sehingg membawa kepada kebenaran apabila tuan punya badan yang dikatakan turut terlibat dalam forum itu menafikan sekeras-kerasnya penyertaan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan mereka dalam forum itu yang disifatkan sebagai pembohongan dalam meraih simpati masyarakat.

Menurut Ahmad Maslan, beliau tidak menerima sebarang surat jemputan mengenai perkara ini.

“Saya juga tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program tersebut. Saya bertanya dengan CEO 1MDB, mereka menjawab mereka tidak akan hadir dalam forum yang dibuat oleh pembangkang.

“IMDB adalah anak syarikat milik Menteri Kewangan DiPerbadankan dan jika mereka ingin hadir forum-forum seperti itu, tentunya mereka merujuk kepada kami terlebih dahulu,” R dalam satu sidang media di Lobi Parlimen.

Forum tersebut yang dianjurkan oleh NGO NOW yang bekerjasama dengan pihak pembangkang. Forum tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 19 November 2014, jam 8.30 hingga 11 malam di The Club di Bukit Utama.

Antara panel yang hadir seperti yang disebut di dalam poster tersebut adalah Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Maslan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Tambahnya, dakwaan yang mengatakan beliau terlibat dengan forum tersebut menunjukkan satu lagi usaha untuk memburukkannya.

“Ini kerana jika saya tidak datang, dianggap kerajaan penakut dan tidak berani berdepan.

“Saya kira cukup sekadar saya menjawab isu ini 1MDB di Dewan Rakyat dan di sidang media di sini. Saya tidak perlu hadir di forum-forum yang dianjurkan oleh mereka (pembangkang). Saya sudah bersedia menjawab segalanya dengan fakta-fakta pagi ini,” jelasnya.

 

AHLI PARLIMEN PONDAN RAFIZI RAMLI PENGECUT GAGAL FACE TO FACE AHMAD MASLAN


Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli lantang bersuara di Dewan Rakyat dalam membongkar isu 1MDB sehingga sanggup bertemu dan bertentang mata terhadap Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Ahmad Maslan.

Malah, beliau berjanji akan memberikan dokumen yang didakwanya sebagai bukti terhadap penyalahgunaan wang 1MDB seperti mana yang didakwanya kepada Speaker Dewan Rakyat.

Itu apa yang berlaku minggu lepas di Dewan Rakyat, tetapi tidak pada hari semalam yang mana ramai ahli BNBBC dan Datuk Ahmad Maslan menunggu kehadiran Rafizi Ramli bersama bukti dokumen yang diuar-uarkan minggu lepas.

Sehari suntuk pemimpin BNBBC menunggu kelibat Rafizi Ramli di Dewan Rakyat, tetapi batang hidung Naib Presiden PKR itu tetap juga tidak kelihatan seolah-olah takut.

Akibatnya Ahmad Maslan terpaksa buat sidang media sendirian bagi menerangkan situasi sebenar berhubung 1MDB bagi merungkai dakwaan Rafizi Ramli sebagai palsu dan bohong.

Ketidakhadiran Rafizi Ramli ke Dewan Rakyat juga mengundang rasa kecewa dan marah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mana ketika itu beliau ingin membuat ruling usul Rafizi yang mahukan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya difahamkan Ahli Parlimen Pandan kurang sihat tetapi dokumen yang saya tunggu sejak Khamis lepas masih belum sampai kepada saya. Dokumen dari Kementerian Kewangan saya sudah terima,” katanya seperti yang dilapor BNBBC.

Minggu lalu, Pandikar Amin berkata, beliau berjanji akan membuat keputusan atau ruling terhadap usul Rafizi terhadap Ahmad Maslan yang didakwa mengelirukan Dewan apabila memberi jawapan berhubung isu 1MDB di Parlimen.

Sebelum ini beliau juga meminta Rafizi dan Ahmad Maslan untuk mengemukakan dokumen masing-masing untuk dijadikan rujukan sebelum membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

Sementara itu Ahmad Maslan memberitahu pihaknya telah menyediakan dokumen serta pegawai-pegawai Kementerian Kewangan bagi berdepan usul itu jika diterima dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Dengan situasi terbaru ini jelas menunjukkan gaya yang ditunjukkan Rafizi Ramli itu sama seperti yang digunapakai Anwar Ibrahim dalam beberapa kesnya sebelum ini. 

Modus operandinya yang menyalahkan kerajaan dan bukti terbaik ialah bagaimana pembohongan Anwar Ibrahim yang mengatakan ada Ahli Parlimen BN akan melompat parti sekaligus membolehkannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

 

KETUA MENTERI SARAWAK BUAT KEJUTAN KEPADA TAUKE-TAUKE BALAK SARAWAK


Dalam satu majlis yang jarang berlaku bersama dengan hartawan balak Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mengejutkan tetamu dengan melabel industri berkenaan sebagai industri ‘rasuah’.

Beliau juga memberi amaran kepada firma pembalakan bahawa beliau akan ‘meletakkan rasa takut kepada Tuhan kepada sesiapa yang tidak jujur”

Hari ini, Adenan membawa bersama enam syarikat pembalakan yang terbesar di negeri ini untuk menandatangani ‘ikrar integriti’, sekaligus mengambil peluang untuk mengeluarkan amaran beliau mengenai pembalakan haram.

Enam syarikat tersebut adalah KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK dan memberitahu mereka ‘jangan main-main dengan saya’.

Kepada pegawai penguatkuasaan undang-undang di negeri ini terhadap pembalakan haram, Adenan menegasakan beliau tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai yang ‘ada mata tetapi buta, ada telinga tetapi pekak, ada mulut tetapi bisu”.

Beliau menyifatkan budaya rasuah adalah satu budaya yang sangat teruk, dimana mencerminkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai penguatkuasa.

“Memang ada, walaupun tidak semua, malah ada yang berpura-pura tidak tahu. Sebabnya mudah; sama ada mereka bodoh, pengecut atau rasuah,” kata Adenan kepada semua tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli Kabinet negeri, kakitangan awam dan beberapa individu paling kaya di Sarawak.

“Saya akan dakwa anda dengan bantuan dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kita mungkin akan kehilangan hutan kita jika kita membiarkan perkara ini terjadi.

“Segelintir (penguatkuasa) mereka takut dengan samseng, mereka takut akan menerima ancaman bunuh melalui mel, baiklah, dan anda katakan kepada mereka, “Adenan perintahkan untuk kuatkuasakan undang-undang”. Tiada lagi alasan untuk tidak berbuat apa-apa tindakan.

Adenan berkata rakyat Sarawak tidak boleh bertolah ansur dengan rasuah lagi kerana berjuta-juta aset telah hilang dan reputasi hasil negeri semakin teruk di peringkat antarabangsa kerana “rompakan ini dilakukan di siang hari”.

Beliau memberi amaran kepada firma pembalakan untuk “berhati-hati dan arahkan kontraktor, sub-kontraktor, pengurus, pembekal dan lain-lain.”

“Katakan kepada mereka untuk berhati-hati, menegaskan mereka perlu berikrar integriti,” katanya.

Adenan juga yakin pihak SPRM akan membuat lebih banyak operasi tangkapan.

“Saya maksudkan apa yang saya sampaikan. Ia bukan hanya cakap kosong..tidak ada tindakan. Kegiatan rasuah di negeri ini sangat teruk dan saya tidak boleh bertolak ansur lagi."

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai taman negara.

"Saya akan buat lebih banyak taman negara, lebih daripada keperluan PBB sebanyak 10%." 

Majlis menandatangani ikrar integriti oleh syarikat pembalakan telah diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini.

Sumber: The Star Online

 

MALU DAN BUNUH DIRI SEBABKAN VIOLET YONG DIRUJUK KE JAWATANKUASA TATATERTIB DUN SARAWAK


Hanya publisiti dan mereka sangat berjaya apabila kelantangan suara ADUN Pending, Violet Yong yang dikatakan mengaibkan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan dalam perbahasan penggulungan sidang DUN Sarawak.

Violet Yong akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada persidangan DUN Sarawak penggal ini.

Violet enggan menarik balik kenyataan yang dikatakan "mengaibkan" Awang Tengah semasa beliau menggulungkan hujah dalam Persidangan DUN Sarawak.

Violet menyatakan, "sekiranya beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab (Awang Tengah) beliau akan merasa malu dan "membunuh diri" kerana gagal dan tidur dalam melaksanakan tanggungjawabnya."

Disebabkan penggunaan kata-kata yang mengaibkan seperti "membunuh diri" yang tidak sewajarnya diucapkan wakil rakyat, Violet Yong kini berdepan dengan penggantungan.

Awang Tengah, yang juga ADUN Bukit Sari telah membuat membuat usul agar Violet di rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Keistimewaan DUN Sarawak selepas membaca ucapan pergulungan kementeriannya di Persidangan DUN Sarawak di DUN berdekatan Petra Jaya di sini sebentar tadi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajah Fatimah Abdullah yang juga ADUN Dalat telah menyokong usul tersebut dan selepas pengundian, seramai 30 ADUN menyokong usul berkenaan sementara hanya 12 ADUN menentang.

Ini bukan kali pertama ADUN dari pembangkang digantung hadiri sidang DUN Sarawak akibat keceluparan mulut dan tidak kurang juga yang bersikap biadap.

Tujuan pembangkang hanyalah untuk meraih publisiti sekaligus memberikan gambaran buruk kepada pemimpin BN.

 

GILIRAN NIK AZIZ NIK MAT BIDAS DAP DAN LIM GUAN ENG


Kontroversi yang melanda hubungan PAS dan DAP ekoran kelantangan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang mempersoalkan ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuatkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat terpaksa bersuara.

Akibatnya, Nik Aziz membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan ketidakhadiran Presiden PAS Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai keterlaluan.

Katanya, perkara berkenaan seharusnya tidak dipersoalkan kerana Abdul Hadi mempunyai alasan yang tersendiri tidak dapat berbuat demikian.

“Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat.

“Kerja ‘orang bodoh’ ini (mempersoalkan ketidakhadiran Abdul Hadi),” katanya memetik dari laporan Bernama.

Terdahulu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi untuk mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.


Menurut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan Pakatan Rakyat, gabungan PKR, DAP dan PAS berdaya maju serta mendapat keyakinan pengundi.
 

TAMATNYA RADIO FREE SARAWAK TAPI KERAJAAN PULA DIPERSALAHKAN


Jangka hayat radio ‘haram’ Radio Free Sarawak’ yang dibiayai Sarawak Report akhirnya tidak berpanjangan apabila ditamatkan pada 14 November 2014 lepas ekoran kekurangan dana.

Peter John Jamban merupakan Dee Jay terkenal Radio Free Sarawak kini terpaksa menjadi penganggur dan terpaksa mencari kerja lain dalam menyara kehidupannya disebabkan penutupan radio haram itu.

Di sebalik penamatan Radio Free Sarawak itu, cakap-cakap penyokong mereka yang meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan Sarawak yang dikatakan membelanjakan wang jutaan ringgit untuk membeli 'signal jammer' untuk menyekat gelombang radio.

RFS mendakwa, sekatan itu dijalankan oleh kerajaan negeri Sarawak dengan menggunakan peralatan mahal dan canggih.

Tuduhan ini sangat tidak berasas kerana tidak disertakan bukti dan ternyata tuduhan itu sebagai tindakan yang terburu-buru.

"Mereka menunjukkan belang sebenar melalui tindakan itu dan ketakutan mereka ke atas ke atas suara kritikan yang kerdil,” kata pengasas RSF, Clare Rewcastle Brown.

Beliau juga merupakan editor laman Sarawak Report.


Radio Free Sarawak yang mensasarkan pancarannya ke kawasan pedalaman Sarawak bagaimanapun akan terus mengekalkan penerbitan laman webnya.
 

LIM GUAN ENG KETUA MENTERI PULAU PINANG YANG TIDAK PANDAI MENTADBIR NEGERI HANYA TAHU BERPOLITIK


Tidak semua pemimpin yang pandai mentadbir biarpun dikategorikan sebagai bijak berpolitik. 

Ini kerana politik itu 1001 macam pembohongan yang boleh dibuat hanya kerana mahu mendapatkan undi seperti mana yang dibuat Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya.

Pun begitu, biarpun bijak berpolitik, tetapi ini tidak bermakna mereka ini bijak mentadbir seperti yang ditunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terkenal dengan lidah bercabang.

Akibatnya pelbagai macam kontroversi yang melanda pemerintahannya sepanjang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang masuk dua penggal.

Laporan portal berita online The Malaysian Insider bertarikh 14 November 2014 yang bertajuk “As profits rise, Penang spends more on its people” berjaya mencengkam perhatian saya terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang melibatkan beberapa isu kontroversi mengenai pentadbirannya. Hakikatnya, kenyataan beliau bukan sahaja gagal menjawab kontroversi-kontroversi ini malah lebih banyak menimbulkan kekeliruan semata-mata.

Fakta 1
Kenyataan oleh Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider sebagai berkata “tuduhan bahawa kerajaan telah menjual tanah untuk menjana pendapatan tidak benar” (“accusations that the state had been selling land to generate revenue were not true.”)

Jika begitu keadaanya, Ketua Menteri Pulau Pinang ini harus menjelaskan kepada rakyat dari mana datangnya wang untuk dibelanjakan bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri yang meningkat sebanyak empat kali ganda? Adakah hasil daripada cukai taksiran yang dikenakan kepada rakyat?

Malah kenyataan beliau juga bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012 dengan jelasnya menyatakan bahawa Perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat hampir dua kali ganda daripada RM283 juta pada tahun 2008 kepada RM540 juta pada tahun 2012. Hasil tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat daripada RM371 juta pada tahun 2008 kepada RM654 juta pada tahun 2012. Namun hakikatnya, hasil cukai hanya meningkat sedikit sahaja daripada RM110 juta pada tahun 2008 kepada RM116 juta pada tahun 2012.

Ini jelas bahawa pertumbuhan hasil cukai tahunan adalah rendah sedangkan perbelanjaan kerajaan negeri setiap tahun bertambah dua kali ganda. Persoalannya ialah bagaimana kerajaan negeri menguruskan negeri tanpa mengalami defisit dalam bajet? Jawapannya mudah iaitu melalui hasil bukan cukai.

Dalam jadual 4.13, Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan bahawa “Premium Tanah – Pemberian Hak Milik” telah meningkat 10 kali ganda iaitu RM19 juta pada tahun 2008 kepada RM206 juta pada tahun 2012. Malah, Jadual 4.14 pula menjelaskan berlakunya peningkatan pendapatan kerajaan negeri antara tahun 2011 dan 2012 melalui Premium Tanah iaitu penjualan tanah di Bayan Mutiara melibatkan RM110 juta yang merupakan sebahagian daripadanya ialah pembayaran jualan tanah bernilai RM1.07 bilion yang dilakukan pada awal tahun 2012.

Maka ini menyimpulkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat masa kini adalah bergantung secara langsung dengan aktiviti penjualan tanah secara drastik dan menyokong fakta bahawa stok tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya tinggal 6% sahaja berbanding 18% pada tahun 2008.

Fakta 2
Kenyataan Lim Guan Eng juga dalam portal berita yang sama bahawasanya “Sejak tahun 2008, negeri ini tidak pernah melupuskan mana-mana lot yang besar milik kerajaan negeri kepada sektor swasta. Tanah yang telah dilupuskan adalah terpencil dan merupakan tanah kediaman untuk Kampung-Kampung Baru, Lim berkata PR hanya menjual 1.1 ekar tanah di Jalan Zainal Abidin (RM10.2 juta) dan 102 ekar tanah di Bayan Mutiara (RM1.1 bilion) sejak mengambil alih pentadbiran negeri (Since 2008, the state did not dispose of any large lots belonging to the state to the private sector. Lots that were disposed of were only secluded ones and residential land for new villages, Lim said PR had only sold 1.1 acres on Jalan Zainal Abidin (RM10.2 million) and 102 acres in Bayan Mutiara (RM1.1 billion) since taking over the state administration.)

Laporan Bernama bertarikh 11 November 2011 melaporkan tanah di Bayan Mutiara dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Manakala laporan The Malaymail Online bertarikh 11 Oktober 2013 pula melaporkan tanah di Batu Kawan dijual kepada PE Land dengan nilai RM65.34 juta. Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri bertarikh 12 Januari 2014 melibatkan penjualan tanah juga di Batu Kawan kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties) yang bernilai RM484 juta turut dirujuk. Laporan The Star bertarikh 26 Mac 2014 pula melaporkan penjualan tanah di Batu Kawan kepada Paramount Group yang bernilai RM67 juta serta laporan The Star bertarikh 15 September 2014 pula melaporkan penjualan tanah kepada syarikat Eco World yang bernilai RM1.02 bilion.

Bagaimana seorang Ketua Menteri dengan begitu mudah lupa akan fakta-fakta penjualan tanah ini dan tidak disebutkan langsung dalam kenyataannya?

Fakta 3
Kenyataan seterus yang dibuat oleh Lim Guan Eng ialah PDC menjual tanah kepada pemaju swasta untuk tujuan tertentu. Tanah tersebut dijual adalah untuk tujuan awam,”Kami menjual tanah itu kepada Aspen kerana kita mahu membawa (perabot kedai runcit) Ikea ke Pulau Pinang.” (Lim earlier said at a press conference that PDC sold land to private developers for specific purposes. he lands sold were for public purposes” “We sold the land to Aspen because we want to bring (furniture retail outlet) Ikea to Penang.)

Tanah yang dijual kepada syarikat Aspen adalah berskala besar iaitu melibatkan 245 ekar tanah. Apakah Ikea bercadang untuk membina dan membuka gedung jualan perabut terbesar di dunia bertempat di Pulau Pinang?

Fakta 4
Dan kenyataan beliau mengenai dakwaan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ketika dibawah Barisan Nasional telah menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan nilai sebanyak RM1.058 bilion sedangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah PR pula hanya menjual 103.1 ekar tetapi pulangan yang lebih tinggi iaitu RM1.11 bilion (BN had sold at least 3,661 acres for RM1.058 billion over the years while PR only sold 103.1 acres. However, we got higher returns at RM1.11 billion.)

Saya memetik kenyataan Lim Guan Eng yang disiarkan dalam www.fz.com bertarikh 28 Jun 2014 mengenai senarai tanah yang dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Barisan Nasional ialah 980 ekar tanah di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang) pada RM1 setiap kaki persegi, 325 ekar tanah di Jelutong Expressway pada RM20 setiap kaki persegi, 750 ekar di Batu Kawan pada RM3.24 setiap kaki persegi dan 1,606 ekar tanah di Butterworth pada RM8.40 setiap kaki persegi. Kecuali tanah di Batu kawan, kesemua isu yang dinyatakan oleh beliau merupakan perjanjian penambakan tanah dan bukannya penjualan tanah.

Perjanjian melibatkan 980 ekar tanah di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang) telah ditandatangani pada tahun 1990 dan hakikatnya ia adalah projek penambakan yang telah dianugerahkan 15 tahun yang lalu dan harga RM1 adalah hak untuk menuntut semula tanah yang ditambak dan pemaju masih perlu membayar premium tanah serta memulangkan semula 10% tanah yang ditambak kepada kerajaan negeri secara percuma.

Situasi yang sama juga berlaku dalam isu 325 ekar tanah di Jelutong Expressway yang pada asalnya bukan tanah tetapi ditambak oleh pemaju. Perjanjian ini ditandatangani pada tahun 1997 dan pemaju telah diberi hak untuk menuntut semula 325 ekar tanah sebagai pertukaran untuk membina Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dengan bayaran RM25.4 juta.

Manakala perjanjian melibatkan 750 ekar tanah di Batu Kawan pula ditandatangani pada tahun 2004 bagi memudahkan urusan pemindahan Penang Turf Club ke Batu Kawan. Pemaju sepatutnya membina pusat ekuestrian baru tanpa sebarang kos bagi pihak Penang Turf Club tetapi projek tersebut dibatalkan. Berdasarkan kenyataan di laman sosial Facebook milik Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertarikh 5 April 2011 menyatakan bahawa Parcel 1, 2A, 2B 3A, 3B yang berukuran 450 ekar tanah dan diperuntukkan untuk pembangunan industri dan bukan untuk pembangunan kediaman atau komersial yang menguntungkan.

Sementara parcel 1 dan 2A (150 ekar tanah) telah ditandatangani pada 16 Januari 2004 manakala Parcel 2B, 3A dan 3B (300 ekar tanah) telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng sendiri pada 5 Apr 2011 dengan harga RM 3 setiap kaki persegi. Maka jelas bahawa hanya 150 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan BN pada tahun 2004 dan dijual pada harga RM3.24 setiap kaki persegi sedangkan 300 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan DAP pada tahun 2011.

Nilai pasaran bagi tanah di Batu Kawan pada tahun 2011 adalah hanya RM15 setiap kaki persegi dan kini nilainya lebih tinggi selepas pembukaan jambatan kedua Pulau Pinang. Ini menjadikan tanah dijual pada tahun 2004 pada harga RM3.24 setiap kaki persegi tidak dianggap sebagai berlebihan.

Perjanjian 1997 yang menyaksikan pemaju diberikan hak untuk menambak tanah melibatkan 1,606 ekar tanah di Butterworth. Dibawah perjanjian ini, pemaju telah diberikan hak untuk menambak tanah dengan 900 ekar tanah diperuntukkan untuk kerja-kerja memperluaskan Terminal Kontena Butterworth Utara serta apa-apa kegunaan yang berkaitan dengan pelabuhan dan zon penampan untuk kegunaan pelabuhan pada masa hadapan. Manakala 706 ekar tanah pula diperuntukkan untuk pembangunan oleh firma tersebut dengan kira-kira 200 ekar tanah diperuntukkan untuk infrastruktur awam serta kawasan lapang. Dan ini perlu diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Di samping itu, firma berkenaan juga perlu membina tujuh kuarters kerajaan di Bertam dalam masa tiga tahun. Ini bermakna firma berkenaan hanya mempunyai kira-kira 500 ekar tanah untuk dibangunkan dengan selebihnya diserahkan semula kepada kerajaan negeri. Malah, pemegang konsesi juga membiayai lebuh raya 5 kilometer daripada Butterworth ke Kulim Expressway bermula dari Butterworth. Sebagai balasan, syarikat tersebut dibenarkan mengutip tol di plaza tol Sungai Nyior.

Nasihat buat Ketua Menteri Pulau Pinang
Tuan Ketua Menteri, akuilah bahawa anda telah menjual tanah milik kerajaan negeri untuk menguruskan perbelanjaan negeri. Walaupun hakikatnya adalah untuk rakyat namun mengurus negeri dengan menjual tanah milik negeri bukan sistem ekonomi yang mampan dan cekap. Dan secara jujur, mohon untuk hentikan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional. Adalah sadis bunyinya apabila anda sudah memerintah selama enam tahun tetapi masih berkecendurungan untuk menyalahkan pentadbiran yang lepas sedangkan realitinya itu tidak mencerminkan kredibiliti seorang Ketua Menteri yang berprinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

Sumber: Edwin Michael merupakan pensyarah Universiti Tuanku Abdul Rahman

 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger