ISTILAH PENDAKWARAYA BUATKAN ANWAR IBRAHIM MENGELABAH PADA PROSIDING HARI INI

Persoalan tentang perbandingan istilah ‘tanpa rela’ dengan gangguan seksual di tempat kerja turut ditanyakan kepada peguam dakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari keempat prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Dua istilah tersebut digunakan semasa beliau menyampaikan penghujahannya hari ini di Mahkamah Persekutuan berkenaan situasi yang dihadapi oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Istilah ‘tanpa rela’ membawa maksud yang lebih mendalam berbanding konsep ‘consent’ atau ‘persetujuan’ melakukan sesuatu perkara,” ujar Muhammad Shafee.

Tambah beliau, seseorang boleh bersetuju melakukan sesuatu perkara tetapi tanpa rela, misalnya dalam kes gangguan seksual.

Muhammad Shafee memberi contoh, jika seseorang yang diganggu secara seksual oleh majikannya, dia sudah menjadi mangsa perlakuan tersebut.

“Tapi jika ditanya padanya, ‘adakah perlakuan tersebut dibuat sepenuh jiwa dan raga’, jawapannya tentulah tidak. Dia mangsa gangguan seksual.

“Masyarakat mudah menerima dan memahami kes gangguan seksual di pejabat, maka kenapa kita tidak memahami kes yang sama (dihadapi Mohd Saiful) selama empat bulan?” tanya Shafee.

Mohd Saiful bekerja sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama empat bulan sebelum akhirnya membuat keputusan untuk berhenti.

Dalam kes yang sedang dibicarakan itu, gangguan seksual yang ditanggung Mohd Saiful adalah perlakuan liwat, kata Muhammad Shafee.

“Kenapa kita perlu memandang ringan pada kes Saiful? Kalau kes gangguan seksual lain yang berlaku di pejabat khususnya melibatkan wanita, semua orang akan menjerit dan banyak NGO akan campur tangan,” kata beliau.

Tambah Muhammad Shafee, perkara yang dihadapi Mohd. Saiful adalah salah satu bentuk gangguan atau serangan seksual.

“Sama seperti kes liwat yang berlaku di penjara antara banduan lelaki tanpa kerelaan mangsa, itu juga kes serangan seksual.

“Bukan hanya wanita, lelaki juga perlu dilindungi daripada perlakuan ini,” tegas beliau – Astro Awani

 

PRESIDEN INDONESIA BAPAK JOKOWI TIDAK BERMINAT DENGAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM

Presiden Indonesia, Jokowi memberikan tamparan yang hebat kepada Ketua Penbangkang, Anwar Ibrahim apabila menyatakan beliau dan kerajaan Indonesia tidak berminat campur tangan mahupun menyokong Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Menurut Jokowi, Indonesia sangat menjaga dan menghargai hubungannya dengan Malaysia dan mengambik keputusan untuk tidak campur tangan atau menyokong Anwar Ibrahim.

Sebagai sebuah negara demokrasi, Malaysia mempunyai undang-undang sendiri dalam menegakkan keadilan dan kebenaran.

Justeru, Indonesia tiada keraguan dari segi itu dan percaya undang-undang Malaysia bebas dan telus.

Kes Liwat Anwar Ibrahim akan disambung pada Isnin depan dengan kini giliran pendakwaraya mengemukakan hujah.

Anwar Ibrahim kini terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada pemimpin luar negara dalam usahanya mendapatkan simpati antarabangsa.

 

ANWAR IBRAHIM YAKIN MENANG, PENDAKWARAYA LEBIH YAKIN MENANG


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim amat yakin bahawa dirinya akan bebas daripada hukuman pertuduhan kes liwat selepas mendengar hujah-hujah yang diberikan para peguambela biarpun terdapat banyak keraguan.

“Mereka begitu hebat dalam penghujahan. Saya percaya selepas ini tiada lagi sebab atau hujah yang munasabah untuk mensabitkan saya dengan pendakwaan ini, apatah lagi ada usaha untuk menambah pula hukuman yang sedia ada,” katanya dengan nada penuh yakin.

Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR diwakili oleh empat peguam iaitu Gopal Sri Ram, N. Surendran, Sangeet Deo Kaur dan Ramkarpal Singh.

Dalam pada itu, pihak pendakwaan yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan memulakan hujah pendakwan ke atas hujah-hujah peguambela pada pembentangan hari ini, Jumaat, penghulu segala hari.

“Memanglah dia yakin menang. Anda harus yakin dengan kes dan hujah sendiri. Itulah tujuan prosiding rayuan dilaksanakan oleh mereka. Kalau tidak yakin, tak bermaknalah sesebuah rayuan.

“Maka, samalah juga dengan kami (pihak pendakwa). Kami juga yakin dalam pembentangan hujah kami. Dalam sesebuah perkara sentiasa ada sisi. Kami boleh menjawab semua isu yang diketengahkan oleh pihak pembelaan itu,” ujar Shafee.

Berikutan itu, pendakwaraya akan membuat kejutan terhadap hujah-hujah peguambela Anwar pada hari ini dan Isnin sebagai mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Anwar Ibrahim itu adalah orang 'Lelaki Y'.

 

SEKALI LAGI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DIKAITKAN DENGAN KONSPIRASI


Rumusan perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim yang berlangsung semalam di Mahkamah Putrajaya hanyalah berkisar kepada semua kes itu adalah ‘Konspirasi’.

Perkataan ‘konspirasi’ ini wujud selepas peguam bela yang mewakili Anwar gagal mengemukakan bukti dan hujah yang bernas terhadap kes sehingga mereka cenderung menyalahkan kerajaan yang kononnya mahu menggelapkan masa depan politik Anwar Ibrahim.

Hanya kerana mangsa yang diliwat, Saiful Bukhari Azlan yang mengadakan pertemuan dengan beberapa orang, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum insiden liwat maka peguam bela N. Surendran menyimpulkan kes liwat ini sebagai ‘konspirasi’.
  
Beliau berkata pertemuan berlangsung antara 24 Jun, 2008, dua hari sebelum insiden, dan 28 Jun 2008, apabila Mohd Saiful akhirnya membuat laporan polis.
   
Surendran berkata Mohd Saiful telah mengaku semasa pemeriksaan balas bahawa dia telah bertemu dengan Najib, yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di kediaman Najib dan pada 24 Jun 2008 dan bahawa pada hari yang sama, beliau juga telah bertemu pegawai khas Najib Khairil Anas Yusof di rumahnya (Khairil Anas).
   
"Selepas itu beliau telah bertemu pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 25 Jun. Mohd Saiful juga telah menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hasan sebelum membuat laporan," kata Surendran.
   
Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful juga pernah bertemu bapa saudaranya dikenali sebagai "Tuah" sebelum bertemu Senator Mohd Ezam Mohd Noor dan orang yang terakhir dia bertemu adalah bekas pelari pecut Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar.

Surendran menegaskan ia adalah kemungkinan bahawa insiden yang didakwa berlaku direka-reka Mohd Saiful dan orang-orang yang ditemui beliau antara 24 Jun hingga Jun 28.


Beginilah ceteknya pemikiran peguam bela Anwar Ibrahim dalam usaha membebaskan ‘bos’nya itu daripada dikenakan hukuman penjara.
 

SUASANA KES LIWAT @anwaribrahim DI DALAM ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA



10.10 pagi : Pada prosiding Mahkamah Tinggi, cecair pelincir telah dikeluarkan dan ditandakan, menurut Gopal.

malah Saiful sendiri telah memberi kenyataan bahawa mereka melakukan aksi liwat tersebut di atas karpet dandia sendiri telah menyapu cecair tersebut pada duburnya sendiri.

Gopal menunjukkan satu dokumen yang tidak terdapat pada rekod rayuan, keadaan barang kes yang tidak termasuk KY Jelly.

Barang kes tidak ada di dalam senarai dan ia sepatutnya tidak sah untuk prosiding dan boleh dicabar kesahihannya.


10.05 pagi : Gopal meneruskan perdebatan dengan menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah melakukan kesalahan dengan mengambil Saiful Bukhari sendiri sebagai saksi dan bukti yang dibawa Saiful juga telah terjejas.

Gopal juga merujuk bahawa adalah menjadi hak bagi peguambela untuk menyoal kenyataan anggota polis, Jude Pereira di dalam mahkamah.

10.00 pagi : Gopal kemudian turut menambah bahawa dua seluar dalam kepunyaan Saiful sebagai bahan bukti tidak boleh diguna pakai kerana telah dicemari.


9.58 pagi : Gopal turut menambah bahawa walaupun sudah menghantar surat perletakan jawatan, Saiful masih lagi ke kediaman Anwar malah menyediakan air untuk Anwar lagi.

Gopal kemudiannya mengaitkan perjumpaan Saiful dengan Dr Osman Abd Hamid dari Pusrawi di mana satu objek plastik telah dimasukkan ke dalam duburnya.

Walaubagaimana pun, Saiful telah menafikan perkara tersebut dan menyatakan bahawa dia berjumpa dengan Dr Osman untuk melaporkan bahawa dirinya diliwat dan dirujuk kepada Hospital Kuala Lumpur.

Saiful, menurut Gopal telah berjumpa dengan DSP Jude Pereira dan melakukan laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.


9.55 pagi : Gopal telah memulakan kes rayuan dengan menyatakan bahawa tiada saksi kepada dakwaan Saiful Bukhari. Saiful seterusnya menghubungi Ketua Polis Negara. Gopal turut menambah bahawa Saiful mendakwa bahawa beliau telah dipaksa untuk melakukan aktiviti liwat tersebut dengan menggunakan cecair KY Jelly. Akibat tertekan dengan aksi liwat tersebut, KY Jelly telah ditekan dengan kuat dan terjatuh ke atas karpet. Saiful juga mendakwa bahawa dia telah membasuh kesan KY Jelly tersebut dan menulis e-mail untuk meletakkan jawatan sebagai pembantu peribadi Anwar.

9.50 pagi : Sumber menyatakan bahawa Sulaiman Abdullah memohon cuti sakit dan tidak dapat hadir. Gopal Sri Ram digantikan sebagai lead council bagi pasukan peguam Anwar Ibrahim yang berjumlah seramai 14 orang. (Dokumen ini belum disahkan kesahihannya). Desas-desus yang menyatakan bahawa peguam Anwar tarik diri dan kes ini terpaksa ditangguhkan setakat ini belum disahkan lagi.


9.24 pagi : Terdapat juga sekumpulan penyokong Saiful Bukhari yang turut berhimpun di Istana Kehakiman. Namun begitu, jumlah mereka kecil kerana tidak mempunyai kekuatan dana dan kerahan tenaga seperti Anwar Ibrahim. Mereka ini turun dengan sukarela untuk memberikan sokongan kepada Saiful Bukhari melalui kempen Justice For Saiful.
 

SKRIP YANG SAMA DIBUAT PENYOKONG @anwaribrahim DI MAHKAMAH #justice4saiful


Kejadian semalam di pintu utama Universiti Malaya (UM) yang dirobohkan penyokong @anwaribrahim akan kembali berulang dan kali ini di hadapan Kompleks Istana Kehakiman.

Kehadiran Anwar Ibrahim dan keluarga di mahkamah telah disambut laungan lebih 200 orang penyokongnya yang berkumpul di depan Istana Kehakiman cuba merempuh pagar pengadang.

Penyokong cuba merempuh pagar pengadang yang dibuat oleh pasukan keselamatan dan Perbadanan Putrajaya dengan menolak petugas media kerana menghalang pandangan mereka ketika Anwar turun berjumpa kumpulan berkenaan kira-kira lima minit sebelum memasuki


Bagaimanapun, situasi berkenaan berjaya dihalang dan dileraikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal pekarangan Istana Kehakiman.

Anwar yang hadir lengkap berpakaian sut hitam ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.


 

@anwaribrahim GEMENTAR MENUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN #justice4saiful


Hari ini hari yang ditunggu oleh jutaan rakyat Malaysia dan beberapa rakan di luar negara dalam keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung hukuman yang akan dikenakan ke atas pelaku Anwar Ibrahim.

Pagi ini keadaan di sekitar Mahkamah Persekutuan kelihatan terkawal dan kehadiran Anwar Ibrahim yang diiringi isterinya Wan Azizah yang tiba pada jam 8.50 pagi.

Seperti biasa kehadiran Ketua Pembangkang itu diiringi sorakan slogan reformasi oleh penyokongnya yang memenuhi pekarangan Istana Kehakiman.

Dilaporkan, segelintir kumpulan penyokong tersebut berkumpul di pekarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum berarak ke Istana Kehakiman.

Sementara itu para penyokong tidak berganjak sambil memegang sepanduk tertera perkataan 'Bebaskan Institusi Kehakiman' dan 'Justice for Anwar'.


Kelihatan pihak berkuasa berkawal dan mengekalkan perimeter keselamatan di sekeliling Istana Kehakiman.
 

PINTU PAGAR UM DIROBOH BAGI BAGI BERI @anwaribrahim MASUK DAN BERCERAMAH TANPA PERMIT


Hebat sungguh pelajar-pelajar universiti di Malaysia hingga sanggup menghalang polis daripada melakukan tugas mereka sehingga menyebabkan pintu pagar masuk utama Universiti Malaya (UM) roboh.


Semua ini gara-gara mempertahankan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang akan ditentukan nasibnya esok hari di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.


Kepada pihak pentadbir UM, tiada cara lain kecuali mengambil tindakan ke atas pelajar yang terbabit dalam membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam kampus tanpa persetujuan universiti.


Jelas, Anwar Ibrahim kini terdesak untuk meraih simpati rakyat dan pelajar dalam usaha meyakinkan bahawa tiada keadilan keladanya dalam kes liwat ini biarpun mahkamah usdah lebih 100 kali tertangguh.

 

PENYOKONG @anwaribrahim CUBA MENYERBU MASUK PINTU UTAMA UNIVERSITI MALAYA


8.15 Malam: Kira-kira 500 orang penyokong Anwar Ibrahim berkumpul di hadapan pintu masuk Universiti Malaya laluan Kuala Lumpur yang telah ditutup sejak jam 6 petang tadi. 

Universiti Malaysia sebelum ini menyatakan program ucapan Anwar Ibrahim sempena rayuan kes liwat beliau di Mahkamah Persekutuan esok, yang dirancang di dalam Universiti Malaya tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa universiti.

Ketika ini semua laluan pintu masuk ke UM telah dikawal ketat oleh pihak polis dan dijangka kejadian yang tidak diingini akan berlaku sekiranya tiada kawalan polis.

 

DI MANAKAH #justice4saiful KEADILAN UNTUK SAIFUL BUKHARI DALAM KES LIWAT @anwaribrahim ?


Jika pemimpin Pakatan Rakyat sibuk mengenang nasib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan ditentukan pada 28 dan 29 Oktober ini dalam kes liwatnya, di manakah pula KEADILAN untuk yang diliwat, Saiful Bukhari?

Ikuti luahan dan harapan Saiful Bukhari yang dipetik daripada laman blognya...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu (DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk “tunda” lagi.

Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada ‘deal’) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang tidak benar.

Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan ‘worst case scenario’.

Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.

Jika tidak didunia, di Masyar pasti…

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.

Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” (At-Taubah 9:129) 

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama berdoa agar keadilan dapat ditegakkan dan diberikan kekuatan kepada Saiful Bukhari yang bukan berhadapan dengan Anwar Ibrahim sahaja bahkan dengan sebahagian besar penyokongnya yang terdiri daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Allahhuakbar..

 

KRONOLOGI KES LIWAT @anwaribrahim KINI SAMPAI KE KEMUNCAKNYA


28 Jun, 2008: Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu.

30  Jun, 2008: Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful, yang membuat laporan polis ke atasnya bagi tuduhan liwat, dengan mendakwa laporan itu palsu dan berniat jahat.

7 Ogos, 2008: Anwar, 60, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman  maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi  RM20,000 tanpa penjamin.

Nov 7, 2008: Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Dalam menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Tinggi), Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan perundangan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.

5 Mac, 2009: Mahkamah Tinggi memutuskan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan kes itu, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

6 Mac, 2009: Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

10 Mac, 2009: Mahkamah Tinggi menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.

17 Jun, 2009: Anwar telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.

6 Nov, 2009: Mahkamah Rayuan  menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

1 Dis, 2009: Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Semasa menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan itu.

3 Feb, 2010: Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu, di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful memberitahu bahawa Anwar, yang didakwa meliwatnya, telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful berkata insiden itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

5 Feb, 2010: Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar. Beliau juga memberi keterangan bahawa seluar yang dipakainya pada hari insiden itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.

9 Feb, 2010: Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan maklum balas kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim menarik diri.

Ia ditangguhkan selepas pembelaan memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan beliau bertindak bereat sebelah.

18 Feb, 2010: Anwar gagal dalam cubaannya untuk meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mohamad Zabidin, semasa menolak permohonan itu, memutuskan bahawa tidak ada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia seperti melarikan diri daripada tanggungjawabnya.

25 Feb, 2010: Anwar gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting termasuk contoh spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

3 Mac, 2010: Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membasuh duburnya selepas insiden liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 kerana beliau mahu “simpan bukti”.

Mohd Saiful, saksi utama terhadap kes liwat ketua pembangkang itu, juga memberitahu bahawa beliau tidak mandi selepas insiden itu sebaliknya hanya menyiram tubuhnya.

Beliau mandi pada pagi sebelum insiden itu berlaku, katanya.

16 Ogos, 2010: Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam usahanya menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pendakwaan.

20 Sept, 2010: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.

6 Dis, 2010: Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan keduanya meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada menghakimi perbicaraan kes liwatnya selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Anwar memohon penarikan diri hakim itu berikutan keenganannya mengenakan tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menghina mahkamah kerana mengeluarkan laporan yang didakwa pihak pembelaan sebagai prejudis kepada kes itu.

14 Dis, 2010: Bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya membantu mempercepatkan kes membabitkan anak lelakinya itu.

14 Jan, 2011: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan keengganan Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu.

16 Mei, 2011: Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lepas, setelah pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata saksi utama, Mohd Saiful, adalah seorang saksi yang benar, boleh dipercayai dan diyakini.

6 Jun, 2011:  Anwar gagal dalam percubaan ketiganya supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya. Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan terdapat prapenghakiman dan sikap berat sebelah oleh hakim itu apabila memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai pada penggulungan kes pendakwa.

22 Ogos, 2011: Anwar, yang memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh apabila membacakan kenyataannya yang setebal 32 muka surat, menafikan beliau telah mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful.

Anwar mempunyai tiga pilihan – memberi keterangan dari kandang saksi yang yang bermakna beliau boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; memberi keterangan dari kandang tertuduh yang bermakna beliau tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan tetapi dalam membuat keputusan, mahkamah mengambil kira fakta bahawa pihak pendakwaan belum menyoal balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri.

Pada perbicaraan kes liwatnya yang pertama pada 1998, Anwar memberi keterangan dari kandang saksi.

6 Okt, 2011: Mahkamah Tinggi memutuskan tidak perlu bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan sebagai saksi pembela dalam perbicaraan kes liwat Anwar.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan Rosmah untuk mengetepikan sapina yang mengarahkan mereka menjadi saksi untuk pihak pembela pada perbicaraan kes liwat itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata selepas meneliti afidavit, hujah daripada pihak-pihak berkaitan, mahkamah bersetuju dengan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah bahawa Anwar gagal menunjukkan kerelevanan dan kepentingan apabila mengemukakan sapina kepada perdana menteri dan isteri.

9 Jan, 2012: Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful. Penghakiman 80 muka surat oleh Hakim Mohamad Zabidin menunjukkan adanya kemasukan zakar tetapi ia tidak disokong oleh bukti-bukti lain.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

9 Julai 2012: Pihak pendakwaan mengemukakan petisyen rayuan mengandungi sembilan alasan, yang antara lain, supaya Anwar disabitkan atas tuduhan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

12 Sept, 2012: Anwar menarik balik samannya terhadap Mohd Saiful kerana membuat laporan polis terhadapnya kerana meliwat, dan mendakwa laporan itu bersifat palsu dan berniat jahat.

22 Feb, 2013: Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari dari 22 Julai, 2013 untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Anwar.

18 Sept, 2013: Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya terhadap keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.

2 Okt 2013: Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 11 Dis untuk mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar.

21 Nov, 2013:  Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuannya.

Anwar mengemukakan permohonan dengan alasan bahawa Muhammad Shafee tidak boleh bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan itu kerana beliau  (Muhammad Shafee) adalah saksi penting pada perbicaraan kes liwat.

11 Dis, 2013: Anwar gagal dalam permohonannya bagi kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.

20 Dis, 2013: Anwar gagal dalam permohonannya bagi kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee mengetuai pihak pendakwa raya. Ketika menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan memutuskan permohonan itu tidak mempunyai merit.

Kali ini, Anwar menggunakan maklumat daripada akuan berkanun bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim sebagai alasan untuk mengemukakan permohonan.

6 dan 7 Mac, 2014: Mahkamah Rayuan mendengar hujah daripada Muhammad Shafee dan peguam Karpal Singh.

7 Mac, 2014: Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful, enam tahun lepas.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pendakwa dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu keputusan rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata mahkamah dengan sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA yang digunakan dalam kes itu telah dikompromi.

Karpal Singh, ketika ditemui pemberita kemudian, berkata berikutan keputusan itu, Anwar tidak dapat mengemukakan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Kajang pada 10 Mac.

24 April, 2014: Ketua Pembangkang mengemukakan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 35 alasan mengapa sabit kesalahan dan hukuman ke atasnya harus diketepikan.

14 Ogos, 2014: Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Okt untuk mendengar rayuan akhir Anwar. Datuk Sulaiman Abdullah, seorang peguam kanan, akan mengetuai pasukan pembela berikutan kematian peguam Karpal Singh yang terkorban dalam nahas jalan raya pada 17 April.

14 Okt, 2014: Mahkamah Persekutuan memutuskan Muhammad Shafee ialah seorang yang sesuai dan layak untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam kes rayuan Anwar pada 28 Okt.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mencapai keputusan itu dengan sebulat suara, berkata saluran yang sesuai untuk Anwar mencabar pelantikan Muhammad Shafee ialah melalui semakan kehakiman dan bukan melalui notis usul.

28 dan 29 Okt 2014: Mahkamah Persekutan dijadual mendengar hujah daripada pihak pembela dan pendakwa. Sama ada mahkamah akan membuat keputusan atau menangguhkan keputusan ke tarikh lain, ia hanya akan diketahui pada tarikh berkenaan.

Sama-sama kita doakan agar KEADILAN dapat ditegakkan dengan mana yang salah akan dihukum dan mana yang tidak bersalah akan dilepaskan.

 

TIAN CHUA OPTIMIS ANWAR IBRAHIM AKAN DIPENJARA DAN SEKALI GUS AKAN MEMBANGKITKAN KEMARAHAN RAKYAT


Naib Presiden PKR, Tian Chua tetap optimis perjuangan Anwar Ibrahim tidak akan tersia-sia, walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan tidak berpihak kepada Ketua Umum PKR berkenaan pada Rabu ini.

Ini berikutan sepanjang Road Tour Ceramah Pembebasan Anwar Ibrahim di seluruh Semenanjung Malaysia, tiada sambutan hangat yang diterima seperti mana pada zaman Reformasi dahulu.

Malah, kebanyakan pemimpin PKR percaya kali ini Anwar Ibrahim tidak akan terlepas memandangkan bukti yang ada pada pendakwa kuat dan memungkin Anwar akan disabitkan dengan kesalahan meliwat.

Secara tidak langsung, menurut Tian Chua, pemenjaraan Anwar mampu mencetuskan satu kesedaran baharu dalam kalangan generasi muda yang mampu merangsang mereka untuk bangkit menegakkan keadilan.

Persoalan kini, apakah sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dipenjarakan, rakyat akan memberontak seolah-olah Anwar itu suci dan diwajar dipenjarakan biarpun melakukan kesalahan?

Kenapakah, apabila pemimpin pembangkang termasuklah Anwar Ibrahim didapati bersalah di Mahkamah maka akan terus dilabelkan sebagai konspirasi untuk menjatuhkan mereka sedangkan mereka ternyata melakukan kesalahan?

“Dahulu pun, beliau (Anwar) pernah dipenjarakan dan tidak memimpin secara fizikal. Bagaimanapun, Anwar terus menjadi inspirasi bagi kita semua untuk berjuang bersungguh-sungguh sehinggalah beliau bebas dan berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat (PR).

“Sekiranya mereka (kerajaan) fikir boleh kurangkan pengaruh Anwar dengan memenjarakan beliau, itu satu kesilapan besar. Dalam penjara sekalipun, Anwar masih boleh memimpin dan kita yakin pengaruhnya akan lebih tinggi berbanding sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tindakan Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya, Idris Bohari yang mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta pula, beliau beranggapan perkara itu sengaja ditimbulkan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada kes Anwar.


“Ada pihak cuba memberi gambaran, seolah-olah parti (PKR) sudah kehilangan sokongan. Mereka cuba mengelirukan orang ramai dengan perkara sebegini. Tetapi, kita akan buktikan persepsi itu tidak benar,” katanya yang menyifatkan tempoh 48 jam sebelum keputusan mahkamah diumumkan sebagai cukup getir dan kritikal.
 

SSKM KINI KETERLALUAN HINGGA ANCAM BUNUH KETUA MENTERI SARAWAK


Seorang pengikut Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang dikenali dan menggunakan nama 'Quotz Suey' dalam Facebook telah mengeluarkan kenyataan kejam hingga mahu membunuh Ketua Menteri Sarawak.

Kenyataan ini telah dinyatakan Quatz Suey di dalam page Facebook "Sarawak pansut ari Malaysia" yang secara sedar telah menulis kenyataan berbaur ugutan itu.

Ini disebabkan ketegasan Adenan Satem yang tidak akan membiarkan pemisah atau penghasut SSKM menghasut rakyat Sarawak keluar Malaysia.

Ini telah disebutkan berulang kali dalam mana-mana ucapan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di Sarawak termasuk secara langsung dalam menyambut perayaan Hari Malaysia di Miri, baru-baru ini.


Entah berapa ramai lagi yang perlu melakukan ancaman bunuh terhadap pimpinan negeri Sarawak untuk mencukupkan kuota laporan polis agar dilakukan tangkapan.

Ke mana perginya mereka ini yang dikatakan berada di hadapan Ketua Menteri Sarawak dalam usaha menangkis tohamahan daripada pembangkang mahupun NGOs seperti SSKM ini?

Jika hanya setakat berani di dalam media sosial sahaja tidak memadai sebaliknya perlu membuat tindakan yang lebih berani seperti membuat laporan polis.

Malah, tiada kedengaran daripada kepimpinan parti politik komponen BN Sarawak yang mempertahankan Ketua Menteri Sarawak dalam masa singkat.

Selepas ini, akan ada beberapa kenyataan daripada menteri atau parti berhubung ancaman ini di dalam akhbar-akhbar tempatan Sarawak yang langsung tiada apa-apa pengertian.

Sebaliknya, pada ketika ini laporan polis perlu diadakan supaya suatu tindakan tegas perlu dilaksanakan kerana ia benar-benar mengugut dan ancaman berat ke atas pemimpin negeri.

Selepas mengadakan beberapa kali dialog dan forum berkaitan peranan SSKM dalam menghasut rakyat Sarawak dan Sabah keluar Malaysia, kini SSKM giat membuat referendum melalui beberapa NGO kononnya menuntut hak rakyat Sarawak.

Mereka kini telah mula berani bergerak secara besar-besaran di beberapa bahagian di Sarawak antaranya Miri, Sibu, Sarikei dan Kuching dengan mengadakan pertemuan di hotel-hotel ternama.

Sebelum ini kedengaran pihak Kementerian Dalam Negeri menerusi menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan bertindak tegas terhadap mereka yang menghasut rakyat Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia, tetapi tiada satupun tangkapan yang dilakukan.

Malah, penganjur SSKM, Lina Soo yang seolah-olah orang yang dikehendaki bebas keluar masuk Malaysia di Sabah dan Sarawak dalam usaha terus menghasut rakyat kedua-dua negeri itu.


 

AKTIVIS SSKM LANCAR PERANG MULUT KE ATAS KETUA MENTERI SARAWAK


Biarpun bukan penduduk asal Sarawak, tetapi perlakuan aktivis Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) Beng Kor yang bermulut celupar dengan mahu melancarkan perang mulut ke atas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem jelas membuatkan rakyat Sarawak marah.

Ini semua gara-gara ketegasan Adenan Satem yang mahukan Sarawak kekal berada di dalam Persekutuan Malaysia sekaligus menggagalkan usaha SSKM untuk membawa keluar Sarawak dari Malaysia.

Beng Kor yang merupakan pengamal politik PKR dan pernah menyertai perhimpunan BERSIH mahu Sarawak keluar Malaysia sebagai jalan terbaik membebaskan keegoan BN Sarawak yang sehingga kini berjaya mempertahankan pemerintannya sejak Sarawak menyertai Malaysia.

Bagi kebanyakan pemimpin pembangkang mereka kurang mengenali dan mengetahui corak pemerintahan Adenan Satem selepas mengambil alih daripada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac lepas.

Tetapi, tidak bagi masyarakat Sarawak yang telah lama mengenali pemerintahan Adenan Satem sejak beliau menceburkan diri dalam politik Sarawak.
Kini, pemerintahan Adenan Satem jelas mudah diterima rakyat Sarawak biarpun usianya masih belum mencecah setahun dan masih lagi terngiang-ngiang pemerintahan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Namun, saban hari ianya telah dapat diterima rakyat Sarawak bahawa Ketua Menteri Sarawak sekarang ini ialah Adenan Satem.

Pemilihan Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak juga banyak menggagalkan perancangan pembangkang sebelumnya kerana mengetahui kreadibiliti Adenan Satem sebagai pemimpin.

Suaranya di DUN Sarawak dan ketegasannya dalam membuat keputusan benar-benar membuatkan pembangkang di Sarawak 'mati' akal.

Akibatnya pembangkang tiada cara lain kecuali 'berbaik-baik' dengan Adenan Satem dengan mengadakan kunjungan hormat.

Sebagai reaksi untuk menarik perhatian, Beng Kor bukan sahaja menghina dan mencaci Adenan Satem sebagai "bongok" dan "tidak pakai otak".

Bagi rakyat Sarawak yang agak baru dengan politik provokasi, kenyataan Beng Kor dianggap "keterlaluan" dan seolah mahu melancarkan "perang" terhadap pemimpin yang dipilih rakyat.

Namun, nescaya selepas ini akan ada banyak lahi provokasi sebegini atau akan lebih teruk lagi memandangkan PRN Sarawak Ke-11 pada tahun 2016.

 

PKR SARAWAK KIAN LUMPUH SELEPAS INI RAMAI LAGI AKAN KELUAR PARTI


Tatkala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim hanya menunggu masa dan ketikanya untuk menginap di penjara selepas keputusannya pada 29 Oktober ini di Mahkamah Putrajaya, PKR Sarawak kini hanya menunggu masa untuk lumpuh.

Ini semua gara-gara sebilangan besar ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PKR Sarawak akan keluar parti secara besar-besaran sedikit masa lagi.

Demikian menurut bekas Timbalan PKR Cadang Petra Jaya, Idris Bohari yang mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan masalah dalaman parti yang sehingga tidak selesai dan ketidaktentuan bersama DAP dan PAS dalam peruntukan kerusi DUN yang akan ditandingi dalam PRN Sarawak Ke-11 nanti.

Sebelum ini Pengerusi DAP Sarawak telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak bersama dengan PKR dan PAS dalam sebarang kegiatan atau penganjuran aktiviti parti tersebut.

Idris, 52, yang pernah menjadi setiausaha eksekutif PKR negeri yang dipetik dari Bernama sebagai berkata beliau juga berhasrat untuk melupakan politik pembangkang.

Tanpa menyatakan berapa ramai yang dijangka akan mengambil langkah sama (meninggalkan PKR), Idris, yang mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta meluahkan kekecewaannya terhadap pergolakan dalaman dan kepimpinan PKR.

Beliau juga yakin masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku dalam PKR akan menjurus kepada lebih ramai lagi ahli PKR di Sarawak akan keluar meninggalkan parti itu.

Idris juga menyatakan yang dia sebaliknya akan berkecimpung dengan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai platform baharu untuk bagi memneri sumbangan kepada masyarakat.

Sebelum ini, beliau pernah bertanding sebagai calon PKR dalam dua pilihan raya umum dan pada pilihan raya negeri lepas.

Masalah dalaman PKR bukan perkara baharu bahkan ia telah menular sejak sekian lama dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian. 

PKR Sarawak juga sebenarnya telah lama bergolak ekoran ketidaktentuan persefahaman dalam pengwujudan dua kelompok iaitu kumpulan di bawah Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan satu lagi kelompok di bawah keahlian PKR Orang Melayu. 

Semua ini berkisar kepada siapa yang lebih berkuasa dan memberikan banyak pengorbanan kepada parti khususnya dalam soal wang ringgit dan penentu kepada pembuat keputusan.

Itu baharu sebahagian masalah dalaman PKR Sarawak dan sebenarnya banyak lagi masalah dalaman mereka sehingga menyebabkan mereka tidak kuat dan mudah dibuli DAP Sarawak seperti mana yang berlaku kepada PKR Pusat.

 

SOKONG ANWAR IBRAHIM! APAKAH TINDAKAN KE ATAS PRESIDEN PMUM?


Tindakan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menganjurkan Pidato Anwar Ibrahim di kampus UM dianggap sesetengah pihak cubaan untuk menghancurkan mahasiswa Melayu.

Mana tidaknya, sebilangan besar mahasiswa dan mahasiswi di UM dan beberapa universiti lain di Malaysia yang terlibat dalam politik adalah orang Melayu dan kebanyakannya gagal dalam pelajaran.

Berbeza dengan mahasiswa dan mahasiswi lain daripada kaum Cina dan India serta Bumiputera Sarawak yang datang ke universiti benar-benar dimanfaatkan untuk menimba pelajaran sehingga memperoleh ijaah kelas pertama.

Manakala, mahasiswa dan mahasiswa Melayu banyak gagal dan dibuang universiti akibat melanggar disiplin dan gagal dalam pelajaran.

Justeru itu, tindakan PMUM menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda hadir mendengar pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "40 Tahun: Dari Universiti Malaya Ke Penjara" di Dataran Dewan Tunku Canselor di kampus Universiti Malaya (UM), Isnin ini dianggap sebagai sangat mendukacitakan.
 
Presiden PMUM, Fahmi Zainol turut mengajak mahasiswa turun ke Putrajaya menunjukkan solidariti terhadap Anwar yang bakal berdepan hukuman penjara jika gagal dalam rayuannya terhadap keputusan mahkamah dalam tuduhan liwat, pada 28 Oktober.
 
"Saya yakin Putrajaya sudah sekian lama diduduki oleh kuasa yang sama, mungkin sudah tiba masanya Putrajaya memerlukan kuasa dan tenaga baru.
 
"Saya yakin mahasiswa mampu melakukan perubahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Sementara itu, Fahmi dilaporkan bakal menerima tindakan disiplin termasuk digantung pengajiannya selepas diberi surat tunjuk sebab oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana menganjurkan program itu.
 
Naib Canselor HEP, Prof Datuk Rohana Yusof berkata, pihaknya melarang penganjuran program terbabit kerana ia melanggar peraturan universiti.
 
"Bukan sahaja mencemarkan imej, malah memberi pandangan negatif terhadap universiti," katanya dilaporkan Berita Harian.
 
Rohana berkata program PMUM itu haram kerana tidak mendapat mendapat kebenaran rasmi pentadbiran UM.
 
Beliau juga kecewa dengan tindakan Fahmi membatalkan perjumpaan dengan pihak universiti selepas dipanggil berbincang.
 
"Kami tidak akan membenarkan program itu dijalankan di UM. Jika berdegil, beliau akan digantung daripada pengajiannya sehingga dua semester serta denda RM200," katanya.
 
Fahmi dalam kenyataan sebelum ini berkata, pihaknya tidak memohon kebenaran UM kerana program dilakukan di dataran, iaitu tempat awam.
 
"Oleh itu, permohonan tempat tidak dapat dilakukan kerana ia di luar bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Pelajar," katanya.

 

JIKA OPTIMIS MENANG KENAPA PERLU HERET RAKYAT KE MAHKAMAH?


Anwar Ibrahim penuh yakin keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pada 28 dan 29 Oktober ini akan memihak kepadanya seperti mana yang diperkatakan peguambelanya, Ramkarpal Singh.

“Saya mengikut proses undang-undang dan fakta, tidak ada sebab kenapa saya harus bimbang dengan keputusan mahkamah. Kalau pertimbangan luar dari undang-undang, itu saya tidak tahu.

“Jadi sekarang, saya ambil sikap optimis berdasarkan fakta dan undang-undang. Tidak ada seorang pakar undang-undang dalam negara atau luar boleh pertikai keputusan untuk membebaskan saya,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran PKR Batu Uban, di sini, hari ini.

Jika benar Anwar optimis dirinya akan menang dalam perbicaraan itu, kenapa perlu mengheret rakyat untuk menyokongnya di Mahkamah Putrajaya pada 28 Oktober ini dan memburukkan sistem undang-undang Malaysia di Australia?

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman turun naik mahkamah dan pernah bergelar banduan, semestinya Anwar Ibrahim tidak harus menggunakan orang lain sebagai perisai meraih simpati sebaliknya cukuplah berbekalkan peguambela.

Sekiranya keputusan pada 28 Oktober itu tidak memihak kepada Anwar Ibrahim, disarankan Anwar Ibrahim redha dan terima qada dan qadar Allah swt atas perbuatannya.

Jangan salahkan mahkamah mahupun kerajaan kerana keputusan itu berpandukan undang-undang negara dan peguambela Anwar pasti arif dengannya.

Jangan juga disebabkan Anwar didapati bersalah maka undang-undang itu dikatakan sebagai zalim dan jangan pula didapati tidak bersalah maka undang-undang itu dikatakan sebagai adil.

Sebaliknya undang-undang yang digunapakai itu adalah berasaskan persetujuan bersama dan telah ditentukan oleh badan kehakiman yang dipertanggungjawabkan untuk mengadilinya.

Anwar mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan ​berikutan sabitan tuduhan liwat ​ oleh​ Mahkamah Rayuan ​ dengan hukuman penjara lima tahun​.

 

PEMBELA ANWAR IBRAHIM DIJUMPAI DI MIRI SARAWAK


Kempen #RakyatHakimNegara giat dijalankan di seluruh negara dalam usaha mengajak rakyat turun ke Mahkamah Tinggi, Putrajaya dalam mendengar penghakiman sekaligus keputusan akhir mahkamah ke atas rayuan Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Bagaimanapun, kempen itu tidak diadakan di Sarawak disebabkan pada pandangan PKR, isu Anwar Ibrahim tidak sensasi dan mendapat sambutan di sana.

Ini dibuktikan dengan beberapa siri penjelajahan Anwar Ibrahim di Sarawak tidak mendapat sambutan ditambah dengan sikap rakyat Sarawak yang tidak menggemari Ketua Pembangkang itu yang banyak berbohong.

Begitupun, terdapat sebilangan kecil ahli-ahli PKR yang menyayangi Anwar Ibrahim dengan mengadakan Program #RakyatHakimNegara 'Keadilan Untuk Anwar' yang diketuai Ahli Parlimen Miri dari PKR, Dr Michael Teo.

Program ini telah diadakan bertempat di Boulevard Commercial Centre Miri yang dihadiri kira-kira hanya 23 orang.

Dalam pertemuan itu yang turut ditemani isteri dan AJK PKR Cabang Miri, Michael Teo dilihat mengedar risalah berhubung kes liwat Anwar Ibrahim dalam persidangan Mahkamah Rayuan yang akan diadakan pada 28 dan 28 Oktober ini bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.


Seperti biasa, pemimpin PKR telah diajar bagaimana untuk menabur fitnah kononnya pendakwaan Anwar Ibrahim itu sebagai konspirasi.

Tidak cukup dengan itu, pendakwaan Anwar Ibrahim itu dikatakan sebagai fitnah sedangkan hujah peguambela Anwar sebelum ini yang mengatakan perbuatan liwat itu adalah atas suka sama suka.

Malah, kemasukan cecair yang disifatkan sebagai 'sperma' di dalam dubur Saiful juga dikatakan mempunyai persamaan dengan yang dituduh Anwar Ibrahim.

Atas alasan itu, Michael menggesa rakyat yang sayang kepada Anwar Ibrahim yang menyayangi Anwar Ibrahim untuk memakai pakaian baju-T yang tertera gambar Anwar Ibrahim atau baju PKR.

Ini kerana adalah mustahil untuk mengangkut sejumlah besar penyokong PKR dan Anwar Ibrahim dari Sarawak yang memerlukan kos yang tinggi. 

Kepada Anwar Ibrahim, segeralah berkemas diri untuk dihantar ke penjara dengan segala makan minum dan penginapan ditanggung sepenuhnya kerajaan.

 

RAFIZI BERNIAT JAHAT BURUKKAN NAMA KERAJAAN MALAYSIA DI AUSTRALIA


Penganalisis politik menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bahawa kerajaan Malaysia menyokong kumpulan Islam berhaluan kanan bermotif jahat dan mahu menjejaskan nama Malaysia.

Dr Jeniri Amir yakin bahawa Rafizi mengeluarkan kenyataan secara membuta tuli itu tanpa bukti kukuh atas tuduhannya itu.

“Apa yang dinyatakan Rafizi adalah berniat jahat untuk merosakkan imej atau nama baik kerajaan Malaysia.

“Sesuatu yang tidak patut, apatah lagi memburukkan Malaysia di luar negara.

“Kecuali beliau mempunyai bukti yang kukuh, saya tidak percaya langsung beliau bahawa beliau mempunyai asas untuk mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya kepada Antarapos.

Tambah Jeneri, tuduhan itu akan membawa implikasi buruk kepada imej negara yang akan dipandang sebagai punca peningkatan pejuang militan di Syria khususnya.

Malah, katanya, Malaysia jelas menentang tindakan Islamic States (IS) terutamanya dan telah dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Itu seolah-olah kenyataan yang melulu membawa implikasi serius. Saya tidak fikir kerajaan Malaysia yang berpegang kepada kesederhanaan dalam Islam boleh terjebak dengan usaha atau menyokong usaha sedemikian,” ujarnya.

Semalam, Portal berita Australia, AAP dan akhbar Sydney Morning Herald memetik Rafizi menyebarkan tuduhan tidak berasas itu kepada Menteri Luar Australia Julie Bishop.

Rafizi mendakwa kekangan terhadap demokrasi melalui beberapa dakwaan undang-undang hasutan oleh Putrajaya memudahkan kumpulan radikal seperti ISIS untuk berkembang dan menapak di negara ini.

“Dalam persekitaran di mana negara ini secara halus dan secara tidak langsung menyokong kritikan dan intimidasi terhadap golongan minoriti, ia memudahkan kumpulan radikal seperti ISIS untuk menapak dan memperkembangkan pengaruh,” Rafizi dipetik sebagai berkata.

Akhbar Australia Sydney Morning Herald berkata kemerosotan demokrasi di Malaysia dan pertumbuhan fundamentalisme agama juga berlawanan dengan kemajuan mekar demokrasi di Indonesia.

“Ketika Indonesia melaku kemajuan besar, kami makin berundur dan ruang demokrasi kini kembali ke era Mahathir pada 1990an,” Rafizi dipetik sebagai berkata.

Mstar melaporkan Rafizi ke Australia, antara lain bertujuan untuk melobi Kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bersidang pada 28-29 Oktober ini di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, delegasi itu diwakili Rafizi (Ahli Parlimen Pandan), Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Lee Chean Chung (Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu) telah bertemu dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop, yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Liberal iaitu parti pemerintah di Australia.

“Ketika pertemuan tersebut, perbincangan berkisar kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Akta Hasutan dan isu-isu perkauman yang dimainkan sebagai alat politik di Malaysia .

“Selain bertemu Bishop, delegasi juga mengadakan pertemuan dengan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Australia serta pihak kedutaan untuk memberi taklimat mengenai isu-isu terkini Malaysia”.

Sebelum mengakhiri lawatan kerja, sempat bertemu dengan Timbalan Presiden Senat Australia, Senator Gavin Marshall.

Rangka lawatan kerja seumpama ini akan diteruskan ke negara-negara lain untuk membawa mesej mengenai tindakan Barisan Nasional yang melanggar adab kedaulatan undang-undang di Malaysia ke perhatian dunia.

Sumber: AIDC
 

PKR PAKSA SETIAP RANTING HANTAR PENYOKONG GUNA BAS SENDIRI


PKR telah memanggil cabangnya di seluruh negara untuk menggerakkan ratusan penyokong ke Istana Kehakiman di Putrajaya dengan bas minggu depan untuk menuntut kebebasan pemimpin mereka, Anwar Ibrahim.

Ini bertujuan memberikan tekanan kepada Mahkamah untuk membebaskan Ketua Umum PKR daripada tuduhan liwat.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengarahkan lebih daripada 200 pemimpin cabang parti menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka bagi membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.

“Di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, setiap cawangan perlu menghantar sekurang-kurangnya lima buah bas yang penuh dengan penyokong,” katanya dalam satu pekeliling yang dihantar kepada cabang-cabang parti.

Di negeri bukan di bawah Pakatan Rakyat, cabang dalam kawasan pilihan raya yang dipegang oleh PKR masing-masing perlu menghantar sekurang-kurangnya dua buah bas yang penuh dengan penyokong.

“Bagi cabang yang tidak mempunyai wakil PKR, mereka disarankan masing-masing menghantar sekurang-kurangnya sebuah bas yang penuh penyokong,” katanya.

Rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan liwatnya akan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari yang membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Rafizi juga menggesa cabang-cabang untuk berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing untuk membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.


“Saya merayu kepada semua pemimpin cabang untuk menggerakkan ahli dan penyokong beramai-ramai ke Istana Kehakiman Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada ketua kita,” katanya.
 

PAS TIADA MASALAH SEKIRANYA DAP SARAWAK KELUAR PAKATAN RAKYAT


Tindakan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang nekad mahu meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya pemimpin PAS Pusat masih lagi bertegas untuk memperjuangkan hudud disambut baik pemimpin PAS Pusat.

Ini kerana perjuangan PAS Pusat sentiasa relevan dengan tuntutan agama iaitu memperjuangkan hudud sebagai salah satu hukum dalam Islam.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad berpendapat hasrat DAP Sarawak yang ingin keluar dari Pakatan Rakyat (PR) hanya merupakan pendirian DAP negeri.

Tambahnya, pihak PAS hanya mengadakan tahaluf siyasi dengan DAP peringkat pusat.

Bagaimanapun, ugutan Chong Chieng Jen sedikit pun tidak menjejaskan kerjasama antara PAS dengan DAP di peringkat pusat.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen berkata DAP Sarawak akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kumpulan ulama PAS yang memperjuangkan hukum hudud menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

“Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar.

“Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak dapat diubah.

Dalam pada itu Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berpendapat isu tersebut merupakan masalah yang ditimbulkan oleh DAP Sarawak.

“Itu kenyataan yang ditimbulkan oleh DAP Sarawak. Maka kepimpinan DAP pusat perlu jawab,” katanya.


Soalnya sekarang, terpulang kepada DAP Sarawak kerana tiada paksaan untuk DAP Sarawak untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat.
 

PASUKAN KHAS ATAU SB BUKIT AMAN PAKATAN RAKYAT CUBA PECAHBELAHKAN MASYARAKAT DAYAK


Menjelang Pilihan Raya Sarawak Ke-11 akan datang ini, pelbagai cara dan kaedah yang digunakan pembangkang untuk memecahbelahkan masyarakat Sarawak khususnya kaum Iban.

Mereka percaya dengan memecahbelahkan kaum Iban, maka setidak-tidaknya pembangkang akan dapat menambah kerusi DUN di kawasan luar bandar.

Umum mengetahui, DAP kini giat menyusuri kawasan luar bandar khususnya di kawasan majoriti Iban dan Bidayuh dalam usaha menambah kerusi DUN selepas gagal mendapat kesepakatan bersama PKR dan PAS.

Dalam merealisasikan hasrat mereka, diwujudkan pasukan 'gerak saraf' dengan menggunakan modus operandi Cawangan Khas Bukit Aman atau SB Bukit Aman.

Semuanya ini supaya menggambarkan tentang negatifnya fungsi SB sebagai penjaga keselamatan dan keamanan.

Untuk itu, 'SB Bukit Aman' ini telah pergi ke rumah salah seorang pejuang isu Dayak di Sarawak, Dr. Dusit dengan memberi amaran keras kepada keluarga itu agar berhenti memperjuangkan isu Dayak.


Apa yang lebih teruk ialah kumpulan ini menyatakan mereka akan turut memberi amaran kepada para pejuang lain yang terlibat seperti Nicholas Mujah, Peter John Jaban dan Nicholas Bawin.

Strategi atau taktik kumpulan gerak saraf Pakatan Rakyat yang menamakan diri mereka sebagai 'SB Bukit Aman' ini merupakan taktik lapuk yang digunakan dalam gerak kerja politik di Semenanjung Malaysia.

Biarpun lapuk, taktik mereka sedikit sebanyak telah cuba memperdayakan kaum Dayak yang selama ini begitu terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Modus operandi mereka ialah untuk memburuk-burukkan peranan polis ternyata menjadi sekaligus melakukan hasutan untuk memanaskan isu hak orang Dayak di Sarawak.

Selepas membuat kunjungan ke rumah Dr. Dusit, khabarnya kumpulan ini akan turut berkunjung memberi amaran kepada beberapa individu yang mempunyai pengaruh yang sangat penting kepada kaum Dayak.

Semua ini dibuat bertujuan menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan BN.

Kepada penyamar segeralah bertaubat kerana taktik lapuk itu sebenarnya telah mendedahkan siapa sebenarnya pembangkang.

Sumber: SematankeLawas

 

MUKTAMAD: DAP HENTIKAN KERJASAMA KOMUNIKASI DENGAN PKR DAN PAS


Seolah-olah berasakan merekalah yang kuat berbanding rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, DAP dengan keputusan muktamadnya telah menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR.

Biarpun menghentikan kerjasama komunikasi tetapi mereka tetap dalam Pakatan Rakyat.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen, berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (Jawatankuasa Pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya.

Dengan perlakuan terbaru ini, jelas DAP cuba untuk menunjukkan bahawa dengan ketiadaan DAP dalam mana-mana program anjuran PKR dan PAS akan menyebabkan kedua-dua parti itu kurang sokongan.


Malah, dengan kemenangan majoriti kerusi DUN pada PRN Sarawak Ke-10 lepas mengatasi kemenangan PKR dan PAS, DAP dilihat semakin angkuh dan mahukan kedua-dua parti itu mengikut telunjuk mereka.
 

PEMIMPIN PKR AKAR UMBI MAHU PRESIDEN PKR DITUKAR


PKR sekali lagi bergolak kali ini pemimpin akar umbinya mahu Presiden Wan Azizah bin Wan Ismail ditukar kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Kemahuan pemimpin akar umbi itu telah disuarakan menerusi beberapa banner dan poster yang digantung di sekitar Selangor.

Sepanduk berwarna biru itu, terpampang wajah Azmin yang kini Menteri Besar Selangor dengan tulisan ‘Masa Untuk Reformasi Parti’ dan ‘Kami Mahu Ganti Azmin Presiden’.

Ini susulan daripada pelbagai macam kontroversi yang melibatkan Presiden PKR khususnya dalam perebutan untuk dicalonkan ke jawatan Menteri Besar Selangor selain daripada masalah pemilihan PKR 2014 yang mengambil masa yang panjang.

Sebelum ini, Wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding dalam Pemilihan PKR 2014 sementara, Azmin berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas berjaya menewaskan pesaingnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Manakala, seorang lagi pesaing dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkeluar daripada saingan selepas dipecat dari parti.

Azmin berjaya memperolehi 22,562 undi sementara Saifuddin 10,743 undi.

Bagaimanapun, PKR menafikan sekeras-kerasnya banner dan poster yang mahukan Presiden PKR digantikan dengan Azmin Ali sebagai sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, dakwaan itu ekoran wujud juga beberapa sepanduk lain yang dinaikkan hampir serupa.

"(Ini) tindakan pihak tidak bertanggungjawab. Kemungkinan besar pihak yang sama yang menaikkan sepanduk semalam.

Dalam pada itu, PKR turut menegaskan tindakan itu bukan kerja orang dalam dan tindakan lanjut akan dibincangkan dengan pimpinan tertinggi.


"Ini bukan kerja PKR. (Perkara itu) akan dibangkit dengan pimpinan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger