MASIH ADA PIHAK MEMUJUK ADUN PAS MENYOKONG PENCALONAN WAN AZIZAH

PAS Selangor mengesahkan masih ada usaha untuk memancing ADUN-ADUN PAS Selangor itu untuk menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya telah mempunyai maklumat lengkap dalang yang terlibat dan tidak teragak-agak mendedahkannya jika usaha itu tidak dihentikan.

"Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing ADUN PAS di Selangor.

"Kita ada maklumat lengkap siapa yang terlibat dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya dalam satu kenyataan.

Usaha ini akan berterusan dalam cubaan pihak tertentu khususnya penyokong Anwar Ibrahim yang mahukan Presiden PKR itu diangkat sebagai Menteri Besar Selangor biarpun Sultan Selangor tidak bersetuju.

Pihaknya juga menjangka akan lebih banyak aduan dan usul akan dibuat terhadap dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) berhubung tindakan mereka membelakangi keputusan parti.

"PAS Selangor menjangka banyak lagi aduan dan usul akan di buat dan dihantar ke Jawatankuasa Disiplin mengenai tindakan yang tidak berdisplin dua ADUN kita di Selangor," katanya.

Dewan Ulama PAS Selangor sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua ADUN PAS tersebut.

Nasib kedua-duanya diserahkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya.

 

MERDEKA BUAT LIM GUAN ENG MALAM 31 OGOS

Malam merdeka buat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diraikan apabila rumahnya di Pulau Pinang dibaling bom api.

Kekecohan kejadian itu menyebabkan semua rakyat Malaysia telah dipertontonkan dengan lakonan terbaru Setiausaha DAP itu seolah-olah rumahnya terbakar. Walhal, bom api itu hanya dibaling di laman rumahnya dan yang mengejutkan Lim Guan Eng bom api itu tidak terbakar.

Sebelum ini Lim Guan Eng dalam ceramahnya kepada ahli-ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diketuai Exco Phee Boon Poh dengan lantang mencabar Ketua Polis Negara yang menganggap polis Pulau Pinang tidak menjalankan tugasnya dengan cekap.

Bagaimanapun, insiden rumahnya di baling bom api polis Pulau Pinang juga yang dihubungi Lim Guan Eng. Kenapa tidak meminta bantuan PPS?

PPS yang diwujudkan Kerajaan Pulau Pinang rupa-rupanya tidak berdaftar atau kata lebih manis lagi pertubuhan HARAM.

Cabaran Lim Guan Eng terhadap Ketua Polis Negara itu dalam erti kata lain mempersoalkan kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Mengisytiharkan perang ke atas PDRM, bererti Lim Guan Eng dan seluruh angkatan DAP mengisytiharkan perang ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Malah, boleh dikatakan insiden balingan bom api itu boleh dianggap sebagai rancangan jahat Lim Guan Eng untuk memburukkan polis.

Di sebalik cabaran itu, polis hari ini telah menangkap dan menahan ahli-ahli PPS yang diketuai Phee Boon Poh ekoran kenyataan Lim Guan Eng yang keterlaluan dan kurang ajar.

 

PAS SELANGOR TELAH MEMUKTAMADKAN NAMA CALON TIADA NAMA WAN AZIZAH




Jika PAS Pusat mengatakan akan menghantar 3 nama calon Menteri besar Selangor dengan kesemuanya merupakan calon PKR, PAS Selangor pula tekad dan memuktamadkan akan menghantar 4 nama calon dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan.

Kenyataan Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali malam tadi bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan berkenaan malah hanya mencalonkan tiga nama daripada PKR.

Lebih mengejutkan apabila PAS Selangor tidak menyenaraikan nama Wan Azizah Wan Ismail merangkap Presiden PKR dan timbalannya, Azmin Ali dalam senarai kalangan 4 calon Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, keempat-empat calon yang akan dikemukakan PAS Selangor ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad; Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri, Sallehen Mukhyi; Bendahari PAS negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan.

"Senarai empat nama itu adalah mewakili suara serta kehendak kepimpinan dan ahli di peringkat akar umbi yang mahukan jawatan Menteri Besar diwakili pemimpin PAS Selangor.

"PAS Selangor mempunyai ramai tokoh berkelayakan untuk menduduki jawatan Menteri Besar. Selain itu, senarai tersebut mengambil kira keadaan politik semasa di Selangor ketika ini yang menyaksikan Pas telah banyak memberi pengorbanan dalam memastikan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013," katanya lagi.

Sekarang sudah tiba masanya pemimpin PAS layak diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor dan bukannya hanya sebagai Pak Turut dan Pak Angguk kepada PKR dan DAP sahaja.


Jika pencalonan ini benar, tahniah kepada PAS Selangor dan PAS Pusat, tetapi sekiranya ia bertentangan maka tahniah sekali lagi buat PAS yang sentiasa menjadi pencukup majlis.
 

APAKAH BENAR PAS TIDAK MAHU MENDERHAKA TERHADAP TITAH SULTAN SELANGOR?


Apakah PAS kali ini mahu bertekad tidak akan mengubah pendirian dengan membuat pusingan U hanya semata-mata mahu memuaskan nafsu politik Anwar Ibrahim dan PKR sehingga membuatkan PAS terpaksa menderhaka kepada Sultan Selangor?

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu akur dengan titah Sultan Selangor yang mahukan pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Sebagai pemimpin Islam dan Melayu, kita tidak mahu PAS dilabel sebagai tidak beradab (kepada tuanku),  dengan hanya menghantar satu nama. Seolah-olah kita memaksa sultan buat pilihan.

PAS tidak mengendahkan rayuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas parti itu akan mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Sebagai orang Melayu, perbuatan itu tidak manis. Lagipun tiada salahnya PAS menghantar tiga nama demi menjaga adab dengan tuanku Sultan Selangor,” katanya lagi.

Kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah Ismail untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

“Terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara baginda untuk buat pilihan. Pas tetap merasakan tidak salah menghantar lebih daripada satu nama kepada tuanku,” katanya.


Bagaimanapun, sehingga hari ini PAS masih belum menghantar nama calon mereka kepada Sultan Selangor biarpun tarikh akhir penghantarannya hanya pada 3 September 2014.
 

ANWAR MENEMPLAK PAS SEBAB TIDAK TERIMA ISTERINYA SEBAGAI CALON MB SELANGOR


Hanya kerana menghantar 3 nama dan bukannya satu nama seperti yang diminta PKR, Anwar Ibrahim hari ini menemplak PAS sebagai parti yang tidak bersepakatan bersama Pakatan Rakyat.

Anwar sebaliknya mempersoalkan kepada PAS adakah disebabkan masalah gender (wanita) isterinya menyebabkan PaS enggan mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor?

Anwar Ibrahim hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan Rakyat untuk menamakan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor kerana beliau seorang wanita.

Langkah PAS itu bertentangan dengan keputusan Majlis Presiden PR pada 17 Ogos lalu yang menamakan hanya Wan Azizah untuk jawatan itu.

Pada Selasa, PKR dan DAP berkata mereka bertegas dengan keputusan hanya mencalonkan Dr Wan Azizah, walaupun Sultan Selangor bertitah setiap parti dalam PR mengemukakan sekurang-kurangnya dua nama kepadanya. 

Jelas bahawa ketika ini Anwar Ibrahim sangat gelisah sekiranya PAS enggan menyenaraikan nama isterinya sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Apakah selepas ini akan ada isu tawar-menawar dan janji-janji bagi menyenaraikan nama Presiden PKR itu yang sememangnya menjadi tradisi Pakatan Pembangkang? 

 

NAIB PRESIDEN PKR, RAFIZI RAMLI CUBA AJAR PAS CARA BERPOLITIK


Hanya kerana PAS bercadang mahu menghantar 3 nama calon Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor, PKR menerusi Naib Presidennya, Rafizi Ramli mahu PAS menghantar satu nama sahaja, iaitu Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Rafizi lagi ia sejajar dengan konsensus Pakatan Rakyat (PR) yang hanya mengemukakan calon tunggal bagi tujuan tersebut.

"Kita berpegang pada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) yang turut dipersetujui PAS yang hanya satu nama sahaja iaitu Datuk Seri Wan Azizah (Wan Ismail) dicalonkan.

"Apa-apa selain itu bukan daripada konsensus Pakatan," katanya dengan nada tegas.

Namun, adalah tidak mustahil PAS akan mengikut telunjuk PKR memandangkan PAS dikuasai kumpulan Anwarinas yang menyokong Anwar Ibrahim.

Malah, sebelum ini PAS telah menunjukkan bagaimana PAS sanggup ikut telunjuk PKR dengan membuat pusingan U apabila menyenaraikan nama Wan Azizah sebagai calon dengan seorang lagi calon Azmin Ali hanya sebagai boneka.

 

KHALID SAMAD MENEGASKAN PEMIMPIN PAS TIDAK LAYAK MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR


Biarpun PAS belum lagi mengemukakan senarai calon sebagai Menteri Besar Selangor, namun ada ura-ura PAS akan mengemukakan nama 3 pemimpin PKR.

Persoalannya, apakah tiada pemimpin PAS yang berkaliber dan hebat untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor? Sedangkan kalau dilihat majoriti kemenangan mereka (PAS) amat berhak menerimanya.

Terbaru, Khalid Samad memberitahu PAS tidak akan merebut jawatan Menteri Besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi PAS tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor kerana calon mesti mendapat sokongan majoriti," kata Khalid.

"Terdapat banyak cara untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti, dan ini termasuk akuan berkanun."

Beliau berkata ADUN PAS Hulu Klang Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) memainkan peranan penting dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Tindakan Saari dan Hasnul adalah penting kerana ia adalah satu petunjuk yang jelas bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan majoriti."

"Walaupun ramai mengkritik kedua-duanya, tidak ada ragu kesan daripada keputusan mereka menyokong Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail."

Berasaskan kepada kenyataan itu, salah satu nama yang akan diangkat PAS sebagai Menteri Besar Selangor ialah Isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail.

 

PEMIMPIN ANWARINAS DALAM PAS MAHU AHLI-AHLI PAS BERHALUAN ULAMA KELUAR PAS


Khalid Samad, salah seorang anggota Jatankuasa Pusat PAS mendesak mana-mana ahli PAS yang tidak menyokong perjuangan Anwar Ibrahim dan bersikap dingin terhadap Pakatan Rakyat agar meninggalkan PAS secara terhormat.

Beliau mengakui ramai pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim dan meminta secara terbuka puak-puak ini keluar dari PAS.

Menurut Khalid Samad, setiap keputusan mesyuarat hendaklah berasaskan syura dan berpendapat majoriti kepimpinan tertinggi PAS menyokong Anwar Ibrahim.

"Apabila ahli-ahli PAS ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR," kata Khalid pada sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Shah Alam.

"Sudah tentu, dalam PAS ada berlaku perbezaan pendapat dan pandangan alternatif," katanya, mengakui ada puak dalam PAS yang tidak bersetuju dengan PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain."

Peranan PAS dalam Pakatan Rakyat diperdebatkan beberapa kali oleh ahli dan pemimpinnya dan yang terbaru semasa isu Menteri Besar Selangor.

Beberapa ahli secara terbuka meminta para pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mendakwa parti Islam terlalu banyak berkompromi.

 

MASIH ADA MASA UNTUK PKR DAN DAPAT KEMUKAKAN LEBIH DARIPADA DUA NAMA ATAU DIANGGAP MENDERHAKA


Walaupun PKR dan DAP berpendirian tetap mengemukakan satu nama sahaja iaitu bersandarkan nama konvensi Pakatan Pembangkang 2013.

Berbeza dengan PAS yang akan membentangkan nama calon mereka sendiri tanpa memperdulikan siapa calon lain selain Wan Azizah oleh PKR dan DAP.

Parti-parti dalaman Pakatan Pembangkang masih mempunyai masa sehingga 3 September depan untuk menghantar dua nama calon Menteri Besar Selangor.

Perkara itu dinyatakan menerusi surat makluman rasmi istana bertarikh hari ini dan dialamatkan kepada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail serta salinannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Abdul Munir Bani antara lain berbunyi, "Sultan Selangor juga menitahkan agar calon-calon yang dicadangkan perlulah mematuhi Perkara LI (2) Undang-undang Tubuh Selangor 1959, iaitu calon menteri besar itu perlulah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam".

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga penggantinya ditentukan.

 

KONVENSI PAKATAN RAKYAT 2013 ADALAH TIDAK BENAR DAN DISIFATKAN SEBAGAI BOHONG



Semalam, PKR dan DAP kekal dengan keputusan menamakan satu sahaja nama sebagai calon Menteri Besar Selangor, iaitu Wan Azizah Wan Ismail untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor meskipun baginda telah menitahkan agar Pakatan Rakyat itu mengemukakan lebih daripada dua nama.

Menurut kenyataan bersama itu, keputusan tersebut sejajar dengan konvensi pelantikan menteri besar pada 2013 di mana PR hanya menamakan satu nama sahaja iaitu Abdul Khalid.

Kenyataan itu bagaimanapun disangkal Khalid Ibrahim sebaliknya tegas Khalid bukan namanya sahaja yang diserahkan Pakatan Rakyat kepada Sultan Selangor pada tahun 2013.

Abdul Khalid mendakwa, perkara tersebut tidak dilaporkan dengan tepat.

"Ada calon lain juga yang dikemukakan kepada istana secara berasingan dan kedua-duanya dibuat oleh PKR dan PAS.

"Ia (merujuk kepada pemilihan MB) pada tahun 2008 dan 2013," katanya kepada pemberita. 

“Bukan satu nama yang diberi kepada istana. Ia lebih daripada satu nama

“PR tidak kemuka hanya satu nama ketika itu," soal wartawan dan Abdul Khalid menjawab, "Ya. Sebagai tambahan kepada nama saya dengan surtax yang berbeza. Ia (kemuka nama) berasingan,” jelas beliau.

Ternyata apa yang dimaklumkan PKR dan DAP kononnya mereka meletakkan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat seperti mana yang diamalkan mereka dalam konvensi 2013 dalam pemilihan Khalid Ibrahim sebagai tidak benar dan bersifat bohong.

 

PELIK? DAH TERANG-TERANG BUAT CAKAP TIDAK MENGAKU BERSALAH


Ramai ahli UMNO menunggu perbicaraan ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer yang sebelum ini bertindak biadap terhadap UMNO dan orang Melayu apabila lantang menyebut kata-kata menghasut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan ceramah di Jalan Delima, Island Glades Jelutong, di sini Mei lepas.

Akibatnya, R.S.N Rayer telah dituduh atas dua pertuduhan menyebut kata-kata menghasut dalam DUN Pulau Pinang dan sewaktu berceramah di Jalan Delima.

Bagaimanapun, Rayer, 43, yang juga seorang peguam, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli-ahli UMNO dengan melafazkan kata-kata menghasut pada ceramahnya itu.


Rayer juga turut didakwa atas pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli-ahli UMNO dengan melafazkan kata-kata menghasut itu yang boleh memecahkan keamanan awam, di tempat dan pada masa serta tarikh yang sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Zaharah Hussain membenarkan Rayer diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dilakukan oleh Razali.


Kedua-dua mahkamah menetapkan 17 Okt untuk sebutan semula kes.
 

PKR DAN DAP BERTEGAS TOLAK TITAH SULTAN SELANGOR


Sultan Selangor telah memaklumkan bahawa setiap parti dalam Pakatan Rakyat perlu mengemukakan dua orang calon atau lebih bagi membolehkan baginda memilih Menteri Besar Selangor yang terbaik.

Bagaimanapun, PKR dan DAP dilihat melanggar perintah Sultan Selangor apabila kekal mencalonkan isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Begitu pun, tidak bagi PAS apabila mereka bersepakat akan mengemukakan calon Menteri Besar Selangor mengikut acuan mereka sendiri.

Berikut ialah kenyataan media PKR dan DAP berhubung keputusan mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor selepas mesyuarat malam tadi yang dibacakan Setiausaha Agong KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.


KENYATAAN MEDIA

PARTI KEADILAN RAKYAT

PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

PERLANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR

KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.

DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh
7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013.

Pencalonan ini diperkenankan dan diterima pakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.


DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP

26 Ogos 2014

Lihatlah bagaimana permainan PKR dan DAP yang sanggup melanggar titah Sultan Selangor demi kepentingan politik mereka dengan tetap mencalonkan Wan Azizah sebagai calon tunggal mereka.


Inilah peluang dan masa PAS menyenaraikan calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor selepas sekian lama hanya menjadi pemerhati dan pelengkap kepentingan politik PKR dan DAP. 
 

PAS SUDAH SEDIA NAMA CALON MB SELANGOR TAPI PKR DAN DAP MASIH PENING


Selepas keputusan Sultan Selangor yang mahukan setiap parti PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih dua nama sebagai calon Menter Besar (MB) Selangor, PAS dalam kenyataannya telah bersedia dengan nama-nama itu.

Yang pasti PAS tidak akan mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah memandangkan pihak Istana tidak mempersetujui yang merupakan antara sebab mengapa Sultan Selangor mahukan setiap parti dalam Pakatan Pembangkang mengemukakan lebih dua nama.

Malah, nama Azmin Ali yang tercalon sebelum ini pasti tidak ada dalam senarai PAS. Ini kerana PAS dijangka akan menyenaraikan calon MB Selangor yang terdiri daripada kalangan ADUN PAS.

Sebelum ini PKR dan DAP bersetuju mencalonkan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor namun tidak dipersetujui Sultan Selangor.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, selaras dengan titah baginda, pihaknya akan mencadangkan nama yang dirasakan layak untuk menyandang jawatan itu.
 
"Pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sangat konsisten dengan titah tuanku dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah tuanku," katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.
 
Menurut Khairuddin lagi, pihaknya yakin bahawa cadangan nama calon yang akan dikemukakan kelak oleh ketiga-tiga parti akan mendapat perkenan pihak Istana.

Sehingga berita ini ditulis, PKR dan DAP masih lagi membisu dengan senarai nama-nama yang akan menjadi pilihan mereka memandangkan mereka sebelum ini telah sebulat suara memilih Wan Azizah sebagai calon mereka.

Jika PKR dan DAP tetap dan masih mencalonkan Wan Azizah sebagai calon ini bermakna kedua-dua parti Pakatan Pembangkang itu akan 'hilang' satu kuota calon pilihan.

Tapi siapakah kedua pilihan PKR dan DAP? Apakah Azmin Ali akan menjadi pilihan kedua bagi kedua-dua parti Pakatan Pembangkang?

 

WAN AZIZAH KEMPUNAN SULTAN SELANGOR TIDAK RESTUINYA

Hasrat Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail untuk ditabalkan menjadi Menteri Besar Selangor tidak kesampaian apabila Sultan Selangor tidak mempersetujui satu nama seperti mana yang dicalonkan Pakatan Rakyat.

Malah, dalam kenyataan media yang diumumkan Khalid Ibrahim bahawa Sultan Selangor tidak berkenan dengan satu nama sahaja sebaliknya mahu Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama.

Dalam pada itu, keputusan Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor terpaksa ditangguhkan sehingga baginda memberikan keputusan penggantinya selepas Pakatan Rakyat mengusulkan nama-nama pengganti Menteri Besar Selangor.

Dengan keputusan ini bermakna ada di kalangan ADUN - ADUN PAS yang boleh diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor selepas ini.

Manakala, ADUN DAP tidak perlu menyimpan niat menjadi Menteri Besar Selangor memandangkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak membenarkan orang bukan Melayu sebagai Menteri Besar Selangor.

Jelas keputusan ini sangat mendukacitakan Anwar Ibrahim yang mahu melihat isterinya diangkat sebagai Menteri Besar Selangor biarpun terpaksa menggunakan cara kotor.

 

KONGRES PKR 2014 SIRI 3: HUJAH LAWAK ZURAIDA KAMARUDDIN PEMIMPIN PKR


Hujah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin lebih melucukan apabila beliau dilaporkan berkata, UMNO akan kalah 56-0 jika pilihan raya diadakan di Selangor.

Kenyataan itu boleh dianggap hanya satu khayalan, tidak berpijak di bumi nyata dan untuk menyedapkan hati sahaja.

Ini memandangkan jika pilihan raya di negeri itu diadakan, PKR bukan sahaja tidak akan mampu mempertahankan kerusi sedia ada malah pakatan pembangkang juga berkemungkinan akan kehilangan kuasa.

Ini memandangkan pakatan pembangkang bertahan di Selangor kerana kredibiliti Abdul Khalid, sekarang beliau sudah dipecat daripada parti itu secara tidak terhormat dan PKR mahu meletakkan Wan Azizah yang rakyat negeri itu amat memahami sejauhmanakah kemampuan beliau untuk memimpin.

Oleh itu tidak perlulah Zuraida bermimpi di siang hari sebaliknya menerima hakikat bahawa rakyat negeri tersebut tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya .

Tambahan pula PKR kini mempunyai hubungan cukup dingin dengan Pas yang merupakan penggerak utama kepada kempen pilihan raya pakatan pembangkang.

Ahli-ahli Pas pasti tidak akan melupakan kenyataan-kenyataan pemimpin PKR yang memperlekehkan pemimpin Pas dalam isu perebutan kerusi MB Selangor.

Begitulah serba sedikit catatan mengenai kongres PKR yang jelas membuktikan perjuangan untuk rakyat hanyalah sekadar retorik politik bagi memuaskan nafsu politik pemimpin parti tersebut.

Pemimpin PKR berhujah seolah-olah parti merekalah yang paling sempurna, tindakan politik mereka yang paling bijak dan merekalah paling sesuai untuk memerintah Selangor dan negara ini.

Hakikatnya, PKR hanyalah sebuah parti yang sedang dilumuri pelbagai masalah sama ada luaran mahupun dalaman tetapi kebijaksanaan pemimpinnya bersandiwara memungkinkan segala keburukan mampu ditutupi dan segala kepalsuan mampu dilindungi.

Tetapi percayalah sikap hipokrit pemimpin PKR tidak akan bertahan lama kerana rakyat semakin memahami wajah sebenar parti yang ditubuhkan melalui demonstrasi jalanan tersebut.


Sumber: Utusan Malaysia
 

KONGRES PKR 2014 SIRI 2: HUJAH LAWAK RAFIZI RAMLI PEMIMPIN PKR


Rafizi Ramli tidak boleh marah kalau beliau dilihat 'pengampu' nombor satu kepada Anwar. Tindakan beliau mencabar mana-mana pemimpin dan ahli PKR yang menentang nepotisme meninggalkan parti itu membuktikan betapa mentahnya pemikiran politik individu yang kononnya diiktiraf pakar strategi PKR itu.

Sepatutnya Rafizi membentangkan fakta kenapa tindakan Anwar membenarkan isterinya menjadi Presiden parti dan calon MB Selangor serta anak mereka Nurul Izzah menjadi Naib Presiden tidak boleh dianggap nepotisme memandangkan kalau amalan itu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), Rafizi antara orang yang paling lantang mengkritik. Tetapi apabila perkara itu berlaku dalam PKR, Rafizi berhujah seperti kanak-kanak sekolah.

Malah Rafizi juga seolah-olah lupa siapa dirinya apabila memberi amaran kepada Abdul Khalid supaya tidak membubarkan DUN.

Rafizi sepatutnya tidak takut kalau DUN dibubarkan kerana bukankah PKR boleh menggunakan 'kebijaksanaan' beliau untuk mengatur strategi bagi memastikan Selangor terus berada di tangan pakatan pembangkang?

Rafizi sebenarnya tidak berkemampuan berbuat demikian kerana 'otak strategi' beliau selama ini sememangnya dipertikaikan oleh ahli-ahli PKR.

Namun memandangkan beliau rapat dengan Anwar dan bersedia mempertahankan pemimpin PKR tersebut sehingga sanggup mencabar keluar parti jika mana-mana ahli tidak bersetuju dengan kepimpinan parti, Rafizi terselamat.

Bagaimanapun dalam kalangan rakyat, Rafizi tidak mempunyai kredibiliti dan integriti sehebat Abdul Khalid.


 

KONGRES PKR 2014 SIRI 1: HUJAH LAWAK WAN AZIZAH PEMIMPIN PKR


Wan Azizah yang sudah tidak sabar- sabar lagi untuk menjadi MB Selangor dengan lantang mengkritik kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah beliau seratus kali lebih baik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu jika menjadi pemimpin nombor satu negeri tersebut.

Presiden yang dianggap hanya sekadar menjadi 'penghias organisasi' dan muncul setahun sekali untuk berucap, mengecam Abdul Khalid kerana tidak menggunakan dana kerajaan negeri sehingga mengabaikan kebajikan rakyat.

Wan Azizah menggambarkan seolah-olah rakyat Selangor berada dalam keadaan cukup teruk dengan dibelenggu pelbagai masalah di bawah kepimpinan Abdul Khalid.

Kalaulah soal mengabaikan kebajikan rakyat menjadi perhitungan utama Wan Azizah kenapakah beliau tidak bertanya secara jujur siapakah sebenar yang menyebabkan rakyat Selangor kini berada dalam keadaan terabai?

Bukankah suaminya yang bertanggungjawab mengatur 'Langkah Kajang' sehingga memungkinkan perebutan kerusi MB Selangor tercetus. Jika benar beliau seorang Presiden parti yang berkuasa kenapa tidak menghalang suaminya daripada berbuat demikian?

Kenapakah Wan Azizah tidak menolak cadangan Anwar supaya beliau bertanding di Kajang dan seterusnya mengelakkan amalan nepotisme berlaku?


Sumber: Utusan Malaysia 
 

ANWAR IBRAHIM NAFIKAN TAWAR JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI


Tiada apa yang mengejutkan apabila Anwar Ibrahim ada menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menerusi panggilan telefon mengenai isu pembentukan kerajaan baharu 16 September.

Seperti biasa Anwar Ibrahim yang bijak memutarbelitkan kata-kata menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menyatakan perbualan mereka adalah berkisar hal keluarga.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Anifah semasa pemeriksaan balas, mencadangkan kepada Anwar bahawa beliau telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah ketika beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2008.

"Perbualan itu adalah mengenai hal keluarga kerana kami (beliau dan Anifah) adalah rakan baik sejak sekian lama. Saya tidak menawarkan jawatan TPM," kata Anwar.

Anwar sebaliknya berkata, Anifah ada membuat panggilan telefon kepadanya dan menunjukkan hasrat menyertai pakatan pembangkang jika mempunyai pengaruh cukup untuk menyertainya.

Ketua Umum PKR itu berkata demikian ketika perbicaraan kes samannya berjumlah RM100 juta terhadap Anifah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Selepas ini akan banyak lagi konspirasi yang terbongkar ekoran pendedahan demi pendedahan di mahkamah.
 

DAP SARAWAK CEMBURU LIHAT KEJAYAAN BN SARAWAK DAPATKAN 10 PERATUS EKUITI DALAM MNLG 4 PETRONAS


DAP cemburu melihat kejayaan BN Sarawak yang memperoleh ekuiti 10 peratus daalam MLNG 4 Petronas selepas mengadakan rundingan antara Ketua Menteri Sarawak dan Pengurusan Tertinggi Petronas baru-baru ini.

Disebabkan itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen baru-baru ini berkata ekuiti 10 peratus dalam MLNG 4 ditawarkan Petronas kepada Sarawak bukan satu pencapaian yang membanggakan.

Setiausaha Agung PBB, Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, DAP lebih gemar jika rundingan untuk menambah royalti 20 peratus berbanding lima peratus pada masa sekarang gagal.

“Jelas menerusi kenyataan sedemikian, DAP mahu menjejaskan perbincangan antara kerajaan negeri dan Petronas dan mereka ingin memastikan ia tidak berjaya kerana ia akan membawa manfaat kepada rakyat Sarawak.

“Dan dengan jelas ia akan membawa sokongan yang lebih baik kepada Barisan Nasional dan menghalang (projek) Impian Sarawak mereka,” katanya lagi.

Susulan itu, Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata orang ramai tidak wajar keliru antara ekuiti dan tuntutan royalti minyak dan gas 20 peratus.

Katanya, tiada kejutan dalam penawaran itu kerana sebelum ini Sarawak ditawarkan saham lima peratus untuk MLNG 1 dan 10 peratus masing-masingnya untuk MLNG 2 dan MLNG 3.

Tindakan Chong itu hanya akan menjejaskan rundingan yang dilakukan antara kerajaan negeri, Petronas dan kerajaan persekutuan.

Jelasnya, tawaran 10 peratus pegangan dalam MLNG 4 yang diumumkan Ketua Menteri baru-baru ini merupakan antara hasil rundingan daripada beberapa rundingan yang masih lagi dijalankan.


“Ia tidak terhenti di situ sahaja, kerajaan negeri akan meneruskan rundingan demi rundingan untuk mendapatkan bayaran royalti minyak dan gas 20 peratus daripada kerajaan pusat,” katanya.
 

SHAMSUL KETOT DEDAHKAN MENGAPA PKR PECAT KHALID IBRAHIM


Persidangan Kongres Nasional Keadilan ke-10 telah dijadikan modal bagi pemimpin PKR menghentam Khalid Ibrahim yang telah dipecat sebelum ini.

Menerusi kenyataan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid lebih banyak mengadakan pertemuan dengan Barisan Nasional berbanding partinya sendiri.

Tindakan Khalid Ibrahim itu dikatakan membelakangkan Pakatan Rakyat menyebabkan PKR terpaksa membuat keputusan untuk menggantikan Abdul Khalid kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sedangkan pada hakikatnya, Khalid Ibrahim berbincang dan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO dan BN hanya untuk menyelesaikan permasalahan rakyat terutama membabitkan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

"Kita tengok dia berunding.. Kita dengar dia berunding dengan Barisan Nasional..

"....Jumpa Perdana Menteri lebih banyak daripada dia (Abdul Khalid) jumpa kita... Ini masalah," katanya di sini.


Jelasnya lagi, keputusan yang diambil menggantikan Abdul Khalid bagi jawatan Menteri Besar Selangor merupakan satu jalan tengah dan bijak yang dibuat untuk mempertahankan parti.
 

BN-PLUS SELESAIKAN KRISIS POLITIK KEPARTIAN BN SARAWAK BUAT SEMENTARA WAKTU


Sebelum ini kecoh mengenai SPDP dan SUPP yang mahu memboikot pemimpin daripada TERAS (Parti Tenaga Rakyat Sarawak) dan United People's Party (UPP) biarpun mereka ini secara terbuka menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak dan BN Sarawak.

Hanya disebabkan mereka ini merupakan bekas pemimpin daripada kedua-dua parti SUPP dan SPDP hingga menyebabkan kedua-dua parti komponen BN Sarawak itu menolak kehadiran mereka dalam BN Sarawak.

Ramai penganalisis melihat keputusan SUPP dan SPDP itu tidak matang dan hanya bersandarkan kepada kepentingan parti mereka dan bukan asas kepada kepentingan BN Sarawak secara keseluruhannya.

Disebabkan itu, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang sebelum itu telah bersama-sama bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam politik Sarawak selama lebih 33 tahun mengetahui pendekatan BN-Plus merupakan jalan terbaik bagi menangani krisis ini.

Atas sebab itu, Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem yang juga Pengerusi BN Sarawak telah mengambil keputusan akan meneruskan formula BN-Plus sehingga berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum Jun 2016.

“Saya akan meneruskan formula BN-Plus sehingga Pilihan Raya Negeri yang akan datang iaitu sebelum Jun 2016,” kata Adenan.

Sementara itu ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai formula BN-Plus oleh Adenan, Setiausaha Agung BN Negeri dan PBB Datuk Stephen Rundi Utom berkata BN-Plus akan membolehkan menteri-menteri sedia ada yang di luar daripada BN terus berkhidmat dalam kabinet.

“Oleh kerana tempoh pilihan raya sudang alang-alang maka Ketua Menteri akan mengekalkan mereka yang berkenaan yang mana bukan lagi dalam BN tetapi adalah menteri dalam kabinet.

“Kami BN akan melayan mereka sebagai seseorang luar dari BN tetapi mereka adalah menteri-menteri dalam kabinet.


Inilah yang terbaik buat masa ini bagi BN Sarawak yang sememangnya tidak mahu melihat krisis politik Sarawak menggugat kelancaran BN Sarawak berkhidmat untuk rakyat.
 

SULTAN SELANGOR SETUJU PERKENANKAN PEMBUBARAN DUN SELANGOR HARI INI?


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa memendekkan cuti rehat di luar negara susulan daripada peristiwa terbaru mengenai sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap pencalonan Wan Azizah.

Baginda yang sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Ogos lalu terpaksa memendekkan masa perjumpaan dengan tujuan menyelesaikan permasalahan Menteri Besar Selangor.

Sudah tiba masanya suatu keputusan yang benar-benar memenuhi kehendak Islam disyariatkan dibuat dan diimplimentasi objektif kerajaan.

Sementara itu, Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan beliau akan menghadap bagi menyampaikan keputusan terkini Pakatan Rakyat.

"Saya akan maklumkan (Isnin) bila saya akan menghadap sultan dan selepas itu, akan beri kenyataan media," katanya kepada pemberita.

Ditanya kemungkinan beliau menghadap Sultan Selangor pada hari Isnin ini, Khalid Ibrahim hanya berkata perkara itu belum diketahui dan terserah kepada Sultan Selangor.

Kenyataan itu dibuat selepas hampir dua minggu Khalid Ibrahim mengelak daripada bercakap kepada pihak media selepas dinasihat oleh sultan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah baginda pulang ke tanah air.

Yang pasti PKR dan DAP mempunyai agenda tersendiri dalam mendesak Sultan Selangor menyegerakan pelantikan Wan Azizah sebagai calon Mengeri Besar Selangor.

 

LIHAT MACAM MANA PKR HINA PAS SELEPAS SEOLAH-OLAH PAS TIADA MARUAH


Sebelum ini PAS teruk dihentam dan dikritik pemimpin DAP berhubung pendirian mereka yang tidak sepakat memilih Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Tidak cukup dengan itu, kenyataan beberapa pemimpin PAS termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mempertahankan Khalid Ibrahim lalu menolak pelantikan Wan Azizah dianggp mereka sebagai pendirian yang tidak matang.

Selain kedua-dua pemimpin tertinggi PAS, Dewan Ulama PAS serta beberapa pemimpin PAS lain tidak bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah dan mempertikaikan cara pemecatan Khalid Ibrahim daripada Menteri Besar Selangor dan PKR.

Sepanjang tempoh itu, DAP dilihat bersikap angkuh hingga kepada menghina PAS yang dilihatnya sebagai parti politik yang tidak sesuai berada dalam Pakatan Rakyat.

Namun, disebabkan majoriti Ahli Majlis Tertinggi PAS dikuasai golongan yang dikenali Anwarinas maka keputusan musyawarah PAS dalam mesyuarat tergempar mereka telah memihak Anwar Ibrahim dan keputusannya telah dijangka dari awal lagi.

Berikutan itu, bukan Presiden PAS yang memberikan kenyataan media sebaliknya Timbalan Presiden PAS, Mohamad @ Mat Sabu bersama golongan Anwarinas.

Ramai yang mempersoalkan kenapa PAS membuat pusingan U sedangkan keputusan jangkaan akan emmihak kepada Khalid Ibrahim.

Semua ini dikatakan ada kaitan cubaan PAS untuk menguji PKR dan DAP dalam menangani Krisis Menteri Besar Selangor yang disifatkan PAS sebagai kejatuhan Pakatan Rakyat.

Terbaru, PKR pula sedang bercakap besar apabila bijak menyusun kata-kata bahawa jika bukan kerana bantuan Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Hadi Awang tidak akan dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

Kata mereka lagi, Hadi Awang bukannya kenal baik dengan Yusof Qaradawi. Yang kenal baik dan akrab dengan Qardawi adalah Anwar Ibrahim. Malah Qardawi sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi isu liwat.

Jadi, orang PAS tidak seharusnya berasa bangga dengan perlantikan Hadi Awang itu kerana tanpa jasa baik Anwar Ibrahim, maka Hadi Awang tidak akan diangkat ke jawatan tersebut.

Untuk menutup malu, PKR cuba mencari pelbagai helah dan kebetulan pula, Hadi Awang telah dilantik oleh Yusof Qardawi sebagai salah seorang daripada tiga orang Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, maka alasan itulah yang digunakan untuk bermegah-megah.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim tidak sempat bertemu dengan Yusof Qardawi kerana difahamkan Yusof Qardawi enggan bertemu dengannya. 

Bagi mengelakkan diri dimalukan, PKR khasnya pemimpin dan ahli yang mengadu domba Anwar Ibrahim terpaksa mencari helah agar mereka PKR dikatakan 'membantu" Abdul Hadi Awang dalam mendapat jawatan tertinggi dalam Kesatuan Ulama Dunia.

 

#PrayMH17: SUASANA PILU MENYELUBUNGI RIBUAN YANG HADIR DI TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMARIANG


Seperti yang berlaku dikebanyakan tanah perkuburan yang mengkebumikan mangsa nahas MH17, suasana sedih menyelebungi mereka yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir biarpun mereka ini bukan daripada kalangan sanak saudara, rakan taulan mahupun kenalan mangsa.

Yang pasti setiap di kalangan rakyat Malaysia adalah bersaudara tanpa mengira agama dan bangsa.

Jenazah dua beranak Ariza Ghazalee, 46, dan Muhammad Afif Tambi, 19, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini, petang semalam.

Upacara pengebumian yang dihadiri 5,000 orang yang terdiri daripada waris, pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan itu berlangsung dalam suasana sedih dan pilu.

Jenazah mereka tiba di tanah perkuburan itu sekitar jam 4.50 petang selepas selesai disembahyangkan di Masjid Jamek negeri dan selamat dikebumikan pada jam 5.05 petang.

Hadir sama pada upacara itu ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman selain tetamu kehormat yang lain.

Jenazah Ariza dan Afif merupakan antara 20 jenazah kumpulan pertama tragedi MH17 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dari Amsterdam pagi semalam.

Selesai istiadat penghormatan penerimaan jenazah yang dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah di Kompleks Bunga Raya KLIA, jenazah dua beranak itu diterbangkan menggunakan pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuching pada jam 2.17 petang.

Kemudian, jenazah mereka dibawa menaiki van ke Masjid Jamek Negeri untuk disembahyangkan seterusnya ke Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Ariza dan Afif terkorban selepas pesawat MH17 yang dinaiki oleh mereka serta 292 penumpang lain dan anak kapal terhempas dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, 17 Julai lepas.

Nahas itu turut mengorbankan suami Ariza, Tambi Jiee, 49, serta tiga lagi anak mereka iaitu Muhammad Afzal,17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz,13.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa nahas MH17 dan semoga mereka ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

 

DAP SARAWAK KECEWA KEJAYAAN KERAJAAN SARAWAK DAPAT SAHAM 10 PERATUS MNLG 4 PETRONAS


Pengumuman Ketua Menteri Sarawak terhadap kejayaan Kerajaan Negeri Sarawak memperoleh 10 peratus saham dalam Malaysia Liquefied Natural Gas Sdn Bhd (MNLG) 4 telah mendapat reaksi kurang senang daripada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Kecewa dengan keputusan itu, Chong meminta rakyat Sarawak tidak perlu bergembira dengan kejayaan ini yang dianggapnya sebagai suatu yang tidak harus digembar-gemburkan.

Bagi Kerajaan Negeri Sarawak, ia merupakan suatu keputusan yang positif daripada Petronas selepas mengadakan perbincangan bersemuka dengan pengurusan tertinggi Petronas.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Sarawak akan terus berusaha untuk mendapatkan royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus daripada kerajaan Pusat.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dalam kenyataan akhbarnya mengenai keputusan Petronas itu menjelaskan Kerajaan Negeri Sarawak sangat mengalu-alukan tawaran Petronas itu yang disifatkan sebagai suatu kejayaan permulaan.

Untuk langkah seterusnya dalam mendapatkan royalti minyak dan gas 20 peratus, Kerajaan Negeri Sarawak akan terus mengadakan rundingan bersama dengan Petronas dalam suasana damai tanpa perlu rasa tekanan.

“Petronas telah bersetuju pada mulanya menawarkan lima peratus saham dalam MLNG 4 tetapi sekarang bersetuju menambahkannya kepada 10 peratus.  Ini antara kejayaan dan kita akan terus mengadakan rundingan.

“Saya akan memaklumkan perkembangan rundingan itu dari semasa ke semasa nanti,” katanya sambil menambah, kerajaan negeri dan Petronas telah menubuhkan satu jawatankuasa terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan eksekutif-eksekutif kanan Petronas.

Mengenai pegangan saham 10 peratus dalam MNLG 4 bayaran tersebut boleh dibuat dalam bentuk tunai atau sebagainya.

Ini adalah tindakan positif ditunjukkan Petronas untuk Sarawak mendapatkan bayaran royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus.

“Kerajaan negeri amat menghargai tawaran ini dan pada masa sama sedar Petronas mungkin memerlukan sedikit masa untuk menunaikan permintaan kadar bayaran 20 peratus royalti minyak dan gas kerana ia melibatkan banyak syarikat antarabangsa," demikian menurut Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri James Jemut Masing.

 

ANAK SELANGOR TOLAK PENCALONAN WAN AZIZAH


Jika Pakatan Rakyat menggunapakai nama 'rakyat' dalam agenda politik, mereka seharusnya mendengar denyutan rakyat dalam membuat keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat dan bukannya atas kepentingan politik individu tertentu.

Atas kesedaran ini, seramai lapan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai anak jati Selangor, menolak keputusan Pakatan Rakyat yang mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Mereka yang menggelar diri sebagai 'Penyokong Abdul Khalid' mengadakan perhimpunan di pintu utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira jam 11.00 pagi dan menganggap Wan Azizah tidak layak mengisi jawatan tertinggi negeri itu.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku di Selangor dan tercabar apabila mereka mahu melantik individu yang bukan kelahiran negeri ini sebagai menteri besar,” kata wakil kumpulan itu, Mohamad Kamal Hasbi yang ditemui pada perhimpunan itu.

Menurutnya, kehadiran mereka tidak mewakili mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi politik.

“Kami rasa tercabar apabila Sultan kami dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dipermainkan oleh pihak berkenaan yang sewenang-wenangnya mahu tukar Menteri Besar Selangor yang sedia ada kepada orang luar,” katanya.

Meskipun lahir dari suara mereka yang kecil, beliau akui tindakan mereka adalah mewakili sebahagian besar rakyat jati Selangor.

Ketika perhimpunan, kumpulan itu membawa kain rentang dan sepanduk bertulis, ‘Kami Mahu Anak Selangor’, ‘MB Selangor Untuk Anak Melayu Selangor’, Perkara 53 (3) Menjelaskan MB Selangor Mestilah Warganegara Secara Kuat Kuasa Undang-undang dan Bukan Bernombor IC 71”.

Menurut Mohamad Kamal, meskipun bilangan yang berkumpul tidak ramai, beliau yakin mampu memberi kesan kepada pengundi muda yang lain.

“Mungkin kami dilihat tiada fungsi tetapi kami ini (pengundi muda) yang paling ramai di Selangor. Tak mustahil pada pilihan raya akan datang boleh mengubah sokongan,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai anak jati Selangor, dia beranggapan tidak ada sebab kenapa menteri besar sedia ada perlu diganti.

Kumpulan itu turut melaungkan ‘Hidup Selangor!’ beberapa kali sebelum beredar dari perkarangan bangunan berkenaan.

Dengan situasi terbaru itu, jelas rakyat Selangor sendiri menolak kehadiran pemimpin luar dalam memerintah Selangor.

 

NIK AZIZ AKHIRNYA AKUR DENGAN NASIHAT ANWAR IBRAHIM

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang majoritinya merupakan penyokong Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Anwarinas yang mencalonkan Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Keputusan dibuat setelah beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk  Mustapa Ali.

Sememangnya keputusan PAS itu telah dijangka memandangkan kumpulan Anwarinas berpengaruh dalam PAS sehingga tidak lagi memandang keputusan golongan ulama PAS.

Biarpun Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz menyokong Khalid Ibrahim namun ia tidak cukup untuk menandingi majoriti suara penyokong Anwar Ibrahim yang bermaharajalela dalam PAS.

"Saya sudah diberi penjelasan, apa yang penting Pakatan Rakyat kekal," katanya kepada pemberita.

PAS Pusat dalam satu keputusan yang sudah dijangka semalam membuat pusingan U apabila turut bersetuju supaya Abdul Khalid berundur daripada jawatan menteri besar.

PAS bagaimanapun menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai seorang lagi calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Seperti biasa PKR tidak akan mengambil endah nama Azmin Ali yang dicalonkan PAS dan cukuplah dengan menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar seperti mana yang disyaratkan P kR dan DAP kepada PAS sebelum ini.

Namun, PKR pada sidang media berasingan petang semalam memutuskan, hanya Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi menggantikan ADUN Pelabuhan Klang itu.

Biarpun Azmin Ali dinamakan PAS, namun demi kelangsungan politik Azmin Ali dalam PKR maka beliau pasti akan mengikut arahan parti dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

 

PAS SELANGOR TETAPKAN PENDIRIAN TIDAK SOKONG PENCALONAN WAN AZIZAH SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR


Meskipun Pakatan Pembangkang membuat keputusan menamakan Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim, PAS Selangor tetap dengan pendiriannya dengan tidak mengiktiraf Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, meskipun Jawatankuasa PAS Pusat akur dengan majlis pimpinan Pakatan Pembangkang termasuk PAS sendiri menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai satu keputusan sah.

Ini kerana, jelasnya, pencalonan Wan Azizah dikatakan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"PAS Selangor sebelum ini menolak Wan Azizah bukan sebab beliau wanita tetapi kita dimaklumkan pencalonan beliau tidak diperkenan Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah).

"Bagaimanapun, kita akur dengan keputusan Pakatan Pembangkang semalam untuk tetap mencalonkan beliau (Wan Azizah). Mungkin ini percubaan (untuk mendapat perkenan Sultan Selangor). Kita tengok bagaimana nanti," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru dari PAS, Abdul Rani Osman sebelum ini memberitahu, penolakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar bukan disebabkan faktor gender sebaliknya ada faktor lain.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan faktor tersebut.

Sementara itu, Sallehen yang juga ADUN Sabak menjelaskan, dalam tempoh peralihan ini, beliau bersama tiga lagi ADUN PAS akan tetap meneruskan tugas sebagai Exco bagi memastikan pentadbiran negeri yang diterajui Abdul Khalid tetap berjalan lancar.

"Pentadbiran berjalan seperti biasa termasuk mesyuarat Exco mingguan pada Rabu ini. Kita tunggu sehingga Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) pulang dari luar negara pada 27 Ogos ini," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam.

Biarpun mereka (Exco PAS Selangor) tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat PAS Ahad lepas namun sebagai pemimpin PAS yang taat setia terpaksa rela untuk mengikutinya. Jika ingkar, maka gelaplah masa depan politik mereka di Selangor nanti.

"Semalam kita dah buat satu keputusan yang menetapkan empat perkara dan kita akan ikut keputusan itu. Apa pun yang diarahkan oleh PAS Pusat, kita akan patuhi," katanya.


 

AKIBAT KECELUPARAN MULUT N. SURENDRAN DITANGKAP POLIS DAN DIDAKWA


Polis telah mengeluarkan waran tangkap ke atas peguam yang mewakili Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya, N. Surendran atas mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

N. Surendran telah ditemani peguamnya Latheefa Koya yang turut hadid di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju dan akan didakwa pada hari ini.

Timbalan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, waran itu disampaikan kepada ahli Parlimen berkenaan pada jam 7.52 petang semalam dengan kehadiran peguamnya Latheefa Koya.

Khairi berkata Surendran, yang akan didakwa di mahkamah esok mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, kemudian dibebaskan dengan ikat jamin selepas kenyataannya direkodkan.

N. Surendran didakwa kerana berkata dakwaan kes Liwat 2 terhadap Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Polis sebelum ini berkata, mereka mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran, yang juga peguam Anwar, dan meminta beliau membawa penjamin ke mahkamah esok.

Latheefa yang mengiringi Surendran di balai polis itu berkata, beliau menerima panggilan hari ini daripada seorang pegawai polis memberitahu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana menghasut.

"Pegawai polis memberitahu beliau akan didakwa esok. Mereka tidak perlu mengeluarkan apa-apa waran tangkap tetapi saya rasa mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko," kata Latheefa.

"Saya pada awalnya ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin supaya dapat hadir di mahkamah esok bagi menjawab pertuduhan kenyataan berunsur hasutan terhadap saya dan kerana mengkritik keputusan perbicaraan Liwat 2 Anwar. Mereka mengatakan ia adalah menghasut.

Penahanannya tidak akan melemahkan perjuangannya dalam membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.

Surendren berkata keputusan mendakwanya juga akan memberi gambaran buruk kepada kerajaan memandangkan proses rayuan terhadap kes Anwar semakin hampir.

Mereka yang disabitkan dengan tuduhan hasutan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kerjaya politik beliau sebagai wakil rakyat akan berakhir kerana akan kehilangan kelayakan, jika didenda lebih daripada RM2,000 atau penjara lebih setahun dan tidak menerima pengampunan.

Pada 8 Ogos, Surendran, yang merupakan seorang daripada peguam yang mewakili Anwar dalam rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan didakwa membuat kenyataan mengenai Najib berhubungan pertuduhan yang dihadapi oleh pemimpin pembangkang itu. 

Kenyataan N. Surendran itu dilihat sebagai tidak menghormati Mahkamah dan undang-undang kerana kes itu sedang dibicarakan di Mahkamah dan hanya boleh diulas apabila sebarang keputusan telah dibuat.

Inilah padahnya apabila sudah terlalu pandai sebagai peguam hingga sendiri buat salah pun tidak nampak.

 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger