PKR SELANGOR KINI SUDAH TAKUT KEHILANGAN KUASA


Ekoran tindakan Khalid Ibrahim yang boleh membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihan raya mengejut dan juga undi tidak percaya menyebabkan PKR Selangor terdesak mencari jalan penyelesaian kemelut Menteri Besar Selangor.

Takut kehilangan kuasa memerintah, akhirnya PKR Selangor bersuara dengan mengecam tindakan Khalid Ibrahim sekiranya tindakan tersebut menjadi pilihan dalam menangani krisis Menteri Besar Selangor.

Lima Ketua Cabang PKR hari ini menggesa pimpinan tertinggi parti mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat semakin jelas membelakangkan parti sejak kebelakangan ini.

Menurut Ketua Cabang Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri, saranan Abdul Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau disifatkan sebagai satu tindakan yang bertujuan memalukan parti dan wajar diambil tindakan.

"Kami minta pemimpin parti untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala UMNO yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita sedia maklum, tindakan-tindakan beliau sejak akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Oleh itu, kami gesa pihak pemimpin parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau ," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut meminta kesemua ahli parti untuk menyokong penamaan Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Menurutnya lagi, Azizah yang selaku Presiden PKR adalah calon yang paling layak untuk menjadi menteri besar berbanding ADUN lain.

Begitupun, mereka tidak menyenaraikan kriteria calon yang paling layak yang ada pada Wan Azizah bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

"Semua anggota parti harus mengenepikan perbezaan pendapat dan bersatu hati untuk menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat yang menamakan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 21 Julai lalu kerana beliau adalah antara pemimpin tertinggi PKR," katanya lagi.

Antara Ketua Cabang yang turut menyokong kenyataan tersebut termasuklah Ketua Cabang Sabak Bernam, Abu Talip Bujang; Ketua Cabang Sungai Besar, Mohamad Fauzi Ahmad; Ketua Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ketua Cabang Sepang, Burhan Aman Shah.

Lebih parah lagi apabila Cabang PKR di Selangor seolah-olah diperalatkan PKR Pusat dengan tidak melihat pertukaran Menteri Besar Selangor sebagai suatu yang janggal dan menidakkan kuasa Sultan dan suara majoriti rakyat Selangor.

Difahamkan kelima-lima Ketua Cabang PKR di Selangor itu tidak sehaluan dengan pimpinan Khalid Ibrahim. Maka, tidak hairanlah jika mereka mendesak Khalid iIbrahim supaya menerima pertukaran Menteri Besar Selangor.

 

#FreePalestine RANCANGAN JAHAT YAHUDI ISRAEL BURUKKAN NAMA MALAYSIA


Malaysia tidak pernah menyediakan tempat mahupun menawarkan sebarang latihan kepada mana-mana pejuang Hamas atau kumpulan gerakan yang berjuang di negara bergolak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, bukan sahaja latihan, kerajaan juga tidak pernah membenarkan sebarang unsur pusat latihan seumpama itu diwujudkan di negara ini.

"Mustahil ada latihan seumpama itu di negara ini, komen pejuang berkenaan itu tidak benar malah tidak wujud sama sekali di negara ini.

"Tidak kira apa jenis perjuangan termasuk dikategori perjuangan baik untuk melawan Israel, kita tidak pernah membenarkan atau memberikan kelulusan untuk latihan sebegini," katanya lagi.

Wan Junaidi diminta mengulas laporan Jerusalem Post mengenai pendedahan seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel berkata, dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Tambah Wan Junaidi, mana-mana pejuang yang dikatakan mahu mengambil latihan perang boleh ke negara lain yang menawarkan 'kursus' berkenaan selain Malaysia.

"Sudah saya tegaskan, kita tidak adakan latihan perang untuk pejuang seumpama ini. Mereka yang mahu dan berminat boleh berlatih di negara lain," ujarnya.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Briged al-Qassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Sementara itu, Pergerakan Hamas juga menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Inilah satu lagi rancangan jahat Yahudi untuk memburukkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

 

DAP BERI KATA DUA KEPADA PAS


Seolah-olah DAP yang berkuasa dalam Pakatan Rakyat, hari ini DAP telah memberikan kata dua kepada PAS sama ada untuk terus bersama Pakatan Rakyat atau keluar secara terhormat.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, sokongan PAS untuk mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan menyebabkan parti itu dilenyapkan sepenuhnya dari negeri itu.

"Sekiranya PKR dan DAP mahu Abdul Khalid digantikan tetapi PAS inginkan Abdul Khalid mengekalkan jawatannya, exco kerajaan negeri tidak akan berfungsi lagi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbahagi dua tanpa majoriti yang jelas.

"Dalam situasi sebegini, Abdul Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut.

Inilah yang amat ditakuti Pakatan Rakyat dan sekiranya ini berlaku maka peluang untuk Pakatan Rakyat memerintah Selangor pasti akan terkubur.

Dan, adalah tidak mustahil Selangor akan dikembalikan kepada BN yang kini hanya menunggu saat dan ketikanya untuk memerintah dengan melihat situasi yang berlaku ke atas Pakatan Rakyat.

Tony Pua mengaku bahawa Pakatan Rakyat mengalami kekurangan keyakinan yang besar ekoran krisis Menteri Besar Selangor ini, desakan PAS untuk menyokong Abdul Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut.

Tony Pua turut berkata, ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada UMNO.

"Kemenangan besar akan menjadi milik UMNO apabila dapat mengembalikan semula 30 kerusi dalam DUN sekiranya pilihan raya diadakan," katanya.

Ekoran 'Langkah Kajang', PKR telah mencadangkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Namun, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas presiden PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudiannya berkata Abdul Khalid harus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

 

WAJIB BACA!!! CURAHAN RASA MANTAN SETIAUSAHA POLITIK MENTERI BESAR KEDAH TERHADAP PKR


Saya tak berhasrat untuk membuka pekung atau mengungkit segala kisah lalu. Tapi apabila Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli mula mengungkit stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi menteri besar, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi antara Selangor-Kedah itu tidak wajar. 

PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi Menteri Besar Kedah pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati tetapi sikap sebenar PKR sangat busuk hati dan keji tetapi bertopeng kononnya atas nama perjuangan rakyat!

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU12 dulu adalah hari-hari membilang kerusi. Allahyarham Ustaz Azizan, bekas Menteri Besar Kedah akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang Pakatan Rakyat ada?

Di mana si Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR termasuk Anwar Ibrahim yang minta PAS supaya mencontohi sikap PKR di Kedah dalam isu Menteri Besar Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu? 

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah Pakatan Rakyat dan maruah kerajaan Pakatan Rakyat supaya jangan tumbang di tengah jalan. 

ADUN-ADUN PKR Kedah ketika itu amat keji dengan cubaan melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang. 

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu si Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution ada di mana? Membisu dan langsung tak bersuara!

Seorang ADUN yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak... lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya Anwar Ibrahim telah arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan Exco sahaja.

Anwar Ibrahim tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada komplot BN yang bersiap untuk membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuk, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, menguruskan hotel persembunyian, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan segala makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung! 

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki ADUN PKR yang belum melompat... 

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang ADUN PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. Menteri Besar Kedah terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran ADUN-ADUNnya? 

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan Amal PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN Pakatan Rakyat Kedah secara senyap. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika ADUN-ADUN PKR tidak membuat onar bertemu untuk berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! ADUN PKR ini mengugut macam-macam. Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, pimpinan PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas ADUN yang Anwar Ibrahim arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya. 

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya? 

Selama dua bulan lebih dia menjadi pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya! 


Pernahkan si Rafizi Ramli atau Saifuddin Nasution atau Anwar ibrahim ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka? 

Pernahkan penganut Hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah si Rafizi di depan anak dan isterinya? Si Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Jawapannya mereka ni peduli pun tidak, apa lagi bertanya! 

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah Pakatan Rakyat jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco daripada PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini? 

Lima ADUN PKR yang asal dan seorang yang menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Tidak bertolak ansurkah lagi PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan Menteri Besar Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan jawatan Senator sampai seorang Ketua Cabang PKR sanggup keluar parti sewaktu PRK Bukit Selambau. 

Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri sendiri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...


Adakah si Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah si Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh ADUN-ADUN PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali..!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kontinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malu pun untuk mengulang meminta.

Ahli-ahli Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS yang ada 16 kerusi, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat Ahli Majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan sendiri atas kapasiti mereka di PBT. Tak diberi muka maka pelbagai ugutan yang mereka keluarkan. Siapakah mereka kalau bukan pimpinan PKR?

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang kononnya bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct tanpa ada perasaan bersalah dan malu.. Siapa mereka ini kalau bukan pemimpin-pemimpin Cabang PKR??

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah disebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula! Sungguh memual dan memalukan perangainya para pemimpin PKR ini!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS seperti menjadi hamba. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan Pakatan Rakyat dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam... 

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang ADUN PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB! 

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi Menteri Besar Kedah masa tu? 

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan Pakatan Rakyat Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah ADUN dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat. 

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas ADUN yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi Melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan Melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan Menteri Besar Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, disuruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalan pun mulalah mendongak! Sedar dirilah wahai PKR dan DAP!

Luahan Hati,
Sanusi
Mantan Setiausaha Politik 
Almarhum Ustaz Azizan

 

DAP SARAWAK TIDAK TERAGAK-AGAK TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT SARAWAK


Kemelut yang melanda Pakatan Rakyat Sarawak sememangnya lebih parah dan ia turut diakui Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sewaktu lawatan singkatnya di Kuching pada 22 Julai lepas.

Biarpun situasinya seakan sama dengan Pakatan Rakyat di Semenanjung, namun isunya berbeza.

Jika di Semenanjung, keretakan Pakatan Rakyat disebabkan isu Menteri Besar Selangor, tetapi keretakan Pakatan Rakyat Sarawak disebabkan pelaksanaan isu hudud yang di bawa PAS.

PAS Sarawak sebelum ini berkeras mahukan hudud dilaksanakan di Sarawak sekiranya kerajaan memutuskan untuk menerima cadangan pelaksanaan hukum hudud.

Jelas DAP lagi, mereka mempunyai autonomi untuk membuat keputusan sendiri sama ada terus bersama Pakatan Rakyat Sarawak atau keluar.

DAP Pusat pasti akan memberikan sokongan 200% terhadap sebarang keputusan seperti mana yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata demikian ketika melancarkan Pusat Komuniti DAP MAS Gading di Kampung Sagah Singai.

Ekoran daripada situasi itu, DAP Sarawak kini telah memboikot sebarang aktiviti bersama PKR dan PAS biarpun kedua-dua parti itu telah menyatakan jawapan berhubung tuduhan DAP Sarawak.

 

WAN AZIZAH SEDIA PIKUL JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR


Mahukah rakyat Selangor menerima Menteri Besar bukan daripada anak jati Selangor sebaliknya dari negeri Pulau Pinang?

Inilah yang sedang bermain di fikiran rakyat Selangor ketika ini sekiranya pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor itu menjadi kenyataan.

Terdahulu, Wan Azizah yang juga ADUN Kajang telah menyatakan kesediaannya untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Seperti biasa Wan Azizah menjelaskan beliau akan menurut segala keputusan dan amanah parti berhubung pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Begitupun, ramai penganalisis politik berasa ragu-ragu dengan kepimpinan Wan Azizah yang sehingga kini tiada sebarang kejayaan yang diperolehi melainkan kemungkaran.

Sepanjang menjawat jawatan Presiden PKR, Ahli Parlimen mahupun sebagai ADUN, apakah kejayaan Wan Azizah yang boleh dibanggakan?

Yang pasti boleh dibanggakan sehingga ke hari ini ialah pembohongan mengenai 'adanya' jam Omega yang disimpannya sehingga ke hari ini dan berjaya 'membohongi' rakyat mengenai sikap suaminya yang semua orang tahu (liwat).

Dengan rasa rendah diri, Wan Azizah menganggap jawatan itu adalah satu tanggungjawab yang berat dan menganggap ia sebagai satu ujian.

Sementara itu, Anwar berkata PKR telah memutuskan untuk menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor walau apa cara sekalipun termasuklah menidakkan pandangan dan keputusan Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS serta rakyat Selangor.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan mereka kepada Abdul Khalid dengan berkata bahawa beliau perlu terus menyandang jawatan Menteri Besar Selangor hingga berakhirnya penggal sekarang.

 

APA YANG ANDA TIDAK TAHU PASAL PAKATAN RAKYAT?


Bila bercakap pasal Pakatan Rakyat, bukan sahaja berkisar pasal PKR, DAP dan PAS juga bukan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang atau pemerintahan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sebaliknya ada beberapa fakta yang anda tidak ketahui.

Dan, di sini disertakan beberapa fakta menarik mengenai PAS dan Pakatan Rakyat yang mungkin anda tidak ketahui dan baharu ketahui.

FAKTA - Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS. Tanpa ahli dan penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak akan berfungsi. Akar umbi PR adalah PAS. (Bandingkan ahli-ahli PAS dengan DAP dan PKR? Siapa paling ramai?)

FAKTA - Sejarah penubuhan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya jika PAS tidak terlibat. Ahli dan penyokong PAS buatkan Pakatan Rakyat nampak ramai dan kuat. (Lihat jumlah ahli-ahli PAS seluruh Malaysia?)

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong di awal penubuhan Pakatan Rakyat. Tanpa PAS parti Lim Kit Siang anak beranak tak bernyawa. (Lihat bagaimana hidup DAP tanpa bersama PAS dan PKR sebelum ini)

FAKTA - Hasil bantuan PAS, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa PAS sudah pasti DAP tumbang kepada MCA & GERAKAN. (DAP pasti tidak akan dapat memerintah Pulau Pinang)

FAKTA - PAS merupakan tunjang kekuatan Pakatan Rakyat kerana ahli dan penyokongnya adalah hardcore dalam memastikan PR terus relevan. (Lihat saja kesungguhan mereka dalam setiap pilihan raya kecil)

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling tidak berguna di dalam Pakatan Rakyat kerana mempunyai ahli yang sedikit, pemalas, samseng & korup. (Boleh dianggap sebagai parti yang menumpang)

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara PAS vs PKR kemenangan akan memihak kepada PAS di semua kerusi majoriti Melayu. (Ini sudah terbukti sebelum ini selepas kedegilan PKR memberikan kerusi itu kepada PAS)

FAKTA - Ahli & penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang dari UMNO, MIC, MCA, GERAKAN kerana masalah Korupsi & Disiplin (SAMPAH) (Ini memang betul)


FAKTA - PKR mengetuai setiap demonstrasi yang diadakan Pakatan Rakyat namun tanpa penyertaan ahli PAS, demontrasi PKR tidak akan mendapat sambutan (Lihat saja dalam demontrasi BERSIH)

FAKTA - Lim Kit Siang & Lim Guang Eng KAFIR tak layak. Anwar Ibrahim masalah moral (LIWAT) tak layak. Hadi Awang paling layak ketuai Pakatan Rakyat. Suara PAS lebih ramai dalam PR. (Tapi DAP takut jika pemimpin Islam memerintah)

FAKTA - Sedarlah wahai ahli & penyokong PAS, tanpa kamu Pakatan Rakyat tidak punya apa apa. Apatah lagi nak harapkan PKR yang ahlinya terdiri daripada SAMPAH & PENAGIH (Lebih baik PAS bersendirian berbanding bergabung di bawah Pakatan Rakyat yang mementingkan diri sendiri)

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan PAS. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong PAS terajui Pakatan Rakyat kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh. (Lihat saja pengaruh Anwarinas yang cuba menumpang populariti golongan ulama)

FAKTA - Ahli & penyokong serta kepimpinan PAS, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP & PKR atau ketuai Pakatan Rakyat (Lihat bagaimana DAP dan PKR menidakkan pandangan Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz dalam isu Menteri Besar Selangor)


FAKTA - Kalau ada ceramah PKR terutama melibatkan Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah, maka penonton yang paling ramai mendengarnya ialah ahli PAS (Kalau nak harapkan ahli PKR memang tak sampai 10 orang)

FAKTA - Pelancaran menuju Putrajaya di setiap negeri takkan berjaya jika pemimpin tertinggi PAS tidak mengeluarkan arahan untuk setiap ahlinya hadir berkonvoi jauh atau dekat mengeluarkan kos sendiri semata-mata nak meramaikan lagi majlis.


FAKTA - Dalam setiap PRK, muslimat PAS ditugaskan dalam tugas paling mencabar sekali iaitu sebagai perayu undi untuk masuk di kawasan perumahan malahan kubu kuat musuh. Ada yang dicaci maki tapi mereka tetap jalankan tugas dengan sabar. (Contoh di PRK Teluk Intan, perayu undi PAS sanggup cover baik Dyana Sofea, undi PAS masuk syurga walaupun Dyana tak bertudung dan tolak hudud.

FAKTA - Dalam setiap PRK atau PRU, pemuda PAS paling di depan berbanding AMK atau pemuda DAP. Mereka diibarat skuad berani mati. Daripada proses penamaan calon, gantung poster, merayu undi di pusat pembuangan undi, bertekak dengan pemuda UMNO, pemuda PAS paling setia tak berbelah bahagi.. Ada pernah tengok Pemuda DAP???

Kesimpulan, pada ahli/macai PKR, DAP, budak sekolah beringus yang komen PAS cuma penumpang dalam Pakatan Rakyat diharap sedar tanpa PAS tiada Pakatan Rakyat, tiada Pakatan Rakyat tiada PKR dan tanpa Pakatan Rakyat dan PKR masih ada DAP.

Adakah tok guru yang berjumpa Anwar Ibrahim untuk bentuk Pakatan Rakyat atau sebaliknya?

 

DAHULU KAWAN SEKARANG MAIN HENTAM BELAKANG


Isu Menteri Besar Selangor ini telah mencerminkan dan membuka pekung di dada, siapa kawan dan siapa lawan sebenar biarpun dalam satu parti politik.

Peguam kontroversi lagi tidak sedarkan diri, Latheefa Koya yang merupakan Ketua Biro Hal Ehwal guaman PKR, sekarang ini dilihat kerap menghentam Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim di dalam Facebook dan Twitter milik beliau. 

Kenyataan lebih ke arah berbentuk sindiran turut dikeluarkan kepada mereka yang secara terbuka yang menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim.

Bagi pemimpin dan ahli PKR, mungkin mereka tahu perangai peguam terhebat PKR itu, tetapi mereka yang di luar PKR pastinya baharu mengetahui perangani Latheefa Koya itu menerusi blog ini.

Cadangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai calon baharu Menteri Besar Selangor telah mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada pemimpin Pusat PKR termasuk Latheefa Koya.

Semua ini demi menjaga survival politik mereka dalam PKR sekiranya masih berminat untuk bersama dengan PKR. Jika tidak, nasib yang sama akan terjadi seperti mana yang dilakukan mereka ke atas Khalid Ibrahim.

Langkah Kajang yang dicanang Anwar Ibrahim semasa PRK Kajang bertujuan menukar Menteri Besar Selangor yang ada sekarang. 

Cumanya ketika itu, calon yang cuba diketengahkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor ialah dirinya sendiri sehinggalah beliau disabitkan kesalahan dan tidak dibenarkan bertanding dalam PRK Kajang.

Latheefa Koya merupakan antara kepimpinan PKR yang dilihat kuat menyokong Langkah Kajang ini.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beliau di laman Facebook dan Twitter boleh dikatakan agak angkuh dan bongkak apabila menyindir secara sinis rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat yang tidak sependapat dengan beliau dalam soal penggantian Menteri Besar Selangor baru-baru ini terutama daripada PAS.

Latheefa Koya kerap berkongsi tweet pengguna twitter dengan nama akaun @lawyers4liberty yang banyak mengeluarkan tweet seolah-olah memperbodohkan rakan kongsi Pakatan Rakyat iaitu PAS.

Terbaru, Latheefa secara sinikal menulis tweet yang menyindir kepimpinan tertinggi PAS selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. 

Dalam tweetnya beliau menulis;
"@LatheefaKoya: kalau nak suruh follow kapten wahai tok guru - kapten ialah @anwaribrahim"
Beberapa tweet lain yang tertera di akaun twitter milik beliau juga cuba memperlihatkan PAS tidak lagi relevan dalam Pakatan Rakyat kerana beberapa kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS adalah mirip UMNO. 

Antara tweet yang tertera seperti yang dikongasi Latheefa Koya ;
"@lawyers4liberty: bagi PAS, UMNO ni bagaikan kekasih lama yang tak boleh dilupai walaupun ditipu berkali2."

"@lawyers4liberty: Kalau PAS/ ADUN Sgor nak jatuhkan Sgor & kembali ke UMNO - silakan. Lebih baik rakyat tau sekarang sebelum PRU akan datang."

PAS turut diperlekehkan seolah-olah tidak menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor sedangkan parti itu memenangi kerusi yang sama banyak dengan DAP, sebaliknya PKR yang memenangi kerusi paling sedikit cuba mencatur kepimpinan negeri Selangor.

Untuk rekod, Latheefa Koya pernah menjadi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya selepas PRU-12 tetapi telah meletak jawatan pada 2012, beliau sebelum itu dikatakan akan disingkirkan dari jawatan berkenaan apabila timbul beberapa isu antaranya seperti yang pernah ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Latheefa menggunakan kedudukan sebagai Ahli Majlis MBSJ untuk memperkayakan firma guaman Daim & Gamany, milik bekas Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah. 

Inilah peguam peliharaan Anwar Ibrahim yang rupanya sangat kemaruk dengan kuasa.

 

TONY PUA: DAP TIDAK RASIS SEBALIKNYA PAS YANG RASIS LAGI EKSTREM


Setiausaha DAP Pusat, Tony Pua dalam satu kenyataan media pada hari ini, 30 Julai, menjelaskan DAP tidak kisah atau menghiraukan kehendak pemimpin dan ahli PAS sama ada untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat atau keluar dari Pakatan Rakyat. 

Itu adalah kehendak PAS dan DAP tidak sesekali akan menghalang malah akan menghormatinya.

Tetapi, apa yang dipertikaikan DAP ialah kandungan analisis Dr Mohd Zuhdi itu di mana apa yang akan terjadi selepas PAS keluar daripada Pakatan Pembangkang.

"DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

Tony Pua menganggap kandungan analisis itu sebagai rasis. Sekaligus PAS dilabel lebih rasis berbanding DAP hanya bersandarkan kepada kenyataan itu.

Malah, DAP sangat marah dengan kenyataan Dr Mohd Zuhdi di mana hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu dijentik dan disergah. Kenyataan ini sangat melampau dan seolah-olah kewujudan DAP dalam Pakatan Rakyat selama ini tidak dihargai.


Dr Mohd Zuhdi berpendapat bahawa antara faedah penceraian adalah ia dapat “kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam”.

Sememangnya DAP sangat takut kepada kekuasaan politik Melayu biarpun mereka kini menguasai ekonomi negara. Lihat saja bagaimana mereka menentang hukum hudud yang dibawa PAS biarpun pelaksanaannya tidak membabitkan orang bukan Islam.

Dan, dengan keluarnya PAS daripada Pakatan Rakyat dan "bermesra" dengan UMNO pastinya mampu mengembalikan kegemilangan politik Melayu seperti mana suatau ketika sebelum PAS 'berkahwin' dengan DAP dan PKR.

Ini kerana sepanjang berada dalam Pakatan Rakyat, PAS seolah-olah disisihkan sebaliknya hanya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sahaja yang suaranya dianggap keramat.

Lihat saja sekarang ini yang mana dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor kedua-dua pemimpin PKR dan DAP itu langsung tidak memperdulikan pandangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Atas sebab itu, kandungan analisis Dr Muhd Zuhdi itu dianggap sebagai rasis dan ekstremis.

Berikutan itu, DAP dengan tegas meminta PAS dan Dr Muhd Zuhdi meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia ke atas pendapatnya itu.

 

RAFIZI RAMLI TUDUH PAS KHIANATI PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT


Seperti biasa, kemunculan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pasti akan mencetuskan kontroversi yang pastinya bertujuan mempertahankan PKR dan Anwar Ibrahim.

Kebocoran paparan skrin perbualan PAS Pusat di media Whatapps telah membuatkan Rafizi Ramli melenting dan menuduh PAS mengkhianati Pakatan Rakyat.

Lebih dahsyat lagi, Rafizi menuduh PAS yang dianggap sebagai parti Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam seperti yang selalu dipergunakan pemimpin BN kepada PAS.
Tanpa segan silu Rafizi Ramli menuduh PAS masih mengamalkan politik perkauman yang sempit.

Menurut Rafizi lagi, pandangan cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain.

Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh Dr Zuhdi memberi gambaran bahawa masih ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Kenyataan keras Rafizi itu dibuat selepas tersebarnya paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat mengenai strategi parti itu berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Menerusinya, seorang AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dilihat mengemukakan pandangan dan saranan jika PAS mahu keluar daripada Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut Rafizi turut menuntut penjelasan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sama ada terdapat lebih ramai kepimpinan tertinggi PAS yang mengamalkan politik perkauman dan anti demokrasi.

“Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi?
 
“Selain itu, apakah tindakan disiplin terhadap Dr Zuhdi yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat ini?” soalnya.

Jelas sekali Rafizi cuba bermain api dengan PAS yang mana sebelum ini PKR banyak bergantung kepada PAS dalam meraih undi waktu pilihan raya.

 

PAS BERHAK SUARAKAN PENDAPAT KELUAR PAKATAN RAKYAT DEMI KEPENTINGAN POLITIKNYA


PAS hari ini kecoh dengan kenyataan perbualan dalam Whatapps PAS Pusat berhubung kemelut Menteri Besar Selangor sebaik sahaja kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai sokongan terbukanya terhadap Khalid Ibrahim yang turut disokong Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat diberikan perhatian.

Serentak dengan kenyataan kedua-dua pemimpin tertinggi PAS itu membuatkan pemimpin-pemimpin PAS peringkat Pusat dan Negeri kini berbincang mengenai hala tuju terbaik PAS selepas ini sekiranya mengambil keputusan keluar Pakatan Rakyat.

Ramai ahli PAS berpendapat soal PAS mahu keluar Pakatan Rakyat tidak perlu diperbesarkan kerana PAS percaya kepada pengaruhnya biarpun berjuang sendirian. Ini kerana sebelum menyertai Pakatan Rakyat, PAS berjuang sendirian dan lebih kuat berbanding PKR dan DAP.

Semua ini gara-gara pendapat pemimpin PAS Pusat tidak akan sama atau bersependapat dengan pemimpin DAP dan PKR yang secara asasnya bersetuju dengan pelantikan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu selepas Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat.

Di peringkat DUN Selangor, PAS menguasai kerusi berbanding PKR dan DAP, dan sepatutnya PAS berhak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ataupun sekurang-kurangnya suara PAS dijadikan keputusan muktamad. 

Namun, sepanjang pemerintahan Khalid Ibrahim, PAS tidak melihat sebarang cacat selanya sebaliknya hanya melihat konflik pertukaran Menteri Besar Selangor itu bersifat percaturan politik dan kepentingan individu dalam PKR.

Justeru, jalan terbaik bagi PAS ialah keluar Pakatan Rakyat dan bergabung dengan UMNO dan bersama dengan Khalid Ibrahim dan seorang wakil ADUN PKR bagi membentuk kerajaan campuran.

Ini adalah idea Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang kini dilihat sudah tidak lagi relevan.

Susulan daripada kenyataan Dr Muhd Zuhdi itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti itu tidak seharusnya dipersalahkan terhadap mana-mana pandangan peribadi ahlinya kerana ia tidak mencerminkan pendirian sebenar mereka.

“PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan…tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum,” katanya pada Selasa.

Dalam hal ini PAS tidak perlu takut kepada DAP dan PKR kerana jika berpisah daripada Pakatan Rakyat, PAS masih dilihat parti yang relevan sekiranya bersendirian ataupun jika bergabung dengan UMNO mampu menguatkan parti Islam itu.

Sebaliknya PKR atau DAP yang harus takut sekiranya Pakatan Rakyat berpecah kerana sejak kebelakangan ini pengaruh DAP yang masih berkurangan ekoran kebiadapan mereka berhadapan dengan Pertubuhan Pendaftaran Negara.

Demikian juga dengan PKR yang sehingga kini masih belum selesai Pemilihan PKR 2014 dengan diselubungi pelbagai kekecohan.

 

SIAPAKAH ‘PIHAK’ YANG CUBA SABOTAJ BEKALAN AIR MENTAH DI SELANGOR?


Isu terbaru yang membabitkan cubaan sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap usaha kerajaan memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri mempunyai kaitan dengan isu peralihan kuasa jawatan Menteri Besar Selangor.

Sekiranya sabotaj itu dapat dilakukan, pastinya ada pihak yang akan cuba menunding jari terhadap pemerintahan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awamnya, Dr Ahmad Yunus Hairi mendakwa kejadian jam 3 pagi Sabtu lalu,  petugas pengendali pam-pam di kawasan Horas Bestari Jaya telah diugut sekumpulan samseng yang bersenjata.

"Cubaan sabotaj ini telah mengakibatkan operasi pengepaman air dari Horas ke sungai terganggu selama lima jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.

"Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas," katanya dalam satu kenyataan medianya, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus berkata pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Bestari Jaya.

"Kerajaan negeri berharap pihak polis akan meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar perkara ini tidak berulang," katanya.

Sekiranya sesuatu kejadian melibatkan samseng atau kongsi gelap pastinya ia berkemungkinan besar melibatkan ‘parti’ dalaman Pakatan Pembangkang yang pernah terlibat dalam pemilihan parti baru-baru ini.


Apa pun biarlah polis menyiasat perkara ini agar ia tidak akan berulang dan pastinya mempunyai kronologi cerita yang menarik untuk dianalisis bersesuaian dengan isu pertukaran Menteri Besar Selangor.
 

ANWAR IBRAHIM AKUI MATLAMAT LANGKAH KAJANG IALAH MENUKAR MENTERI BESAR SELANGOR YANG BAHARU


Sebelum ini Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya bahawa Langkah Kajang @ Kajang Move yang cuba dibawa PKR semasa PRK Kajang pada bulan Mac 2014 lalu bertujuan ‘menjatuhkan’ Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kenyataan ini turut disokong Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan tiada apa yang berlaku dalam Langkah Kajang @ Kajang Move termasuklah mengenai pertukaran jawatan Menteri Besar.

Tetapi, kurang 24 jam selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mempertahankan kedudukan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor itu diingatkan sekali lagi bahawa peralihan kerusi panas itu adalah kesinambungan daripada Langkah Kajang pada Mac lalu.

Anwar Ibrahim menegaskan pertukaran menteri besar baharu itu telah dimuktamadkan pimpinan parti itu sejak 15 Januari lalu dan Abdul Khalid telah pun dimaklumkan sebelum itu.

Ini bermakna rancangan pertukaran Menteri Besar Selangor itu telah dimulakan pada awal tahun ini lagi.

"Abdul Khalid sendiri telah dimaklumkan semenjak Mac 2014 dan Dr Wan Azizah Wan Ismail telah pun dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu.

Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata, jawatan Abdul Khalid perlu kekal berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Abdul Hadi juga dilaporkan sebagai menyebut semua pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan itu walaupun wujud perbezaan pandangan.

Rabu lalu, mesyuarat Majlis Pimpinan PR memutuskan menerima cadangan PKR untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai pengganti Abdul Khalid.

Begitupun, ramai pemerhati berpendapat Langkah Kajang @ Kajang Move itu mengalami pertukaran sedikit ekoran Anwar Ibrahim tidak dibenarkan bertanding dalam PRK DUN Kajang dan terpaksa digantikan kepada isterinya.


Jika mengikut rancangan asal, calon yang akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pastinya Anwar Ibrahim sendiri selepas kecewa tidak dapat menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia selepas PRU-13. 
 

RAMAI PENGANALISIS MENGANDAIKAN PAKATAN RAKYAT AKAN BERPECAH SELEPASHARI RAYA AIDILFITRI


Menidakkan keputusan Timbalan Presiden PAS, Mohamad @ Mat Sabu yang sebelum ini mewakili PAS dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat yang bersetuju dengan untuk menggantikan Khalid Ibrahim kepada Wan Azizah Wan Ismail sebaga Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun keputusan Mat Sabu itu tidak sependapat dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang bertegas bahawa Khalid Ibrahim telah melaksanakan tugasnya dengan baik dan tidak ada sebab untuk menggantikannya dalam masa terdekat ini.

Akibat daripada ketegasan Presiden PAS itu telah menyebabkan keputusan Mesyuarat Pakatan Rakyat sebelum ini terbatal dan tidak boleh digunakan sebagai resolusi bagi membenarkan pertukaran Menteri Besar Selangor.

Tarikh 10 Ogos ini dianggap sebagai tarikh penentu terhadap masa depan Pakatan Pembangkang yang diwakili PKR, PAS dan DAP.

Ini kerana pada tarikh itu PAS akan bermesyuarat dan jika keputusannya masih sama dengan memihak kepada Khalid Ibrahim maka Pakatan Rakyat akan bercerai talak 3.

Melihat kepada krisis Menteri Besar Selangor ini ramai berpendapat selain isu pertukaran Menteri Besar Selangor, isu ini juga akan melihat sejauh mana kerjasama dalam hubungan Pakatan Rakyat?

Sebelum ini portal berita Malaysia Insider melaporkan terdapat beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang yang senada dengan penganalisis politik dengan mengatakan hubungan haram ini akan bercerai talak 3.

"Nampaknya Pakatan Pembangkang hanya menunggu tika dan saatnya untuk berpecah angkara tidak sehaluan dan persiapan Hari Raya Aidilfitri" jelas pemimpin tertinggi kanan PAS yang kecewa dengan Ketua Umum PKR.

 

KHALID IBRAHIM BERI AMARAN TEGAS KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PAKATANPEMBANGKANG


Seakan sudah bosan dengan permainan Anwar Ibrahim dan rakannya dalam Pakatan Pembangkang, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim memberi amaran bahawa jika beliau disingkirkan pentadbiran negeri Selangor akan diberikan kepada Barisan Nasional sekaligus membuatkan Pakatan Pembangkang akan putih mata.

Demikian menurut Khalid Ibrahim ketika ditanya mengenai situasi semasa mengenai kemelut Menteri Besar Selangor yang kini memasuki fasa klimaks.

"Saya tidak akan undur diri. Tetapi, saya minta ADUN kemukakan undi tidak percaya di DUN Selangor jika itu yang mereka (Pakatan Pembangkang) mahukan. 

Jelas kini masalah dalaman yang membabitkan PKR dan Pakatan Pembangkang sudah tidak boleh disembunyikan lagi.

Malah kini, ramai di kalangan pemimpin PKR di peringkat cabang sudah memberi komen bahawa mereka tetap mahukan Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Khalid Ibrahim, PKR sepatutnya malu dengan permasalahan dalaman yang berlaku sekarang ini selain daripada isu Pemilihan PKR 2014 yang sehingga kini masih belum selesai.

Perbuatan Khalid Ibrahim menerusi undi tidak percaya ini bukannya ugutan, juga bukan paksaan tetapi itu yang mereka (Pakatan Pembangkang) mahukan jika tetap mahukan saya disingkirkan.

Perkara mengenai singkirkan Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor bukan baru lagi bahkan sudah kedengaran apabila beliau dilantik dan dipersetujui pemimpin Pakatan Pembangkang selepas kemenangan mereka dalam PRU-13 lepas.

Cumanya Langkah Kajang yang diperkenalkan Rafizi Ramli pada bulan Mac 2014 menguatkan lagi strategi pemimpin PKR yang mahu menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Begitupun, bagi rakyat Selangor, mereka melihat krisis kepimpinan pentadbiran Selangor yang diterajui PKR itu sebenarnya didalangi pemimpin PKR sendiri yang sebelum ini kecewa kerana tidak diberikan projek di sepanjang pemerintahan Khalid Ibrahim.

 

ANWAR IBRAHIM TERSEPIT BILA NIK AZIZ PULA SOKONG KHALID IBRAHIM


Terpaksa masuk campur apabila beliau merupakan pemimpin yang banyak mempengaruhi keputusan Pakatan Pembangkang sehingga menyebabkan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim terpaksa mengalah dan mengikuti kemahuan pemimpin ini.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden PAS.

Abdul Hadi Awang yang bertegas mahukan Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau hairan kenapa Abdul Khalid mahu digugurkan sedangkan menteri besar Selangor itu menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini?

"Saya membaca kenyataan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

“Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihan raya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi menteri besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan.

“Sudah tentu persoalan yang berlegar, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

“Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti.

“Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pemimpin dan ahli supaya meletakkan keutamaan kepada apa yang dinyatakan oleh Abdul Hadi.

"PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.


"Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik,” katanya lagi.
 

PERUTUSAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI 2014 PERDANA MENTERI MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

1. Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana sekali lagi apabila tibanya fajar syawal yang mulia, umat Islam hari ini di seluruh dunia, dengan penuh kesyukuran dan rasa saadah, menyambut satu kemenangan mujahadah besar setelah sebulan kita berjihad melawan nafsu.

2. Sesungguhnya, madrasah Ramadan adalah untuk mentarbiah rohani, melatih minda serta menguji jasmani. Menunaikan ibadah puasa bukan sekadar mengekang hawa nafsu, malah mendidik jiwa supaya sentiasa menginsafi diri untuk lebih peka terhadap nasib golongan yang serba kekurangan dan dihimpit kesusahan hidup.
            
3. Saban tahun, umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan keriangan tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Begitulah indah dan beruntungnya tinggal di sebuah negara yang makmur lagi berjaya bernama Malaysia.

4.  Peri pentingnya, yang perlu diketahui oleh semua rakyat bahawa, kenikmatan ini bukanlah satu kemestian yang pasti dikecapi, apatah lagi menjadi kelaziman bagi negara-negara lain di dunia ini. Sesetengah negara seperti di Afrika, Timur Tengah hatta di benua Eropah dan Amerika yang berada di kelompok negara maju sekalipun, sama ada sedang ditimpa bala bencana, konflik permusuhan yang tiada berkesudahan, krisis ekonomi yang meruncing dan pergolakan politik yang berpanjangan. Sebenarnya, kesemua petaka ini, perlukan kepada pengurusan dan pentadbiran serta kepemimpinan yang cekap lagi berkesan.      

Saudara dan Saudari,

5. Pada 19 Ramadan 1435 Hijrah yang lalu, satu tarikh yang tidak akan hilang dalam ingatan saya, apabila dikejutkan dengan tragedi tidak diduga, pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah diberitakan terhempas di kawasan Timur Ukraine.

 6. Penerbangan tersebut dilaporkan telah berlepas pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat berkenaan membawa seramai 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuklah 43 orang dan 2 bayi, yang merupakan warganegara Malaysia.

7. Masih segar dalam ingatan saya, bagaimana kita berhadapan dengan waktu-waktu mencabar dan rumit itu. Sehinggalah saya berjaya mencapai tiga persetujuan dengan pihak pemisah, yang menguasai kawasan kejadian tersebut iaitu:
            
Pertama: Membawa keluar semua mayat mangsa MH17, yang dianggarkan berjumlah 282 dari kawasan nahas.

Kedua: Memperoleh dua kotak hitam yang menjadi hak milik Malaysia.

Ketiga: Mendapat jaminan keselamatan bagi anggota penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi nahas untuk melakukan penyiasatan terperinci.

8. Tambahan lagi, ketika menghadapi saat-saat kritikal dan mencemaskan ini, semua perundingan telah dilakukan dengan berhati-hati, demi mencapai kejayaan yang diingini, termasuklah adakalanya, saya bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik.

9. Sementara sebelumnya pula, pada 10 Ramadan, umat Islam digemparkan dengan serangan kejam oleh Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini dan mengharapkan keamanan dapat diwujudkan semula sebagai penyelesaian antara kedua belah pihak. Tentunya, kita menyokong perjuangan rakyat Palestin dan simpati serta doa kita sentiasa bersama dengan mereka.

Saudara dan Saudari,

10. Semua ujian dan rintangan itu, kebetulan berlaku di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan, telah memberi pengajaran yang berguna kepada kita tentang keperluan membina kekuatan dan ketahanan umat Islam di negara ini, bagi menempuh cabaran dalam semua bidang, supaya menjadi sebuah negara Islam contoh yang progresif dan berdaya maju.
     
11.  Justeru, beberapa iktibar yang perlu diambil daripada tragedi-tragedi mutakhir yang menimpa Malaysia dan saudara seakidah kita di Palestin iaitu:

12. Pengiktibaran pertama: Kepentingan kepada kesatuan dan sentiasa berpadu dengan mengukuhkan ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan yang tulen antara sesama Islam. Dengan itu, barulah umat Islam akan disegani, tidak dilihat lemah atau mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang lain.

13. Dalam hal ini, saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana usul tentang tragedi pesawat MH17, telah diluluskan sebulat suara oleh semua wakil rakyat, termasuklah mereka yang mewakili pembangkang, di persidangan khas Dewan Rakyat, pada 23 haribulan Julai 2014. Keputusan ini merupakan suatu permulaan yang baik, untuk kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, bertaut hati, dengan mengukuhkan solidariti sebagai satu negara, 1Malaysia.

14. Pengiktibaran kedua: Ikhtiar kita dalam mempertegak dan mempertinggikan syiar Islam sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Kita juga telah mempraktikkan Islam dalam kerangka Maqasid Syariahmelalui pendekatan wasatiyyah yakni kesederhanaan, sepertimana suruhan Allahbahawa Islam itu adalah Ad-din yang syumul sebagai cara hidup. Sekali gus, kitamenolak fahaman ekstremisme dan liberalisme yang tidak selari dengan ajaranIslam.

15. Nyatanya, Islam di Malaysia dalam keizinan dan kehendak-Nya jua telah kita ikut syariatnya, setapak demi setapak dalam pelbagai bidang termasukfizikal, iktisad, budaya, sosial dan spiritual. Penubuhan Lembaga Tabung Haji,institusi kewangan dan perbankan Islam, institusi serta lembaga zakat ditiap-tiap negeri adalah antara sekian banyak langkah kita ke arah itu.
            
16. Pengiktibaran ketiga: Membangunkan ilmu, kemahiran teknologi dan inovasi serta nilai insaniah demi kemaslahatan umat. Kita dapat saksikan kesungguhan Kerajaan melakukan pengislahan demi pengislahan dalam aspek meningkatkan pendidikan dan modal insan rakyat, supaya mampu bersaing dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Antara nilai-nilai kejayaantersebut seperti itqan yakni tekun, taa’wun iaitu budaya tolong menolong,berhikmah atau bijaksana dan amalan istiqamah serta taqwa. Kesemua nilai ini sangat mustahak, dalam usaha kita mencapai status negara maju menjelang tahun2020.

17. Jelasnya, saya juga menyarankan agar semua umat Islam di negara ini sentiasa bertransformasi, bersiap siaga, melihat jauh ke hadapan, membinaharapan demi kemakmuran bersama.

Saudara dan Saudari,

18. Tatkala menyambut kemeriahan perayaan ini, semestinya, saya cukup bersimpati dan ingin merakamkan takziah serta belasungkawa, kesedihan yang amatmendalam, kepada semua mangsa dan keluarga mangsa korban tragedi MH17. Simpatiini turut dipanjangkan kepada anggota keluarga para penumpang dan anak kapalMH370. Sudah tentu, saya amat merasai serta tidak sanggup membayangkan, betapaluluhnya hati mereka, apabila bangun di pagi hari raya, tanpa orang yangtersayang.

19. Lantaran itu, banyakkanlah bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Pastinya, banyak hikmah yang boleh dipelajari daripada peristiwa tragik ini. Seperti semua sedia maklum, saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, akan melakukan sedaya mungkin untuk membawa pulang kesemua mayat rakyat Malaysia ke tanah air, seberapa segera yang mampu, supaya dapat disemadikan dengan selamat.

20. Lanjutan itu, tidak sesekali saya lupakan, segala jasa dan pengorbanan anggota keselamatan, baik yang sedang bertugas di perbatasan mahupun di mana-mana ceruk rantau di bumi bertuah ini, termasuklah kepada mereka yang telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita. Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa merahmati mereka dan ahli keluarga serta memelihara negara ini agar aman dan sentosa sampai bila-bila.
            
Saudara dan Saudari,

 21. Bersempena hari baik di Aidilfitri yang mulia ini, hentikanlah semua sengketa. Buangkan segala yang masih keruh, perbetulkan mana yang silap, jernihkanlah apa yang kusut selama ini. Walaupun kita tidak mengadakan rumah terbuka secara rasmi pada tahun ini kerana menghormati perasaan keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17, tetapi saya menggalakkan amalan ziarah-menziarahi dapat terus berjalan sesama kita. Bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati serta gerbang silaturahim 1Malaysia, dengan mengajak rakan taulan berbilang bangsa serta agama ke kediaman masing-masing. Kepada mereka yang ingin mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai secara berkenderaan pula, pandulah kereta dengan cermat serta selamat sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

22. Di samping itu, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya juga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan pemimpin-pemimpin dan masyarakat dunia yang bersimpati serta menghulurkan bantuan kepada Malaysia dalam menghadapi insiden malang pesawat MH370 dan MH17.

23. Pada kesempatan ini juga, saya dengan penuh rasa tawaduk di hati,ingin menyusun jari nan sepuluh memohon ampun, kemaafan zahir dan batin bagipihak diri, isteri serta seisi keluarga tercinta, atas segala kesalahan dan apa jua kekhilafan. Saya sentiasa berdoa dan berharap semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan ke atas seluruh umat Islam, supaya mereka dapat menyambut perayaanini dengan penuh kegembiraan serta bahagia, bersama yang tersayang di sisi. 

24. Akhirul kalam, kepada umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya,marilah kita menempuhi detik-detik sukar ini bersama-sama, dengan memperkuat tekad, mengukuhkan silaturahim dan bersatu dalam suasana kesedihan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.


Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 

PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS TIDAK SEHALUAN DALAM MENYOKONG WAN AZIZAH


Tamparan hebat buat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kerana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak perkenan terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sebaliknya, Abdul Hadi menyatakan sokongan terhadap Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga habis penggal 2018. Sokongan ini diberikan berikutan beliau (Khalid Ibrahim) tidak pernah khianat dalam menjalankan tugas dan amanah kepada rakyat.

Sebelum membuat keputusan tersebut, Abdul Hadi Awang telah membuat survey di peringkat akar umbi bagi mendapatkan jawapan. Hasil survey itu jelas menunjukkan akar umbi tetap mahukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan sekaligus menolak calon Wan Azizah.

Sebelum ini tegas Anwar, Mesyuarat Pakatan Pembangkang yang telah diadakan sebelum ini menyokong pemilihan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, wakil PAS ketika mesyuarat itu ialah Mohamad Sabu @ Mat Sabu menyokong usul yang dibentang Anwar dengan melantik isterinya sebagai Menteri Besar.

Ramai mengetahui Mat Sabu itu adalah pengikut setia Anwar Ibrahim dan tergolong dalam golongan Anwarinas. Oleh itu, tidak hairanlah jika keputusan Mat Sabu itu memihak kepada Anwar Ibrahim dengan menyokong Wan Azizah serta membelakangi PAS.

Tiada sebab kukuh untuk Khalid Ibrahim disingkirkan sekiranya melihat rekod kecemerlangan beliau dalam perkhidmatan sebagai menteri besar melainkan ia dendam politik peribadi di kalangan pemimpin tertinggi PKR.

Tegas Abdul Hadi lagi, andai Khalid Ibrahim terlibat dalam skandal seperti pecah amanah, salah guna duit atau kuasa juga rasuah, itu sememangnya boleh ditukar. Tetapi, jika mempunyai urusan lain dan boleh diuruskan, tetapi bukan cara menukar menteri besar yang dianggap suatu tindakan terakhir kepada jalan penyelesaian masalah.

Sekiranya didapati alasan yang diberikan untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar munasabah seperti di atas maka wajarlah ditukar. Akan tetapi sehingga kini Khalid Ibrahim tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah dalam mentadbir rakyat Selangor makan tindakan menukarnya itu adalah salah.

Jika Anwar Ibrahim menganggap Pakatan Pembangkang bertujuan perjuangan ya itu untuk perjuangan peribadi maka itu adalah sangat bertentangan kerana PAS berjuang kerana rakyat.

 

KENAPA PERLU ANWAR IBRAHIM MERASMIKAN PROGRAM HARI KEMERDEKAAN SARAWAK?


Kehadiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke Sarawak bagi tujuan sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai ternyata tidak disenangi rakyat Sarawak.

Anwar Ibrahim bukan rakyat Sarawak dan beliau tidak berhak bercakap mengenai Sarawak termasuklah kemerdekaan Sarawak.

Kata-kata ini merupakan sebahagian daripada rungutan beberapa peserta program Sambutan Memperingati Kemerdekaan Sarawak Ke-51 di Hotel Grand Continental. 

Apa yang Anwar Ibrahim tahu pasal Sarawak? Jika benar Anwar mengambil berat tentang Sarawak kenapa datang hanya melawat Sarawak selama 5 jam sahaja? Sebaliknya Anwar Ibrahim hanya kerap datang ke Sarawak menjelang dan kempen pilihan raya sahaja.

Anwar Ibrahim sebaliknya hanya mahu undi rakyat Sarawak bagi membolehkan dirinya sebagai Ketua Pembangkang menjadi Perdana Menteri. Kononnya jika Pakatan Pembangkang mahu memerintah Malaysia maka tumbangkanlah dahulu BN Sarawak yang merupakan tunjang kekuatan BN di Malaysia.

Masih ramai lagi pemimpin Sarawak dalam PKR Sarawak yang boleh bercakap dan merasmikan Hari Kemerdekaan Sarawak seperti Datuk Hafsah Harun mahupun pemimpin yang tidak bersangkutan dengan parti politik.

Mungkin jika dijemput pemimpin PKR Sarawak maka majlis itu kelihatan membosankan kerana selalu sangat melihat wajah mereka. Juga, ketiadaan pemimpin daripada Semenanjung akan merencatkan majlis dengan ketidakhadiran audien.

Ini ada benarnya kerana majoriti audien yang hadir merupakan orang Cina yang sememangnya sangat meminat Anwar Ibrahim kerana beliau seorang sekular. 

 

#PrayMH17 SEKOLAH PEDALAMAN SARAWAK MEMPERINGATI KEJADIAN NAHAS #MH17


Biarpun Sekolah Nanga Jagau di Kanowit, Sarawak terletak jauh di pedalaman yang mengambil masa lebih enam jam perjalanan dengan menggunakan bot dari pekan Kanowit namun ia tidak menghalang muridnya menyatakan kesedihan terhadap kejadian #MH17.

Sekumpulan murid Tahun Satu Sekolah Nanga Jagau Kanowit telah menghantar sebuah gambar beserta lukisan bagi menunjukkan rasa sokongan mereka kepada mangsa tragedi nahas pesawat MH17 selepas mengetahui kejadian itu menerusi media elektronik dan media sosial.

Penghantaran lukisan murid itu telah dihantar oleh guru mereka Fardzizul Ismail menerusi facebook kepada Astro Awani. Dalam statusnya itu dinyatakan "Minta maaf sekiranya lukisan ini tidak cantik, namun mereka benar-benar maksudkannya.

Apa yang boleh kita pelajari daripada tindakan ini ialah murid di Tahun Satu pun tahu erti kesediahan di mana nahas itu turut melibatkan rakyat Malaysia termasuk 8 daripadanya rakyat Sarawak.

Berbeza dengan masyarakat yang tinggal di bandar yang sarat dengan maklumat tetapi masih dengan pemikiran kuno dengan menyalahkan kerajaan Malaysia di bawah BN sedangkan nahas itu berpunca daripada tembakan daripada militan pro-Rusia yang mengaku bertanggungjawab dengan menembak pesawat MH17 milik Malaysia Airline System (MAS).

Ini juga sekaligus menggambarkan pemikiran rakyat di pedalaman masih segar dengan pemikiran positif berbeza dengan pemikiran rakyat di bandar yang dipengaruhi dengan sikap dan sifat kebencian pada tahap yang sangat membimbangkan. 

 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger