#PRKTelukIntan TAHNIAH DATUK MAH TAKZIAH CIK DYANA SOFYA


Kemenangan mutlak akhirnya memihak kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong sehingga ke pengiraan undi terakhir.

Kemenangan tipis dengan hanya majoriti 238 undi bagi mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Ramai pemerhati politik meramalkan kemenangan hanya akan dapat ditentukan oleh peti undi terakhir memandangkan persaingan sengit kedua-dua parti.

Datuk Mah Siew Keong memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19,919 undi.

Pun begitu, BN mempunyai keyakinan tinggi untuk menang memandangkan calon DAP kali ini Dyana Sofya yang ditampilkan DAP mempunyai banyak kekurangan termasuklah pembohongan demi pembohongan.

Lebih malang lagi Dyana Sofya yang diperkatakan sebagai #BonekaDAP serta sikap beliau ketika beramah mesra dengan pengundi juga menjadi faktor mengapa calon DAP itu ditolak pengundi Teluk Intan.

Melihat kepada undi yang diperolehi Dyana ternyata sikap dan sokongan Cina masih lagi memihak kepada DAP biarpun calon yang diketengahkan DAP itu bukan kemahuan mereka.

Begitupun, jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Teluk Intan kali ini sangat mengecewakan seperti yang diluahkan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dengan hanya 40,236 pengundi bersamaan 66.67 peratus menunaikan kewajipan pada hari ini.


Peratusan keluar mengundi pada kali ini adalah kedua terendah selepas PRK Bukit Gelugor baru-baru ini.
 

#PRKTelukIntan JENTERA PAS LANGGAR PENUNGGANG MOTOSIKAL YANG MAHU MEMBUANG UNDI


Sebuah kenderaan 4X4 milik PAS yang merupakan jentera pilihan raya telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggani dua orang pemuda yang mahu membuang undi sebentar tadi.

Kemalangan itu telah menyebabkan kedua-dua pemuda itu cedera dan kini dirawat. 


Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini sepasukan polis telah dikejarkan di kawasan kejadian bagi membantu siasatan.


Difahamkan jentera PAS yang melanggar pemuda itu merupakan datangnya dari luar Teluk Intan dan pasti mengundang kemarahan penduduk.

 

#PRKTelukIntan SEKITAR PROSES PENGUNDIAN DI PRK TELUK INTAN


Sejumlah 59,927 orang pengundi biasa akan menentukan nasib calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud hari ini apabila 35 pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi tadi.

Para pengundi mula memenuhi pusat-pusat pengundian 
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang mempunyai keseluruhan 120 saluran mengundi seawal 7.30 pagi lagi.

Kelihatan anggota keselamatan mengawal ketat pusat-pusat pengundian bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini.


Siew Keong akan mengundi di SM Sultan Abdul Aziz sementara calon Dyana Sofya pula tidak mengundi kerana bukan berasal dari Teluk Intan.


Parlimen Teluk Intan mengandungi 60,349 pemilih berdaftar dengan 410 merupakan engundi awal dan 12 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Sejumlah 38.61 peratus pengundi adalah Melayu, Cina (41.94) dan India (19).


Pilihan raya ini menelan kos sebanyak RM1.4 juta dan melibatkan 957 orang petugas. 

Pusat-pusat pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan keputusan pilihan raya dijangka akan diumumkan seawal pukul 9 malam di Pusat Penjumlahan Undi di SM Abdul Rahman Talib.

 

#PRKTelukIntan DEMI POLITIK PAS RELAKAN DYANA SOFYA TOLAK HUDUD


PAS sifatkan pendirian hudud yang dibawa calon DAP, Dyana Sofya bukan satu masalah besar kepada parti itu dalam menarik undi Melayu terutama di kawasan DUN Changkat Jong.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perbezaan pendirian yang dibawa Dyana Sofya sebagai orang Melayu mewakili DAP, dianggap perkara kecil.

Namun, sekiranya BN menolak Hudud ini merupakan suatu perkara yang amat besar bagi PAS yang kini sudah terpesong daripada landasan politik Islamnya.

Ditanya mengenai usaha Pas untuk mengubah persepsi penduduk kampung Melayu berhubung pendirian hudud itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, ia bukan satu kebimbangan besar kerana generasi baru sudah membuktikan penerimaan mereka terhadap situasi politik merentasi kaum.

“Sejarah dulu dah buktikan bahawa orang Cina boleh terima orang Melayu, jadi permasalahan untuk orang Melayu terima calon Melayu...saya tak fikir boleh berlaku.

“Cuma mereka tersekat dengan persepsi yang dicanangkan terhadap DAP, itu sahaja,” katanya.

Demi politik, PAS telah ditugaskan menarik undi kaum Melayu dengan mempromosikan calon DAP dengan maksimum.

Ketika ini hudud tidak penting juga Islam tidak penting sebaliknya yang sangat penting adalah untuk memastikan calon DAP itu menang.

 

#PRKTelikIntan AKIBAT KETULAHAN PEMIMPIN DAP NGA KOR MING KE HOSPITAL


Perbuatan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menendang risalah BN dalam satu ceramah di Teluk Intan baru-baru ini, adalah memalukan dan tidak mencerminkan keperibadian seorang pemimpin.

Tindakan Nga itu tidak mencerminkan sikap seorang ahli politik yang berhemah, walaupun memegang jawatan tinggi dalam parti di peringkat negeri.

Akibat tindakan Nga itu menyebabkan beliau cedera di buku lali selepas gagal dalam aksi “kung fu” untuk menendang risalah yang mempromosikan calon BN Datuk Mah Siew Keong bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Susulan insiden itu, Nga dilaporkan menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

 

NURUL IZZAH NEKAD CERAI DAN FAILKAN PERMOHONAN HAK PENJAGAAN ANAKNYA

                             

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan dua orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Nurul Izzah membuat permohonan tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini dan Hakim Amran Mat Zain menetapkan 17 Jun 2014 untuk Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim melantik secara rasmi peguam untuk mewakilinya biarpun peguamnya, Azmi Rais hadir di mahkamah bagi pihaknya.

Azmi yang hadir di mahkamah bersama dengan Zulkifli Che Yong sebagai peguam, memberitahu pemberita bahawa anak guamnya kini berada di London dan tidak dapat melantik mereka secara rasmi.

Sebelum itu Nurul Izzah dan peguamnya Nor Mawaddah Ramli dan Azmi bertemu dengan hakim dalam kamar.

Permohonan mendapatkan hak penjagaan dua anaknya merupakan tambahan kepada permohonan Nurul Izzah untuk bercerai dengan suaminya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh dan seorang anak lelaki yang berusia empat.

Nurul Izzah memfailkan permohonan hadanah (hak penjagaan) di Mahkamah Tinggi Syariah KL pada 30 April.

 

ABBY ABADI FAILKAN PERMOHONAN CERAI TERHADAP SUAMINYA


Rasanya belum sampai setahun janda Ostazah Abby Abdi mendirikan rumah tangga dengan suami mudanya sudah kedengaran berita menyedihkan.

Ostazah Abby dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor dalam masa terdekat.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dijangka akan memfailkan perceraian terhadap Farhan setelah usaha menjernihkan rumah tangga yang baharu dibina itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand.

Minggu lalu, Abby seolah-olah telah membayangkan masalah rumah tangga yang dihadapinya bersama Farhan apabila meminta agar para peminat mendoakan supaya keadaan rumah tangganya supaya menjadi lebih baik.

"Doakan yang terbaik buat kami, untuk yang terakhir kali," demikian antara tulisan Abby di laman sosial Instagramnya.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak

Apakah yang menyebabkan rumah tangga Ostazah Abby ini bergolak? Apakah ada orang ketiga atau kesibukan Ostazah yang berkempen bersama dengan kepimpinan PAS juga suaminya mempunyai peminat yang jauh lebih cantik dan gebu daripada Ostazah Abby?


Apa pun sebagai manusia pastinya kita tidak mahu melihat rumah tangga orang lain retak dan jika sudah begitu keputusannya, apa boleh buat!!!
 

SIAPA MENGKRITIK PKR AKAN DIPECAT SERTA-MERTA


Selepas Ketua PKR Cabang Rembau, Chegu Bard digantung keahlian PKR serta-merta, Md. Yusop Kamaruddin dari PKR Cabang Pasir Salak telah dipecat daripada parti kerana mengkritik dan menyerang Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR melalui laman Facebook manakala M. Nageswaran dari PKR Cabang Kota Raja digantung keahliannya.

Inilah demokrasi yang diamalkan PKR terhadap ahli-ahlinya yang mengkritik secara terbuka kepimpinan PKR dalam menjalankan tugas.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengesahkan tidak menolak penglibatan ahli-ahli kongsi gelap mendalangi insiden kekecohan yang berlaku semasa pengundian dijalankan di cabang Kota Raja dan Kuala Langat pada 11 Mei lalu.

Difahamkan sasaran ahli-ahli kongsi gelap ini pastinya peti-peti undi dengan harapan pemilihan pada petang itu gagal.

Johari juga telah menerima banyak rakaman video tentang insiden-insiden sabotaj dan kami sedang meneliti video-video ini untuk mengambil tindakan lanjut di sepanjang pemilihan PKR itu.

Keadaan ini sangat merisaukan kerana telah memberikan gambaran dan imej negatif terhadap PKR dalam setiap kali pemilihan PKR berlangsung.

Proses pemilihan di PKR Cabang Kota Raja terpaksa dibatalkan meskipun proses pengundian hampir berakhir pada kira-kira pukul 5 petang berikutan sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melempar ke lantai dewan pusat pengundian di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Kekecohan turut berlaku ketika proses pemilihan PKR Cabang Kuala Langat pada pukul 4.55 petang apabila sekumpulan lelaki dipercayai ahli parti menyerbu masuk serta melakukan provokasi ke atas pusat pengundian di Dewan Wawasan Batu 9, Teluk Panglima Garang selain memecahkan peti undi dipercayai tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan.


Pemilihan semula lapan cabang PKR iaitu Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Jerantut, Paya Besar, Pasir Puteh dan Pengerang akan dijalankan pada 31 Mei ini manakala dua lagi cabang iaitu Tenggara serta Sungai Petani pada keesokannya.
 

CHEGU BARD 'MARAH' BILA DIRINYA DIGANTUNG KEAHLIAN DALAM PKR


Hanya mahu menegakkan kebenaran, Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang sebelum ini lantang bersuara telah digantung keahliannya oleh Lembaga Disiplin PKR.

Penggantungan keahlian PKR itu dibuat serta-merta dan diberi surat tunjuk sebab kerana membuat kenyataan media mendakwa proses pemilihan PKR adalah kotor dan tidak telus.

Ini diakui sendiri oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong berkata, Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan "Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali" pada 12 Mei lalu dan disiarkan dalam laman "mysuara.net" dan portal Free Malaysia Today.

"Badrul Hisham juga telah membuat kenyataan terbuka mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei lalu bertajuk "Keputusan penuh penipuan: Chegubard".


"Beliau akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai," ujarnya dalam kenyataan menerusi portal rasmi PKR, Keadilan Daily hari ini.
 

LIHATLAH BIADAPNYA PKR TERHADAP KELUARGA DI RAJA SULTAN PERAK


Pemmican PKR yang terkenal dengan memberi kaunseling jam 3.00 pagi bersama seorang isteri orang sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tidak sensitif apabila tweetnya semasa kemangkatan Sultan Perak telah menyinggung keluarga Sultan Perak.

Lihatlah bagaimana biadapnya pemimpin pembangkang yang cuba memburukkan institusi Raja di Makaysia.


 

AL-FATIHAH SULTAN PERAK SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSUFF IZZUDIN SHAH MANGKAT

Dukacita dimaklumkan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah, mangkat, pada jam 1.30 petang tadi.

Kemangkatan Almarhum banginda diumumkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada jam di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ipoh, di sini pada jam 3.30 petang tadi.

Jenazah Almahrum akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah Kuala Kangsar bagi maksud penghormatan terakhir pada 9 pagi oleh Pembesar Negeri dan Orang Kenamaan, oleh orang ramai jam 11 pagi hingga 2 petang, manakala oleh Sultan, Raja-Raja dan Pembesar Negara Asing pada jam 2 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almahrum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada 29 Mei 2014.

Bendera negeri Perak dikibarkan separuh riang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari bermula hari ini, manakala bendera Malaysia pula dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari.

Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari itu, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

 

#PRKTelukIntan ABDUL HADI AWANG TETAP SOKONG DYANA WALAUPUN TENTANG HUDUD


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tetap turun menyokong kempen calon DAP, Dyana Sofya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan biarpun gadis itu lantang menentang pelaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS.

Dalam hal ini jelas PAS lebih mementingkan hubungan politik dengan DAP berbanding menegakkan hukum Islam.

Kini jelas PAS tidak ikhlas memperjuangkan hukum hudud seperti mana yang pernah ditunjukkan pemimpin PAS terdahulu.

Ini bukan sahaja menyimpang daripada penubuhan asal PAS bahkan PAS kini lebih terarah kepada Islam liberal yang hanya mementingkan politik berbanding Islam.

Lebih teruk lagi biarpun terpaksa menunggu sejak kehadiran calon DAP itu, Abdul Hadi tetap memuji gadis yang banyak dianugerahkan sebagai ‘gadis penipu’.

Dalam ucapan yang disampaikan sebelum ketibaan calon DAP itu, Abdul Hadi berkata, bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu ternyata melebihi keberanian beliau apabila mengambil keputusan menjadi calon DAP.

"Kita menganggap Sofya ini berani. Sanggup jadi calon DAP pula. Saya tak sanggup jadi calon DAP," kata Abdul Hadi sambil disambut gelak ketawa oleh hadirin.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, penyertaan Dyana Sofya dalam DAP juga mempunyai 'peranan' yang tersendiri.

"Dia jadi calon DAP, berani dia. Dyana Sofya ada 'peranan' dia dalam DAP," kata Abdul Hadi.


Secara jelas, Abdul Hadi Awang menyindir calon DAP itu yang mempunyai ‘peranan’ lain di sebalik pencalonannya di dalam DAP.
 

#PRKTelukIntan AKHBAR SINAR HARIAN PROMOSI CALON DAP SEMPENA PILIHAN RAYA


Jika sebelum ini pemilik akhbar Sinar Harian berterus terang tidak memihak kepada mana-mana perjuangan parti politik di Malaysia sama ada BN atau Pakatan Pembangkang.

Namun, sejak akhir-akhir ini Sinar Harian kerap mengadakan debat khususnya dengan isu-isu semasa dengan tajuk yang sangat memihak kepada menyokong pembangkang.

Tidak cukup dengan itu, Sinar Harian juga menyiarkan poster calon DAP, Dyana Sofya yang akan bertanding dalam PRK Teluk Intan yang pengundiannya dijadualkan pada 31 Mei 2014.


Ini dilihat secara langsung mempromosi dan menyokong calon DAP seperti mana yang dilakukan akhbar alternatif milik pembangkang seperti Harakah, Suara Keadilan dan The Roket.
 

#PRKTelukIntan YAMMY SAMAT TERDESAK KELUAR PERKASA UNTUK SOKONG CINA DAP


Akibat tekanan yang keterlaluan ekoran anaknya, Dyana Sofya yang kini menyokong perjuangan komunis DAP akhirnya Yammy Samat mengumumkan keluar Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Sebelum ini Dyana Sofya telah membohongi wartawan bahawa emaknya tidak terlibat dalam penubuhan mahupun ahli PERKASA apabila sebuah blog telah mengeluarkan artikel serta gambar mereka dengan berlatarbelakangkan logo PERKASA.

Sebelum ini Dyana juga pernah bergambar dengan pengasas PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA.

Disebabkan terlalu banyak pembohongan yang dibuat anaknya itu akhirnya Yammy mengambil keputusan keluar PERKASA agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan NGO itu.

Juga, kini Yammy lebih senang dan mudah bekerjasama dengan perjuangan komunis DAP yang selama ini sangat mengambil berat terhadap nasib anaknya.
 

#PRKTelukIntan DEMI UNDI CALON DAP SEKALI LAGI CUBA MENIPU DAN TERUS MENIPU


Selepas calon BN mengumumkan manifesto tiba giliran calon DAP mengemukakan manifestonya hari ini dengan beberapa janji yang masih belum tentu dapat ditunaikannya.

Mana tidaknya, pemimpin DAP yang sebelumnya sebelum mati masih belum menunaikan satu manifestonya inikan pula mahu menabur janji baharu.

Ramai yang berpendapat calon DAP itu tidak perlu mengemukakan manifesto baru sebaliknya berpegang manifesto lama yang sehingga kini hanya tinggal janji.

Lebih kelakar lagi apabila Dyana Sofya cuba untuk berjanji akan menjadi warganegara Teluk Intan biarpun beliau tahu sukar untuk melaksanakannya.

Adalah sukar sekiranya pemimpin itu bukan anak tempatan kerana tidak mengetahui permasalahan sebenar rakyat sebaliknya hanya muncul ketika pilihan raya.

Juga, manifestonya yang mahu memperjuangkan perwakilan wanita sebanyak 30 peratus di Parlimen selain jawatan dalam perkhidmatan awam dan swasta adalah idea dan manifesto BN selama ini.

Bagi menarik sokongan golongan muda, calon DAP cuba untuk membawa satu politik baru buat masa depan negara dengan berusaha melawan rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran kewangan negara.

“Saya juga akan memperjuangkan tadbir urus yang baik, bersih dan telus sebagai mana yang dilakukan kerajaan negeri Pakatan Pembangkang,” katanya.

Ini seolah-olah skrip lama yang cuba dikembalikan DAP biarpun percaya bahawa sukar bagi Dyana melaksanakannya.

Manakan tidak, Lim Guan Eng yang memerintah Pulau Pinang selama ini masih gagal melaksanakan manifestonya apabila gagal membersihkan tadbir urus Pulau Pinang yang penuh dengan rasuah.






 

#PRKTelukIntan JANGKAAN KALAH PENYOKONG PEMBANGKANG ROSAKKAN POSTER CALON BN


Selepas serangan bertalu-talu calon DAP, Dyana Sofya hingga membawa harapan kemenangan yang amat tipis menyebabkan penyokong Pakatan Pembangkang khususnya DAP terpaksa melakukan sesuatu yang tidak patut diterima akal.

Terpaksa untuk menang menyebabkan penyokong Pakatan Pembangkang merosakkan poster calon BN, Datuk Mah Siew Keong dengan perkataan 'bodoh' menggunakan cat hitam.

Perbuatan sebegini sangat tidak beretika seolah-olah mahu melihat kem BN marah sekali gus menyebabkan pergaduhan.

Provokasi melampau ini terpaksa dilakukan Pakatan Pembangkang bagi meraih simpati pengundi ke atas calon DAP yang kini sudah jauh ketinggalan daripada segi keyakinan pengundi di Teluk Intan.

Inikah yang dinamakan sebagai politik matang seperti mana yang dianjurkan Pakatan Pembangkang dalam perhimpunan haram mereka selama ini?

Menurut Mah, sepanjang 20 tahun dalam politik dan terbabit dalam pilihan raya, kejadian seumpama itu adalah pertama kali berlaku ke atas dirinya.

Bagi kem BN, perbuatan sebegini sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka untuk melihat calon BN menang dalam PRK Teluk Intan ini tetapi kesal dengan apa yang berlaku kerana tidak menunjukkan kematangan.


Bagi penganalisis kebanyakan mereka yakin akan kemampuan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong untuk menawan hati pengundi, khususnya masyarakat Cina di Teluk Intan bersandarkan kepada landasan rekod kepimpinan Mah sebelum ini.
 

#PRKTelukIntan AKU JANJI BN DALAM MANIFESTO CALON MAH SIEW KEONG


Berdedikasi, Berpengalaman, Komited Rancangan Pembangunan Teluk Intan itulah iltizam calon BN Teluk Intan, Mah Siew Keong pada #PRKTelukIntan.

Biarpun pernah tewas sebelum ini namun sebagai seorang yang jiwanya penuh dengan semangat membantu rakyat, Mah kini mempunyai peluang cerah untuk menang biarpun berhadapan dengan calon DAP yang muda, cantik dan pembohong.

Untuk itu, dengan seluruh kepercayaan yang diberikan rakyat Teluk Intan, aku janji merentasi aspek seperti:

MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI TEMPATAN

Lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda

Teluk Intan sebagai “Agri-hub” Hilir Perak

Menarik pelaburan khasnya dalam bidang perkilangan & pembuatan.


PELANCONGAN

Menara Condong Teluk Intan disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO

Teluk Intan sebagai “pusat makanan” Hilir Perak

Projek pembangunan bersepadu tebing sungai (Integrated riverfront development)


KOMUNITI

Pusat komuniti di setiap taman dan kampung

Kompleks sukan bersepadu di Changkat Jong & Pasir Bedamar

Lebih gelanggang FUTSAL 1Malaysia

Zon wifi dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih luas

Sebuah Universiti untuk Teluk Intan

Rumah mampu milik melalui PR1MA

Bekalan air, pengairan & saluran yang lebih mantap


BERSAMA-SAMA KITA MENTRANSFORMASIKAN TELUK INTAN UNDILAH BN


Menjadi kelaziman setiap pemimpin BN tidak pernah tidak menunaikan janjinya kepada rakyat seperti mana slogan BN, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
 

#PRKTelukIntan BONEKA DAP BUKAN PEGUAM JUGA BUKAN GRADUAN DI UiTM SHAH ALAM


Tiada apa yang hendak disembunyikan lagi berhubung status calon DAP, Dyana Sofya yang kini merupakan boneka DAP dalam PRK Teluk Intan.

Kenapa DAP sangat berani mempertaruhkan seorang gadis yang masih mentah dalam politik juga menongkah arus memilih kalangan orang Melayu mewakili DAP?

Nescaya DAP tidak pentingkan kemenangan mereka di Teluk Intan ini kerana sedar BN meletakkan calon yang kuat lagi berpengalaman.

Dengan kemenangan yang sudah diraih di PRK Bukit Gelugor, DAP sebenarnya mahu membuat eksperimen dalam melihat perpaduan orang Melayu di Teluk Intan.

Apakah orang Melayu akan berpecah belah dalam menyokong BN kerana meletakkan calon Cina dan DAP meletakkan calon Melayu? Jika ini berlaku pastinya kerja DAP menjelang PRU-14 akan lebih mudah dan sekurang-kurangnya perpaduan Melayu sudah tergugat.

Berbalik kepada isu calon DAP yang dikatakan bukan seorang peguam, pelbagai maklum balas sama negatif telah diterima berhubung kesahihannya.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan menyelar tindakan Dyana itu.

Menurut Haezreena seseorang yang hanya memperolehi ijazah undang-undang dan tidak melaksanakan tugas hariannya sebagai peguam atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam.

Beliau yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang dan berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh.

Dyana sebelum ini mendakwa dirinya masih seorang peguam, namun menurutnya sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberikan fokus di dalam bidang politik.


“Saya adalah peguam yang dilatih (lawyer by trining) atau dalam bahasa mudah dipanggil non-practicing lawyer (dan) saya (seorang) peguam” ujarnya lagi.
 

KETUA PEMBANGKANG PERTAHANKAN TINDAKAN RSN RAYER TERHADAP UMNO


Biarpun berketurunan Melayu dan pernah bersama UMNO suatu ketika dahulu sedikit pun Ketua Pembangkang tidak mempunyai niat mahu membela bangsa sendiri bahkan rela dihina dan dicaci sebegitu rupa.

Biarpun orang ramai dan pemimpin BN dalam komponen lain menyanggah akan perbuatan ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan biadab terhadap pemimpin UMNO di dalam sidang DUN Pulau Pinang, namun sedikit pun tiada rasa simpati daripada pemimpin Melayu daripada Pembangkang.

Demi kepentingan politik dan mahu menjaga hubungan kepartian bersama DAP, sanggup pemimpin Melayu PKR dan PAS berdiam diri hingga tidak mahu memberi komen terhadap kebiadaban pemimpin DAP itu.

Malah, sebaliknya mereka ini mempertikai tindakan UMNO yang menjadikan isu kebiadaban RSN Rayer itu sebagai isu nasional.

Akibatnya berlaku kerenggangan antara hubungan kaum di Malaysia ini hanya berpunca daripada sikap pemimpin politik yang tidak profesional.

Harus diingat juga bahawa mereka yang mengundi pemimpin terdiri daripada pelbagai kaum di kawasan Parlimen atau DUN.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu mempertikaikan tindakan pemimpin UMNO yang tidak menegur RSN Rayer dalam sidang DUN pada Selasa lalu.

Apa yang pasti Ketua Pembangkang BN Pulau Pinang sebelum ini pernah membantah kata-kata kesat di dalam DUN Pulau Pinang ketika RSN Rayer mengeluarkan kata-kata kesat itu tetapi tidak diendahkan Speaker Dewan.

Pemimpin UMNO di DUN Pulau Pinang juga sudah membuat usul di dalam dewan tetapi tidak diendahkan Speaker Dewan.

Semua ini telah dijelaskan dalam sidang akhbar pemimpin BN Pulau Pinang yang mengutuk tindakan RSN Rayer itu dan mahu pemimpin DAP itu meminta maaf.


Begitu pun dengan angkuh, pemimpin DAP itu berkeras tidak akan meminta maaf biarpun telah didesak oleh pemimpin pembangkang yang lain bagi tidak mengeruhkan hubungan kaum di Malaysia.
 

MALAYSIA KE FINAL SELEPAS 12 TAHUN KEMPUNAN


Semalam 23 Mei akan dikenang sebagai tarikh keramat apabila Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya melangkah ke final Piala Thomas buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun selepas menundukkan juara 13 kali, Indonesia 3-0 malam tadi.

Sebelum ini tiada pihak yang meramal Malaysia akan melangkah ke peringkat itu kerana hadir bersama pasukan yang dianggap paling lemah, namun pemain-pemain negara membuktikan semangat juang tinggi berjaya mengatasi segala keraguan.

Begitupun, sejarah tercipta apabila China yang dilihat sebagai pasukan popular untuk melangkah ke final tewas kepada Jepun yang dianggap pasukan belasahan.

Kekalahan mengejut China itu memberikan motivasi penuh kepada pasukan negara dalam usaha melangkah ke final sekaligus berpeluang cerah menjuarai Piala Thomas.

Datuk Lee Chong Wei, Tan Boon Heong-Hoon Thien How dan Chong Wei Feng, semuanya memberi aksi terpuji biarpun terpaksa mengharungi perlawanan mendebarkan sebelum melakar kemenangan.

Terdahulu, Chong Wei dipaksa berhempas pulas di set pertama sebelum menjinakkan Tommy Sugiartro 21-19, 21-13 untuk menghadiahkan mata semangat buat pasukan negara.

Selepas gagal menghadiahkan mata dalam pertemuan menentang Denmark di suku akhir, gandingan senior, Boon Heong-Thien How kembali menunjukkan taring dengan mengejutkan juara dunia dan pasangan No. 1 dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 8-21, 23-21.

Daripada sekadar pemain simpanan pada penampilan sulung Piala Thomas di Wuhan, dua tahun lalu, Wei Feng sekali lagi menjadi wira dengan menghadiahkan mata kemenangan Malaysia selepas menumpaskan Dionysius Rumbaka 21-10, 21-17.

Bagi Chong Wei dan Wei Feng, mereka adalah tonggak penting yang membawa kepada kejayaan Malaysia ke perlawanan akhir apabila memenangi semua lima perlawanan setakat ini.

"Memang amat teruja apabila berjaya melangkah ke final sekali lagi. Saya tidak merasai pengalaman perlawanan akhir terakhir Malaysia dan gembira melihat pemain-pemain muda ini berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Melihat kepada rekod pertemuan Malaysia dan Jepun menjadi ukuran, pasukan negara memegang kelebihan 3-1 ke atas negara Matahari Terbit itu.

Namun Jepun, yang menunjukkan peningkatan sangat ketara di bawah bimbingan Park Joo Bong mengejutkan pasukan negara pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur pada 2010.


Kali terakhir Malaysia layak ke perlawanan akhir adalah di Guangzhou 2002, di mana kita tewas 2-3 kepada Indonesia manakala kejohanan 1992 di Kuala Lumpur adalah kali terakhir pasukan negara muncul juara.
 

PERSEMPADANAN SEMULA BOLEH MENANGANI KONFLIK TERAS DAN KOMPONEN BN SARAWAK


Isu yang melibatkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan beberapa komponen BN Sarawak yang lain lebih terarah kepada pembahagian kerusi DUN Sarawak menjelang PRN Sarawak akan datang.

Ini susulan daripada kemasukan pemimpin komponen BN dari SPDP dan SUPP serta seorang pemimpin SWP yang sebelum ini mewakili Bebas.

Jika semua pemimpin TERAS itu bertanding dalam PRN Sarawak akan datang bermakna ia akan menyebabkan SPDP dan SUPP kehilangan banyak kerusi yang akan ditandingi mereka.

Juga, kemasukan bekas ADUN SWP di DUN Pelagus yang mana sebelum ini merupakan ADUN Bebas yang berjaya mengalahkan calon BN-PRS pada PRN Sarawak lepas yang kini menyertai TERAS.

Apakah jika TERAS diterima sebagai komponen BN maka ADUN Teras di DUN Pelagus akan turut bertanding dalam PRN Sarawak atas tiket BN sedangkan kerusi itu dikhususkan kepada PRS?

Demikian juga kepada SPDP dan SUPP kerana sekiranya kesemua ADUN TERAS sekali lagi dipilih sebagai calon pastinya mereka akan cuba mempertahankan kerusi itu dan akan berhadapan dengan calon SPDP dan SUPP yang juga komponen BN.

Inilah yang menjadi persoalan asas terhadap konflik TERAS dan komponen BN yang kini sudah kelihatan runcing sehingga menyebabkan berlakunya pergolakan politik di Sarawak.

Justeru, untuk menangani isu ini jalan terbaik adalah mewujudkan lebih banyak kerusi baharu di DUN Sarawak yang mana ia dapat menampung keperluan ADUN-ADUN yang kini menaungi TERAS.

Dengan persempadanan semula dan mewujudkan kerusi baharu nanti maka tiada lagi isu perebutan kerusi di kalangan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

Memang diakui kebanyakan pemimpin TERAS mempunyai sokongan kuat daripada akar umbi dan ini sememangnya satu kerugian jika mereka tidak bersama BN.

Rakyat masih berkuasa untuk menentukan wakil rakyat mereka pada PRN akan datang dan terpulanglah kepada perjuangan parti-parti yang menepati cita rasa mereka.
 

#PRKTelukIntan DYANA SOFYA KINI LAGAK SEPERTI ORANG CINA


Demi secebis undi, calon parti DAP Dyana Sofya Mohd Daud dilihat semakin melangkah ‘jauh’ dalam kempennya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Ini susulan daripada sebuah blog nalurirakyat.blogspot.com yang memaparkan gambar Dyana melawat sebuah pasar yang menjual daging babi di kawasan Parlimen berkenaan.

Nampaknya Dyana kini sudah lagaknya seperti Cina sebagai salah satu cara kempen DAP yang menjadi parti yang menaungi perjuangan politik Dyana untuk meraih undi sebanyak mungkin di Teluk Intan termasuk dari bangsa Cina.

Sepatutnya sebagai seorang Islam, Dyana harus berhati-hati dalam cara berkempen khususnya kepada kawasan yang sangat ditegah Islam seperti memasuki kawasan jualan daging babi.

Biarpun beliau tidak makan atau memegangnya, tetapi memasuki pasar yang menjual daging haiwan itu cuma ia bakal mencalarkan sensitiviti umat Islam dan ia akan disifatkan sebagai tidak menghormati agama tambahan pula Dyana adalah seorang Islam.

Adakah beliau membersihkan diri dengan bersamak selepas melawat pasar itu tidak pula diketahui.

Daripada gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan kaki babi tergantung untuk dijual kepada pelanggan di dalam pasar berkenaan.


Demi kerusi di dalam Dewan Rakyat yang terletak di bangunan Parlimen, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup membelakangkan sensiviti umat sesama agama sendiri.
 

INILAH JADINYA BILA PEMIMPIN DAP BERSIKAP BIADAP TERHADAP ORANG MELAYU

Kira-kira 50 ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan mengancam untuk membakar bangunan itu.

Bagaimanapun, hasrat mereka telah dihalang oleh anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Mereka juga membawa kain rentang, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol". 

Jika tidak kerana kehadiran polis nescaya kejadian yang lebih buruk akan berlaku.

Satu lagi kain rentang berbunyi, 'Jangan biar celaka bertukar menjadi malapetaka. ADUN DAP biadap'.

Bantahan itu juga menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP dirobohkan biarpun ahli DAP hanya mampu melihat dari jauh sahaja.

Kemarahan itu juga dinyatakan dalam memorandum yang dibawa mereka atas nama Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Memorandum itu antaranya mendesak DAP mengenakan tindakan disiplin kepada Rayer dan jika tidak, ia menggambarkan DAP bersetuju dan bersekongkol dengan kenyataannya itu.

 

ROMBONGAN CALON DAP DAN LIM KIT SIANG DIHALAU PENDUDUK MELAYU DI #PRKTelukIntan


Lim Kit Siang mencuba nasib memasuki kawasan tegar penyokong BN dengan membawa wanita calon DAP Dyana Sofya.

Pada awalnya tiada apa yang berlaku, tetapi bila disedari kehadiran beliau oleh pemuda kawasan maka berlaku kejadian bertegang urat dan pengusiran Lim Kit Siang dan rombongan beliau dari lokasi.



Akibatnya rombongan DAP bersama calon DAP dan Lim Kit Siang telah dihalau keluar daripada memasuki perkampungan Melayu.


Lim Kit Siang harus mengambil pengajaran atau pilih saja untuk berdegil dan masuk kawasan Melayu yang seterusnya..

 

ADUN DAP SUDAH SEMAKIN KURANG AJAR LAGI MELAMPAU


Biarpun didesak memohon maaf, ADUN Seri Delima, RSN Rayer menegaskan beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang dikeluarkan terhadap pemimpin UMNO sebelum ini.  

Sebelum ini disebabkan keceluparan mulut RSN Rayer, beberapa pemimpin dan ahli UMNO telah berhimpun di hadapan DUN bagi membantah tindakan biadap pemimpin DAP itu.

Inikah lagaknya seorang pemimpin yang dipilih rakyat?

Sebaliknya, RSN Rayer meminta DUN menyelesaikan persengketaan ini seperti mana yang beliau mulakan.


Jika ini yang beliau minta, sewajarnya pemimpin DAP itu sudah dikenakan tindakan jawatankuasa tatatertib DUN akibat keceluparan mulutnya yang tidak berlesen itu.

Hanya bersandarkan kepada kebebasan bersuara dalam DUN, jadi dalam hal ini beliau bertegas tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 ADUN BN akan minta ketetapan melalui DUN supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota UMNO.


Beginilah gelagat pemimpin DAP dan Pakatan Pembangkang yang rasis sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan biadap dan kurang ajar ke atas orang Melayu yang diwakili UMNO.
 

#PRKTelukIntan TUN DR MAHATHIR BIDAS DAP DAN DYANA SOFYA


Apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bersuara berhubung pencalonan DAP yang diwakili gadis Melayu berkelulusan UiTM dalam perundangan dan merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ramai yang bersetuju sekaligus menjawab persoalan mengapa DAP mencalonkan orang Melayu di PRK Teluk Intan?

Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud yang mewakili DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan disifatkan sebagai calon ‘window dressing’.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu tidak sepatutnya terus ditipu dan diperangkap oleh pembangkang yang menampilkan Dyana Sofya, 27, dalam PRK tersebut.

Beliau (Dyana Sofya) hanyalah calon ‘window dressing’, bukan ada harapan apa tapi kalau dia menang dia menanglah.

Orang Melayu akan sokong kerana mereka mudah kena tipu, ramai dah orang Melayu kena tipu. Yang ini (Dyana Sofya) anak orang UMNO. “Kalau anak orang Pas dia tidak jadi, dari kecil mereka diajar suruh benci UMNO, dia disuruh pijak gambar saya tapi anak orang UMNO dia tidak disuruh masuk UMNO tak diajar pasal UMNO tak cakap sejarah UMNO bila dah besar dia bebaslah," katanya.

Ketika ditanya mengapa Barisan Nasional (BN) tidak menyenaraikan calon muda dalam PRK Parlimen Teluk Intan, Dr. Mahathir dengan sinis menjawab: “Kalau BN nak letak calon muda, kita kena cari calon ‘window dressing’, kita buat cantik-cantik biar orang nampak menarik sikit".
 

KERANA POLITIK, KEDUA-DUA PANDA TELAH MENJADI MANGSA FITNAH PAS DAN PEMBANGKANG



Ketibaan dua ekor pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia telah mengundang rasa tidak senang Pakatan Pembangkang khususnya PAS yang mula menyerang isu ini dengan bersandarkan politik sempit.

Jika PAS memerintah Malaysia dengan berfikiran sebegini bukan sahaja pelabur bahkan rakyat akan merana ekoran ketiadaan pelaburan yang datang ke Malaysia untuk melabur.

Sebaliknya kehadiran kedua-dua ekor Panda ini atas dasar setiakawan serta pinjaman.

Tidak cukup dengan itu, Pakatan Pembangkang telah mengambil kesempatan memburukkan tindakan kerajaan ini yang dikatakan sebagai membazir tanpa mengambil kira kepentingan perdagangan negara dan hubungan diplomatik dengan negara China.

Panda adalah simbol kepada negara China, jika ia dijadikan isu politik sempit tanpa sebarang pertimbangan dan justifikasi hubungan antara dua negara dan ekonomi antarabangsa, tidak musthil apa yang dianggap satu permulaan yang baik antara dua negara selepas kehilangan MH370 akan kembali suram. Tidak semua perkara wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan hubungan antara Malaysia dan China kelihatan sedikit suram beberapa bulan kebelakangan ini.

Malangnya, politik menanam kebencian dan menghasut rakyat ini tidak mengenali sempadan dan keutamaan negara. Misalnya, lidah rasmi parti PAS, harakahdaily.net telah menyifatkan kehadiran Panda ini suatu pembaziran yang tidak sewajarnya dilakukan kerajaan.

Pandangan ini mungkin betul jika dilihat dari segi kos memelihara beruang panda ini sahaja.

Namun memerintah negara bukan sekadar “melalak” di atas pentas ceramah, dada akhbar atau ruang siber. Mentadbir negara, memakmurkan ekonomi memerlukan seni diplomasi antarabangsa yang tidak mungkin boleh difahami oleh penulis-penulis yang jumud dan beku akal mereka dan bersarang di dalam Pakatan Pembangkang hanya untuk menghasut rakyat.
Dalam menjawab isu ini dengan melihat dari sudut jangka panjang dan diplomasi kedua-dua negara Malaysia dan China yang semestinya menguntungkan kedua-dua negara pada masa akan datang.

Pandangan oleh Norizan Shariff

1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner) Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut.

2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia – Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.

3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.

4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini.

5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia – China. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.

7. “Pinjaman” panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran!

8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia.

9. Kita berharap agar “pelaburan” negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China – sama seperti “pelaburan” kita ke atas hantaran perkahwinan – selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.

10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!

Nota Kaki:
“Panda Diplomacy” bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.


 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger