SURAT TERBUKA CHEGU’BARD TERHADAP KEPIMPINAN TERTINGGI PKR PUSAT


Isu kekecohan Pemilihan PKR kembali lagi seolah-olah tiada penyelesaian dan kali ini situasinya sangat panas lagi mendebarkan.

Kali ini tiada adegan peti undi bertaburan dan adegan baling kerusi, tetapi yang menariknya kali ini muncul ‘pengundi hantu’ dan tempat pengundian yang menarik diadakan di rumah dan bilik hotel murah.

Terpalit dengan keadaan ini, Pengerusi SAMM Malaysia yang juga pemimpin PKR yang lantang, Chegu'Bard tampil memberikan komen menerusi surat sebaik sahaja berasakan beliau perlu bersuara dengan demokrasi PKR yang kini dilihat hancur lebur.

Siapa punca kekecohan pemilihan?

1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana organisasi lain yang saya sertai.

Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.

2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan pelbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.

Antara yang setakat ini berjaya dirakam ialah:

Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak;

Sibu 58,
Konawit 54,
Santubong 23,
Hulu Rejang 42,
Mukah 10,
Kota Samarahan 29,
Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) 195, dan
Saratok 516

Sangat pelik.. tetapi bila terbongkar di Batang Sadong bagaimana pengawas tanda kertas sendiri baru tahu bagaimana pengundi datang tak seramai mana tetapi kertas undi bertanda banyak...

Ini mengingatkan bagaimana tahun lepas lebih seribu kertas undi muncul sejauh pendalaman Batu Sapi

Pengawas tanpa segan silu berkempen termasuk membawa kertas 'chai' pro Azmin sehingga ke dalam tempat mengundi dan mengambil dari tangan pengundi kertas chai lain lalu ditukar ke kertas chai pro Azmin.

Malah di Tangkak ketika taklimat Pengawas sukarelawan dari Cabang di Tangkak, Pegawai JPP dari Selangor yang dikenali sebagai Lau tanpa segan silu memfitnah calon lawan Azmin Ali dan memuji Azmin Ali.

Malah menegaskan semua harus berusaha memenangkan Azmin Ali.

Malah punya bukti bukan pengawas biasa tetapi Koordinator (Ketua Pengawas) di peringkat Negeri turut terlibat secara agresif berkempen untuk Azmin Ali.

Kes kekecohan sehingga mengakibatkan insiden pukul berlaku di Petra Jaya juga melibatkan penyokong pro Azmin Ali. (belum ada laporan penuh)

Penyalah gunaan pengawas JPP bukan sahaja di hari pengundian sahaja. Ia berlaku seawal pencalonan.

Pelbagai aduan diketepikan begitu sahaja. Antaranya ialah Pencalonan Wanita Cabang Jasin. Sah sehingga borang pencalonan ditutup dan pengumuman rasmi dibuat tidak ada nama dihantar untuk pencalonan Cabang Jasin tetapi tiba-tiba beberapa hari selepas itu makluman bertulis menyatakan Cabang Jasin ada calon Ketua Wanita.  (berlaku di banyak tempat lain)

Tempat pengundian juga tidak sesuai tetapi bila bantahan dibuat semua tidak di peduli. Contohnya di Cabang Miri, bayangkan pengundian dibuat di ruang atas yang sempit di klinik milik salah seorang calon Ketua Cabang Pro Azmin Ali. (berlaku di banyak tempat lain)

Ada pengawas yang tidak mahu bersengkol dengan penipuan. Dia bersikap tegas ...namun dia dihubungi oleh seorang calon jawatan utama parti peringkat pusat dan dimarahi. Tidak cukup dengan itu dia turut dimarahi oleh salah seorang jawatankuasa JPP

Notis pengundian seluruh negara bermula pada Sabtu dan Ahad lepas tetapi secara tiba-tiba saat akhir JPP kononnya memutuskan Lawas mengundi sehari sebelum (Jumaat) dan Azmin dapat jumlah undi besar ... apa muslihatnya? selain dinyatakan ada puluhan lagi contoh penipuan berlaku.

3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.

4. Persoalannya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di pengerusi oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???

5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononnya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.

6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalannya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperoleh keuntungan dengan penipuan itu? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengetepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?

7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.

8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti-henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

Sekian

Che'GuBard

Anggota Biasa PKR
 

DAP SARAWAK SETUJU DAN DESAK PAS KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG


DAP Sarawak semalam menyokong desakan agar PAS dikeluarkan daripada Pakatan Pembangkang ekoran tindakannya membelakangi rakan parti dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR.

ADUN Piasau, Alan Ling menyokong kenyataan dan pendirian Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke agar PAS keluar Pakatan Pembangkang jika bertegas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan atau di negara ini.

Walau apa pun halangan dan cabaran yang terpaksa diterima, DAP tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menolak hudud dan perkara ini juga berlaku ke atas PKR menerusi kenyataan beberapa pemimpinnya bahawa hudud tiada dalam agenda Pakatan Pembangkang.

Ling, setiausaha DAP Sarawak berkata, beliau amat menghormati matlamat perjuangan politik PAS namun tidak bermakna beliau atau DAP setuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud.

“Ini kerana, ia adalah bertentangan bukan sahaja dengan perlembagaan persekutuan bahkan bertentangan dengan situasi dan kehidupan masyarakat negara kita kini.

“Pendirian DAP Pusat dan DAP Sarawak amat jelas di mana pernah pada 2001, semasa Barisan Alternatif, DAP Sarawak mengambil keputusan tegas berundur daripada Barisan Alternatif jika hukum hudud dilaksanakan.

Dan, kali ini perkara yang sama berulang dan DAP Sarawak mendesak agar PAS keluar Pakatan Pembangkang.


“Ini adalah sikap DAP Sarawak yang tidak berkompromi dengan pendirian PAS sekali gus menentang pelaksanaan hukum Hudud dan mempertahankan hasrat rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ling berharap kepimpinan PAS sedar dengan implikasi tersebut dan mendahului perjuangan berasaskan permuafakatan Pakatan Pembangkang yang dipersetujui ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Pembangkang.
 

PERHIMPUNAN HARAM 1 MEI 2014: POLIS BOLEH MENAHAN TETAPI MAHKAMAH AKAN LEPASKAN




Tanggal 1 Mei 2014, penyokong anti-GST yang pastinya dibelakangi pemimpin Pakatan Pembangkang dengan mendapat kerjasama daripada NGO’s propembangkang akan menganjurkan Perhimpunan Haram di Jalan Raja.

Biarpun polis telah melarang penyokong pembangkang dan NGO’s untuk mengadakan perhimpunan haram itu, namun penganjurnya yang terdiri daripada beberapa NGO’s tetap dengan pendirian mereka untuk terus mengadakan perhimpunan haram itu dengan destinasinya sahaja yang berubah.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Perhimpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), S. Arutchelvan kawasan tempat mereka berkumpul yang dijadualkan di adakan di Dataran Merdeka telah ditukarkan ke hadapan Bangunan KLCC sebelum berakhir di Jalan Raja.

Pada awalnya pihak polis telah mengesyorkan Stadium Merdeka atau Padang Merbok yang sebelum ini pernah dijadikan tapak untuk perhimpunan haram Pakatan Pembangkang, tetapi menolaknya.

Sebelum ini PKR menerusi Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu bahawa perhimpunan ini akan diadakan secara aman.

Bagaimanapun, pihak polis termasuk orang ramai tidak percaya akan kata-kata pemimpin Pakatan Pembangkang itu yang disifatkan sebagai manis di mulut sahaja.

Sejarah sebelum ini telah memperlihatkan bagaimana Perhimpunan Haram BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 serta beberapa perhimpunan lain yang membawa kepada rusuhan dan kerosakan harta benda.

Begitupun, Perhimpunan Membantah GST itu tetap dianggap sebagai perhimpunan haram memandangkang kerana penganjur perhimpunan itu telah gagal mengemukakan notis 10 hari untuk mengadakan perhimpunan tersebut.


Sekiranya peserta mahupun penganjur perhimpunan haram itu ditangkap dan didakwa di mahkamah, mereka ini pastinya tidak akan dikenakan hukuman memandangkan kuasa Akta Perhimpunan Aman tidak memihak kepada polis seperti mana yang telah terjadi ke atas Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilepaskan daripada pertuduhan sebagai pencetus huru-haram dalam Perhimpunan BERSIH sebelum ini.
 

MANA PENDIRIAN AHLI YANG BERHORMAT PKR SELANGOR TERHADAP PENTADBIRAN KHALID IBRAHIM?


Mungkin inilah masa yang terbaik buat Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam menilai sejauh mana pemimpin-pemimpin PKR yang juga EXCO Selangor setia kepada pemerintahannya.

Ini kerana sejak catuan air ini diadakan terlalu banyak kritikan yang diterima Khalid Ibrahim khususnya daripada pemimpin DAP yang juga Pakatan Pembangkang.

Terbaru, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi telah mendesak Menteri Besar Selangor itu meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan isu air di Selangor.

Jeff Ooi menerusi laman Facebooknya dilaporkan secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid dan menggesa beliau dipecat sebagai Menteri Besar kerana didakwa gagal menangani isu air di negeri ini.

Pemimpin DAP itu dikatakan berang dengan pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor di bawah Abdul Khalid yang didakwa gagal menguruskan isu catuan bekalan air di negeri ini yang disifatkannya tidak pernah berlaku sebelum ini termasuk ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Selain Jeff Ooi, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerusi sebuah portal berita, www.astroawani.com hari ini dilaporkan turut mempersoalkan kredibiliti Abdul Khalid dan bersedia untuk menamakan calon yang layak menggantikan Menteri Besar Selangor.

"Saya ingat dia tidak ada kuasa meminta saya meletak jawatan Menteri Besar," katanya dengan ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat peringkat daerah Klang di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini hari ini.

Apakah kenyataan Zuraida ini mempunyai kaitan dengan Pemilihan PKR 2014 yang kini sedang berlangsung di mana Khalid Ibrahim menentang Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam jawatan Timbalan Presiden PKR?

Biarpun ia sukar diramal tetapi melihat kepada Zuraida yang cenderung terhadap Azmin Ali berkemungkin ia tidak mustahil mempunyai kaitan dengan Pemilihan PKR 2014.


Sehingga kini tiada mana-mana pemimpin PKR Selangor mahupun Exco Selangor yang menyokong mahupun mempersetujui tindakan Khalid Ibrahim yang kini berhadapan dengan rakan-rakan sendiri dalam Pakatan Pembangkang.
 

LAGI KONTROVERSI PEMILIHAN PKR 2014 DI BATANG SADONG


Gara-gara bekalan elektrik didakwa terputus maka lokasi pengiraan kertas undi bagi Pemilihan PKR 2014 Cabang Batang Sadong telah dipindahkan ke sebuah bilik hotel untuk urusan pengiraan seterusnya.

Ini menyebabkan berlakunya kekecohan di kalangan ahli dan penyokong PKR dengan mendakwa mengalih lokasi ke sebuah hotel itu dianggap sebagai tidak telus dan boleh mengundang 1001 macam spekulasi.

Kenapa perlu menjadikan sebuah bilik di hotel dijadikan pusat mengundi sekali gus tempat pengiraan undi?

Difahamkan ada sekumpulan petugas yang menjalankan tugas, oleh kerana tempat itu di kawasan pedalaman, tiada lokasi sesuai diadakan pengundian, jadi mereka memilih tiga bilik di hotel bajet berkenaan.

Lebih memburukkan keadaan apabila kertas undi yang diletakkan di dalam bilik hotel itu didapati berselerakan.

“Terdapat dua calon majlis pemilihan pusat yang datang untuk memastikan pengiraan, tetapi mereka terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu bilik dibuka,” katanya, dan menambah, insiden itu kemudiannya mencetuskan kekecohan.


Selain di Batang Sadong, wujud juga kekecohan di kawasan lain termasuk di Pahang hingga memaksa ada yang ditangguhkan proses pengundian ke tarikh lain. 
 

PARTI BERTARAF NASIONAL GUNA RUMAH UNTUK MENGUNDI PEMILIHAN PKR


Jatuh air muka Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail di mana PKR yang merupakan parti pembangkang peringkat nasional hanya menggunakan rumah seorang aktivis bagi mengadakan Pemilihan PKR 2014.

Ini berlaku semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Paya Besar dan akibatnya pemilihan itu terpaksa ditangguhkan akibat bantahan daripada kepimpinan cabang itu sendiri.

Gara-gara ketiadaan tempat, mereka telah memilih rumah seorang aktivis yang terletak di Permatang Badak di sini yang dijadikan lokasi pengundian oleh PKR negeri.

Selain Paya Besar, pengundian PKR Cabang Jerantut yang sepatutnya berlangsung di sebuah restoran di bandar itu turut ditangguhkan atas sebab masalah teknikal yang difahamkan berkaitan dengan kelayakan salah seorang calon Ketua Cabang, sekali gus mengundang bantahan daripada ahli.

Ini merupakan sebahagian daripada rencah-rencah Pemilihan PKR 2014 di mana PKR tidak lekang dengan kontroversi dan rasa ketidakpuasan hati dalam soal demokrasi ala PKR.


Yang pasti selepas ini akan ada banyak lagi cerita dan peristiwa lucu yang membabitkan Pemilihan PKR di seluruh negara.
 

DAP SARAWAK AKUI PROJEK IMPIAN SARAWAK TERNYATA GAGAL


Konsep ‘DAP Go Rural’ dengan mengetengahkan Projek Impian Sarawak di kawasan pedalaman dan luar bandar bagi menarik sokongan masyarakat itu kepada DAP dan Pakatan Pembangkang ternyata menemui kegagalan.

Ini diakui sendiri oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa Projek Impian Sarawaj tidak memberi jaminan kepada mereka untuk mendapatkan sokongan penduduk pedalaman dan luar bandar.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata Masuk Luar Bandar (Go Rural) ialah inisiatif parti untuk memikat hati pengundi di kawasan tersebut sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Meskipun kita tidak mendapat sokongan di luar bandar, kita perlu melakukannya. Kita tidak boleh berhenti mencuba,” katanya pada Majlis Makan Malam bagi mengutip dana anjuran DAP Mambong di Siburan, dekat sini, malam kelmarin.

Sehingga kini Impian Sarawak telah menyiapkan 11 projek iaitu di Sibu, Kuching dan Bintulu sejak dilancarkan tujuh bulan lalu.

Impian Sarawak kini dalam proses melaksanakan lima projek dan mengenal pasti tujuh projek lain.

“Kita perlu lebih banyak dana dan sukarelawan untuk melaksanakan Impian Sarawak.

DAP Sarawak mengakui Projek Impian Sarawak itu memerlukan kos yang tinggi dan kini semakin meningkat di samping memerlukan pertambahan sukarelawan yang ramai.

Biarpun Projek Impian Sarawak ini berskala kecil tetapi dengan publisiti yang meluas telah berjaya meraih populariti yang banyak.

Begitupun, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di luar bandar, kerajaan BN Sarawak tidak pernah mengabaikannya biarpun terpaksa menunggu tempoh yang lama memandangkan keluasan Sarawak dan faktor bentuk muka buminya yang tidak menentu.

Sejak 51 tahun dahulu selepas menyertai Malaysia, kerajaan Sarawak tidak pernah mengabaikan pembangunan di kawasan pedalaman dan luar bandar khususnya yang melibatkan kemudahan asas dan kemudahan awam.


Justeru, tiada sebab bagi masyarakat pedalaman dan luar bandar menolak kepimpinan BN yang sehingga ke hari ini tidak berhenti-henti membantu menyediakan keperluan rakyat sama ada di kawasan pedalaman, luar bandar mahupun bandar.
 

PENYOKONG PAS TERKEDU MELIHAT MUHYIDDIN YASSIN LUANG MASA LAWAT NIK AZIZ


Sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sempat meluangkan masa dengan melawat bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka.

Kehadiran Muhyiddin Yassin dan isteri serta rombongan telah disambut Nik Aziz dan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak selepas solat Asar.
  
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Lawatan ini benar-benar mengejutkan penyokong-penyokong PAS yang sememangnya mahu melihat pemimpin-pemimpin Islam daripada UMNO dan PAS bersama dalam mengembang dan meningkatkan syariat Islam di Malaysia.

Ini kerana terlalu banyak dugaan yang telah diterima masyarakat Islam khususnya dalam mengekalkan perpaduan dan penerimaan hukum-hakam Islam.

Terbaru, kedegilan pemimpin PKR dan DAP dalam menerima cadangan Kelantan yang ditadbir PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan telah mendapat tentangan daripada komponen Pakatan Pembangkang sendiri.

Malah, salah seorang pemimpin kanan DAP sanggup mengherdik PAS agar keluar daripada Pakatan Pembangkang kerana cadangan hukum hudud itu telah melanggar prinsip Pakatan Pembangkang.

Dalam lawatan itu juga, Nik Aziz berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
  

Nik Abdul Aziz yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kerana penyakit prostat kini dilaporkan semakin pulih dan mendapatkan rawatan secara berkala di hospital itu.
 

BARRACK OBAMA BERI JAWAPAN KENAPA BELIAU TIDAK MAHU BERJUMPA ANWAR IBRAHIM


Sidang media kedua-dua pemimpin Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada petang tadi yang disiarkan secara langsung di RTM dan beberapa stesen televisyen antarabangsa telah mencatatkan satu lagi lembaran baru dan sejarah buah kedua-dua pemimpin dan negara.

Di sebalik sidang media itu, terpacul soalan daripada seorang wartawan asing yang agaknya sangat berminat dengan kes Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya dengan bertanyakan kenapakah beliau (Barrack Obama) tidak mahu berjumpa dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim?

Wartawan Asing: Mr. Presiden, Malaysia terdapat isu-isu human right, keadilan dan mengapa Mr. Presiden tidak mahu berjumpa Ibrahim Anwar?

Presiden Obama: Kerajaan Amerika sentiasa memberi perhatian di dalam isu-isu human right di seluruh dunia, keadilan dan sebagainya termasuklah di Malaysia kita melihat kerajaan Perdana Menteri Najib telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyatnya yang berbilang kaum. Saya tidak ada keperluan untuk bertemu Anwar Ibrahim!

Melihat kepada jawapan itu, jelas bahawa kenapa Barrack Obama tidak mahu berjumpa dengan Anwar Ibrahim.

Harus diingat juga bahawa lawatan Barrack Obama ke Malaysia ini adalah lawatan rasmi bagi mengeratkan hubungan Amerika Syarikat dan Malaysia dalam pelbagai bidang dan bukannya hal remeh-temeh termasuk mengenai Anwar Ibrahim.


Tidak hairanlah mengapa Barrack Obama tidak mahu berjumpa dengan Anwar Ibrahim yang jelas kerajaan Malaysia mampu menanganinya seperti mana jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebaik sahaja jawapan daripada Barrack Obama.
 

ANWAR IBRAHIM MERAYU PENYOKONGNYA AGAR BERJAYA DALAM RAYUAN KES LIWATNYA


Ceramah Reformasi 2.0 yang diadakan di Kuching pada 23 April lepas di hadapan Ibu Pejabat PKR Sarawak, Batu 3, Kuching lepas menjadi pentas kepada Anwar Ibrahim untuk memohon penyokong-penyokongnya mendoakan agar beliau berjaya dalam rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan hari ini.

Biarpun ceramah Reformasi 2.0 itu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, Anwar tetap mengharapkan agar penyokongnya berdoa terhadapnya dengan mengatakan proses rayuan kes liwat beliau kini berhadapan masalah.

Kesukaran timbul apabila peguamnya mendiang Karpal Singh meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

Mahkamah menetapkan semalam sebagai hari terakhir bagi Anwar mengemukakan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati dirinya bersalah sebelum ini.

Seperti biasa, Anwar cuba mereka-reka cerita kononnya beliau akan dikenakan penjara dengan tambahan 10 tahun lagi jika disabitkan kesalahan.

“Sebulan atau sebulan setengah lagi saya masuk semula penjara untuk lima tahun tetapi mungkin mereka tambah 10 tahun lagi,” katanya pada himpunan yang antara lain turut menampilkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai penceramah.


Anwar berkata, beliau terpaksa datang ke Kuching dengan memberi notis singkat kerana bimbang ia adalah peluang terakhir dalam tempoh beberapa tahun untuk berbuat demikian jika dipenjarakan kelak.
 

KERAJAAN NEGERI SARAWAK TANGGUNG SEBAHAGIAN KOS RAWATAN ADUN DAP WONG HO LENG


Biarpun berbeza ideologi politik dan tidak pernah sesekali pemimpin BN mencerca mahupun mencaci pemimpin Pakatan Pembangkang, namun perasaan kasih dan sayang serta simpati masih tertanam di sanubari pemimpin BN.

Ini susulan daripada kesediaan Kerajaan Negeri Sarawak menanggung sebahagian daripada kos rawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Asek dari DAP, Wong Ho Leng yang kini menjalani rawatan di Singapura.

Wong Ho Leng disahkan menghidap tumor otak dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Singapura.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, bantuan kewangan itu diberikan kepada Wong atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan kerana dasar diamalkan kerajaan hanya akan membiayai kos rawatan ADUN yang menerima rawatan dalam negeri atau negara.
Sebelum ini Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mengemukakan permohonan bertulis kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar.

“Kita akan membiayai sebahagian daripada kos rawatannya. Ini dilakukan berlandaskan rasa kasihan kepada beliau,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Namun begitu, sekiranya Wong Ho Leng dirawat di dalam negara, kerajaan negeri akan bertanggungjawab sepenuhnya kerana itu adalah polisi kita,” jelasnya.


Pengumuman itu telah mendapat reaksi yang baik daripada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa beliau amat menghargai bantuan dihulurkan kerajaan negeri kepada Wong kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kewangan keluarga ADUN Bukit Assek itu.
 

REFORMASI 2.0: ANWAR IBRAHIM BOHONGI RAKYAT SARAWAK HIDUP-HIDUP


Isu kehilangan misteri pesawat MH370 dan ketidaktelusan kehakiman dalam kes liwatnya menjadi tajuk utama ceramah Anwar Ibrahim dalam Reformasi 2.0 bertempat di perkarangan Ibu Pejabat PKR Sarawak, Batu 3, Kuching pada jam 8.00 malam semalam.

Seperti biasa trend ceramah Anwar yang diselitkan dengan lawak jenaka menyebabkan hadirin yang hadir tidak putus-putus ketawa sehingga menyebabkan suasana tidak ubah seperti fun fair.

Tindakan Anwar mengungkit kembali hukuman kes liwat itu di dalam ceramahnya dengan menggunakan kaedah lawak jenaka menyebabkan hadirin ketawa seolah-olah mereka memperli Anwar sendiri khususnya dalam kes liwatnya.

Ramai rakyat Sarawak mengetahui bahawa Anwar telah pun disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun dalam kes liwatnya.

Isu kehilangan pesawat MH370 tidak terlepas daripada ceramah Anwar dengan menyalahkan Perdana Menteri yang tidak pandai berkomunikasi dengan media antarabangsa.

Atas sebab itu, Anwar terpaksa menggunakan media antarabangsa dalam menjawab persoalan wartawan luar seolah-olah beliau Perdana Menteri Malaysia.


Anwar tanpa segan silu meminta Datuk Seri Mohd Najib Razak meletak jawatan kerana tidak pandai berhadapan dengan media antarabangsa sehingga setiap sidang media Perdana Menteri tidak mahu menjawab soalan wartawan.
 

NURUL IZZAH MENGAMUK KERANA AHLI PASUKANNYA DIHALANG MEMASUKI SARAWAK


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengamuk apabila mengetahui salah seorang ahli pasukannya, Rafizi Ramli dihalang memasuki Sarawak buat kali kedua.

Sekatan ke atas Rafizi Ramli dilakukan Kerajaan Negeri Sarawak yang sememangnya mengetahui beliau lantang bersuara dengan fakta dan pembohongan yang melampau.

Nurul Izzah menafikan kehadiran pemimpin PKR Pusat ke Sarawak adalah bertujuan menghuru-harakan rakyat Sarawak sebaliknya atas perjuangan politik semata-mata.

Apakah Nurul Izzah tidak mengetahui bahawa apa yang cuba disampaikan mereka dalam ceramah dengan mengutuk pemimpin negeri Sarawak dengan tohmahan dan fakta yang salah masih dianggap tidak menghuru-harakan rakyat Sarawak?

Sebagai pemimpin yang baharu berkecimpung dalam dunia politik, Nurul Izzah sewajarnya menghormati budaya dan sensitivitinya, dan bukannya melemparkan dakwaan yang tidak benar sehingga meracuni pemikiran rakyat Sarawak.

Politik Sarawak sangat berbeza dengan politik di Semenanjung yang lebih bersifat ekstrem dan gejala ini yang sebenarnya cuba dibendung pemerintah negeri Sarawak.

Kenyataan Nurul Izzah bahawa PKR tidak berniat untuk mempromosikan perkauman, itu adalah jawapan ‘orang politik’ yang ternyata tidak benar.

“Sebaliknya apabila dihalang begitu rupa, pada saya ia sesuatu yang amat memalukan kepada kerajaan negeri (Sarawak),” ujar beliau lagi.

Lihat sahaja cara penyampaian dan kandungan ceramah di Semenanjung yang mana diketahui PKR banyak membawa unsur-unsur kebencian melampau terhadap pemerintah biarpun mereka melakukan pentadbiran dengan betul.

Untuk pengetahuan bersama, rakyat Sarawak tidak menerima pemimpin seperti Nurul Izzah yang sememangnya diakui mengamalkan Islam liberal sehingga menidakkan Islam yang sebenar.


Tindakan Kerajaan Negeri Sarawak menghalang kemasukan pemimpin yang ekstrem itu tidak pernah memalukan Kerajaan Negeri Sarawak bahkan majoriti rakyat bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri.
 

PAS DALAM DILEMA: NEGARA ISLAM ATAU NEGARA BERKEBAJIKAN


Sebelum menyertai Pakatan, PAS yang berdiri keseorangan megah dengan misi dan visi parti adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan syariat Islam di negara Malaysia.

Ini telah termaktub sejak awal penubuhan PAS lagi namun selepas menyertai Pakatan Pembangkang, misi dan visi itu telah menyimpang jauh hanya kerana kepentingan politik bersama DAP dan PKR.

Bagi Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, perkara berkenaan sememangnya menjadi tunjang perjuangan PAS selama ini, dan ianya akan terus diperjuangkan termasuklah pelaksanaan hukum hudud.

Begitu pun, pemimpin di bawah tidak dibenarkan memberikan sebarang kenyataan berhubung hukum hudud melainkan daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sendiri.

Jika Presiden PAS bersetuju dengan cadangan hudud, bermakna pemimpin lain terpaksa juga harus bersetuju.

“Pasal hudud ni, hanya presiden yang boleh buat kenyataan. Apa pun, seperti apa yang telah diputuskan oleh parti adalah untuk lihat syariat Islam tertegak di negara ini, Insya-ALLAH,” katanya.

Begitu pun, suara Pakatan Pembangkang jelas tidak sepakat apabila PKR dan DAP secara terang menyatakan bahawa mereka tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Malah, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta agar PAS kembali memberi fokus berhubung penubuhan Negara Berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama dengan parti-parti komponen Pakatan Pembangkang sebelum ini.


Tanpa berselindung, PAS mengatakan rakan komponen mereka (DAP dan PKR) tidak faham mengenai hukum hakam Islam dan adalah wajib untuk kami (PAS) memberi kefahaman kepada mereka.
 

TIMBALAN AMK SARAWAK, ZULHAIDAH SUBOH ‘NGERECO’ BILA RAFIZI RAMLI DIHALANG MEMASUKI SARAWAK


Apalah nasib badan apabila Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli buat kali kedua tidak dibenarkan memasuki Sarawak atas sebab yang sama.

Lantas, Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh mengutuk pengusiran rakan mereka daripada Semenanjung itu memasuki Sarawak.

"Adenan Satem cuma bertindak sebagai boneka Taib Mahmud, tradisi menghalang pemimpin Pakatan Pembangkang masuk ke Sarawak bermula dari zaman pemerintahan Taib.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pakatan disekat termasuk Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Tian Chua, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Rafizi dalam laporan media sebelum ini menyatakan, pengusirannya memasuki Sarawak bertujuan menghalangnya daripada membantu PKR Sarawak dalam menghadapi pilihan raya negeri itu.

Ini kerana PKR Sarawak tidak dapat berdiri sendiri seperti mana rakan mereka DAP Sarawak yang kini dilihat lebih ke hadapan berbanding PKR dan PAS.

Jika dalam apa juga keadaan termasuk menjayakan ceramah, PKR Sarawak terpaksa menumpang populariti pemimpin PKR Pusat, jika tidak tiada siapa pun akan hadir ke ceramah mereka.

Tambah Zulhaidah, tindakan itu merupakan satu bentuk pencabulan kepada hak rakyat Sarawak mendapat maklumat untuk memilih pemimpin yang paling layak bagi menerajui kepimpinan negeri Bumi Kenyalang itu.

Selama ini PKR banyak mengharapkan bantuan dan latihan daripada PKR Pusat dan mereka ternyata lemah kerana tidak mampu berdiri sendiri apatah lagi menyaingi DAP Sarawak.


Mereka (PKR) hanya mengharapkan datangnya pemimpin PKR Pusat seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Rafizi Ramli mahupun Saifuddin Nasution. Jika tidak kerana  mereka orang Sarawak tidak akan hadir ke ceramah mereka yang dilihat membosankan dan lebih banyak pembohongan daripada kebenaran.
 

ANWAR IBRAHIM MARAHKAN BARRACK OBAMA KERANA BATALKAN PERTEMUAN MEREKA


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berasa kesal terhadap Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kerana membatalkan pertemuan mereka sepanjang berada di Malaysia dalam lawatannya pada Sabtu ini.

Kekesalan itu disuarakan menerusi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang menyifatkan pembatalan pertemuan Anwar Ibrahim dan Barrack Obama sebagai tidak melambangkang Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang menjuarai dan mempromosikan amalan demokrasi, kebebasan dan keadilan.

Lebih teruk lagi, Saifuddin menyandarkan kerajaan BN membentuk kerajaan hanya melalui undi popular 47 peratus, PR pula perolehi 52 peratus undi popular dalam PRU-13 lepas.

"Ia sudah tentu memberikan satu perhatian pentadbiran Obama bahawa sokongan rakyat Malaysia kepada Pakatan Pembangkang," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR.

Barrack Obama akan mengadakan lawatan ke Asia termasuk Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina pada akhir bulan ini dan dijangka memberi fokus terhadap beberapa isu dua hala serta serantau.

Antara isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan antara Presiden Amerika itu dengan pihak Malaysia termasuk hubungan perniagaan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan perdagangan dua hala.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan bekas Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

Jelas bahawa cadangan Pakatan Pembangkang untuk meraih simpati Presiden Amerika Syarikat terutama dalam kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim ternyata tidak berhasil.


Ramai beranggapan penolakan rombongan Amerika Syarikat terhadap cadangan pertemuan dengan Anwar Ibrahim dilihat suatu yang bertepatan kerana negara kuasa besar itu tidak akan campur tangan dalam soal kehakiman mahupun politik sesebuah negara.
 

ANWAR IBRAHIM KE SARAWAK HANYA NAK JAYAKAN REFORMASI 2.0




Ceramah Reformasi 2.0 akan menjelajah ke Sarawak pada esok hari, 22 April 2014 sekaligus mengajak rakyat Sarawak mendengar fitnah dan pembohongan terbaru Anwar Ibrahim yang kini telah disabitkan bersalah dalam kes liwatnya dengan dikenakan penjara 5 tahun.

Seperti biasa, Anwar akan memberitahu penyokongnya bahawa ceramah Reformasi 2.0 adalah ceramah yang terakhir bagi dirinya sebelum beliau akan mendiami penjara sebagai destinasi terakhir dalam hidupnya.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam sidang medianya memberitahu Anwar akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 4.05 petang.

Kepada yang berkelapangan boleh menyambut bakal ‘banduan’ di lapangan terbang esok hari.

Selain berceramah, Anwar juga dimaklumkan akan mengadakan perjumpaan dengan Ahli Majlis Pimpinan Negeri Sarawak bagi membincangkan perkara-perkara semasa khususnya Pemilihan PKR 2014.

Umum mengetahui Anwar kini berhadapan dengan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail yang juga penyandang bagi kerusi Presiden PKR dalam pemilihan PKR 2014 suatu sejarah pertandingan dalam parti politik di Malaysia yang melibatkan suami melawan isteri.

Demi menunjukkan kerjasama yang erat dengan DAP dan PAS, PKR secara rasmi akan menjemput wakil-wakil mereka itu kerana ‘bos’ besar Pakatan Pembangkang akan turun ke Kuching.


Mahu tidak mahu pimpinan DAP dan PAS terpaksa hadir biarpun tidak berpeluang untuk berceramah biarpun terpaksa menjadi tetamu untuk meramaikan majlis.
 

AZMIN ALI TIDAK DAPAT BEZAKAN PEMBANGUNAN NEGERI SARAWAK DENGAN 12 NEGERI DI SEMENANJUNG


Semua ini kerana kempen jawatan Timbalan Presiden PKR sehingga sanggup menolak realiti pembangunan sebenar di Sarawak dengan membandingkan keluasan 12 buah negeri di Semenanjung.

Azmin Ali yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR berada di Kuching dalam rangka lawatan kempen ke Sarawak bersempena Pemilihan PKR 2014.

“Kami cintakan negara kita terutama Sarawak yang kaya dengan hasil balak dan galian, jadi kami ingin memastikan ini semua diberi balik kepada rakyat berdasarkan agihan yang adil,” katanya pada sidang media.

Atas sebab itu, Azmin Ali sanggup menidakkan apa yang telah dilakukan kerajaan BN di Sarawak selama ini dalam membangunakan Sarawak yang hampir seluas Semenanjung dengan hanya sebuah kerajaan berbanding Semenanjung yang ada 12 negeri.

Dengan perbandingan ini adalah sangat tidak adil bagi kenyataan Azmin yang seharusnya membandingkan negeri-negeri di Semenanjung khususnya Kelantan dan Pulau Pinang.

PKR mungkin boleh berbangga dengan Selangor biarpun mereka mengambilalih pemerintahan Selangor yang telah maju sehingga rakyatnya terpaksa mengangkat air menggunakan baldi hanya disebabkan catuan.

Namun, semasa pemerintahan PKR dan Pakatan Pembangkang, Selangor tidak habis-habis dilanda musibah sehingga telah menjejaskan kualiti dan kebajikan rakyat.


Itulah pembangkang yang tidak dapat menerima realiti sebenar apa yang berlaku hari ini sebaliknya masih bermain dengan fantasi.
 

KERANA JAWATAN SAIFUDDIN NASUTION SANGGUP PERTIKAI SOKONGAN BN TERHADAP HUKUM HUDUD PAS


Walau apa pun kenyataan calon jawatan Timbalan Presiden PKR, Saifuddin Nasution terhadap BN mengenai sokongan hukum hudud yang akan dibawa PAS dalam Dewan Rakyat, ia sebenarnya bersifat meraih undi dalam Pemilihan PKR 2014.

Biarpun kepimpinan tertinggi PKR mengatakan PKR menolak pelaksanaan hukum hudud yang cuba dibawa PAS di Dewan Rakyat, namun tidak semua di kalangan pemimpin mahupun penyokong PKR menolak hukum hudud itu.

Atas sebab itu, Saifuddin terpaksa mengeluarkan kenyataan menyindir agenda politik BN yang dikatakan mempunyai agenda tersembunyi dalam menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa sokongan terbuka pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak menunjukkan kesungguhan UMNO dan BN untuk melaksanakan hukum syariat itu.

"Sedetik pun saya tiada keyakinan UMNO jujur untuk menyokong melaksanakan hukum hudud ini.

Ini susulan daripada kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa hukum hudud bakal jadi kenyataan berdasarkan maklum balas positif secara terbuka termasuk pimpinan tertinggi UMNO.

Sebaliknya tegas Saifuddin, sokongan UMNO dan BN ini didakwa hanya semata-mata untuk memecahbelahkan parti komponen Pakatan Pembangkang seperti mana yang berlaku kepada Barisan Alternatif pada 2004.

Jelas kini bahawa PKR mahupun DAP tidak mahu melihat hukum hudud ini dilaksanakan disebabkan sekiranya BN menyokong usaha PAS maka ia akan memberikan impak negatif terhadap hubungan mereka dengan PAS dalam Pakatan Pembangkang.


Apa pun kini dengan tindakan PKR yang majoritinya pemimpin Islam jelas telah dan tidak mahu melihat undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia hanya kerana hubungannya dengan DAP yang dikatakan jelas mempunyai agenda untuk menidakkan syiar Islam di Malaysia.
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger