PENYOKONG PEMBANGKANG HINA KAUM DAYAK SARAWAK APABILA PKR KALAH TERUK DALAM PRK DUN BALINGIAN



Kekalahan teruk PKR dalam PRK DUN Balingian sedikit pun tidak memberi kesan kepada pemimpin PKR Sarawak kerana mereka tahu dan percaya untuk menang di DUN Balingian bukan mudah kerana rakyat Sarawak masih setia terhadap BN.

Malah, kehadiran PKR dan Pakatan Pembangkang di DUN Balingian hanya untuk menurunkan majoriti BN dan ‘test’ untuk PRN Sarawak akan datang serta tidak lebih dari itu.

Bagaimanapun, penyokong PKR di Semenanjung meroyan apabila kecewa melihat parti kebanggaan mereka, PKR kalah teruk dalam PRK DUN Balingian.

Biadapnya apabila penyokong PKR di Semenanjung yang bernama Zaidi Die dan Syed Said Sayyid sedikitpun tidak menghormati kaum Dayak yang merupakan kaum terbesar di Sarawak yang mana turut menganggotai PKR Sarawak.

Lebih memeranjatkan apabila komen pedas mereka diselitkan dengan perkataan yang kurang ajar sehinga benar-benar menyentuh hati rakyat Sarawak.

Ini bukan kali pertama parti politik pembangkang mahupun penyokong pembangkang bersikap biadap terhadap kaum Dayak kerana sebelum ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pernah melabelkan kaum Dayak masih bercawat sebab itu tidak pandai mengundi.

Jelas, komen penyokong pembangkang ini cuba untuk memecahbelahkan kaum di Sarawak dengan melabelkan rakyat Sarawak dengan pelbagai macam cara.

Disarankan kerajaan Sarawak tidak membenarkan kedua-dua penyokong PKR ini memasuki Sarawak kerana jelas mempunyai niat untuk menghasut dan memecahbelahkan rakyat Sarawak.

Apa yang pasti rakyat Sarawak tetap menolak parti PKR, PAS mahupun DAP kerana parti itu semua parti dari Semenanjung.


Sarawak untuk rakyat Sarawak, biarlah rakyat Sarawak yang memerintah dan mentadbir negeri Sarawak dan semestinya rakyat Sarawak tidak menerima parti politik dari luar seperti Pakatan Pembangkang.
 

ANALISIS #PRKBalingian KEMENANGAN BESAR BN INSPIRASI PRN SARAWAK KE-11


Cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu menyaksikan BN Sarawak memperoleh majoriti melebihi 6,000 undi pada PRK N.51 Balingian akhirnya terlaksana dengan komitmen petugas-petugas kempen BN sama ada di peringkat parti mahupun petugas sukarelawan.

BN memperoleh 8,194 undi berbanding PKR yang hanya mendapat 1,283 undi dan 146 undi ditolak menjadikan BN menang dengan majoriti 6,911 undi melebihi majoriti 5,154 undi terdahulu yang pernah dicapai sebelum ini.

Kemenangan BN semalam merupakan suatu kemenangan manis buat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang genap sebulan memegang jawatan Ketua Menteri selepas mengambilalih jawatan itu daripada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ujian pertama Adenan sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi BN Sarawak telah berjaya dilalui dengan jayanya dan ini sangat memberi peransang kepada BN Sarawak untuk mencapai kejayaan yang lebih banyak pada masa akan datang terutama persiapan menghadapi PRN Sarawak Ke-11 kelak.

Bagaimanapun kejayaan ini bukan suatu yang mudah tanpa bantuan banyak pihak terutama petugas kempen yang banyak membantu mempengaruhi pengundi untuk terus menyokong BN biarpun mendapat ancaman besar daripada PKR dan Pakatan Pembangkang.

Apakah dengan ketidakhadiran beberapa pemimpin kanan PKR yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak mempengaruhi keputusan PRK N.51 Balingian?

Jawapan ini sedikit mempengaruhi biarpun secara total pengundi memilih calon BN disebabkan komitmen berterusan pemimpin BN dan kerajaan dalam memajukan Sarawak dan khususnys DUN Balingian.

Sebaliknya, penguatkuasaan imigresen ke atas pemimpin kanan PKR hanya sebagai amaran bahawa kerajaan Sarawak komited untuk menjaga keharmonian kaum yang kini dilihat sedang pincang selepas PRN Sarawak Ke-10 ekoran dipengaruhi pemimpin politik pembangkang.

Begitupun tidak semua pemimpin PKR mahupun Pakatan Pembangkang yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Kehadiran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor serta beberapa pemimpin PAS dan DAP dari Semenanjung menunjukkan kerajaan Sarawak masih berperikemanusian.

Keputusan PRK N.51 Balingian ini juga menunjukkan sokongan pengundi Cina telah mula beralih kepada BN biarpun mendapat tentangan hebat daripada fitnah pemimpin Pakatan Pembangkang semasa kempen di Boulevard City, Mukah.

Lebih memberansangkan apabila pengundi Bumiputera Sarawak terus menerus memberikan sokongan terhadap BN biarpun PKR meletakkan calon Melanau Islam pada PRK DUN Balingian ini.

Kelebihan calon BN yang merupakan anak tempatan dan kerjayanya sebelum ini yang banyak berlatarbelakangkan membantu rakyat menjadi teras mengapa pengundi memilih Yussibnosh Balo pada PRK DUN Balingian.

Di sebalik kemenangan besar BN ini kelemahan yang paling ketara yang boleh dilihat di sepanjang kempen PRK DUN Balingian ini ialah sikap ahli-ahli BN Mukah yang kelihatan bersahaja tanpa sebarang idea bernas dalam berkempen.

Lebih memburukkan keadaan masalah di beberapa ranting yang tidak memasang poster calon BN pada saat akhir dan kelembapan ahli-ahli parti menggerakkan pengundi juga tiada satu pun poster berkaitan calon BN melainkan poster dan flyers yang dihasilkan pengamal media sosial yang proBN dalam membantu kempen di dalam media sosial.

Dalam pada itu, calon BN selepas ini perlu pergi ke beberapa ranting dan kampung bagi meredakan ketidakpuasan hati mereka di mana semasa kempen beliau tidak pergi melawat ekoran kelemahan BN Mukah mengatur perjalanan kempen calon BN.

Namun, kelemahan jentera BN Mukah berjaya dibantu oleh sukarelawan penyokong BN daripada segenap ceruk daerah, bahagian dan negeri dalam bersama membantu kemenangan BN dengan sasaran majoriti melebihi 6,000 undi.


Selepas ini BN Sarawak perlu melakukan bedah siasat ke atas beberapa kelemahan berkempen khususnya mengenai cara berkempen, cara menangani isu yang dibawa Pakatan Pembangkang dan yang penting bagaimana BN ‘menyerang’ Pakatan Pembangkang dalam pelbagai isu seperti mana yang sedang dilakukan Pakatan Pembangkang ketika ini semasa berceramah di kempen PRK DUN Balingian.
 

#PRKBalingian ORANG CINA MAJORITI HADIR DI KEMPEN CERAMAH PKR DI DUN BALINGIAN


Sikap penduduk dan pengundi Cina di DUN Balingian yang masih menyokong pembangkang tidak berubah biarpun mereka yang tinggal di Pasar Mukah telah dibangunkan kerajaan.

Berdasarkan keputusan mengundi PRU-13 dan PRN Sarawak Ke-10 DUN Balingian, Daerah Mengundi Mukah yang merupakan majoriti Cina mencatat sokongan tinggi terhadap pembangkang.

Biarpun semua pembangunan yang ada di Mukah ini dinikmati penduduk Cina namun kerana sikap Cina itu sendiri yang tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan menyebabkan mereka tetap menyokong pembangkang khususnya DAP.

Berdasarkan ceramah pembangkang yang diadakan sebanyak 3 kali di Boulevard City ternyata penonton yang paling ramai dan kuat bertepuk tangan ialah masyarakat Cina.

Tanpa segan silu mereka ini menyahut dan menjerit mmeburukkan kerajaan BN seperti mana yang dilaungkan pemimpin pembangkang semasa berceramah.

Ternyata PRK DUN Balingian ini akan terus menyaksikan pengundi Cina masih memihak kepada pembangkan biarpun yang bertanding itu PKR dan bukan DAP.

Justeru, dicadangkan supaya BN memfokuskan saja keperluan penduduk Bumiputera berbanding Cina yang ternyata tidak akan menyebelahi BN dalam pilihan raya.


Berdasarkan rekod, pengundi Melayu/ Melanau dan Bumiputera Sarawak masih memihak kepada BN dan seharusnya mereka ini diberikan perhatian sewajarnya untuk menikmati pembangunan.
 

#PRKBalingian RAKYAT DUN BALINGIAN TOLAK KEHADIRAN PETUGAS PKR DARI SEMENANJUNG


Seolah-olah apa yang dirancang di sepanjang kempen PKR di DUN Balingian tidak menjadi dan gagal, PKR akhirnya terpaksa meminta bantuan PKR Selangor bagi membantunya melaksanakan kempennya.

Kehadiran pemimpin ADUN PKR Selangor bersama jentera partinya di DUN Balingian telah merancakkan kempen PRK DUN Balingian dengan kehadiran ‘orang-orang Malaya’.

Kehadiran mereka ini secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan mereka khususnya para peniaga makanan.

Begitupun, bantuan kempen PKR dari Semenanjung telah tidak diterima penduduk DUN Balingian biarpun mereka mengadakan lawatan dari rumah ke rumah.

Hasrat petugas PKR untuk berkempen dari rumah ke rumah amat tidak disenangi penduduk DUN Balingian sehingga memaksa mereka menutup pintu dan tidak menerima kehadiran mereka khususnya yang datang daripada luar Sarawak.

Akibatnya banyak kempen PKR yang dilaksanakan oleh ‘orang-orang Malaya’ gagal mencapai misinya dan ada yang pulang hampa dan kecewa sehingga menganggap penduduk DUN Balingian telah diracuni kempen BN.


Kepada petugas kempen PKR dari Semenanjung, hormatilah budaya dan kehendak orang-orang Sarawak di DUN Balingian serta terimalah seadanya.
 

#PRKBalingian CERAMAH MENTERI BESAR SELANGOR KHALID IBRAHIM JALAN TERAKHIR PKR DI DUN BALINGIAN


Kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kempen ceramah PKR dua hari sebelum hari pembuangan undi DUN Balingian sedikit sebanyak meredakan ketegangan dan kegelisahan pemimpin PKR Sarawak.

Ini ekoran penahanan beberapa pemimpin PKR yang ‘hardcore’ dengan tidak dibenarkan memasuki Sarawak tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan kerajaan Negeri Sarawak.

Seperti biasa Khalid Ibrahim yang kini tidak sehaluan dengan kepimpinan PKR Pusat cuba untuk meraih sokongan pengundi DUN Balingian dengan mengadakan ceramah PKR di Boulevard City di hadapan kira-kira 200 orang dengan kebanyakannya pemimpin dan petugas PKR dan DAP serta PAS dari luar kawasan Mukah.

Menjadi kebiasaan pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang Selangor akan menjual ‘ubat’ yang telah dijanjikan kerajaan Negeri Selangor kepada rakyatnya semasa PRU 2008 dan PRU 2013 lepas.

Cerita lama berulang kembali dengan mengatakan kerajaan Negeri Selangor prihatin kepada rakyatnya dengan menunaikan janji-janji manifesto pada pilihan raya.

Biarpun ucapan Khalid Ibrahim tidak sepedas pemimpin-pemimpin hardcore PKR namun jika diselidiki ia mampu meracuni penduduk DUN Balingian.

Tidak semudah itu penduduk DUN Balingian diperbodohkan kerana apa yang berlaku di Semenanjung khususnya Negeri Selangor juga diketahui penduduk Mukah ini dengan jaringan telekomunikasi yang baik.

Kehadiran Khalid Ibrahim di Mukah semalam juga menarik perhatian beberapa wartawan tempatan yang mahukan penjelasan mengenai hubungan beliau dengan pemimpin PKR Pusat seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang dikatakan renggang ekoran tindakannya menandatangani Perjanjian Langat 2 yang sangat tidak dipersetujui pemimpin Pakatan Pembangkang Selangor.


Begitupun, seperti mana sikapnya sekarang Khalid tidak keberatan memberikan reaksi dengan soalan-soalan pedas yang boleh menjejaskan pemilihan PKR yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.
 

#PRKBalingian MAK LAMPIR JUGA SENASIB DENGAN TIAN CHUA DAN RAFIZI RAMLI


Selepas beberapa pemimpin kanan PKR Pusat tidak dibenarkan memasuki Sarawak, kini giliran Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin juga dihantar balik ke Semenanjung kerana tersenarai antara nama yang tidak dibenarkan memijak bumi Sarawak.

Sebelum ini Zuraida yang terkenal dengan sikap mencarut terhadap pemimpin BN tidak mempunyai apa-apa masalah memasuki Sarawak, tetapi dengan larangan ini menyebabkan beliau kini bukan lagi pengunjung tetap Sarawak.


Zuraida yang cuba memasuki Sarawak menerusi Lapangan Terbang Sibu tengah hari tadi tidak dibenarkan memijak bumi Sarawak tatkala beliau merungut dan memarahi Ketua Menteri Sarawak dan kerajaan Sarawak.

Dengan mengenakan larangan ini secara langsung telah menyelamatkan rakyat Sarawak daripada anasir-anasir jahat pemimpin pembangkang yang terkenal dengan budaya samseng dan luar tabii.
 

#PRKBalingian ANWAR IBRAHIM DAN PKR DICABAR SAMAN KERAJAAN SARAWAK


Susulan daripada ketidakpuasan hati pemimpin PKR yang dihantar balik kerana tidak boleh memasuki Sarawak, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dicabar untuk menyaman kerajaan Negeri Sarawak.

Selain Anwar, PKR yang dibarisi beberapa peguam juga dicabar menyaman sebagai rasa tidak puas hati.

Mungkin dengan menerusi tindakan menyaman itu dapat memberikan mereka kepuasan yang sememangnya terkenal dengan tindakan saman menyaman.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencabar Anwar dan PKR mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman beliau dan kerajaan negeri jika tidak berpuas hati dengan tindakan melarang individu tertentu dari semenanjung memasuki Sarawak.

Tindakan Anwar itu seolah-olah beliau tidak bersyukur kerana beliau masih dibenarkan memasuki Sarawak biarpun kerajaan Negeri Sarawak boleh mengenakan sekatan ke atasnya.

Sarawak tidak memerlukan campur tangan orang luar untuk menentukan hala tuju dan masa depannya dan orang luar tidak perlu datang ke negeri ini untuk menimbulkan kekacauan.

Sarawak sudah cukup aman, malah rakyatnya hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni walaupun berbeza kepercayaan agama dan etnik budaya.

Beliau turut menyokong tindakan melarang siapa sahaja dari Semenanjung yang memasuki negeri ini dengan niat untuk menimbulkan kekacauan.

Pada 21 Mac lepas Adenan berkata kerajaan negeri akan menggunakan hak Imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan mana-mana ekstremis kaum atau agama atau menghantar mereka balik menurut undang-undang yang ada.


Kini, kerajaan Negeri Sarawak mengotakan janjinya untuk menjaga keharmonian kaum daripada anasir-anasir jahat pemimpin pembangkang daripada Semenanjung.
 

#PRKBalingian PKR TERSALAH SANGKA PASAL ADENAN SATEM


Mungkin beliau suka bergurau juga suka berjenaka dan suka menghiburkan rakyat, tetapi tiada siapa tahu dalam kejenakaannya beliau sangat tegas khususnya dalam memelihara rakyat Sarawak.

Anggapan orang bahawa kejenakaan Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem itu akan memperlihatkan kelemahannya, tetapi pandangan itu meleset.

Belumpun sebulan beliau memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak, Adenan telah menunjukkan taringnya dengan tidak membenarkan pelampau budaya dan agama singgah kakinya melepas sempadan imigresen lapangan terbang untuk menjejaki kaki di bumi Sarawak.

Ketegasan beliau bersebab dan tidak mahu melihat rakyat Sarawak yang terkenal dengan budaya sopan santun dan lemah lembut terjebak dengan budaya jahat yang cuba dibawa pemimpin pembangkang.

Selepas Adenan menyampaikan ucapannya di Kingwood Resort dengan menyatakan akan menguatkuasakan akta imigresen bagi menghalang pemimpin dan mereka yang ekstrim hingga boleh mencetuskan perpaduan kaum di Sarawak, tiada seorangpun pemimpin pembangkang yang mengambil endah kenyataan itu kecuali selepas Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution dihantar balik dan tidak dibenarkan berada di Sarawak.

Selepas Saifuddin, diikuti Tian Chua, Rafizi Ramli, Nik Nazmi dan terbaru Zuraida Kamaruddin telah tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Begitupun, beberapa ADUN yang pertama kali datang ke Sarawak dan tidak mepunyai rekod seperti ADUN DAP Howard Lee dan seorang ADUN PKR Negeri Sembilan.

Dengan membawa budaya samseng, pemimpin PKR dan DAP menjerit-jerit sambil menghentam kerajaan Bn dengan perkara yang bukan-bukan.

Hasilnya ada sebilangan penduduk Balingian kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang yang menabur fitnah kerana mereka percaya kerajaan BN telah berjaya menaikkan sosoiekonomi mereka.

Selepas beberapa pemimpin PKR dihalang memasuki Sarawak, Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam kenyataannya membidas tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak itu dan turut menyifatkan Ketua Menteri yang baru ini memang seorang yang sombong dan angkuh.

Beliau turut menyalahkan pihak Barisan Nasional di atas insiden ini sambil menuduh bahawa pihak kerajaan negeri Sarawak telah mengikut telunjuk BN untuk menghalang pemimpin Pakatan Rakyat dari membantu calonnya dalam kempen sempena PRK Dun Balingian.

“BN jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat dari berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” ujar Surendran kepada media.


Jika pemimpin PKR tidak bersetuju dengan tindakan mengenakan sekatan harus diingat bahawa majoriti rakyat Sarawak bersetuju dengan ketegasan Ketua Menteri Sarawak dalam merealisasikan hasratnya untuk tidak mahu melihat pengaruh budaya samseng menular ke Sarawak.
 

#PRKBalingian PKR SETUJU ANAK TEMPATAN PILIHAN PENDUDUK DUN BALINGIAN


Penceramah PKR di Judan mengakui bahawa hanya anak tempatan sahaja yang berupaya memaju dan membangunkan DUN Balingian.

Melihat kepada biodata kedua-dua calon PKR dan BN, ternyata calon BN Yusshibnosh Balo merupakan pilihan tepat penduduk berbanding calon PKR, Abdul Jalil Bujang.

Dilahir dan dibesarkan di Tellian dalam DUN Balingian dan pernah merasai kesusahan sebelum diangkat sebagai calon BN, beliau yang terkenal dengan sikap ramah dan mudah didekati sewaktu menjawat jawatan Pegawai Daerah Dalat merupakan calon sesuai.

Berbeza dengan calon PKR, yang mengatakan dirinya orang asal tetapi tidak pernah menetap di DUN Balingian sebaliknya beliau dilahir dan dibesar serta banyak menghabiskan masa di Bintulu.

Bagaimanakah beliau mampu menjadi pemimpin jika tidak berada di kawasan dan pastinya tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan rakyat mahupun menyelesaikan masalah rakyat.


Alangkah baiknya jika rakyat dan pengundi DUN Balingian memilih calon tempatan yang pastinya benar-benar mahu berkhidmat dari rakyat untuk rakyat.
 

#PRKBalingian KETUA CABANG PKR SANTUBONG PUTAR BELITKAN BR1M


Apakah niat sebenar Ketua Cabang PKR Santubong yang mengatakan kerajaan hanya memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM650 dan bukannya RM1,200 seperti yang dijanjikan pada PRU-13.

Apakah beliau mempunyai niat untuk memfitnah atau menipu penduduk di DUN Balingian berkaitan soal BR1M?

Yang pasti fakta yang diberikan itu tidak benar sebaliknya kerajaan akan menaikkan kadar BR1M setiap tahun sehingga RM1,200 jika terus memilih BN sebagai parti pemerintah.

Ternyata apa yang dinyatakan Ketua Cabang PKR Santubong itu berniat jahat dan cuba untuk memburukkan kerajaan BN yang selama ini prihatin dengan keperluan rakyat.


Begitupun, kerajaan telah menunaikan janjinya apabila kerajaan BN telah menaikkan kadar BR1M daripada RM500 kepada RM650 dan RM50 lagi untuk insuran nyawa sesuatu yang tidak pernah difikirkan pemimpin PKR.
 

#PRKBalingian PEMIMPIN PKR SEBAR JANJI-JANJI PALSU UNTUK RAIH UNDI DI JUDAN, MUKAH




Sebelum ini pemimpin PKR mengecam pemimpin BN kononnya hanya pandai berjanji ketika pilihan raya tetapi tidak dilaksanakan.

Oleh sebab itu, PKR mahu rakyat di DUN Balingian tidak termakan dengan janji-janji BN yang disifatkannya sebagai janji palsu.

Jika pemimpin pembangkang marah kepada BN kerana berjanji, apa kurangnya dengan PKR di mana dalam kempen PRK DUN Balingian ini di Judan, Ketua Cabang PKR Santubong, Murni Samsudin telah berjanji akan membawa lebih banyak projek pembangunan di DUN Balingian.

Persoalan, di manakah pemimpin PKR memperoleh dana untuk membangunkan DUN Balingian kerana mereka bukan pemerintah?

Apakah selama PKR dan DAP yang menang di beberapa kawasan DUN dan Parlimen di Sarawak telah berjaya membangunkan kawasan pedalaman?

Hakikatnya selama ini pemimpin PKR dan DAP yang menang di DUN dan Parlimen merupakan kawasan yang telah dibangunkan kerajaan BN sebelum ini.

Cuba senaraikan pembangunan yang dibawa pemimpin PKR dan DAP di Sarawak?

Sepanjang kempen PRK DUN Balingian, BN telah mengotakan beberapa janji PRN Sarawak Ke-10 lepas khususnya yang melibatkan beberapa permintaan penduduk tempatan.

Manakala, janji BN yang melibatkan pembangunan khususnya sekolah dan keperluan asas dalam perancangan dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.


Perkara ini memerlukan perancangan dan mematuhi proses yang telah ditetapkan supaya segala perancangan yang dijalankan mengikut jadual dan piawaian yang dibenarkan.
 

#PRKBalingian PENDUDUK BALINGIAN TERKEJUT DENGAN KEMPEN CERAMAH PAKATAN PEMBANGKANG


Biarpun tanpa kehadiran penuh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang terpaksa balik awal kerana perlu di Mahkamah Tinggi bagi mendengar keputusan kes liwatnya, Pakatan Pembangkang tetap bersemangat dengan kehadiran beberapa pemimpin DAP dari Perak dan PKR dari Negeri Sembilan.

Bermula jam 7.00 malam dimulakan dengan ceramah Anwar yang sempat bercakap kurang 15 minit sebelum meninggalkan majlis untuk menuju ke Lapangan Terbang Sibu.

Selepas itu, ceramah diteruskan dengan beberapa pemimpin PKR Sarawak dan DAP Sarawak sama ada YB atau bukan YB. Nescaya, malam tadi merupakan malam PKR dan DAP.

Begitupun ramai penduduk tertanya-tanya di manakah pemimpin PAS yang merupakan sebahagian daripada keluarga Pakatan Pembangkang?

Ini disebabkan tiada seorang pun pemimpin mahupun penyokong PAS yang hadir atau memberikan ucapan.

Apakah PAS merajuk dengan PKR dan DAP di mana sebelum ini PAS pernah menunjukkan hasrat untuk bertanding di DUN Balingian?

Apa pun majoriti pemimpin PKR dan DAP berceramah dengan membawa isu lapuk dan isu nasional yang hanya berlaku di negeri mereka sahaja tanpa melibatkan negeri Sarawak.

Selain isu pembangunan, pemimpin Pakatan Pembangkang juga menyelit isu yang melibatkan kehilangan pesawat MH370 dengan menyalahkan kerajaan kononnya tidak profesional dalam menangani krisis kehilangan MH370.

Berdasarkan reaksi mereka yang hadir pada malam tadi jelas mereka terkejut dengan senario baru yang dibawa Pakatan Pembangkang khususnya dalam mengadakan ceramah.


Ini kerana budaya berceramah ini tidak pernah berada di Mukah ini melainkan mengadakan aktiviti dan sedikit ucapan tanpa perlu berteriak seperti orang gila. Ternyata mereka yang hadir sedikit terganggu dengan terikan dan laungan pemimpin PKR yang ternyata mengunakan sepenuhnya ruang ceramah biarpun setiap pemimpin hanya diberikan 10 minit sahaja untuk berucap.
 

#PRKBalingian BN MUKAH KETANDUSAN IDEA UNTUK BERKEMPEN DI DUN BALINGIAN


Memasuki saat genting ini, kempen politik PKR lebih ke hadapan dengan menggunapakai strategi ‘re attack’ berbanding BN yang masih menggunakan jalan selamat.

Biarpun rakyat Sarawak terkenal dengan sikap lemah lembutnya, tetapi dengan kemasukan beberapa pemimpin DAP yang merupakan ADUN DAP di Perak dan Negeri Sembilan serta terjemahan kepada strategi kempen baharu.

Malam tadi Ceramah Perdana PKR yang menghimpunkan beberapa pemimpin PKR Sarawak dan Pakatan Pembangkang Sarawak serta dibantu pemimpin Pakatan Pembangkang dari Semenanjung secara terus menerus menghentam Kerajaan BN di hadapan kira-kira 300 hadirin yang hadir.

Biarpun jumlah itu tidak ramai, tetapi teknik yang mereka gunakan amat berkesan dan dibantu dengan penyebaran media sosial bagi menghebahkan intipati ceramah mereka malam tadi.

Lebih menyedihkan tiada sebarang kempen ceramah daripada BN seperti mana yang dilakukan PKR pada malam tadi. Mungkin mereka berasakan kemenangan sudah menjadi milik BN dan sebab itu tidak memerlukan kempen sebegitu rupa.

Tahniah kepada PKR kerana telah berjaya ‘menghentam’ BN dalam tempoh 3 jam bermula dengan ucapan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan disusuli dengan ceramah daripada pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain.

Selepas ini difahamkan PKR dan Pakatan Pembangkang akan melakukan ceramah mengikut Daerah Mengundi dengan mensasarkan setiap kawasan yang telah dilawati BN pada minggu lepas dan sebelum ini.

Demikian juga PKR akan menggunapakai kempen tradisional seperti mana yang dilakukan BN seperti kempen dari rumah ke rumah yang sangat berkesan.

Malah, PKR juga telah menyebarkan risalah kempen mereka yang memfokuskan kepada kekurangan pembangunan.

Manakala, di pihak BN suatu risalah kempen pun tidak ada melainkan melakukan aktiviti lapangan sahaja.

Seharusnya BN perlu belajar daripada PKR dan Pakatan Pembangkang bagaimana berkempen politik.


Jika tidak, bagaimana hendak mempertahankan kemenangan dalam PRN Sarawak Ke-11 akan datang?
 

#PRKBalingian ANWAR IBRAHIM KINI BERDENDAM DENGAN KETUA MENTERI SARAWAK YANG BAHARU


Kepincangan lawatan Reformasi 2.0 Anwar Ibrahim di DUN Balingian, Sarawak tidak akan dilupakan seumur hidupnya tatkala telah mengaibkan PKR Pusat secara keseluruhannya.

Beberapa pemimpin PKR Pusat seperti Saifuddin Nasution, Tian Chua, Zuraida Kamarudin dan Nik Nazmi tidak dibenarkan memasuki Sarawak atas sebab mereka ini pemimpin politik yang berniat memecahbelahkan perpaduan kaum di Sarawak.

Ketiadaan beberapa pemimpin kanan PKR Pusat itu yang dihantar balik sejurus selepas sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Sibu benar-benar telah merencatkan cadangan Anwar hendak menimbulkan ketegangan kaum di Sarawak.

Ceramah Reformasi yang sepatutnya diadakan bagi membangkitkan kemarahan penduduk terhadap kerajaan BN Sarawak bertukar menjadi ceramah PRK DUN Balingian yang hanya dihadiri beberapa pemimpin PKR Sarawak dan dibantu ADUN DAP dari Perak dan Negeri Sembilan di mana mereka banyak bercerita tentang perkara lama dengan mengaitkan kesalahan BN.

Apa yang pasti Anwar kini ‘berdedam’ dengan Ketua Menteri Sarawak yang baharu yang dikatakan tegas dengan pendirian dan kini mula menampakkan taringnya.

Ketegasan ini bertujuan memelihara kemasukan anasir-anasir luar daripada Semenanjung yang membawa politik samseng yang sememangnya tidak dapat diterima penduduk Sarawak.

Mengikut aktiviti pembangkang seterusnya, Presiden PKR merangkap ADUN Kajang yang juga Puteri Air Mata, Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan hadir ke Balingian bagi berkempen dengan calon PKR, Abdul Jalil Bujang.

Persoalan, apakah Wan Azizah akan dibenarkan memasuki Sarawak atau menerima nasib yang sama dengan beberapa pemimpin kanan PKR Pusat yang lain?


Biarpun ramai yang melihat wajah Wan Azizah itu sayu, tetapi beliau pasti akan mengangkat isu keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman liwat sebagai modal ceramah politik di samping mempertahankan suaminya yang didapati benar-benar melakukan liwat.
 

#PRKBalingian ANWAR IBRAHIM HANYA SEMPAT BERUCAP KURANG 15 MINIT DI BALINGIAN


Jadual kempen bagi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di Balingian tergendala ekoran banyak faktor yang menyebabkan jadual asal banyak dipinda.

Bermula dengan beberapa pemimpin PKR Pusat yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan dihantar pulang terus ke Kuala Lumpur ekoran arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Antara pemimpin PKR Pusat yang tidak dibenarkan masuk dan dihantar pulang ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi.

Begitupun, Anwar dibenarkan masuk ke Sarawak sebagai menghormati beliau yang akan duduk di dalam penjara selama 5 tahun akan datang ini bagi menjalani hukuman meliwat.

Akibatnya, Anwar yang datang ke Sibu pada jam 4.00 petang di Lapangan Terbang Sibu hanya sebab meluangkan masa kira-kira 30 minit dalam aktiviti kempen di sebuah Rumah Panjang di Balingian.

Sebaik sahaja tamat program di Rumah Panjang Balingian, Anwar bersama calon PKR dan rombongan segera ke tapak ceramah di hadapan Boulervard City di mana ketika kira-kira 100 orang yang hadir kebanyakannya petugas dan penyokong PKR.

Dengan masa yang singkat, Anwar memberi sedikit ucapan di hadapan penyokong dan petugas PKR yang datang dari segenap bahagian dan pelusuk daerah dalam memberi kata-kata peransang dalam membantu kempen PKR di PRK Balingian.

Ucapan Anwar lebih menjurus keadaan yang terpaksa beliau hadapi sepanjang perjalanan ke Balingian ini serta suasana yang sedang dihadapi termasuklah keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes liwatnya yang akan didengari di Mahkamah Tinggi pada esok pagi.

Begitu juga dengan beberapa pemimpin PKR yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan dianggap menyalahgunakan kuasa. Selain itu, isu kehilangan MH370 juga dipolitikkan dengan menyalahkan kenyataan menteri bertanggungjawab tidak konsisten dan isu tanah menjadi isu berterusan pemimpin PKR ketika berceramah politik di Sarawak.

Selepas itu, Anwar bergegas meninggalkan majlis untuk pergi ke Lapangan Terbang Sibu pada petang itu juga bagi menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 9.00 malam.


Berikutan itu ramai penduduk Balingian berasa kecewa kerana gagal melihat wajah Anwar secara lebih dekat sebelum beliau menjadi penghuni tetap di penjara selama tempoh 5 tahun akan datang ini.
 

#PKRBalingian PEMIMPIN PKR PUSAT DISEKAT MEMASUKI SARAWAK


Hasrat pemimpin PKR Pusat untuk membantu calon PKR dalam PRK Balingian tidak kesampaian apabila tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan dihantar balik sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Sibu.

Sehingga tengahari ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin telah tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan dijangka beberapa lagi pemimpin PKR termasuk PAS dan DAP akan menerima nasib yang sama.

Mengikut pelan asal, satu ceramah Reformasi 2.0 akan diadakan di Balingian yang akan dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk menghasut rakyat Sarawak terhadap hukuman atas kesalahan meliwat yang dikenakan terhadapnya.


Ini susulan daripada tindakan pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang mengumumkan akan mengetatkan kemasukan pemimpin politik yang ekstrim sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum di Sarawak.
 

#PRKBalingian PENDUDUK BALINGIAN KECEWA DENGAN TUDUHAN PEMBANGKANG BAHAWA KILANG PRESS METAL MEMBAHAYAKAN


Penduduk setempat di Pekan Balingian berasa kecewa dengan sikap pemimpin PKR khususnya Fuziah Salleh, pemimpin PKR daripada Semenanjung yang mengeluarkan tohmahan berhubung Kilang Press Metal Sarawak.

Tindakan Fuziah yang memfitnah kononnya kilang Press Metal Sarawak mengeluarkan sisa kimia yang berbahaya kepada penduduk sehingga mengakibatkan udang di sungai tiada lagi.

Tohmahan itu sangat mengecewakan kerana selama ini punca rezeki mereka diperolehi menerusi kerjaya di Press Metal Sarawak. Dengan punca rezeki itu, mereka membesarkan anak-anak dan meningkatkan sosioekonomi penduduk.

Tuduhan itu sangat tidak berasas dan bertujuan untuk memburukkan pengusaha kilang Press Metal Sarawak demi agenda politik sempit Pakatan Pembangkang.

Ekoran beberapa tuduhan pemimpin Pakatan Pembangkang kononnya Kilang Aluminium Press Metal yang didirikan di kawasan Balingian berbahaya dan membahayakan penduduk setempat, akhirnya CEO Press Metal Sarawak (PMS) Datuk Paul Koon segera mengadakan sidang media bagi menjawab segala tohmahan tersebut.

Taklimat itu lebih menjurus kepada penerangan mengenai latar belakang Press Metal Sarawak, pengeluaran dan aspek keselamatan terhadap alam sekitar termasuklah juga mengenai prosedur kilang dan para pekerja mereka. PMS menggunakan teknologi terkini dan mengawal ketat terhadap pencemaran alam sekitar.

1. Aluminium merupakan bahan penting dalam kehidupan kita pada masa kini dengan memberi contoh: aluminium digunakan di dalam skrin televisyen, ipad dan sebagainya.
2. Kilang Press Metal Sarawak juga mengadakan pelbagai aktiviti di kilang ini khususnya kepada pekerja-pekerjanya dan juga penduduk setempat.
3. Sarawak pada masa kini mempunyai sumber tenaga yang banyak dan pengoperasian kilang aluminium di Mukah adalah suatu pilihan yang terbaik.
4. Kilang Press Metal Sarawak ini telah membekalkan aluminium ke seluruh dunia seperti Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara luar lain sekaligus menaikkan nama Sarawak dan Malaysia sebagai pengeluar aluminium untuk keperluan dunia.
5. Bercakap mengenai kandungan bahan tercemar dan berbahaya seperti fluoride particulate, Press Metal Sarawak telah mematuhi kehendak piawaian sedunia dan jauh lebih baik berbanding kilang aluminium yang ada di China.
6. Kepada beberapa NGO’s termasuklah pembangkang yang mengatakan Press Metal Sarawak membahayakan, pihak Press Metal Sarawak sangat mengalu-alukan kedatangan mereka untuk melihat sendiri proses dan keupayaan kilang dalam mengeluarkan aluminium.


Justeru, kepada Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang terkenal dengan isu Lynas seharusnya meminta maaf kepada penduduk Balingian di atas sikapnya yang memfitnah Press Metal Sarawak dalam kempen politiknya semasa berceramah politik di Pekan Balingian.
 

#PKRBalingian JIKA BN MENANG PEMBANGUNAN AKAN DITERUSKAN JIKA PKR MENANG BALINGIAN AKAN KETINGGALAN


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meminta penduduk Balingian meneruskan tradisi menyokong BN demi meneruskan pembangunan di Balingian ini.

"Kalau kami menang, kami boleh teruskan program pembangunan untuk Balingian. Kalau pembangkang menang, ia (Balingian) akan ketinggalan," katanya pada majlis bersama rakyat di Dewan Tun Abdul Rahman Yakub di Kampung Tellian Laut dekat sini Khamis.

Yussibnosh Balo, 48, daripada Barisan Nasional (BN) akan bertanding satu lawan satu dengan Abdul Jalil Bujang, 55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil pada 29 Mac ini.

BN perlu menjadi satu-satunya pilihan rakyat dahulu, kini dan selamanya dalam usaha mencapai negeri berpendapatan tinggi pada tahun 2030.

"Kalau Yussibnosh menang, beliau boleh berjumpa saya pada bila-bila masa untuk memohon dana bagi projek pembangunan. Tapi, kalau Abdul Jalil menang, beliau tidak ada kerajaan untuk menyokongnya," kata beliau.

Ketua menteri itu mengingatkan rakyat bahawa pembangkang hanya pandai mengkritik 'kiri, kanan dan dengan riuh'.

"Tapi, kesudahannya, hanya kerajaan yang boleh dan akan memberi khidmat," katanya.

Adenan yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Yussibnosh sebagai tanda terima kasih mereka kepada bekas wakil rakyat kawasan itu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

"Adalah sesuatu yang amat wajar rakyat membantu menyerahkan Balingian kepada BN sebagai tanda terima kasih dan penghormatan mereka kepada Taib atas sumbangan beliau yang tidak terkira jumlahnya," kata beliau.


Terdahulu, Anggota Parlimen Mukah Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, yang juga pengarah gerakan BN bagi pilihan raya kecil itu, berkata kini terserahlah kepada rakyat untuk menentukan sama ada mereka mahu kerajaan meneruskan rancangan pembangunan yang telah dirintis oleh Taib.
 

#PRKBalingian HASRAT PEMIMPIN PEMBANGKANG SEMENANJUNG DATANG KE SARAWAK KINI SEMAKIN TIPIS



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem mengingatkan pemimpin pembangkang yang kerap membuat ‘onar’ dan perlakuan tidak senonoh sehingga boleh memecah-belah perpaduan rakyat Sarawak tidak akan dibenarkan memasuki Sarawak.

Ini kerana Sarawak mempunyai hak bagi menghalang pemimpin pembangkang yang mempunyai rekod dipenjara dan pencetus kepada kekecohan melampau kaum dan agama sehingga mengakibatkan timbul bibit-bibit kebencian.

Kenyataan Adenan ini bukan bermaksud beliau angkuh tetapi sebaliknya bertujuan untuk menjaga kemakmuran dan keamanan negeri adalah sebahagian daripada tugasnya sebagai Ketua Menteri.

“Saya bukan angkuh tetapi sebagai Ketua Menteri tanggungjawab utama saya ialah melindungi keamanan dan keharmonian di negeri ini.

“Saya juga mempunyai senarai nama mereka yang bersikap sebegini (pembuat kacau, pelampau kaum dan agama) dan saya berhasrat untuk menambah senarai nama itu bagi menghalang lebih ramai pembuat kacau,” ujarnya.

Ketegasan terbaru ini memberikan gambaran bahawa hasrat beberapa pemimpin PKR dan pembangkang yang akan hadir ke Balingian ini sebagai usaha memberikan sokongan kepada calon PKR sebaik selesai #PRKKajang.

Harus diingat bahawa Sarawak juga mempunyai kuasa imigresen untuk menghalang kemasukan golongan tersebut.

Perkara ini pernah berlaku dalam PRN Sarawak 2011 di mana kehadiran pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang bukan sahaja menimbulkan kekacauan bahkan mencetuskan pergaduhan.

Insiden di mana penyokong PKR dari Semenanjung yang menyamar sebagai media dan cubaan untuk memasuki dewan pengundian dan telah dikesan serta cuba menumbuk Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadilah Yusof.


Perlakuan itu telah mendapat liputan meluas media online dan televisyen serta akhbar sehingga majoriti rakyat Sarawak mahu kerajaan negeri bertindak tegas terhadap penyokong PKR dan pembangkang dari Semenanjung agar tidak terus menimbulkan kekecohan.
 

#PRKKajang KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM BERSAMA ANAKNYA NURUL IZZAH SERTA PENGIKUTNYA MENINJAU PRK DUN KAJANG

  
Selepas kecewa kerana tidak dapat bertanding dalam #PRKKajang, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bersama anaknya, Nurul Izzah meninjau perjalanan pilihan raya kecil yang membabitkan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.


Andai sekiranya calon PKR menang dalam #PRKKajang, ini bermakna anak beranak Anwar Ibrahim akan menjadi YB dan berkuasa bukan sahaja ke atas PKR bahkan ke atas Pakatan Pembangkang.


Ini dapat lagi mengukuhkan kedudukan keluarga Anwar Ibrahim di dalam PKR dan sekaligus menukar objektif PKR hanyalah untuk Anwar Ibrahim dan keluarga.
 

#PRKKajang TEKS KENYATAAN PENUH MENTERI BESAR SELANGOR KEPADA PENGUNDI DI DUN KAJANG


Hari ini, keputusan yang saya buat tidak perlu lagi berdasarkan desakan rakan-rakan yang gilakan kuasa tetapi biarlah rakyat yang menjadi keutamaan dan rujukan saya. Saya sanggup ditekan oleh rakan-rakan parti dan hilang jawatan daripada melihat kesengsaraan rakyat Selangor. Saya berharap, dengan perjanjian projek Langat 2 yang telah saya tanda tangan baru-baru ini mampu menebus dosa akibat kegagalan yang telah saya lakukan sebelum ini. Negeri Selangor bukan milik saya dan bukan juga milik pemimpin parti yang lain, tetapi ianya adalah milik rakyat.

Mungkin anda tidak sedar yang hari ini terlalu ramai yang mahu menjadi ketua pemerintah di bumi kaya ini. Bumi Selangor yang penuh dengan industri adalah antara penyumbang ekonomi kepada Malaysia. Saya sedar secara dalaman juga ada yang mendesak agar saya lepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana sikap saya yang terlalu mementingkan tadbir urus negari berbanding parti. Jawapan saya mudah, Selangor bukan untuk Pakatan Rakyat mahupun untuk Barisan Nasional tetapi Selangor adalah hak milik watan Selangor. Jangan permainkan hak mereka kerana kepentingan peribadi.

Menolak bukan beerti menentang, tetapi pilihan harus dibuat untuk kesejahteraan bersama.

Saudara/saudari sekalian....

23 Mac 2014 bukan soal PR menang atau BN menang, tetapi ianya jauh daripada itu. Bukan saya mahu PR kalah dalam PRK ini, tetapi kekalahan PR barangkali boleh menyelamatkan amanah Rakyat Selangor selama ini. Saya tidak pasti sejauh mana rakyat Selangor sedar yang selama ini YB Azmin Ali yang sentiasa bermusuh dengan saya kerana beliau tidak diberi tempat dalam pentadbiran negeri Selangor. Pada saya, politikus bukanlah pentadbir yang baik kerana kepentingan parti menjadi keutamaan mereka berbanding rakyat.

Saya bersyukur apabila DSAI tidak lagi calon pada PRK Kajang. Bukan kerana saya suka beliau dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, tetapi paling tidak desakan untuk saya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar tidaklah begitu kuat. Namun beliau mengambil jalan dengan meletakkan Kak Wan sebagai calon PRK Kajang seperti tiada bezanya. Suara Kak Wan adalah bisikan DSAI.

Rakyat Kajang yang saya kasihi...

Pilihan ditangan kita, apa guna jika PR menang tetapi amanah yang diberi nanti akan terus dikhianati. Bukan saya bermaksud untuk menangkan BN, tetapi jika itu jalanya untuk kita menyelamatkan bumi bertuah ini pilihan yang terbaik harus difikirkan semasak-masaknya. Sekali lagi saya ingatkan, suara rakyat adalah suara keramat dan amanah rakyat amanah hikmat.

Janganlah kita membenarkan tangan-tangan ghaib untuk hancurkan harapan masa depan anak dan cucu kita. Ketepi kan sementara soal politik murahan sebaliknya utamakanlah kesejahteraan syumul negeri Selangor tercinta.


Demi Selangor...
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger