GEMBIRANYA ANWAR IBRAHIM SEMASA BERADA DI JEPUN


Selepas kegagalan bertandang ke Jepun sebelum ini, Anwar Ibrahim sekali lagi mencuba dan terus mencuba memasuki Jepun.

Hasilnya beliau berjaya memasuki Jepun biarpun tanpa campur tangan kerajaan Malaysia seperti mana yang pernah didakwa Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa penahanannya tidak dibenarkan masuk ke Jepun adalah angkara kerajaan Malaysia.

Selepas berjaya memasuki Jepun, nama Anwar Ibrahim terus megah di Jepun dengan pelbagai paparan di akhbar tempatan seperti mana yang diperbesarkan Suara Keadilan milik PKR.

Berikut adalah beberapa tajuk utama semasa kehadiran Anwar Ibrahim ke Jepun;

Anwar Ibrahim antara pemimpin berkarisma dikenali ramai di Asia yang cuba membawa perubahan sosio-politik di Malaysia lapor media Jepun.
JB Press.

“Beliau dikenali kerana dengan pidatonya seperti ‘bintang rock’ bagi dunia politik hingga mampu membangkitkan semangat orang ramai yang mendengarnya,” tulis JB Press.

Anwar Ibrahim merupakan tokoh penting yang berusaha memimpin perubahan bagi mengubah lanskap politik selepas Malaysia diperintah hampir 60 tahun oleh parti yang sama semenjak kemerdekaan.

Semasa di Jepun, Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund di Tokyo, Jepun.

Tambah laporan tersebut, pandangan rakyat Malaysia yang mahu menukar kerajaan, mengubah sistem pilihan raya kepada lebih bebas dan adil selain kritikan terhadap pentadbiran yang rasuah mendapat sambutan luas di kalangan generasi muda.

“Kemungkinan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kuasa dalam pilihan raya akan datang tidak boleh dinafikan,” tulis laporan tersebut.


Hadir sama dalam delegasi itu ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Khalid Jaafar.
 

SEJARAH BAHARU SARAWAK TERCIPTA ADENAN SATEM ANGKAT SUMPAH KETUA MENTERI SARAWAK KE-5


Sejarah Sarawak tercipta apabila Menteri Tugas-Tugas Khas, YB Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem mengangkat sumpah selepas menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana pada pukul 9.40 pagi tadi.

Hadir sama di majlis itu, isterinya Puan Sri Jamilah Anu dan anak-anaknya.

Adenan mengambil alih jawatan itu daripada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu selama 33 tahun.


Hadir sama di majlis itu, menteri-menteri kabinet Sarawak dan pemimpin komponen BN Sarawak.
 

JAWATAN KETUA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK PUN HANGAT LAGI PANAS


Di sebalik cerita hangat pelantikan Ketua Menteri Sarawak yang baharu dan TYT Negeri Sarawak yang baharu, jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak juga hangat apabila penyandangnya ADUN Semop, YB Abdullah bin Haji Saidol tamat pada 28 Februari 2014.

Seperti mana yang dilaporkan akhbar Borneopost, 27 Februari yang menyatakan daripada sumber dalaman PBB, bakal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dijangka akan melanjutkan jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak berdasarkan prestasi terbaik yang pernah ditunjukkan beliau sepanjang memegang jawatan itu.

Sejak dilantik memegang jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak banyak pembaharuan dan idea kreatif telah ditunjukkan beliau khususnya di dalam Persidangan DUN Negeri Sarawak biarpun hanya berlatarbelakangkan pengendalian saham dan sedikit pengetahuan undang-undang.

Bagaimanapun, pastinya apabila bertukar ketua maka berlaku pertukaran seperti mana lazimnya dalam setiap jabatan mahupun pemerintahan.

Dikhabarkan ada muka baharu yang ‘berminat’ untuk memegang jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak seperti mana yang pernah diketahui sebelum ini.

Malah, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem juga sebelum ini mengesahkan akan berlaku sedikit rombakan kecil dalam kabinet Sarawak.

Antara nama yang disebut-sebut ke jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak itu ialah ADUN Jemoreng yang juga merupakan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Abu Seman Jahwi yang terkenal dengan tarian poco-poconya.

Seperti mana yang gembar-gemburkan penulis akhbar Borneopost, Abu Seman Jahwie ini mempunyai stamina yang tinggi dan ‘hubungan baik’ dengan rakyat apabila mampu menghadiri 5 program dalam masa sehari. Juga, mempunyai kelebihan bertutur dalam pelbagai bahasa di Sarawak.


Tidak keterlaluan juga dikatakan wajah Abu Seman Jahwi ini kerap terpampang di dada-dada akhbar tempatan Sarawak ketika mana menghadiri program di lapangan.
 

#PKRKacauBilau ZAID IBRAHIM JAWAB TUDUHAN SERANGAN DARIPADA RAFIZI RAMLI


Kini, bermulanya episod serangan peribadi Rafizi Ramli ke atas calon Bebas, PRK DUN Kajang, Datuk Zaid Ibrahim yang dahulunya pernah bersama Rafizi Ramli dan PKR.

Datuk Zaid Ibrahim dikatakan telah menyalahgunakan kuasa yang ada padanya dalam soal pemberian tender dan projek yang melibatkan kerajaan Negeri Selangor.

Jika sebelum ini, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin pernah menyerang peribadi calon BN demi kesungguhan untuk memenangkan calon PKR dalam PRK DUN Kajang, Anwar Ibrahim.

Terbaru, Rafizi telah membuka ruang dan peluang seluas-luasnya bagi menyerang peribadi Zaid Ibrahim yang ‘tahu’ segala macam helah PKR termasuklah Anwar Ibrahim.

Semua ini demi memenangkan Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang dan seterusnya dapat diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia pada PRU-14 akan datang.

Rafizi semalam mendakwa Zaid pernah menghantar dua emel kepadanya agar melobi projek pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan meminta Ahli Parlimen Pandan itu campur tangan dengan melobi Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan Zaid.


Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota Keadilan beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Datuk Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).

Pada 25 Jun 2010, dalam satu e-mel yang saya sertakan bersama, Datuk Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.

Datuk Zaid Ibrahim juga ada menyebut secara lisan kepada saya untuk membantu mendapatkan tanah PT70 dan PT71 iaitu dua lot tanah premium di Petaling Jaya juga bagi tujuan untuk dibangunkan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Saya memaklumkan perkara ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam.

Oleh itu, pada 13 Julai 2010, saya membalas e-mel Datuk Zaid Ibrahim untuk memaklumkan kepada beliau prosedur yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan kerajaan negeri dalam menangani permohonan pembangunan bersama harta kerajaan Selangor.

Sumber: The Malaysia Insider ‘Kredibiliti dan Zaid Ibrahim – Rafizi Ramli’

Menafikan perkara itu, Zaid berkata tiada kaitan dengan syarikat yang disebut Rafizi dan beliau hanya menulis emel itu agar dipertimbangkan cadangan pembangunan yang diajukan syarikat terbabit.

"Saya tegaskan di sini saya tidak ada kena mengena dengan dua syarikat yang dikatakan Rafizi. Saya tidak ada kepentingan, untuk diri sendiri, keluarga dan rakan. Saya hanya menulis emel bukan melobi.

"Saya (minta dipertimbangkan sebab saya lihat dia (syarikat tersebut) ada tanah untuk dibangunkan, apa yang luar biasa sangat tu? jadi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan Rafizi tidak pernah buat begitu? (beri sokongan)," katanya kepada wartawan semasa sidang media hari ini.

Zaid bagaimanapun menempelak Rafizi apabila tidak mendedahkan fakta sebenar iaitu syarikat yang cuba dikaitkan dengan beliau itu, gagal mendapat apa-apa projek daripada kerajaan negeri Selangor.

"Satu masalahnya ada masalah untuk dibangunkan oleh kerajaan negeri sebab ada masalah memenuhi syarat kerajaan negeri, itu sahaja.

"Kenapa Rafizi tidak dedahkan adakah apa yang saya ajukan itu diluluskan atau tidak," tegasnya.

Beliau menambah, ketika emel itu dihantar, jawatan Rafizi hanyalah pembantu Anwar dan bukannya pembuat keputusan bersabit projek-projek kerajaan negeri.

"Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus jumpa dengan Menteri Besar atau Exco, bukan budak pejabat Anwar," katanya.

Justeru Zaid menyifatkan tindakan Rafizi yang cuba memburukkan imejnya menjelang PRK DUN Kajang, sebagai 'berhati busuk' dan 'budak suruhan' Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Bekas Naib Presiden PKR itu turut menegaskan, rekodnya di dalam kabinet serta intergritinya jauh lebih bersih jika dibandingkan dengan Anwar.

Justeru, Zaid menasihatkan Rafizi agar tidak berlagak sebagai 'hero' hanya kerana sudah menjadi Ahli Parlimen Pandan.


Sumber: http://halilintar56.blogspot.com/ 
 

DAP SARAWAK TIDAK BERJAYA MENGHALANG PELANTIKAN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD SEBAGAI TYT NEGERI SARAWAK


Susulan daripada pengunduran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menerima pelantikan sebagai TYT Negeri Sarawak, Ahli Majlis Tertinggi Kerja PBB Sarawak yang bersidang pada 8 Februari dan diikuti Ahli Parlimen dan ADUN BN Sarawak yang bersidang pada 9 Februari sebulat suara bersetuju mencadangkan Ketua Menteri Sarawak itu dilantik ke jawatan TYT Sarawak sebagai membalas dan mengenang jasa pejuang politik negeri Sarawak sepanjang menjawat jawatan Ketua Menteri selama 33 tahun.

Biarpun majoriti rakyat dan pemimpin Sarawak bersetuju Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilantik ke jawatan TYT Negeri Sarawak, terdapat suara minoriti pemimpin Pakatan Pembangkang yang tida bersetuju dengan cadangan itu.

PAS Sarawak mula-mula menunjukkan reaksi negatif menerusi kenyataan Pemuda PAS Pusat sejurus selepas cadangan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai TYT Negeri Sarawak.

Tidak cukup dengan itu, PKR Sarawak menerusi wakilnya di Semenanjung Malaysia telah menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menghalang pelantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TUT Negeri Sarawak.

Manakala, DAP Sarawak menerusi pemimpin mereka yang kebanyakannya peguambela telah membawa permohonan menghalang Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai TYT Negeri Sarawak (Ex-Parte) ke Mahkamah Tinggi Sarawak.

Dalam perbicaraan pada pagi tadi, DAP Sarawak yang diwakili ADUN Padungan, Wong King Wei telah ‘berdebat’ dengan Hakim Mahkamah Tinggi yang diketuai Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak/Sabah, Chew Soo Ho.

Setelah berdebat panjang selama 2 jam 30 minit, Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan pada jam 14.30 petang bahawa permohonan DAP Sarawak menerusi Wong King Wei dibatalkan tanpa sebarang bayaran kos mahkamah.

Persoalan sekarang, kenapa Pakatan Pembangkang terlalu takut kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Negeri Sarawak?

Diakui selama ini Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak tidak pernah bermusuh mahupun mencari pasal terhadap pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak dalam apa cara sekalipun.


Malah, dalam pilihan raya Pakatan Pembangkang terutama DAP Sarawak sering kali bermain politik kotor sehingga sanggup menghina keperibadian Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil ke atas pemimpin DAP Sarawak yang rasis.
 

RED BEAN ARMY BERMAHARAJALELA SERANG KERAJAAN. APAKAH MEREKA INI TERLALU KEBAL?


Jika dahulu kemunculan Red Bean Army (RBA) dalam PRU-13 hanya disedari pada saat-saat akhir berkempen dan telah pun diambil tindakan atas sikap kumpulan bloggers dan facebookers propembangkang yang rasis dan mengundang ketidakharmonian kaum di Malaysia.

Biarpun berjaya dibendung, kini Red Bean Army telah muncul kembali dan lebih berani dengan secara terang melakukan ugutan bunuh ke atas Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia yang juga pengasas blog SYA For The Nation, Shen Yee Aun.

Shen Yee Aun diugut berikutan tulisan beliau dalam akhbar tersebut bertajuk, Laman Penyokong RBA ditutup' Ahad lalu.

Keadaan yang berlaku ini sangat-sangat mendukacitakan lebih-lebih lagi tiada sebarang tindakan susulan untuk dibawa ke muka pengadilan. Apakah mereka begitu kebal?

RBA cukup terkenal dengan propaganda dan perbuatan kurang ajar mereka menyerang pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan semasa, sebelum dan selepas PRU-13 lepas.

Namun begitu apa yang lebih bahaya, RBA tidak mempunyai sedikit pun perasaan hormat kepada institusi negara.

Sebutlah apa sahaja, institusi raja-raja, badan kehakiman, jabatan kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu semuanya pernah menjadi sasaran serangan RBA. Lebih biadab lagi RBA turut menghina agama Islam.

Walaupun tindakan RBA dianggap boleh menghancurkan negara sebagaimana pandangan pelbagai pihak, namun sehingga sekarang kumpulan ini masih terus dengan kerja-kerja kotor mereka.

Tetapi anehnya, apabila ada kes-kes tertentu yang melibatkan penghinaan kepada kaum bukan Islam atau bukan Melayu, begitu pantas sekali pihak berkuasa bertindak.

Siapa sahaja yang menyentuh atau menyerang RBA akan diserang balas dengan pelbagai kata-kata kesat dan diancam termasuk ugutan bunuh.

Atas sebab itulah, banyak pihak bertanya apa yang berlaku kepada siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang pada 3 Julai 2013 menyatakan akan mengumumkan keputusan siasatan mengenai kewujudan RBA. Sehingga ke hari ini siasatan itu entah ke mana.

Sebenarnya, pihak berkuasa amat memahami betapa bahayanya RBA kepada perpaduan rakyat dan keselamatan negara, tetapi mereka seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa sehingga wujudnya pandangan RBA ini terlalu kebal.


Apakah benar RBA itu terlalu kebal?
 

BERANIKAH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA AMBIL TINDAKAN KE ATAS TERESA KOK?


Isu melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tidak berkesudahan apabila bekas pembantu peribadinya, Tony Tan, 50, meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan tegas terhadap bekas majikannya kerana didakwa melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam parti.

Menurut Tony, Teresa Kok banyak melakukan 'perkara tidak betul' dan melanggar perlembagaan parti dan sebab itu saya mendedahkan dokumen rahsia yang melibatkan kesalahan Teresa Kok.

"Saya pernah bertanya kepada Teresa Kok mengenai duit derma parti Januari lalu, tetapi masih tidak dijawab dan di mana duit derma tersebut masih menjadi tanda tanya. Saya juga hendak menjelaskan, Teresa juga telah gagal untuk melaporkan aktiviti tahunan DAP Seputeh kepada ROS.

Tony berkata, beliau menjadi pembantu peribadi Teresa Kok dari tahun 2004 sehingga 2005, menyertai DAP cawangan Seputeh pada tahun 2002, sebelum keluar parti pada tahun 2007.

Menurutnya laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dibuat dua minggu lepas, manakala laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka diadakan minggu depan.

Dakwanya lagi, "...selain itu banyak lagi penyelewengan lain yang Teresa lakukan dan saya berharap ROS meneliti dokumen yang saya hantar dua," dakwanya lagi.

Sehubungan itu, Tony turut berharap ROS dapat melakukan mengambil tindakan ke atas Terasa bagi memastikan DAP bersih daripada segala 'kekotoran' yang berada di dalam parti tersebut.

"...saya berharap ROS guna kuasanya untuk menahan Teresa kerana beliau banyak melakukan onar dan penyelewengan di dalam parti DAP," tegasnya.


Dengan segala bukti penyelewengan yang ada dan dibantu oleh pengadu yang sememangnya rapat dengan Teresa Kok ini maka kelayakan mengambil tindakan terhadap isu ini wajar dibuka dan diselesaikan segera oleh pihak berwajib.
 

TERKINI: DUN BALINGIAN KOSONG BERIKUTAN PERLETAKAN JAWATAN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD


Selepas PRN Sarawak Ke-10 April 2011, satu Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan pada tahun ini.

Ini berikutan peletakan jawatan penyandang ADUN Balingian, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang akan berkuat kuasa pada Jumaat ini.

Notis pengosongan DUN Balingian itu sudah diserahkan kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan sebagai ADUN berikutan beliau akan dilantik sebagai TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu berkuat kuasa Jumaat ini.

Sebelum ini Pakatan Pembangkang telah mengumumkan akan meletakkan calon PKR dalam PRK DUN Balingian biarpun PAS sebelum itu menyatakan minatnya.


Manakala, BN akan terus mempertaruhkan PBB sebagai calon seperti mana yang telah dipersetujui dalam perkongsian kuasa BN Sarawak.
 

SUDAH TERLAMBAT BUAT ABDUL HADI AWANG !!!


Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin menegaskan soal menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah terlewat.

Menurut Mohd. Shamsul, dakwaan pemimpin PAS itu berkait 'calon pil kuda' dalam PRU lalu cukup serius kerana secara tidak langsung melibatkan maruah, nama baiknya dan keluarga.

Saman dan bawa kes ke mahkamah itu benar-benar menjejaskan hubungan antara parti tetapi didorong untuk membersihkan maruah yang tercemar.

"Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.

"Saya pun tak nak cakap banyak. Biarlah mahkamah yang uruskan. Apa-apa hal selepas ini, saya kena rujuk peguam dahulu.

Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Mohd. Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Sementara itu, peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan ketika dihubungi memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik, namun peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.


"Hakim kemudian akan buat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau tidak.
 

ABDUL HADI AWANG TERDESAK NAK SELAMATKAN DIRI DARI BAYAR RM 2 JUTA


Mahkamah Tinggi sebelum ini telah memerintah tertuduh, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Ini susulan daripada kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, di Mahkamah Tinggi.

Biarpun mahkamah telah membuat keputusan bahawa Abdul Hadi Awang telah bersalah atas kenyataan fitnah dan diperintah membayar saman, tertuduh masih boleh membuat permohonan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Terdesak untuk menyelamatkan diri daripada membayar wang RM2 juta, Abdul Hadi Awang terpaksa memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar.

Permohonan itu akan difailkan peguam PAS, Asmuni Awi, untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar yang dikeluarkan mahkamah Ahad lalu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohamad Nasrudin Mohamed, merekodkan penghakiman itu selepas membenarkan permohonan Mohd Shamsul melalui peguamnya, A Vasudevan.

Abdul Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes itu disebut di mahkamah dan tidak mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya, susulan ceramah Hadi (defendan) di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda, sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa fitnah Hadi menyebabkan dia berdepan tekanan emosi dan mental berpanjangan serta menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Katanya, Hadi membuat tuduhan itu sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon PAS di tempat yang ditandingi calon PKR, sehingga berlaku pertindihan calon dalam pembangkang.
 

ANGKARA CELUPAR PEJABAT MALAYSIAKINI DI BANGSAR UTAMA DISAMBAH CAT MERAH DAN BANGKAI ITIK


Kurang seminggu daripada insiden yang sama berlaku di Pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, kini pejabat Malaysiakini yang terkenal dengan berita palsu dan fitnah serta propembangkang mengalami nasib yang sama.

Cat merah telah disimbah pada papan tanda Malaysiakini dan ditemui bersama bangkai itik yang diikat dengan gambar Teresa Kok.


Ini diakui editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari yang pertama sampai di pejabat berkenaan bagi memulakan kerjaya harian pada jam 6.15 pagi dengan kesan cat merah itu masih basah.

Tuduhan tindakan ini pastinya akan ditujukan kepada BN dan UMNO yang secara jelas dikatakan ‘dalang’ kepada perbuatan ini.


Biarpun serangan yang sama ke atas Pejabat Ahli Parlimen Seputeh masih diragui kebenarannya memandangkan dakwaan mengenai cara cat merah itu disimbah seakan-akan dibuat oleh orang dalam bagi memburukkan nama orang lain.
 

ABDUL KHALID IBRAHIM ‘MARAHKAN’ HASIL KAJIAN UMCEDEL




Susulan daripada hasil dapatan Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang merekodkan 59 peratus pengundi di DUN Kajang mahukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggantikan kerusi menteri besar, Khalid Ibrahim ‘marahkan’ hasil kajian itu dan menyifatkan itu hanyalah kajian akademik semata-mata dan bukan kehendak sebenar rakyat.

Sambil menegaskan tinjauan UMCEDEL itu bersandarkan kajian semata-mata, bukan perbincangan dipersetujui kesemua pimpinan komponen dalam Pakatan Pembangkang.

Respons Khalid Ibrahim ini menafikan dapatan kajian UMCEDEL itu seolah-olah penolakan rakyat terhadapnya dan mahukan posisi beliau digantikan.

“Kita tidak boleh gunakan maklumat itu untuk memutar belitkan keinginan, kerana ia bukanlah kajian menyeluruh.

Ada rakyat ditanya dan ada rakyat tidak terlibat dalam kajian itu. Saya anggap status kajian akademik oleh Universiti Malaya itu bukanlah suara majoriti rakyat dan pengundi di Kajang.

Sebelum ini, dapatan kajian UMCEDEL mendapati pengundi menyokong PRK DUN Kajang diadakan untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menjadi menteri besar.

Menurut Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, sebanyak 59 peratus pengundi di Kajang menyatakan keperluan PRK diadakan untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar di negeri itu, manakala 17 peratus tidak bersetuju dan 24 peratus tidak pasti.


Dalam kajian itu, seramai 576 responden diambil dari pelbagai latar belakang oleh UMCEDEL bagi mendapatkan hasil kajian.
 

PAS PUSAT JENGUK RAKYAT DI DUN BETING MARO


Seakan-akan memberikan signal kepada PKR bahawa PAS akan bertanding di DUN Beting Maro pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 akan datang.

Ini susulan daripada lawatan kerja Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ke Kampung Pusa dalam DUN Beting Maro pada 23 Februari lepas.

Presiden PAS yang diiirngi Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid; Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriajo Paijo; Setiausaha Perhubungan, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus; Ketua Penerangan PAS Negeri, Andri Zulkarnaen Hamden dan para anggota Lajnah Tanah PAS Pusat dalam rangka lawatan bersempena dengan Himpunan Tanah Sarawak.

Seperti mana-mana pemimpin politik, rombongan PAS Pusat itu mendengar taklimat isu-isu semasa khususnya peluang PAS untuk memenangi DUN Beting Maro pada PRN Sarawak kelak.

Selepas itu, rombongan PAS itu kemudiannya menziarahi rumah-rumah penduduk Kampung Pusa Tengah sebelum menyertai Program 'Santai Kopi Kaw' bersama Presiden PAS yang berlangsung di sebuah warung di Kg Pusa Tengah pada lewat petang.

Kesempatan Santai Kopi Kaw itu, Abdul Hadi Awang mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk di samping diberikan penerangan ringkas berhubung isu tanah rakyat Sarawak khasnya penghuni di Kampung Pusa.

Acara kemuncak PAS Pusat ialah ceramah umum Himpunan Tanah Rakyat Sarawak di Kampung Pusa Tengah.


Bagi menyerikan suasana dan menarik pengunjung datang ke ceramah itu, para penduduk dihiburkan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan oleh bekas anggota kumpulan XPDC, Zuar.
 

SERANGAN PERIBADI CALON BN DI DUN KAJANG TELAH BERMULA


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin memulakan serangan peribadi ke atas calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun apabila tanpa segan silu menyifatkan calon BN itu sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil itu. 

Apakah salah kerana BN meletakkan calon wanita bagi menghadapi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang?

Demi untuk memenangkan Anwar, Zuraida sanggup melakukan apa saja terhadap ketuanya walaupun terpaksa ‘mengutuk’ kaum sejenis.

Mei Fun berkata Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum hawa.

Tidak seperti PKR, BN sentiasa mengiktiraf wanita termasuklah mencalonkan Mei Fun untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang ini.


Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri. Tindakan ini seolah-olah menidakkan pengiktirafan terhadap wanita. 
 

LARANGAN MEMASUKI SARAWAK WAJAR BAGI MENGEKALKAN KEHARMONIAN KAUM


Disebabkan tindakan menghalang Mazlan Aliman daripada memasuki Sarawak pada 22 Februari 2014, kepimpinan dan penyokong Pakatan Pembangkang mengutuk tindakan kerajaan Negeri Sarawak.

Daripada kutukan yang diterima jelas mereka ini tidak mengetahui sejarah Sarawak dan keperluan kerajaan Sarawak berbuat demikian.

Melihat kepada keadaan semasa ini jelas menunjukkan tindakan kerajaan Sarawak ini wajar bagi mengekang penyebaran idea yang tidak relevan daripada pemimpin politik Semenanjung Malaysia yang boleh menjejaskan keharmonian dan kebudayaan negeri tersebut.

Harus diingat pemimpin yang dikenakan tahanan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak ini bukan sahaja dikenakan terhadap pemimpin pembangkang bahkan pemimpin lain dari Barisan Nasional juga menerima nasib sama jika idea mereka boleh memberi ancaman kepada Sarawak.

Menurut Timbalan Ketua Kluster Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan berkata, tindakan ini wajar, ahli politik Semenanjung biasa tidak faham isu ini. Bukan sahaja Mazlin Aliman bahkan ramai lagi ahli politik Semenanjung dari PAS, DAP, MCA, MIC, UMNO dan PKR patut dihalang daripada memasuki Sarawak supaya mereka tidak menyebarkan idea tidak relevan mereka kepada Sarawak.

“Mereka khuatir idea buruk dari Semenanjung menular ke Sarawak, sekali gus menggugat keharmonian kaum yang sedia terjalin baik dan mesra di sana,”

Membenar atau menghalang kemasukan ke Sarawak itu merupakan hak yang tidak boleh dipertikaikan dan kerajaan negeri itu tidak perlu memberikan penjelasan terhadap larangan kepada mana-mana pihak.


Ini adalah hak yang ada pada kerajaan Sarawak dan segala macam komen kepimpinan PAS terhadap tindakan ini disifatkan sebagai buta sejarah.
 

RAHSIA PERJUANGAN DAP SARAWAK AKHIRNYA TERBONGKAR


Akhirnya ‘rahsia’ mengapa DAP Sarawak dan Pengerusinya Chong Chieng Jen melantik bekas pelajar UNIMAS, Abdul Aziz Isa ini sebagai pembantunya dan dilantik sebagai Pengerusi DAP DUN Tupong terjawab menerusi laman blog kepunyaan Abdul Aziz Isa, Young Ronin.

Seperti mana konsep Malaysian Malaysia dan kesamarataan, Abdul Aziz Isa yang bercakap atas dasar DAP Sarawak mahu kerajaan BN mengiktiraf kaum Cina dan India sebagai ‘Bumiputera’.

Ini suatu tindakan yang sangat tidak masuk akal dan mempunyai agenda untuk ‘menghapuskan’ kepentingan dan keistimewaan Bumiputera.

Agenda DAP Go Rural dengan memfokuskan kawasan luar bandar dan pedalaman bukanlah bertujuan membantu sebaliknya hanya mahukan undi. Sekiranya mereka (DAP Sarawak dan Pakatan Pembangkang) menang pilihan raya maka hak keistimewaan Bumiputera seperti mana dalam Perkara 153 akan dipinda dan dihapuskan.

Jika ini berlaku pastinya kaum Bumiputera dan Melayu akan merempat dinegeri dan negara sendiri dan tidak ubah seperti hidup di zaman komunis.

Lihat bagaimana tulisan Abdul Aziz Isa, Pembantu Khas Chong Chieng Jen ini di dalam blog dan facebooknya.


Kepada rakyat Sarawak yang berada di pedalaman dan kawasan luar bandar bahawa bantuan dan janji DAP Sarawak termasuk PKR dan PAS juga SWP adalah hanya untuk meraih undi dan mengubah Perlembagaan yang sedia ada.

Perlembagaan hanya boleh diubah sekiranya sesebuah parti itu menang selesa dengan majoriti 2/3 kerusi di Parlimen.


Jika rakyat Sarawak khususnya Bumiputera dan Melayu memberikan undi kepada DAP dan sekutunya dalam Pakatan Pembangkang nescaya status keistimewaan Bumiputera anda akan terhapus.
 

LAGI PEMIMPIN PAS PUSAT TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI SARAWAK


Inilah keistimewaan Kerajaan Negeri Sarawak seperti mana yang terkandung dalam 18 Perkara syarat perjanjian Sarawak menyertai Malaysia yang terpakai sehingga kini.

Dan, disebabkan itu juga pemimpin Pakatan Pembangkang mahu 18 Perkara ini dimansuhkan dan seterusnya keistimewaan Sarawak tergadai.

Jikan sebelum ini pernah didengar beberapa pemimpin PKR dan DAP tidak dibenarkan memasuki Sarawak atas sebab-sebab tertentu yang pastinya bersifat negatif.

Terbaru, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mendakwa beliau dihalang memasuki Sarawak hari ini atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

Menulis laman Facebooknya, Mazlan yang menjelaskan beliau ditahan pihak berkuasa Imigresen apabila tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.25 hari ini (Sabtu).

Diselidiki didapati Mazlan melalui NGO Anak merupakan sebahagian daripada penganjur kepada program Himpunan Tanah Sarawak yang dijadualkan berlangsung esok di DUN Beting Maro. Ianya dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Tanah dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak.

Dengan pengumuman Ketua Penerangan PAS itu, jelas bahawa Mazlan yang sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa tujuan beliau datang ke Sarawak adalah untuk menyertai Himpunan Tanah Sarawak.

Ini merupakan kali kedua Mazlan dilarang memasuki Sarawak. Sebelum ini beliau menerima nasib yang sama pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

Seperti biasa, Ketua Penerangan PAS, Andri Zulkarnaen Hamden berkata penangkapan itu amat tidak wajar kerana tidak ada asas kukuh mengapa Mazlan ditahan.

"Beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak. Alasan yang diberi oleh pihak Imigresen yang menyatakan bahawa pihak Pejabat Ketua Menteri tidak membenarkan Mazlan memasuki Sarawak adalah jelas suatu pencabulan kepada sistem undang-undang di negara kita khususnya Sarawak.

Nampaknya pemimpin Ketua Penerangan PAS ini lupa sejarah Sarawak dan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.

Dakwaan bahawa Mazlan ditahan lama di Lapangan Terbang Sibu sebagai suatu pembohongan sebaliknya kebiasaan pihak Imigresen akan menghantar balik penumpang yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak dengan kapal terbang yang lain dengan secepat mungkin.


Mazlan telah pun selamat sampai di Lapangan Terbang Senai, Johor setelah diarahkan kembali ke tempat asal.
 

ADUN PKR KUALA SEPATANG BERLAGAK ‘TAHU’ POLITIK SARAWAK


Isu pengunduran Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari terus menjadi mainan isu PKR Sarawak mahupun PKR Pusat.

Dalam Majlis Makan Malam Amal anjuran Wanita PKR Sarawak malam tadi di Crown Square, ADUN Kuala Sepatang, Chua Yee Ling ‘gembira’ mendengar perletakan jawatan, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Ini sekaligus dapat membuka ruang dan peluang kepada PKR dan Pakatan Pembangkang untuk ‘merampas’ Sarawak dalam PRN Sarawak akan datang.

Tidak cukup dengan itu, Chua dengan lantang mempertikaikan pelantikan Pehin Sri Abdul Taib sebagai TYT Sarawak dengan alasan masih belum didakwa rasuah.

PKR tidak mahu seseorang yang dilantik sebagai TYT Sarawak mempunyai rekod rasuah.

Dalam mengakhiri ucapannya, Chua memberitahu perjuangan PKR bukan untuk kepentingan pemimpin itu sendiri, tetapi masa depan generasi akan datang.


Melihat kepada ucapan Chua itu sekali lagi penyokong PKR Sarawak diperbodohkan secara hidup-hidup. Lebih malang lagi kebanyakan penyokong PKR yang hadir itu adalah Bumiputera Sarawak.
 

#PKRKacauBilau KETUA WANITA PKR PERBODOHKAN PENYOKONG PKR SARAWAK DALAM MAJLIS MAKAN MALAM


Sebelum ini Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin lantang mengutuk Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang juga calon PKR dalam PRK DUN Kajang di mana beliau meramalkan undi ‘bos’nya akan turun.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berkata, walaupun Anwar nampak berada dalam kedudukan baik, tetapi beliau mungkin mengalami penurunan majoriti undi.

Lebih dahsyat lagi, Zuraida memberitahu penurunan undi yang bakal diperoleh Anwar nanti disebabkan masa PRK yang tidak sesuai dengan penganjurannya menyusahkan rakyat khususnya rakyat Kajang.

Menurutnya, PKR akan malu sekiranya berlaku penurunan majoriti undi lebih-lebih lagi ia ditandingi oleh pemimpin nombor satu PR.

"Andaikan Anwar mendapat sokongan Cina tetapi Melayu tidak menyokong, beliau tetap akan kecundang," ujarnya.

Kenyataan Zuraida sangat berbeza dengan keyakinan Anwar Ibrahim yang yakin beliau bukan sahaja menang bahkan akan memperoleh majoriti undi yang lebih besar.

Berbeza dengan kenyataan Zuraida di Kuching dalam Majlis Makan Malam Amal pada malam tadi di Crown Square di hadapan penyokong PKR Sarawak apabila memberitahu PRK Kajang merupakan langkah pertama untuk menentukan masa depan politik Malaysia.

Untuk tujuan itu, beliau menyeru pengundi DUN Kajang memberikan sokongan yang kuat terhadap calon PRK, Anwar Ibrahim.

Lihatlah betapa lidah bercabang dan cakap tak serupa bikin. Hari ini cakap lain dan esok cakap lain.

Tindakan Zuraida ini boleh dikatakan cuba untuk ‘memperbodohkan’ penyokong PKR Sarawak.


Hadir sama dalam majlis itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, ADUN Krian, Ali Biju dan beberapa pemimpin PKR daripada Semenanjung.
 

PETISYEN BANTAH CADANGAN PELANTIKAN PEHIN SRI MENJADI TYT SARAWAK TIDAK CERMINKAN KEHENDAK MAJORITI RAKYAT SARAWAK


Tindakan mengumpul petisyen menggunakan laman sesawang untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah cadangan pelantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak diyakini didalangi parti pembangkang.

Ini kerana hanya pembangkang sahaja yang tidak mempersetujui cadangan pelantikan Pehin Sri sebagai TYT Sarawak berbanding suara majoriti rakyat Sarawak yang bersetuju dengan cadangan itu.

Rakyat Sarawak berpendapat cadangan melantik Pehin Sri ke jawatan TYT Sarawak adalah bertujuan membalas kembali jasa dan pengorbanan Pehin Sri dalam memerintah dan membangunkan Sarawak selama 33 tahun sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak tahun 1981.

Bagi pemimpin politik Sarawak, tindakan pembangkang ini adalah sebagai cubaan mengalihkan perhatian umum daripada masalah dalaman dihadapi parti pembangkang sendiri yang semakin hari semakin menyerlahkan kelemahan mereka.

Adalah lebih baik pembangkang selesaikan masalah dalaman mereka sendiri berbanding cuba mencampuri urusan orang lain.

Cubaan mencampuri urusan orang lain itu memperjelaskan sikap ‘mereka’ secara tidak langsung memberi gambaran sebenar tentang amalan budaya politik mereka yang biadap dan angkuh.

Malah, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan kepentingan politik.

Rekod cemerlang menerajui Sarawak selama 33 tahun, malah berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan sejumlah RM28 bilion pelaburan sudah diterima di Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) setakat ini menjadi cemburu bagi pembangkang.

Cubaan memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak, sebenarnya cemburu dengan kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, kemakmuran dan keharmonian yang dinikmati rakyat berbilang kaum di Sarawak.

Kepimpinan BN di Sarawak ingin meneruskan falsafah politik pembangunan yang akan memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar dan ia hanya dapat dilakukan dengan persefahaman kukuh serta bantuan peruntukan dari kerajaan persekutuan.
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger