#AnwarMBSelangor PAS SELANGOR MERASAI MEREKA DIKHIANATI PKR DAN ANWAR IBRAHIM



Dewan Ulama PAS merasai diri mereka kini dikhianati apabila masalah dalaman PKR Selangor telah mengheret mereka ke kancah isu yang lebih teruk.

Jika benar PKR berhasrat mahu menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, adalah lebih baik jawatan itu diberikan kepada PAS yang merupakan parti yang banyak memberikan kemenangan dalam Pakatan Pembangkang di Selangor.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan mempertikaikan kedudukan Abdul Khalid, umpama mempertikaikan kebijaksanaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Presiden PAS telah membuat keputusan bahawa Abdul Khalid dilantik sebagai menteri besar. Jika PKR masih mahu meneruskan tindakan mereka (menukar menteri besar) sama seperti menghina presiden kami.

“Sekiranya benar perlu ditukar menteri besar, secara mudah boleh serahkan kembali kepada Pas dan kami memilih Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, tiada kewajaran untuk menggugurkan Abdul Khalid kerana sepanjang perkhidmatannya beliau berjaya mengurus kerajaan negeri dengan baik.

Mohd Khairuddin mendakwa kepimpinan Abdul Khalid dikecam berikutan terdapat pihak dalam kalangan PKR yang gagal mendapat manfaat peribadi daripada menteri besar itu.

Beliau turut mendakwa Pilihan Raya Kecil (PRK)  DUN Kajang sengaja diadakan bagi mengelak jawatan menteri besar itu beralih tangan kepada PAS.

“Ini satu pengkhianatan terhadap rakan tahaaluf siyaasi. Ini merupakan tindakan sangat licik dalam berpolitik untuk kepentingan parti sendiri bukan kepentingan PR.

“Melibatkan diri dengan PRK Kajang semata-mata untuk menenangkan agenda Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid juga satu pengkhianatan terhadap PAS,” katanya.

Beliau juga menggesa ahli PAS bersikap tegas dan tidak membiarkan perkara itu berlaku.

Kelmarin, PAS Selangor memberitahu akan menuntut hak mereka jika kerusi Menteri Besar Selangor itu dikosongkan.


Menerusi Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan menghantar senarai nama calon menteri besar kepada PAS pusat dan tindakan itu kerana mengambil kira kelebihan kerusi yang dimiliki PAS dalam DUN Selangor.
 

#PKRKacauBilau SELOKA INI KHUSUS UNTUK CALON DUN KAJANG


Seloka Kajang Berlipat

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pakatan bermaksud satu muafakat
Tapi bertindak sendirian melulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Sesuka hati melepaskan mandat
Semata melempias agenda tertentu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pedulikan susah dan perit rakyat
Yang penting tertunai kehendak nafsu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Jangan serabutkan rakan dan rakyat
Kerana berbalah sesama puakmu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Kalau pun sudah berasa kuat
Janganlah sampai rakyat jemu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Membazir tenaga dan harta rakyat
Ketika kos hidup perit membelenggu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Andai berkawan tak reti hormat
Jangan ditagih jentera membantu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Bertindak sendiri sebelum mesyuarat
Tanggung sendiri padan mukamu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Hajat nak jadi PM tak dapat
Baik gomol pulun MB dulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Berjuang kalau tak peduli akhirat
Ikut hati mati, ikut nafsu lesu

Cetusan rasa ;

Mohamad Hazmi Dibok
Ahli PAS

Kawasan Paya Besar
 

#PKRKacauBilau AZMIN ALI: ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN BERTARAF DUNIA


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berpandangan penduduk di Malaysia harus bersyukur kerana pemimpin bertaraf dunia seperti Anwar Ibrahim ini sanggup turun untuk bertanding di DUN Kajang.

Semua ini bagi merealisasikan cita-citanya untuk menawan Putrajaya seperti mana yang diperkatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Azmin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, ketokohan ketua pembangkang itu bukan sahaja dikagumi di Malaysia malah di seantero dunia.

Oleh itu, kesanggupan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang merupakan satu 'anugerah' untuk penduduk Kajang.

Biarpun Kajang telah terkenal dengan sate Kajang, tetapi kali ini disebabkan Anwar pemimpin bertaraf dunia, Kajang kini semakin disegani dan dikenali di dunia sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia.

"Bukan Anwar kemaruk untuk jadi ADUN.

"... dia pemimpin besar, bukan setakat pimpinan di Malaysia, sebaliknya dia pemimpin bertaraf dunia.

"Anwar bukan sahaja milik Selangor dan Malaysia, tetapi negara-negara Islam di Timur Tengah juga perlu kepimpinan beliau (Anwar)," katanya dalam majlis taklimat PKR sempena PRK DUN Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat.


Kepada penduduk DUN Kajang, tahniah kerana mendapat ADUN yang bertaraf dunia.
 

#PKRKacauBilau RAFIZI TERPAKSA MOHON MAAF ATAS PERLAKUAN ANWAR IBRAHIM


Atas perlakuan Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di DUN Kajang, bukan sahaja rakyat menyampah bahkan keaibannya terpaksa ditanggung Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Akibatnya, Rafizi terpaksa memohon maaf terutama pengundi DUN Kajang kerana terpaksa melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) disebabkan sifat ketamakan Anwar dalam mengejar cita-cita politiknya.

Dengan PRK DUN Kajang ini, bukan sahaja akan membazirkan wang rakyat, tetapi juga menyerlahkan betapa PKR dan Pakatan Pembangkang kini mempermainkan kepercayaan yang telah diberikan rakyat pada PRU-13 lepas.

"Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melalui sepucuk surat kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin atas alasan "demi kepentingan politik".

Tindakannya itu mengejutkan beberapa pemimpin dalam Pakatan Pembangkang dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Rafizi mengakui tidak ada penjelasan yang dapat meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu tetapi meminta masa dan ruang untuk mewajarkannya.

Beliau juga memohon maaf atas perbezaan pendapat dalam PKR yang dilihat sebagai berpuak-puak dan mengecewakan rakyat dan menjelaskan ia sedang ditangani bagi mengelak pengalaman sama seperti dalam Pakatan Pembangkang di Kedah sebelum ini.

Jelas Rafizi, langkah Parti Keadilan Rakyat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya.

Beliau mengaku langkah itu tidak popular tetapi ia sesuatu yang diperlukan oleh Pakatan Pembangkang untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuatnya.


Yang pasti, rakyat menjadi mangsa kepada kerakusan pentadbiran Kerajaan PKR demi mencapai cita-cita politik mereka.
 

#PKRKacauBilau BERSIH 2.0 MALU AKIBAT PERBUATAN ANWAR IBRAHIM


Seperti yang diketahui calon Pakatan Pembangkang dalam PRK DUN Kajang ialah Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Sebelum ini Anwar yang juga merupakan proksi BERSIH yang mahukan pilihan raya yang adil kini sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Pembangkang itu yang dilihat memusing 360’ darjah daripada perbuatan mereka.

Atas sebab itu, BERSIH telah membuat kenyataan media pada jam 8.00 malam (Selasa) bagi memaklumkan pendirian berhubung situasi yang sedang berlaku yang membabitkan Pakatan Pembangkang.


BERSIH 2.0: Elected representatives should not betray the people’s mandate

BERSIH 2.0 finds it wholly unacceptable that a State Assemblyperson has resigned “to benefit” his political party.

Kajang ADUN Lee Chin Cheh’s resignation is nothing short of a betrayal of trust, given that less than eight months ago, the people of Kajang voted him in on the premise that he would remain the state assemblyperson for the next five years. The reason for Lee's resignation on 27 Jan 2014, reported in the media as to "benefit PKR as a whole", reflects poor judgement on the part of the candidate as well as the party he belongs to. It is shocking that PKR consented to Lee's resignation and is fielding its de facto leader Dato’ Seri Anwar Ibrahim in the by-election. This reeks of dirty politics and should be condemned.

It must be reminded that the first and foremost duty of an elected representative is towards the people in his/her constituency and not to his/her political party. Thus, the only acceptable reason for elected representatives to resign is when he/she is not able to carry out the mandate given to him/her - i.e. to serve the people. Lee's reason for stepping down does not put the people's interest at the forefront.

There is little difference between the actions of Lee and the actions of former DAP Assemblyperson Hee Yit Foong in the 2009 Perak Constitutional Crisis. Both actions are equally deplorable. It is disappointing that PKR, one of the victims of the 2009 Perak Constitutional Crisis, is the key player in this sorry saga.

BERSIH 2.0 is appalled that a by-election would have to be called and public funds would be unnecessarily wasted because of the whims and fancies of a few. No amount of political spinning will hide the fact that on 27.1.2014, the interest of the Kajang people took a backseat.This is a regressive step for democracy because it supports the mistaken notion in Malaysia that elections are about political parties and politicians rather than about the people.

BERSIH 2.0 would like to remind all politicians and their parties that the people's trust should not be up for manipulation. The mandate given to an elected representative by the people is something that should not taken for granted. It is disappointing that in the midst of this political merry-go-round, the people's interest, like many times before, is forgotten.

Salam BERSIH!

Issued by:

The Steering Committee of BERSIH 2.0 which comprises:

Maria Chin Abdullah, Dr Farouk Musa, Masjaliza Hamzah, New Sin Yew and Farhana Halim.

BERSIH 2.0 Secretariat
Tel. No : 03-7772 3275 / 019-4380428
Fax No : 03-7784 4978
Email: media@bersih.org
Web: http://www.bersih.org
FB: https://www.facebook.com/BERSIH2.0OFFICIAL
Twitter: http://www.twitter.com/bersih2



Sehubungan itu BERSIH 2.0 mengharapkan Pakatan Pembangkang yang selama ini mahukan pilihan raya adil agar tidak menggunakan BERSIH demi mencapai agenda masing-masing seperti yang dilakukan sekarang.
 

#PKRKacauBilau KENAPA ANWAR IBRAHIM PILIH DUN KAJANG?


Sesuatu yang menjengkelkan apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengumumkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding dalam PRK DUN Kajang dalam sidang akhbar pagi tadi di Ibu Pejabat PKR.

Sepatutnya Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali yang berkuasa dan orang yang sepatutnya mengumumkan pencalonan Anwar Ibrahim bagi PRK DUN Kajang.

Pasti ramai yang ternya kenapakah DUN Kajang dipilih dan bukannya DUN lain yang sememangnya menjadi senarai pilihan Anwar Ibrahim?

Terdahulu mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Selain berketurunan Melayu dan beragama Islam, Anwar sekiranya menang boleh menjadi Menteri Besar Selangor atas persetujuan Sultan Selangor.

Persoalan sekarang kenapa Anwar Ibrahim mahu bertanding di DUN Kajang dan seterusnya mahu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor? Apakah ini ada kaitan dengan kenaikan gaji dan elaun Menteri dan Exco-Exco Negeri yang diumumkan dalam Sidang DUN Selangor lepas.

Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim? Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari tadi, 28 Januari 2014.

Kenapa ADUN Kajang sebelum ini Lee Chin Cheh yang perlu meletak jawatan? Kawasan DUN Kajang adalah kawasan yang paling ideal untuk penyatuan rakyat di Selangor.

Ada komposisi 48% Melayu, Cina 40% dan India 10%. Di Kajang ada Kolej New Era, simbolik kekuatan Dong Zhong. Di Kajang juga ada tiga gereja besar. Di Kajang mempunyai projek RM1.8 bilion yang dibangunkan Metro Kajang Holdings Bhd di Kajang 2 Township.

Andai kata Anwar sudah menang. Nama Anwar akan dicadangkan untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Apa kata jika Sultan Selangor tidak perkenan Anwar Ibrahim untuk menjadi MB Selangor? Pastinya itu suatu kekecewaan yang amat sangat malah lebih kecewa tidak dapat menjawat jawatan Perdana Menteri selepas PRU-13 lepas.

Apakah ada krisis yang lebih besar berlaku selepas itu? Kajang akan menjadi tempat untuk berkumpulnya semangat anti institusi raja di Selangor. Ini kerana selain bersebelahan dengan Bandar Baru Bangi dan merupakan kawasan bandar, semangat anti institusi semakin luput di sini sehingga ada yang secara terang mempertikaikan kekuasan Sultan dan Raja.

Cuba baca blog Kit Siang, setiap hari dia sebut pasal 13 Mei. Cuba baca Malaysian Insider, setiap hari mereka pejuangkan isu Kristian. Sudah ada pihak yang menyeru rakyat agar jangan dengar titah Sultan dan Agong. Apakah ini boleh dikatakan sebagai biadap?

Siapa sebenarnya yang mahukan tragedi 13 Mei? Siapa yang baling molokov cocktail di gereja?

Apakah sudah terpadam cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Apakah ini sebenarnya maksud "konsensus nasional" yang dimahukan oleh Anwar? Gaji Menteri Besar Selangor RM29,250 berbanding gaji Perdana Menteri iaitu RM22,827.


Patutlah Anwar hendak sangat jadi Menteri Besar Selangor kerana selain gaji yang tinggi Selangor juga menjanjikan syurga untuk kaum sejenis.
 

#PKRKacauBilau TERKINI: KHALID IBRAHIM UMUM ANWAR IBRAHIM CALON PRK DUN KAJANG


Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sebentar tadi telah mengumumkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bakal dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ia diumumkan pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Turut hadir termasuk Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang.

Bagaimanapun, tiada kelihatan Azmin Ali yang merupakan Pengerusi PKR Selangor semasa dalam sidang media itu tadi.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil rakyat serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Pengumuman itu telah membuktikan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa dirinya bukan calon DUN Kajang adalah pembohongan yang melampau.
 

#PKRKacauBilau KENYATAAN MEDIA AMK DAN PKR SELANGOR BERCANGGAH SUSULAN MAHU MENCALONKAN ANWAR IBRAHIM


Lihat sahaja kedua-dua kenyataan media yang dibuat AMK Malaysia dan PKR Selangor yang dilihat sangat berbeza dan tidak bersependapat.

Secara jelas menggambarkan bahawa kedua-dua parti politik yang bernaung atas nama PKR itu masing-masing mementingkan kuasa berbanding kemahuan dan keperluan rakyat.

Inilah wajah-wajah pembangkang...


KENYATAAN MEDIA

27hb Januari 2014

AMK HANYA SETUJU ANWAR IBRAHIM MENJADI CALON

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang.

Tentunya tindakan ini diambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.

Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Pembangkang menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar.

AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Jentera pilihan raya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihan raya kecil ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia


KENYATAAN MEDIA

PKR SELANGOR BELUM PUTUSKAN CALON DUN N.25 KAJANG

Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini.

Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil N25 DUN Kajang.

Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama a calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.

Mohamed Azmin bin Haji Ali
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor

Parti Keadilan Rakyat
 

#PKRKacauBilau BEKAS ADUN KAJANG LARIKAN DIRI DARIPADA WARTAWAN


Apakah sebenarnya yang berlaku susulan daripada peletakan jawatan serta-merta ADUN Kajang, Lee Chin Cheh sehingga ada berita yang mengatakan ini adalah arahan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang akan bertanding di DUN Selangor bagi menyelesaikan persengketaan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali?

Speaker DUN Selangor. Hannah Yeoh dalam pada itu telah menerima surat peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN dan akan mengemukakan kepada SPR pada hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan.

Tindakan ahli PKR secara mengejut ini bukanlah kali pertama bahkan pernah dilakukan oleh orang yang sama di mana ketika itu Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan suaminya yang juga bekas banduan, Anwar bertanding biarpun Pilihan Raya Umum Ke-12 belum sampai setahun.

Perbuatan itu jika dilihat lebih terarah untuk kepentingan politik PKR sahaja berbanding asas sebenar pilihan raya adalah untuk memilih pemimpin bagi memimpin dan memelihara kebajikan rakyat.

Harus diingat bahawa mengadakan PRK dengan saja-saja seperti yang dilakukan PKR sekarang ini adalah sebenarnya merugikan wang rakyat. Apakah PKR tidak tahu atau buat-buat tidak tahu kos yang terpaksa dibelanjakan SPR untuk mengadakan pilihan raya melibatkan jutaan ringgit?

Jika kerusi DUN atau Parlimen itu kosong disebabkan wakil rakyatnya meninggal dunia atau dikenakan penjara sehingga hilang kelayakannya sebagai wakil rakyat, itu boleh diterima, tetapi jika mengosongkan kerusi dengan serta-merta tanpa sebab seperti yang dilakukan ADUN PKR itu sesuatu yang sangat-sangat salah.

Juga, tindakan Lee Chin Cheh yang mengosongkan kerusi ADUN Kajang dilihat sebagai mengkhianati kepercayaan pengundi Kajang dalam PRU-13 sebelum ini. Secara jelas, pemimpin PKR hanya lebih mementingkan kuasa politik berbanding membantu rakyat di kawasan yang dimenangi mereka.


Ini seolah-olah PKR cuba mempermainkan pengundi Kajang yang memilihnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukannya sesuka hati meletak jawatan demi kepentingan politik seseorang sahaja.
 

ANWAR IBRAHIM SEBABKAN HARGA SATE KAJANG NAIK HARGA MENDADAK


Perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh sebagai ADUN serta merta seperti mana dalam surat yang ditandatangani beliau dan telah dihantar kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh petang tadi.

Speaker DUN Selangor dalam kenyataannya telahpun menerima surat perletakkan jawatan DUN itu dan akan diserahkan kepada SPR bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Pastinya PRK DUN Kajang kali ini sangat menarik kerana disebabkan Anwar Ibrahim maka harga Sate Kajang yang popular di sini akan naik mendadak susulan daripada kehadiran petugas dan penyokong parti politik yang bertanding.

Selain Sate Kajang, pastinya harga barangan lain akan meningkat seperti hotel dan makanan di restoran-restoran.

Biarpun pemimpin pembangkang menganggap ianya tidak menjadi kesalahan dan memberi rezeki kepada peniaga di Kajang, namun sebenarnya ia membebankan mereka yang hadir bagi memberikan liputan kepada perjalanan PRK kelak.

Nescaya, keputusan Anwar Ibrahim memilih DUN Kajang kerana itu kawasan selamat bagi PKR dan Pakatan Pembangkang menang dalam PRK DUN Kajang memandangkan pada PRU Ke-13 lepas PKR menang dengan majoriti amat besar dan selesa.

Difahamkan majoriti pengundi di DUN Kajang merupakan terdiri daripada masyarakat Cina dan pastinya sokongan kaum ini amat ditagih Anwar dan Pakatan Pembangkang.

Harus diingat bahawa Anwar kini masih banyak kes menunggu dirinya di mahkamah dan apakah sanggup rakyat Selangor mahukan Menteri Besar yang merupakan bekas banduan dan kini sedang menghadapi kes jenayah?

Persoalan ini yang harus dijawab rakyat Selangor kerana kepimpinan PKR hanya melihat kuasa dan pangkat, dan bukannya melihat kebajikan rakyat yang seharusnya dibela.


Inilah budaya pembangkang yang diamalkan sebelum ini di mana rakyat tidak menyedari sebaliknya banyak dihidangkan dengan kedangkalan pemimpin Pakatan Pembangkang untuk memburukan kepimpinan kerajaan BN.
 

ADUN KAJANG DIPAKSA LETAK JAWATAN MAHU ANWAR IBRAHIM JADI MENTERI BESAR SELANGOR


Kemelut PKR Selangor kini menuju ke kemuncak apabila siang tadi ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan serta merta bagi memberi peluang dan ruang kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bertanding di DUN Selangor.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh telah mengesahkan penerimaan surat perletakkan jawatan Lee Chin Cheh dan perkara itu akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok hari bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ini bertujuan bagi melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang kini semakin dekat untuk disingkirkan.

Apakah Lee Chin Cheh sukarela, dipaksa atau terpaksa dalam meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang? Secara jelas Lee Chin Cheh telah mengkhianati kepercayaan rakyat dan pengundi DUN Kajang dan lebih mementingkan kuasa dan kedudukan ‘bos’nya Anwar Ibrahim.

Semua ini susulan daripada persengketaan yang berlaku antara Khalid dan Azmin Ali sehingga memaksa Anwar campur tangan dan jalan terakhirnya ialah menyingkirkan Khalid Ibrahim menerusi kuasa yang ada pada Anwar Ibrahim.

Namun, tidak semudah itu kerana Khalid Ibrahim seorang ADUN dan Ahli Parlimen malah Menteri Besar yang bermaruah dengan tidak akan disingkarkan dengan semudah itu.


Seperti mana dalam twitter Khalid Ibrahim siang tadi bahawa “Media perlu lebih bertanggungjawab. Perlantikan MB perlu melalui proses-proses yang betul dan yang utama mendapat perkenan DYMM Sultan”.

Maknanya di sini, sekiranya Anwar menang dalam PRK DUN Kajang dan jika sebulat suara kepimpinan Pakatan Pembangkang mahu Anwar diangkat menjadi Menteri Besar Selangor, tetapi DYMM tidak perkenan maka pelantikan itu juga tidak sah.

Persoalan di sini mampukan Khalid Ibrahim mempertahankan jawatan Menteri Besar itu sekiranya Anwar telah berjaya masuk ke dalam barisan kepimpinan negeri Selangor? Apakah Khalid mempunyai kumpulan dalam usaha menentang dan mempertahankan jawatannya yang kini bagai telur di hujung tanduk.


Juga, apakah Khalid Ibrahim sanggup maruah dirinya dipermainkan sebegitu oleh Anwar Ibrahim yang kini secara jelas menyebelahi Azmin Ali dalam menumbangkan Khalid Ibrahim dalam arena politik Selangor?
 

KEMELUT PKR SELANGOR SEMAKIN MERUNCING DAN TELAH MENGABAIKAN KEBAJIKAN RAKYAT SELANGOR


Kemelut PKR di Selangor yang melibatkan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak akhir-akhir semakin meruncing dan kini semakin parah apabila perbalahannya dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali kian menyerlahkan kepincangan kemahiran politiknya.

Umum mengetahui Abdul Khalid sentiasa membawa perwatakan korporat dalam pentabiran kerajaan negeri, namun negeri maju itu memerlukan lebih daripada itu, bukan sekadar menguruskan sebuah syarikat sebaliknya menuntut kemahiran politik.

Namun prestasi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu semakin merundum akibat membuat keputusan terburu-buru tanpa mengendahkan pandangan dan teguran wakil rakyat Pakatan Rakyat lain di Selangor.

Kemuncak kemarahan itu tercetus baru-baru ini apabila Abdul Khalid cuba bermain sandiwara dalam usaha penyingkiran Azmin daripada menganggotai lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Langkah Abdul Khalid juga kian dicurigai apabila pengurus besar dan setiausaha eksekutif PKNS pula dijadikan 'kambing hitam' bagi mengaburi mata rakyat setelah insiden tuding-menuding memakan dirinya sendiri.

Biarpun dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor baru-baru ini, ada beberapa pihak mengusulkan supaya kedudukan Abdul Khalid perlu dikaji semula, namun 'kekebalan' beliau menghalang agenda itu menjadi keputusan mesyuarat.

Sebaliknya tiga perkara menjadi keputusan mesyuarat dan diserahkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR untuk tindakan lanjut memandangkan sikap tidak ambil peduli Abdul Khalid telah menimbulkan kemarahan pemimpin parti di peringkat akar umbi.

Perkara itu juga disahkan oleh Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata, hasil mesyuarat pada 12 Januari lalu juga sebulat suara menyerahkan surat kepada MPP PKR akan ketidakpuasan hati mereka terhadap prestasi Abdul Khalid dalam beberapa isu.

Antaranya:

1) Keputusan Abdul Khalid untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan mengenai pengambilalihan konsesi air di Selangor dan membenarkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 diteruskan.

2) Kenaikan kadar bayaran lesen perniagaan sehingga 400 peratus kepada pekedai dan kilang.

3) Pengguguran Mohamed Azmin Ali dari ahli lembaga pengarah PKNS.

"Ahli mesyuarat MPN Selangor sebulat suara menulis surat supaya kepimpinan pusat (PKR) membetulkan keadaan ini.

"Tentang pengguguran Abdul Khalid dari jawatannya tidak dibincangkan, namun ada beberapa suara yang membangkitkan hal itu," katanya.

Ditanya tentang pergolakan kepimpinan PKR Selangor boleh menjejaskan kepercayaan rakyat pada pilihan raya akan datang, beliau bagaimanapun tidak menafikan perkara itu mungkin memberi kesan negatif kepada PR.

"Jika kerajaan negeri rasa bertanggungjawab terhadap rakyat, mereka perlu memperbetulkan keputusan-keputusan yang tidak mengembirakan rakyat khususnya isu perlesenan, tanah Pusat GiatMara, projek Langat 2 dan PKNS," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata keputusan kerajaan negeri yang memindahkan dua pegawai pengurusan PKNS ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu merupakan tindakan kurang wajar.

"Sepatutnya kita beri mereka bercuti dan bergaji, supaya mereka tidak perlu hadir ke anak syarikat itu.

"Ia juga dapat menghindarkan perasaan tidak senang mereka yang terlibat yang boleh menjatuhkan moral dan semangat kerja kakitangan serta pegawai PKNS yang lain," katanya.

Tambah beliau, tindakan memecat Azmin dari PKNS itu boleh menjejaskan "mood" rakyat kerana impak pengguguran pemimpin nombor dua PKR itu sama seperti pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan timbalan perdana menteri pada 1999.

"Saya nampak hal ini tidak reda, bahkan semakin menular dan ia tidak baik daripada persepsi rakyat kerana pengundi akan membuat penilaian dan tidak baik buat PR," katanya.

Memandangkan banyak aduan rakyat di Dun Pelabuhan Klang mengatakan Abdul Khalid sukar ditemui di kawasannya baik ketika musibah atau majlis keraian, Shuhaimi mengesyorkan pentadbiran kerajaan negeri perlu direformasikan segera.

"Proses reformasi ini tidak boleh dilakukan tergesa-gesa dan mendadak, kerana ia perlukan tempoh tertentu untuk beberapa perkara sensitif seperti soal tanah.

"Isu pusat giatmara Selayang yang menduduki tanah kerajaan negeri itu, tanah itu perlu diambil dengan cara lebih berhemah dengan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya lagi.

Sementara itu, menurut sumber dalaman Majlis Pimpinan Pusat PKR, hubungan dingin antara Abdul Khalid dan Azmin hanya dapat diatasi jika kedua-dua pemimpin PKR Selangor itu dapat duduk semeja dengan mengetepikan kepentingan peribadi.

"Jika Abdul Khalid dan Azmin punyai masalah, abaikan kepentingan individu, demi kepentingan rakyat, kita tidak mahu masalah peribadi jejaskan kepimpinan parti.

"Jika keputusan gugurkan Azmin itu kerana bersifat peribadi, hal itu amat malanglah, tetapi kita harapkan perkara itu diselesaikan dengan baik," katanya.

Selain itu, sumber dalaman turut mengesahkan wujudnya beberapa pihak mengusulkan kedudukan Abdul Khalid dikaji semula, namun ia tidak mendapat suara majoriti.

Katanya, majlis mesyuarat hanya berminat membincangkan beberapa keputusan Abdul Khalid dalam kerajaan negeri yang semakin pincang dan merugikan PKR di Selangor.

"Apabila prestasi Abdul Khalid dipertikaikan dalam mesyuarat, ada cadangan supaya dia ditukar dan digantikan, tetapi tidak mencadangkan siapa penggantinya, itu memang tiada.

"Mana-mana mesyuarat pun ada suara-suara yang tidak berpuas hati, itu lumrah, namun keputusan muktamad berhubung tiga perkara tersebut.

"Setiap ahli mesyuarat mempunyai hak menyuarakan pandangan masing-masing termasuklah supaya kedudukan Abdul Khalid dikaji semula," katanya.

Menyentuh kesukaran turun padang mengambil berat pengundi di kawasannya, sumber menasihatkan agar beliau menyusun jadual lawatannya dengan baik kerana ia melibatkan kepentingan pengundi.

"Asas utama untuk menjadi menteri besar mestilah menjadi Adun, untuk menjadi Adun perlu mendapat mandat pengundi.

"Dia kena buat tumpuan kepada kerja-kerja di Dun Pelabuhan Klang itu sendiri dengan lebih baik.

"Abdul Khalid perlu perbaiki kemahiran politiknya, kerana selama ini beliau lebih menonjol sifat korporatnya berbanding politik.

"Walaupun Abdul Khalid selalu ditegur oleh pimpinan Pusat (PKR), namun teguran yang tidak diendahkan itu menjadi kemarahan orang parti termasuk lambat mengambil tindakan," katanya lagi.


Sumber: Sinar Harian
 

PESAN ANWAR IBRAHIM KEPADA PENYOKONG DAN PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG SUPAYA HENTIKAN BUDAYA MENGHASUT


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam ucapannya bersama pemimpin muda Pakatan Pembangkang di Bandar Sunway telah mengingatkan penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang supaya tidak menghentikan budaya menghasut.

Anwar memberitahu bahawa perpaduan di Malaysia yang dikecapi kini telah semakin renggang akibat daripada budaya hasutan.

Justeru, Anwar meminta rakyat Malaysia kembali bersatu sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Katanya lagi, masyarakat juga perlu menghentikan semangat perkauman dan budaya menghasut yang keterlaluan demi menjernihkan kembali silaturrahim sesama bangsa.

"Para pemimpin parti politik misalnya perlu mengetepikan kepentingan politik dan menunjukkan semangat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap apa yang dinyatakan dapat direalisasikan demi membawa perubahan lebih baik kepada Malaysia.

Kepada penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang supaya mentaati apa yang telah diberitahu Anwar kerana kebanyakan apa yang berlaku sebelum ini berpunca daripada tindakan provokasi melampau pembangkang.

Kepada Ketua Pembangkang hendaklah cuba menasihati DAP yang kini dilihat semakin kurang ajar ekoran kebiadaban dalam mempermainkan Perdana Menteri.


Jika tidak suka sekalipun terhadap BN dan Perdana Menteri, usahlah diperlakukan sebegitu kerana seperti kata Anwar sendiri yang kita ini hidup dalam masyarakat majmuk. 
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger